Anda di halaman 1dari 9

Adat Resam

Adat Resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam mempunyai isbat kepada pelaku sama ada positif atau negatif. Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza. Adat Resam yang diamalkan ini masih releven dan dapat diterima oleh masyarakat umum dan generasi muda tidak berasa kekok untuk menerima dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

(a) Adat Resam Melayu (i) Melenggang Perut Adat ini merujuk kepada satu amalan yang dijalankan ke atas wanita yang telah genap 7 bulan hamil. (ii) Meminang dan Bertunang Adat ini bertujuan untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum akad nikah.

(iii) Kematian Biasanya waris atau saudara-mara si mati akan mengadakan kenduri arwah untuk disedekahkan kepada arwah. Ada yang mengadakan kenduri arwah 3 malam berturut-turut, 7 malam berturut-turut atau pada malam ke- 40. (iv) Bercukur Jambul Adat ini merupakan satu adat yang diamalkan untuk mencukur jambul bayi yang baru dilahirkan. Adat ini biasanya dijalankan setelah ibu tamat tempoh berpantang.

(b) Adat Resam Cina (i) Kelahiran Semasa mengandung, ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung. Adat dalam masyarakat Cina mementingkan anak lelaki kerana mereka dapat melanjutkan keturunan melalui pewarisan nama nenek moyang. . Dalam memberikan nama kepada bayi, nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah ke-2 mewakili nama segenerasi dalam kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ke-3 pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.

(ii) Kenduri Selepas Kelahiran Mereka membuat sejenis kuih khas yang berbentuk merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara mara yang terdekat. (iii) Mencukur Rambut Adat ini dilakukan sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat mereka.

(c) Adat Resam India (i) Sewaktu Mengandung Adat Valaikaapu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulong wanita hamil menjangkau usia 7 hingga 9 bulan. .Wanita hamil dipakaikan sebentuk sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaapu.

Suul bermaksud Kandungan Ibu manakala Kaapu pula bermaksud Perlindungan. Tujuan adat ini adalah untuk memberi nama kepada bayi yang baru dilahirkan tersebut. (ii) Selepas Bersalin Membisikkan Nama Tuhan - Gayattri Mantiram (Doa) ke telinga bayi tersebut. Setelah itu diadakan upacara potong tali pusat. . Adat menyapu madu juga diadakan bertujuan untuk kecantikan. Madu akan disapukan pada lidah bayi berkenaan.

Jantina
Menurut Butler dan Mannning (1998), The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behaviour that identify one as either male or female. Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan yang ketara antara mereka. Justeru, guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina.

Perbezaan daripada aspek jantina (gender) juga dilihat sebagai satu perkara penting yang perlu difahami oleh seorang guru ketika berada di dalam kelas. Hal ini disebabkan faktor jantina mempengaruhi iklim pembelajaran murid. Biarpun perbezaan lelaki dan wanita terutamanya daripada segi sikap, kematangan dan cara belajar dilihat ketara, namun faktor ini dapat memberi peluang kepada murid-murid agar bergaul secara lebih tertib, menghormati antara satu sama lain serta mewujudkan persaingan sihat sesama mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.