Anda di halaman 1dari 17

Konsep asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan

Falsafah Falsafah Pendidikan

Cabang Falsafah
Metafizik berkaitan dengan Epistemologi berkaitan dengan Aksiologi berkaitan dengan Logik berkaitan dengan

kajian realiti.
kajian ilmu. kajian nilai. penaakulan.

Metafizik
Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan yang mutakhir Ia mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan Contohnya: Apakah hidup? Apakah kebebasan? Apakah alam? Persoalan seperti ini biasanya tidak menghasilkan jawapan yang dapat diterima sebulat suara oleh semua ahli falsafah

Epistemologi
Mengenali teori pengetahuan dan perihal mengetahui Ia berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran Bagi ahli-ahli realis, ilmu dimulai dengan pembelajaran objek-objek melalui deria-deria kita Melalui objek, kita membentuk konsep mengenai objek tersebut dalam realiti Seseorang guru yang menggunakan fomula realis yang menitikberatkan penggunaan deria-deria akan mengembangkan aktiviti-aktiviti darjah yang menggunkan deria sensori

Aksiologi
Melibatkan teori nilai dan cuba menjelaskan apa yang dikatakan tingkah laku yang baik dan betul Dibahagikan - Etika: mengkaji nilai-nilai moral dan peraturan yang menggariskan tingkah laku yang betul - Estetika: membincangkan nilai-nilai dalam kecantikan dan seni lukis

Logik
Merujuk kepada peraturan-peraturan dan corak pemikiran yang betul serta sah Mengkaji peraturan-peraturan untuk membuat inferensi yang sah yang membantu kita membuat cadangan atau pendapat yang betul

Mazhab-mazhab falsafah

Idealisme Realisme Pragmastisme Eksistensialisme

Falsafah Idealisme

Metafizik Realiti adalah berbentuk rohani atau mental dan tidak berubah-ubah

Epistemologi Mengetahui adalah pemikiran semula ideaidea yang terpendam Mengetahui terhasil daripada sensasi dan abstraksi Mengetahui adalah hasil daripada pengalaman menggunakan kaedah saintifik Mengetahui untuk pemilihan sendiri

Aksiologi Nilai adalah mutlak dan berpanjangan

Realisme

Realiti- objektif. Mempunyai bentuk dan rupa. Tetap dan berasaskan hukum semula jadi Interaksi antara seorang individu dengan persekitaran atau pengalaman. Ianya selalu berubah

Nilai adh mutlak dan berpanjangan. Berasaskan hukum semula jadi Bergantung kepada situasi atau ia adalah relatif

Pragmastisme

Eksistensialisme

Realiti adalah subjektif

Nilai seharusnya dipilih secara bebas

Konsep Falsafah
-

Berasal daripada 2 perkataan Yunani Philos (bermakna mencintai) Sophia (bermakna kebijaksanaan) Mencintai kebijaksanaan Russell (1946) Sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains Teologi: falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti Sains: falsafah berusaha menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan fahamanya

E.D Miller: usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting

Sharifah Alawiyah Alsagoff (1984) 1. Pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting. 2. Mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. 3. Cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran. 4. Pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan. 5. Pendekatan yang komprehensif dan logikal mengenai asas pemikiran atau semua aktiviti manusia khususnya dalam bidang sains, seni, agama dan pendidikan.

Ringkas kata, boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas

Konsep Pendidikan
-

Mengikut pandangan umum: Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia Plato (427-347 SM) suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Socrates membentuk warganegara yang baik dan setia dan mematuhi undang-undang negara. Aristotle (384-322 SM) ilmu yang bersifat etika dan politikal. Jean Jacques Rousseau (1712-1778) suatu proses yang berterusan dan bermula dari masa kecil. Maria Montessori (1870-1952) proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak.

John Dewey (1859-1952) proses perkembangan individu usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya supaya hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
Confucius (551-479 SM) proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah.

Muhammad Qatb proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

Amal al-Shaibani - pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat

Al-Ghazali (1058-1111) - proses pendidikan merangkumi aspek intelek, latihan jasmani, pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
-

Hamka (1984) suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik , sikap yang berani, serta budi pekerti yang mulia seperti merendah diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya

FALSAFAH PENDIDIKAN

Kajian mengenai makna, tujuan serta kaedah asas pendidikan atau pembelajaran. Memberi interpretasi yang komprehensif mengenai ilmu dan kebenaran. Melihat hubungan manusia dalam aspek-aspek kesedaran diri, kebebasan, nilai, moral dan kecantikan seni. Kajian tentang semula jadi manusia, minda manusia, soalan mengenai kuasa antara pertalian di antara pendidikan dan masyarakat. Falsafah juga berkait rapat dengan teori perkembangan manusia.