Anda di halaman 1dari 6

1.0 Apakah Itu Boneka?

Perkataan boneka yang berasal dari Bahasa Portugis, iaitu boneca, merupakan satu jenis mainan yang dapat berbentuk berbagai-bagai, terutamnya manusia atau haiwan. Boneka turut boleh didefinasikan sebagai sebarang benda atau objek yang digreak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Setiap boneka akan mewakilkan satu watak sama ada dalam bentuk manusia, haiwan dan sebagainya. Antara contoh boneka manusia ialah boneka Parameswara, Hang Tuah dan Hang Jebat, manakala contoh boneka haiwan adalah seperti boneka Sang Kancil, Sang Harimau, Si Arnab dan sebagainya. Pemain boneka akan cuba menghidupkan watak-watak mengikut perkembangan cerita dengan pertuturan dialog atau aksi pergerakan boneka tanpa sebarang dialog. Biasanya, boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita dengan berkesan serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan muridmurid di sekolah. Sekiranya murid-murid diberikan peluang untuk

menyampaikan cerita dengan kaedah boneka, maka mereka akan dapat lebih menghayati pengajaran dalam cerita dengan lebih mendalam kerana proses pembelajaran telah berlaku secara tidak langsung. Terdapat pelbagai jenis boneka yang kita boleh hasilkan sebagai alat bantu mengajaran untuk meningkatkan minat murid-murid dalam proses pembelajaran. Misalnya, boneka sarung tangan yang dikawal dengan jari-jari yang dimasukkan ke dalam boneka, boneka wayang kulit yang memaparkan baying-bayang boneka di bahagian belakang skrin putih, boneka tali yang dikawal dengan tali-tali diikatkan pada bahagian anggota badan boneka dan lain-lain lagi. Namun, pemilihan boneka haruslah sesuai dengan jenis dan perkembangan cerita supaya mudah dikawal dan dapat menyampaikan masej dengan jelas.

2.0 Kebaikan Menggunakan Boneka dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pertama sekali, penggunaan boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan mengeratkan hubungan antara murid-murid kerana mereka akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan. Murid-murid akan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain melalui perbincangan dan pembahagian watak. Kemahiran interpersonal murid-murid akan berkembang apabila mereka cuba untuk menyampaikan pendapat mereka serta menerima pendapat rakan-rakan. Di samping itu, penggunaan boneka juga dapat memupuk daya kreativti murid-murid. Perkara tersebut dapat dicapai apabila murid-murid diberikan tugasan untuk menghasilkan boneka masing-masing mahupun melalui aktiviti penciptaan sebuah cerita yang baru. Setiap persembahan boneka mestilah disertakan dengan satu skrip cerita demi menyampaikan masej seperti nilai-nilai murni. Oleh sedemikian, guru-guru boleh meminta murid-murid untuk menghasilkan cerita berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Nilai kerjasama juga dapat juga dapat dipupuk melalui

penggabungjalinan persembahan boneka dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya, persembahan boneka memerlukan sekurangkurangnya dua orang untuk melakukan persembahan. Oleh itu, guru-guru boleh memberikan tugasan persembahan boneka dalam bentuk aktiviti kumpulan. Murid-murid akan berkerjasama dan saling membantu antara ahli kumpulan masing-masing untuk menjayakan persembahan tersebut. Keseronokan aktiviti P&P dapat ditingkatkan apabila boneka digunakan untuk mengajar. Murid-murid akan memberikan tumpuan yang lebih kerana kaedah pengajaran tersebut adalah lebih menarik dan tidak membosankan jika dibanding dengan aktiviti P&P yang berasaskan teori. Dengan ini, muridmurid boleh belajar melalui keseronokan dan masej-masej guru dapat disampaikan dengan jelas kerana murid-murid telah memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran guru.

Penggunaan boneka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sememangnya mendatangkan banyak kebaikan kepada guru dan muridmurid. Namun begitu, guru harus dapat menguruskan kelas dengan baik supaya keadaan kelas tidak menjadi huru hara.

3.0 Proses Penghasilan Boneka Proses penghasilan boneka terdiri daripada beberapa peringkat, iaitu bermula dengan pemilihan cerita, menulis skrip, membina boneka dan pentas. a) Pemilihan cerita Antara contoh-contoh cerita yang boleh dipilih untuk persembahan boneka adalah berkaitan dengan binatang, manusia, kehidupan, keadaan semasa dan sebagainya. Terdapat dua jenis cara yang boleh kita gunakan dalam pemilihan cerita. Cara yang pertama ialah kita memilih cerita terlebih dahulu sebelum menulis skrip dan membina boneka berasaskan cerita yang dipilih. Cara kedua pula merupakan kita akan menggunakan boneka yang sedia ada dan menjadikan mereka sebagai watak dalam cerita. Kumpulan saya telah menggunakan cara yang pertama. Terlebih dahulu, kami telah mencari cerita yang ingin dipersembahkan dan kemudian barulah kami menghasilkan boneka kami.

b) Menulis skrip Ayat yang ditulis dalam skrip tidak haruslah begitu panjang dan perlu bersesuaian dengan tahap murid-murid. Skrip tersebut hanya menjadi satu garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita. Kumpulan saya telah memetik skrip cerita kami dari satu buku cerita yang bertajuk Pemburu dan Binatang yang Cerdik.

c) Membina boneka dan pentas

Boneka boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti stokin, sisa kain, tuala dan sebagainya. Namun, bahan-bahan yang digunakan haruslah bersesuaian dengan jenis boneka yang bakal dibina serta tidak akan mengancam keselamatan murid-murid. Dalam tugasan kami, kami dikehendaki untuk membina sebuah boneka tangan yang 3D. Oleh itu, kumpulan saya telah bersepakat untuk menjahit boneka kami dengan kain serta dimasukkan span atau kapas ke dalam boneka supaya ia kelihatan seperti 3D. Pentas yang digunakan oleh kumpulan saya juga mudah sahaja, iaitu kami telah mewarnakan satu keping papan polystyrene untuk dijadikan latar belakang cerita kami. Pada mulanya, kami telah menetapkan watak yang akan kami hasilkan. Boneka yang akan saya bina ialah boneka burung gagak. Selepas mendapatkan kain, saya telah membuat lakaran di atas kain untuk dipotong dengan lebih tepat. Kemudian, saya telah menjahit boneka saya secara berasingan mengikut bahagian tubuh badan seperti bahagian kepala, cakar, sayap, badan dan paruh dengan menggunakan mesin jahit. Setelah siap jahit bahagian-bahagian tersebut, saya telah memasukkan span supaya boneka saya berkembang dan kelihatan 3D. Selepas itu, barulah saya menjahitkan kesemua bahagian itu menjadi satu boneka yang lengkap dan menampalkan satu pasang mata palsu.

4.0 Waktu yang Sesuai untuk Penggunaan Boneka dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Boneka boleh digunakan apabila guru mengaplikasikan kaedah bercerita dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terutamanya bagi cerita yang mempunyai nilai-nilai murni. Guru-guru boleh memupuk nilai-nilai murni melalui lakonan boneka dan murid-murida akan belajar serta menghayati nilai-nilai tersebut melalui keseronokan secara tidak langsung. Selain itu, boneka juga sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam pemulihan. Dengan ini, fitrah naluri kanak-kanak yang

suka bermain dapat dipertingkatkan dan seterusnya mereka akan belajar melalui permainnan. Boneka juga sesuai digunakan untuk menghilangkan kebosanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kelas yang bosan akan menyebabkan murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian mereka dengan sepenuhnya. Sebagai implikasinya, murid-murid akan kehilangan minat dalam

pembelajaran dan tidak dapat belajar dengan baik. Oleh itu, guru-guru boleh menggunakan boneka untuk menceriakan lagi suasana pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid menjadi lebih aktif dan komunikasi dua hala dapat diwujudkan. Penggunaan boneka dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa yang sesuai akan menghasilkan kesan yang positif kepada pembelajaran murid-murid.

5.0 Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan Boneka Bahan-bahan asas yang digunakan dalam menghasilkan boneka adalah seperti gunting, kain, jarum dan benang dan lain-lain lagi. Dalam usaha untuk menghasilkan boneka burung gagak saya, saya telah menggunakan kain yang berwarna hitam untuk membina bahagian badan, kepala, ekor dan sayap burung gagak. Manakala untuk bahagian paruh dan cakar, saya telah memilih kain yang berwarna kuning. Saya telah menjahit boneka saya dengan mesin jahit supaya hasil boneka saya lebih kemas dan cantik. Tambahan lagi, saya telah melekatkan satu pasang mata palsu untuk burung gagak saya.

6.0 Penutup Aktiviti pengajaran yang menggunakan boneka merupakan satu kaedah pengajaran yang menarik dan dapat merangsangkan minda murid. Hal ini sedemikian kerana ia bukan sahaja mendatangkan keseronokan kepada murid-murid, malah turut memperkembangakan kemahiran lisan, kemahiran berkomunikasi dan kreativiti murid-murid. Namun begitu, satu

perancangan yang rapi harus dilakukan sebelum digunakan dalam kelas supaya ia betul-betul relevan dengan isi pembelajaran dan dapat membantu guru-guru mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan.