Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

LAWATAN PENANDA ARAS AHLI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2012/2013

TARIKH: 13 JULAI 2012 15 JULAI 2012

TEMPAT: Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka, Melaka

ANJURAN: Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun 2012/2013.

LAWATAN PENANDA ARAS AHLI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2012/2013

1.0 PENGENALAN Lawatan penanda aras ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar merupakan satu rencana yang akan direalisasikan bagi mengapai gagasan untuk meningkatkan lagi tahap mutu ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di

seluruh Malaysia. Dengan wujudnya program seumpama ini, ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di setiap IPG akan dapat berkongsi pengetahuan, perancangan dan strategi pengurusan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan mereka dan ianya secara tidak langsung akan dapat membuka minda dan pandangan mereka terhadap jawatan, tugasan atau tanggungjawab yang dipikul kepada arah yang lebih positif. Selain itu, lawatan ini merupakan wadah memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka seberapa banyak perkongsian ilmu di antara institut supaya ilmu tersebut produktif dan dinamik. dapat diperkemaskan ke arah satu bentuk yang lebih

Sehubungan itu, lawatan ini merupakan platform bagi pelajar dalam melakukan penerokaan ilmu bagi memastikan peningkatan mutu di dalam organisasi perwakilan pelajar tahun 2012/2013, maka dengan ini, diharapkan lawatan ini diharap mampu memberi persediaan untuk pelajar bagi melahirkan guru yang berketrampilan, berwawasan dan berkepimpinan bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 RASIONAL Program Lawatan Penanda Aras merupakan satu keperluan dan peluang yang harus dilaksanakan oleh ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013, IPG Kampus Tuanku Bainun bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam kepimpinan dan pengurusan di samping memantapkan pembangunan kendiri agar menjadi modal insan yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini bertujuan memberi pendedahan kemahiran kepimpinan kepada ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Adalah diharapkan setelah

melaksanakan program ini, peserta akan memperolehi pengalaman dan kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang dapat membantu peserta apabila bertugas ke sekolah. Di samping itu, program ini juga dapat memberi manfaat dan input yang berguna kepada ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dalam pelbagai bidang.

3.0 MATLAMAT Program Lawatan Penanda Aras mempunyai matlamat serampang dua mata. Program ini mampu memberi bimbingan dan kemahiran kepada ahli

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013 dalam mendapat pengalaman sebenar untuk merancang dan melaksanakan program. Tambahan pula, program ini mampu melahirkan keyakinan dalam diri ahli Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar 2012/2013 dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan dan kendiri. Melalui program ini juga, ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat berkongsi idea serta pendapat bersama IPG kampus lain mengenai hal kepimpinan.Selain itu juga, program ini membantu untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru pelatih seluruh Malaysia.

4.0 OBJEKTIF Adalah diharapkan dengan menjalani program ini, para peserta kursus akan dapat : 1.10 1.11 1.12 Mempelajari kemahiran mengurus dan mengendalikan kepimpinan. Berkongsi idea mengenai hal kepimpinan. Merapatkan ukhuwah silaturahim antara guru pelatih. program

5.0 TARIKH PELAKSANAAN 5.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 13 Julai 2012 - 15 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat sehingga Ahad. 5.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam. 5.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam. 5.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran II.

6.0 TEMPAT PELAKSANAAN 6.1 Tempat yang dicadangkan untuk program ini ialah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dan IPG Kampus Raja Melewar. (Rujuk pengisian tentatif program pada lampiran 2 untuk mengetahui tempattempat yang dilawati). 7.0 KUMPULAN SASARAN 7.1 Jumlah peserta adalah seramai 27 orang yang melibatkan penyertaan seramai 25 orang guru pelatih diiringi oleh 2 orang pensyarah pembimbing. 7.1.1Jumlah pelajar : 25 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2012/2013. 7.1.2 Jumlah pensyarah : 2 orang.

8.0 PENGISIAN / TENTATIF PROGRAM 8.1 Lawatan Penanda Aras dari hari pertama hingga hari ketiga iaitu pada 13 Julai 2012 - 15 Julai 2012 (Sila Rujuk Lampiran I)

9.0

BELANJAWAN (Sila Rujuk Lampiran II) AHLI JAWATANKUASA 10.1 JAWATANKUASA INDUK Penaung Puan Tumerah binti Rosmin Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun Penasihat Tuan. Hj. Daud bin Md Saman Timbalan Pengarah, IPG Kampus Tuanku Bainun

10.0

Ketua Penyelaras Tuan Hj. Abu Bakar bin Othman Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Tuanku Bainun

10.2 AJK PELAKSANA

Pengerusi N.Pengerusi Setiausaha Bendahari

: MOHD KHAIROL ANUAR B ZAKARIA : HAMIDAH BT JAMALUDIN : ZHARIF ASYRAF B KHOZALI : SOH FANG YONG

Peralatan Dan Pengangkutan : SURESH A/L VADIVALOO MUHD EHSAN B KAMARUDIN Hadiah Dan Sijil : MUHD AFFAN B AHAMAD FAUZIAH MARDHIAH BT AHMAD NUR NAJWA ARIFAH BT MOHD YUSOF NOR AZHIR B BAHAROM Buku Program : ZHARIF ASYRAF B KHOZALI NURUL HIDAYATI BT MANAS Penginapan : MUHD FADHLI B OTHMAN NURUL HANIS BT ADZHAR Keselamatan Dan Kebajikan : ROZHAYAWATI BT ABDUL RAZAK CHIA YEN SING Fotografi / Dokumentasi : WAN IZZAH KAMILAH BT WAN ISHAK KUAN CHEE FONG MUHD REDWAN B JABAR LAI YU ZENG

Tugas Khas

: ANWARI IKHLAS B BAHARUM NUR NAZATUL SHIMA BT KAMARUZZAMAN MONES NATCHIA RUBINI A/P THIGARAJAN

Laporan

: MUHD FIRDAUS B ZAINAL FATIN NAJWA BT OTHMAN MOHD NAZIRUL MUBIN B MOHD ALIAS

11.0

PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala input ilmu dan pengalaman yang bakal kami dperoleh ketika berada di IPG lain ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan kami dan sekaligus melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja dalam akademik, malahan sahsiah diri dan kepimpinan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Proses pembelajaran boleh kami dapati melalui buku dan manusia, tetapi apa yang kami alami sendiri itulah pengalaman berharga selamanya bak kata pepatah, pengalaman merupakan pendidik yang paling baik. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

_________________________ (ZHARIF ASYRAF BIN KHOZALI) Setiausaha Agong Kehormat, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013 IPG Kampus Tuanku Bainun.

Disemak oleh,

________________________ (MOHD KHAIROL ANUAR B. ZAKARIA) Yang Dipertua, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013 IPG Kampus Tuanku Bainun.

Disokong oleh,

________________________ (TN HJ ABU BAKAR B OTHMAN) Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

Diluluskan oleh,

________________________ (TUMERAH BT ROSMIN) Pengarah, IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

( Diluluskan / Tidak diluluskan ) Ulasan:............................................................................................................................................... ....................................................................................................................

Belanjawan: Ulasan:............................................................................................................................................... ....................................................................................................................

LAMPIRAN I TENTATIF PROGRAM Hari 1 6.30 pagi : Memulakan perjalanan daripada IPGK Tuanku Bainun ke IPGK Perempuan Melayu Melaka. 3.00 petang : Ketibaan pelajar IPGK Tuanku Bainun di IPGK Perempuan Melayu Melaka. Pengurusan diri 5.00 petang : Suai kenal pertama ( Ice Breaking ). Bench Marking. Minum petang 7.00 petang 9.30 malam :Solat Maghrib, tazkirah, solat isyak, makan malam : Dialog dan perbincangan berkaitan tajuk pengurusan JPP. 11.30 malam Hari 2 5.30 pagi 7.00 pagi 8.00 pagi 9.00 pagi 2.00 petang 5.00 petang 7.00 petang 9.30 malam 11.30 : Solat Subuh, tazkirah Subuh. : Sarapan pagi. : Lawatan Sekitar Kampus IPGK Perempuan Melayu Melaka. : Lawatan ke tempat menarik. : Solat Zohor, makan tengah hari, rehat. : Solat Asar, riadah bersama antara JPP IPGKPMM & IPGKTB. : Solat magrib, tazkirah magrib, solat isyak. : Majlis Jalinan Ukwah antara JPP, sesi bergambar, tayangan video. : Bersurai : Bersurai/ Rehat

Hari 3 7.00 pagi 9.00 pagi 2.00 petang 4.30 petang 5.00 petang 8.00 malam 1.oo pagi : Bertolak ke IPG Raja Melewar : Sesi dialog JPP sambil HI-TEA : Solat Zohor, makan tengah hari, rehat. : Riadah bersama IPGK RM : Penutup : Berangkat pulang ke IPGK Tuanku Bainun : Ketibaan di IPGK Tuanku Bainun

LAMPIRAN II ANGGARAN PERBELANJAAAN Perbelanjaan : Bil 1. Perkara Makanan: RM 16 x 3 hari x 27 orang RM 1296.00 Jumlah

Jumlah

RM 1296.00

*Mohon pembiayaan IPG Kampus Tuanku Bainun sebanyak RM 1296.00

Peruntukan daripada Stor Pusat IPG Kampus Tuanku Bainun.

Bil 1. Cenderamata -

Perkara

Unit/Bilangan

Pengarah IPGK Raja Melewar Pengarah IPGK Perempuan Melayu Melaka

1 Set 1 Set

HEP IPGK Raja Melewar HEP IPGK Perempuan Melayu Melaka Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGK Perempuan Melayu Melaka 1 Set 1 Set 1 Set 1 Set

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGK Raja Melewar

2.

Air mineral

- 3 kotak

LAMPIRAN III

PENSYARAH PENGIRING 1. Puan Hajah Noraini Bt Ismail 2. Puan Rohaya Bt Ahmad

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM