Anda di halaman 1dari 39

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat En. Zaidi B. Azhari kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan tugasan ini. Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran. Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih.

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Pengenalan

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan

keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan yang sama.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau lebih. Contoh : saya berpeluh 1 morfem : 2 morfem : 3 morfem : saya ber+peluh ber+kaki+kan

berkakikan

Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersama-sama morfem lain). Contoh : Morfem bebas saya Morfem terikat ber dan kan, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk perkataan seperti berkakikan

Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja.
2

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.

Konsep Morfologi

1. Konsep

Morfem Bebas Terikat 2. Bentuk Kata Akar

Perkataan Dasar

Tunggal

Terbitan

Majmuk

Ganda

3. Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan

Penggandaaan

4. Golongan Kata

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Tugas

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Soalan Tugasan Terdapat pelbagai jenis bahan bercetak di pasaran. Dalam bahan-bahan tersebut terdapat pelbagai kesilapan bahasa sama ada daripada aspek ejaan, kosa kata, penggunaan kata dan penggolongan kata. Sebagai pendidik anda harus bijak memilih bahan bacaan yang sesuai dan betul dari aspek tatabahasa untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.

Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.

a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh yang sesuai.

b) Membina brosur yang bertemakan Cintai Bahasa Kita dengan menggunakan bahasa yang betul, ringkas, tepat, dan jelas serta persembahan yang menarik.

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Soalan 1

a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Hang Tuah Berbangsa Cina


oleh : Shahabudeen Jalil

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangka. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini. Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibanggabanggakan. Hang Tuah sebenarnya telah di Melayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood. Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya. Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah. Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan bahasa jiwa bangsa dan manusia mati meninggalkan nama . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan nama menunjukkan bangsa. Bahasa nama merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu. Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada nama manusia untuk memperoleh jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan Hang. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran Hang telah dianugerahkan oleh Raja Raja Melayu juga tiada asasnya. Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan, cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika. Mengikut buku Sejarah Melayu edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat. Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan campur antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama Paduka Hang Mamat sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka. Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya
7

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaur loghat bahasa Melayu. Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan. Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po. Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal. Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau. Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayangdayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar biduanda Cina juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka. Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini. Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam. Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po. Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebabsebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang Sejarah Melayu dan pengarang Hikayat Hang Tuah mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat. Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau. Kedua : Pengarang Sejarah Melayu telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyelidikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh. Ketiga : Pengarang Hikayat Hang Tuah adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail. Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah di Melayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah. Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka. Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga
9

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi. Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas sama ada di kalangan istana atau orangorang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi. Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telah pun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini. Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan legenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

10

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Analisis golongan kata berdasarkan petikan teks

11

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

GOLONGAN KATA Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif / Sifat Kata Tugas

Golongan Kata

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Tugas

Kata Nama Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis : Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama

12

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Kata Nama Am Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu : Hidup atau tak hidup Manusia atau bukan manusia Institusi atau bukan institusi Konkrit atau abstrak Berbilang atau tak berbilang

Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk : Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan sebagainya. Bagi tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : Hidup (manusia dan bukan manusia) Tak hidup ( Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak berbilang)

13

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Analisis penggolongan kata berdasarkan teks Kata nama am Kata nama am hidup Pahlawan Bangsa Manusia Raja-raja Bendahara Paduka Raja Termengung Laksamana Syahbandar Mandulika Dayang Puteri Anak Putera Cucu Rakan Pengarang Sultan Kata nama am tak hidup Bilik darjah Dewan kuliah Seminar Wilayah Kaum Buku Agama Istana Bahasa Contoh Orang-orang Melayu

14

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Kata Nama Khas Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga : Kata nama khas hidup manusia Kata nama khas hidup bukan manusia Kata nama khas tak hidup

Kata nama khas Kata Nama Khas Hidup Manusia. Kata Nama Khas Hidup Bukan

Contoh Hang Tuah Hang Jebat Hang Lekir Hang Kasturi Hang Lekiu Robin Hood Mohd Yunus Ibrahim W.G. Shellabear Tun Pepatih Putih Sultan Mansur Shah Puteri Hang Li Po Paduka Mamat Ong Hak Ching Hang Too Ah Hang Jee Fatt Hang Lee Kiew Hang Lee Ker Biduanda Cina Sultan Melaka (tiada dalam teks)

Manusia

15

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Kata Nama Khas Tidak Hidup.

Bukit Cina Jabatan Sejarah UKM Sejarah Melayu Malaya Publishing China Loghat Cina Melayu Loghat bahasa Melayu Islam Hikayat Hang Tuah

Kata Ganti Nama Kata ganti nama terbahagi kepada : i) Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini untuk menunjuk pada yang dekat.

Kata ganti nama tunjuk

Ini Itu

ii)

Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:

16

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Kata ganti nama diri tanya jenis kata yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang.

Kata ganti nama diri tanya

(tiada dalam teks)

Kata ganti nama diri orang jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori iaitu orang pertama, orang kedua dan orang ketiga.

Kata ganti nama diri orang Pertama Kedua Ketiga Kita

Contoh

(tiada dalam teks) Mereka Beliau -nya ia

17

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Kata Kerja Kata kerja berperanan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i-. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

Kata kerja transitif Aktif Mengikut Membawa Memeluk Menuduh

Contoh

Menderhaka Menggelar Menganggap Menghasilkan Mengekalkan Menggariskan Menggunakan Memberikan Membuktikan Mempengaruhi Menyelamatkan Dianugerahkan Dilindungi

Pasif

18

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata kerja tak transitif Berpelengkap Mengikut

Contoh Menghasilkan Membawa Memberikan Memeluk Mengekalkan Menuduh Menggunakan Menggariskan Membuktikan Mempengaruhi Menggelar Menyelamatkan Menganggap Disandarkan Dijalankan Diberi Menyentuh Berkahwin Berkhidmat Mengamuk Menderhaka

Tak berpelengkap

19

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Kata Adjektif Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna. Kata adjektif Kata adjektif sifat/ keadaan Kesetiaan Ketaatan Baik Menderhaka Masyhur Kata adjektif warna Kata adjektif ukuran Kata adjektif bentuk Kata adjektif pancaindera Kata adjektif waktu Kata adjektif cara (tiada dalam teks) Luas (tiada dalam teks) (tiada dalam teks) (tiada dalam teks) Kata adjektif perasaan Rapat Sukar Cepat Contoh Kebijaksanaan

Terkeliru Tertipu Kemegahan Di bangga-bangga Keraguan Bangga

Kata adjektif arah

(tiada dalam teks)

20

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Kata Tugas Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur bagi frasa-frasa endosentrik : frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu,penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Maka kata tugas dapat dikategorikan kepada jenis-jenis berikut : 1. Kata hubung 2. Kata seru 3. Kata tanya 4. Kata perintah 5. Kata pangkal ayat 6. Kata bantu 7. Kata penguat 8. Kata penegas 9. Kata nafi 10. Kata pemeri 11. Kata sendi nama 12. Kata arah 13. Kata bilangan 14. Kata adverba 15. Kata pembenar 16. Kata penekan 17. Kata pembenda

21

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Untuk memudahkan analisis petikan ini atau penghuraian bagi teks petikan, kata tugas boleh dikelompokkan kepada 4 kelompok iaitu: Kata penyambung ayat o Kata hubung gabungan o Kata hubung pancangan Keterangan Komplemen Relatif

Kata praklausa o Kata seru o Kata tanya o Kata perintah o Kata pembenar o Kata pangkal ayat

Kata prafrasa dan pascafrasa o Kata bantu o Kata penguat o Kata penegas o Kata nafi o Kata pemeri o Kata sendi nama o Kata arah o Kata bilangan o Kata adverba

Kata pascakata o Kata penekan o Kata pembenda

22

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Kata tugas Kata penyambung ayat -kata hubung gabungan Atau Dan Tetapi Kemudian

Contoh

-kata hubung pancangan -keterangan

Untuk Semasa Kerana Walaupun Apabila

-komplemen

Bahawa

-relatif Kata praklausa -kata seru -kata tanya -kata perintah -kata pembenar -kata pangkal ayat Tiada dalam petikan Yang

23

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Kata tugas Kata prafrasa -kata bantu -kata penguat -kata penegas -kata nafi -kata pemeri -kata sendi nama -kata arah -kata bilangan -kata adverba Kata pascakata -kata penekan -kata pembenda

Contoh

Telah (kata bantu) Di Ke Dari Kepada Pada Tentang Dengan Antara Oleh Atas ( kata arah) Ramai Semua Banyak Adalah ( kata pemeri) Bukan (kata nafi) kata bilangan kata sendi nama

Terutamanya Sebenarnya Ringkasnya Biasanya Contohnya Memberikannya Namanya Asasnya Bersamanya Dayang-dayangnya Rakan karibnya
24

penekan

pembenda

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Soalan 2

Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.

a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh yang sesuai.

25

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Proses pembentukan kata Proses pembentukan kata terdiri daripada jenis-jenis berikut : Bentuk kata tunggal Bentuk kata terbitan Bentuk kata majmuk Bentuk kata ganda

Bentuk Kata

Tunggal

Terbitan

Majmuk

Ganda

Berdasarkan soalan yang diberikan, hanya jenis-jenis berikut sahaja yang perlu dihuraikan setiap prosesnya dalam bentuk grafik dan disertakan dengan contohnya, iaitu : Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaan Pengakroniman

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan

Penggandaaan

Penggandaaan

26

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Pengimbuhan Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses pengimbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau terikat, atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri daripada awalan, akhiran, sisipan, dan apitan menurut kedudukannya dengan bentuk dasar. Awalan dicantumkan pada pangkal kata dasar, akhiran pula dicantumkan pada akhir kata dasar, sisipan disisip biasanya selepas konsonan pertama kata dasar, dan apitan dicantumkan pada pangkal dan akhir kata dasar serentak.

Pengimbuhan

Awalan

Akhiran

Apitan

Sisipan

Awalan kata nama Awalan kata kerja Awalan kata adjektif

Akhiran kata nama Akhiran kata kerja

Apitan kata nama Apitan kata kerja Apitan kata adjektif

Sisipan dalam kata nama Sisipan dalam kata adjektif

27

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Jenis Kata Kata nama

Awalan peN(pe-, pem-, pen-, peng-)

Akhiran -an

Apitan peN-...-an

Sisipan -el-

Contohnya : Kritik kritikan Laut lautan Ratus ratusan Batu batuan

Contohnya : Lari pelarian Baca pemasakan Dapat pendapatan Ukur pengukuran

Contohnya : Tapak telapak Kupas kelupas Tunjuk telunjuk

Contohnya : masak pemasak baca pembaca dapat pendapat ukur pengukur

pe-...-an

-er-

pe-

Contohnya : Sisir pesisiran Dalam pedalaman

Contohnya : Gigi gerigi Suling seruling Kuping - keruping

Contohnya : guam peguam labur pelabur

peR-

peR-...-an

-em-

Contohnya : Contohnya : asap perasap bara perbara Satu persatuan Kubur perkuburan Air perairan Bara perbaraan

Contohnya : Kuning kemuning Gerlap gemerlap Kuncup-kemuncup

ke ke-...-an

Contohnya : tua ketua kasih kekasih hendak - kehendak Contohnya : Datang kedatangan Raja kerajaan

28

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

juru-

Contohnya : wang juruwang bahasa jurubahasa

Jenis Kata Kata kerja

Awalan meN(me-, mem-, men-, meng-

Akhiran -kan

Apitan meN-...-kan

Sisipan

Contohnya : Cari carikan Tidur tidurkan

Contohnya : baca membacakan beri memberikan diri mendirikan gaya - menggayakan

Contohnya : Masak memasak Pesan memesan Beri memberi Cari mencari Ambil mengambil

-i

beR-...-kan

Contohnya : beRDuduk duduki Ikut ikuti Contohnya : Ekor berekor Baju berbaju

Contohnya : alas beralaskan bekal berbekalkan

beR-...-an

Contohnya : teRTabur bertaburan Rentet berentetan Contohnya : Ikat terikat Pakai terpakai
29

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

di-

di-...-kan

Contohnya : Sapu disapu Tulis ditulis

Contohnya : Beri diberikan Nafi dinafikan

mempeR-

meN-...-i

Contohnya : Alat memperalat Isteri memperisteri

Contohnya : Waris mewarisi Baik membaiki Jumpa menjumpai Ubat mengubati

dipeR

Contohnya : oleh diperoleh Cepat dipercepat

di-...-i

Contohnya : Kotor dikotori Yakin diyakini

mempeR-...kan

Contohnya : Lihat memperlihatkan Bahas memperbahaskan

30

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

mempeR-...-i

Contohnya : Ingat memperingati

ke-...-an

Contohnya: Curi kecurian Lihat - kelihatan

dipeR-...-kan

Contohnya : Lihat diperlihatkan Dengar diperdengarkan

dipeR-...-i

Contohnya : Ingat diperingati

31

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Jenis Kata Kata adjektif

Awalan ter-

Akhiran

Apitan ke-...-an

Sisipan -em-

Contohnya : Kecil terkecil Muda termuda Panjang terpanjang

contohnya : barat kebaratan cina - kecinaan

Contohnya : Guruh gemuruh Ketot kemetot

Melayu kemelayuan Gilang gemilang

se-

-el-

Contohnya : Tinggi setinggi Buruk seburuk Besar sebesar

Contohnya : Serak selerak Geman geleman Gembung gelembung

-er-

Contohnya : Godak gerodak Kelip kerlip

-in-

Contohnya : Sambung sinambung

32

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Penggandaan Penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Ada empat jenis penggandaan menurut Abdullah Hassan (2006), Gandaan penuh Gandaan separa Gandaan rentak Gandaan bebas

Proses penggandaaan dalam bahas Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan bunyi tertentu.

Penggandaan

Penuh

Separa

Rentak

Bebas

Menggandakan keseleluruhan kata dasar sama ada mengandungi imbuhan atau pun tidak

Menggandakan sebahagian kata dasar. Boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar

Berentak pengulangan vocal Berentak pengulangan konsonan

Bentuk kata dasar ada tetapi gandaannya wujub dalam bentuk penggandaan sahaja

33

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Contoh-contohnya :

Penggandaan

Penuh Kata nama

Separa Kata nama

Berentak

Bebas

Rentak suku kata Contohnya : awal Ipar-duai Ipar-lamai Mentua-taya Patah-riuk Pinang-lanang

Contohnya : Pokok-pokok Meja-meja

Contohnya : Laki lelaki Langit lelangit

Contohnya : Batu batu-batan Bukit bukit-bukau Sampah sampah-sarap

Kata kerja

Kata kerja

Contohnya : Main-main Lari-lari

Contohnya : Lari lelari Tengok tetengok Rentak suku kata akhir Contohnya : Anak anak-pinak Kuih kuih-muih Lauk lauk-pauk

Kata adjektif

Kata adjektif

Contohnya : Cantik-cantik Pandai-pandai

Contohnya : Sedap sesedap Merah memerah

Rentak vokal

bunyi

Kata adverba

Kata adverba

Contohnya : Tiba-tiba Lama-lama

Contohnya : Cepat cecepat Laju lelaju

Contohnya : Gunung-ganang Guruh-garah Suku-sakat

Kata terbitan

Cucu-cicit

Contohnya : Pemain-pemain Pengetua-pengetua

34

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Pemajmukan Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap kata tersebut terdiri daripada kata akar atau terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri-ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makan seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan. Menurut Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu HBML2103 (2008), kata majmuk ialah bentuk yang lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang ter hasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Pemajmukan

Rangkaian kata bebas

Istilah khusus

Maksud kiasan

Bentuk yang mantap

nasi minyak bom tangan meja tulis Raja Muda Perdana Menteri

Model linear Garis pusat Segi tiga Lut sinar Urus setia

Kaki ayam Duit kopi Pilih kasih Bulan madu Anak emas

Antarabangsa Kakitangan Matahari Setiausaha Sukarela

35

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Apabila kata-kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu, iaitu yang diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca, ilmu bahasa, sebar luas, dan lain-lain. Dalam kata majmuk kaji cuaca, kata kaji ialah inti yang diterangkan, dan cuaca penerangnya. Begitulah dengan ilmu bahasa dan sebar luas. Apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialah bumiputera, mahasiswa, perdana menteri, dan lain-lain. Dalam kata majmuk bumiputera, kata bumi ialah penerang, dan putera ialah inti yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD, iaitu yang menerangkan mendahului inti yang diterangkan.

36

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Pengakroniman Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Akronim juga merupakan singkatan dalam bahasa Melayu yang terbentuk dengan cara menggabungkan huruf atau suku kata untuk membentuk perkataan baharu. Lihat beberapa perkataan yang di bawah ini hasil daripada pembentukan kata melalui akronim: berdikari berdiri di atas kaki sendiri pawagam panggung wayang gambar proton Perushaan Otomobil Negara kugiran kumpulan gitar rancak Uniputra-Universiti Putra Malaysia.

Perkara menarik yang hendak diperkatakan di sini ialah banyak pengguna bahasa Melayu yang tidak menyedari bahawa kata di bawah ini sebenarnya merupakan akronim.

Cikgu Awas Bah

Kata `cikgu dikatakan akronim kerana kata ini berasal daripada ungkapan `En cik guru? Hasil daripada gabungan suku kata cik+gu, maka terhasillah gelaran atau panggilan `cikgu. Selain itu, kata `awas yang bermaksud `berhati-hati juga merupakan akronim. Kata ini berasal daripada ungkapan ` Anda Waspada Anda Selamat. Kita juga pernah menggunakan perkataan `bah yang bermaksud `banjir. Perkataan ini sebenarnya berasal daripada ungkapan `Bencana Air Hujan.

37

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Kita juga pernah mendengar perkataan `Tonto yang merujuk kepada sekumpulan gengster yang melindungi peniaga daripada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Tonto merupakan gabungan beberapa huruf daripada ungkapan ` Tolong Orang Nak Tipu Orang.Demikianlah beberapa kata yang terdapat dalam bahasa Melayu yang terbentuk melalui akronim.

Kata akronim boleh ditulis dengan empat cara, bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut. Antaranya ialah: 1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan. 2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. 3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. 4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.

Akronim Huruf awal perkataan Huruf dan suku kata perkataan Suku kata awal perkataan Bahagian awal perkataan dengan bahagian lain perkataan ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia IPSMB Institut Perguruan Mara Proton Perusahaan Otomobil Nasional Cerpen Cerita pendek Purata Pukul rata Perhilitan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kugiran Kumpulan gitar rancak Jenama jenis nama Bernama Berita Nasional Malaysia Jentolak Jentera tolak Asbut Asap kabut

Sultan Mizan Besut Majlis Amanah Rakyat

38

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

HBML4603

Bibiliografi

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd. Ali Mahmood, Musnsyi Zainal Abidin Kasim, Seman Salleh dan Mashuri Bahari. (2008). HBML2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor : Open University Malaysia. http://noraza79.blogspot.com/2009/03/salah-satu-proses-pembentukan-kata.html . Diakses pada 16.3.2009. http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm. Diakses pada 16.3.2009 http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm . Diakses pada 16.3.2008 Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Tatabahasa dewan Edisi Ketiga (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

39

Anda mungkin juga menyukai