Anda di halaman 1dari 42

Konsep, Teori dan Falsafah Pembentukan Kurikulum

Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani


Brownnell dan Hagmen (1951)
PJ sebagai kesemua pengalaman melibatkan pergerakan otot-otot besar yang menggalakkan kepada perkembangan dan tumbesaran yang optima.

Nixon dan Cozens (1952)


PJ sebagai suatu fasa dalam proses pendidikan keseluruhan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti cergas melibatkan sistem otot-rangka dan pembelajaran hasil daripada penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

Wayman (1958)
PJ adalah suatu fasa daripada pendidikan am yang berhubung dengan pembentukan dan latihan individu yang menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti fizikal.

Jenny (1961)
Pendidikan jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal. Terlibat dengan hasil-hasil pendidikan yang juga tidak bercorak fizikal.

Barrow (1971)
Pendidikan jasmani dalam konteks Pengalaman Pendidikan Seluruhan (TheTotal Educational Experience).

Menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan seluruhan dan berkait rapat dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley dan Field (1976)


Satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organic, neuromuscular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih.

Jewett and Nixon ( 1980).


Physical education is most appropriately defined as that phase of the total process of education that is concerned with the development and utilization of the individuals voluntary, purposeful, movement capabilities, and with directly related mental, emotional and social responses.

Jasmani merupakan sebahagian dari fasa pendidikan am yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan individu pelajar secara menyeluruh dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sosial melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pergerakan dan perlakuan jasmani secara terancang.

Kesimpulannya Pendidikan
,

Matlamat (goals) Pendidikan Jasmani


Matlamat perkembangan jasmani (physical development objective) - Mempengaruhi semua bahagian pembangunan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial (Jenny,1961). Matlamat perkembangan psikomotor (psychomotor development objective) - Kecekapan motor membantu usaha bagi menguasai kemahiran dan kawalan motor yang baik.

Matlamat perkembangan sosial dan hubungan manusia (social and human relation objective) - Kewarganegaraan yang berkesan dan kecekapan kemasyarakatan Matlamat perkembangan mental dan emosi (Mental and psycho-emosional objective) - Membantu membina kecerdasan melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecerdasan.

Tujuan (aims) Pendidikan Jasmani


Untuk melatih minda. Untuk membentuk intelek seseorang. Untuk mempelajari konsep asas sesuatu disiplin. Untuk membentuk sikap yang positif. Untuk membentuk potensi seseorang supaya dapat menyertai dalam ahli persatuan yang dinamik. Untuk membentuk kuasa yang rasional. Untuk membentuk kebolehan berfikir. Untuk mempelajari cara hidup sihat berpanjangan.

Objektif Pendidikan Jasmani


Dari segi Jasmani :
Memberi perhatian kepada usaha membentuk satu sistem organ yang sihat melalui kegiatankegiatan jasmani yang cergas khususnya untuk membina kekuatan otot saraf, daya tahan otot saraf dan daya tahan kardiovaskular. Penglibatan dan penyertaan seseorang dalam kegiatan jasmani akan meningkatkan tahap kecergasan jasmani yang mana mempunyai implikasi terhadap peningkatan taraf kesihatan seseorang.

Dari segi Psikomotor :


Membentuk suatu sistem saraf yang cekap. Kecekapan motor perlu untukmembantu usaha bagi menguasai kemahiran motor asas, koordinasi dan kawalan motor yang baik. Perkembangan aspek ini penting untuk melakukan tugastugas harian dengan lebih cekap lagi. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.

Dari segi Hubungan Sosial dan Perkembangan Emosi


Melalui PJ kita dapat membentuk sikap, sahsiah dan tingkah laku sosial yang diingini. Individu dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi dalam masyarakat Memupuk dan menyemaikan sifat-sifat social seperti bekerjasama, semangat kesukanan, berdikari, kepimpinan dan disiplin diri.

Membina daya tahan kendiri dari segi membina toleransi, sabar, timbang rasa di samping melatih mengawal emosi diri. Sebagai saluran untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan dan ketegangan yang dialami dalam kalangan masyarakat

Dari segi Perkembangan Mental


Melalui PJ kita dapat mentafsir dan menganalisis sesuatu situasi dan membuat keputusan dan tindakan yang wajar. Pengetahuan mengenai tubuh badan, pergerakan dan fungsi-fungsi yang berkaitan berasaskan prinsip sains dapat diaplikasikan ke dalam konteks pelajaran PJ. Mengaplikasi pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.

Konsep Kurikulum Pendidikan Jasmani


Kurikulum boleh diertikan sebagai rancangan suatu aktiviti pengajaran, kandungan struktur suatu bidang yang menjurus kepada satu-satu bidang. Dengan kata lain, kurikulum adalah rancangan yang tersusun, terancang dan bersifat berterusan. Perancangan sesuatu kurikulum itu adalah diasaskan dari falsafah pendidikan, matlamat dan objektif bagi satu-satu bidang pendidikan.

Konsep Pendidikan Jasmani boleh diibaratkan sebagai pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal. Ini bersesuaian dengan kenyataan Rosalind Cassidy dalam tahun 1927 yang merupakan pelopor dalam bidang Pendidikan Jasmani di Mill College, Califonia. Beliau melihat Pendidikan Jasmani sebagai satu pendekatan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pendidikan kepada murid.

Beliau juga turut mengubah persepsi mengenai Pendidikan Jasmani yang sebenarnya amat luas dan berupaya memberi sumbangan yang bermakna dan menyeluruh kepada manusia. Model yang boleh dikaitkan dalam pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal adalah model pembangunan (development model ). Model ini merupakan model yang terancang dan berterusan ianya banyak mendominasikan sistem sekolah dan pembelajaran di abad ke 20.

Dalam tahun 1910, Clark Herington yang juga dikenali sebagai bapa Pendidikan Jasmani moden, mengklasifikasikan Pendidikan Jasmani kepada empat fasa utama iaitu: Pendidikan Organik (Organic Education ) Pendekatan kepada pembangunan fizikal yang bertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu melalui peningkatan pelbagai sistem organik dalam badan manusia.

Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education ) Pendekatan pembangunan motor yang bertumpu kepada kepentingan pergerakan fizikal yang lebih bermakna dengan penggunaan tenaga yang seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen, serta mengekalkan nilai estetika pergerakan.

Pendidikan Karektor (Character Education ) Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat dan pengetahuan dengan keupayaan berfikir dan mentafsir maklumat. Pendidikan Intelektual (Intelectual Education ) Pembangunan sosial bertumpu kepada membantu individu menyesuaikan diri dalam kumpulan, masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyarakat.

Matlamat
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Rendah dan Menengah 1999 ( pengaruh daripada Herington) dalam matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani di negara kita. Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Objektif
Berikut adalah matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia: 1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. 2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.

3.Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. 4.Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. 5.Membentuk sahsiah dan disiplin diri. 6.Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Hubungannya dengan Pendidikan Jasmani

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

UNSUR JASMANI
Sifat luaran/ fizikal diri manusia. Berkaitan dengan anggota tubuh badan manusia. Kecergasan fizikal perlu untuk kecergasan mental. Fizikal penting untuk kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Mempengaruhi produktiviti dan daya pengeluaran.

(i) Memperkembangkan potensi individu


Sejajar dengan objektif pendidikan jasmani iaitu murid dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. Teori kecerdasan pelbagai iaitu kinestetik. Kebolehan dan potensi dalam sukan merupakan salah satu platform untuk melonjakkan diri dan mencapai kejayaan.

Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
Kecergasan fizikal penting untuk menjamin kecerdasan mental. Aktiviti senaman misalnya dapat mengurangkan stress dan menenangkan jiwa. cara untuk kita menyalurkan kemarahan. Pendidikan jasmani perlu seiring bagi membentuk manusia yang pintar dan pandai menguruskan emosi.

Berilmu Pengetahuan
Pendidikan jasmani bukan semata-mata aktiviti senaman atau kesukanan. Tiga tunjang pendidikan jasmani iaitu kecergasan kemahiran dan kesukanan perlu dikuasai. Setiap aktiviti perlu bermula dengan kemahiran asas yang betul. Pelbagai penyerapan dalam Pendidikan Jasmani yang menjadi ilmu yang berguna, contohnya anatomi dan fisiologi.

Berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri


Melahirkan manusia yang berguna. Aktiviti kesukanan merupakan salah satu cara untuk mengisi masa. Melahirkan individu yang bertanggungjawab. Meningkatkan keyakinan diri.

Dapat menerima kejayaan dan kegagalan dengan optimis. Individu yang cergas dan cerdas mempunyai ketrampilan dan peribadi yang baik dan menonjol. Kemungkinan individu yang banyak memberi alasan adalah kurang diberi pendidikan jasmani dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Pendidikan jasmani mampu melahirkan pakar. Kesedaran tentang pendidikan jasmani menjamin kehidupan yang sihat. Unit paling asas iaitu keluarga yang sihat membentuk masyarakat yang sihat.

Rumusan
Melalui aktiviti PJ, secara amnya dapat memenuhi hasrat FPK melalui; 1) Peningkatan dan perkembangan nilai- nilai sosial 2) Pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek. 3) Mengembangkan dan menerapkan perubahan tingkah laku dan disiplin.

PENDIDIKAN JASMANI UNTUK SEMUA

Clark W. Hetherington
Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani.

J.F Williams
Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis.

DelbertOberteutter
Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan.

Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai.

Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial, intelektual, estetika dan kesihatan.