Anda di halaman 1dari 36

PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI


OLEH: ADIB BIN SULAIMAN Unit Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Batu Pahat

ASPEK PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

Pendidikan Fizikal

Pergerakan merupakan suatu daya yang wajib bagi seorang individu (Wall dan Murray, 1994). Apabila kanak-kanak dilibatkan dengan aktiviti fizikal, mereka akan melakukan dengan sepenuh hati dan mereka juga akan bergerak dengan seluruh anggota badan. Pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Dapat menguasai kemahiran fizikal serta meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya.

Perkembangan Fizikal

Awal kanak-kanak (0-6 tahun)


Ketika

umur 3 bulan, kanak-kanak mula menguasai kemahiran motor. Menurut Havighurst, kanak-kanak berumur 9-15 bulan sudah boleh berjalan. Setelah pandai berjalan, kanak-kanak itu akan belajar berlari dan melompat.

Perkembangan Fizikal

Pertengahan kanak-kanak (6-12 tahun)


Kanak-kanak

telah mengalami pertumbuhan tulang dan otot dan bersedia untuk mempelajari kemahiran menangkap, menendang, berguling dan berenang. Kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dengan lebih baik. Contohnya, menulis, bermain alat muzik dan menggunakan alat pertukangan. Pertumbuhan mata lebih baik daripada pertumbuhan jantung.

Perkembangan Fizikal
Penglihatan

yang baik membolehkan kanakkanak membuat kerja yang lebih halus. Lelaki lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti kasar seperti bertumbuk dan bermain kasar, manakla perempuan disebaliknya.

Perkembangan Fizikal

Tahap remaja (13-21 tahun)


Menurut

Jean Piaget, pertumbuhan jasmani berlaku begitu cepat pada peringkat ini.

Perkembangan Fizikal

Pada peringkat prasekolah kanak-kanak boleh:


Berlari

dengan baik dan boleh membelok Berdiri di atas satu kaki dan menjengkek Panjat tangga dengan menggunakan kedua-dua belah kaki secara bergilir Melompat dengan dua kaki atau satu kaki berjalan di atas barisan Menari mengikut muzik

PERKEMBANGAN MOTOR (ARNOLD GESELL)

Peringkat pertama (Lahir 1 tahun)

Umur 1 bulan bayi dapat menghasilkan tangisan berbeza untuk menyatakan kehendak berlainan seperti tangisan ketika lapar, lampin basah dan perlukan belaian. Umur 4 bulan mata bayi boleh mengikut objek yang bergerak. Umur 6 bulan bayi boleh menggenggam objek. Umur 7 bulan bayi boleh duduk dan merangkak. Umur 12 bulan bayi boleh berdiri dengan berpaut pada kerusi.

Peringkat kedua (1 2 tahun)

Mula jalan bertatih atau dibantu oleh pengasuh. Mula memahami makan jangan. Umur 2 tahun bayi boleh berjalan.

Peringkat ketiga (2 3 tahun)

Kanak-kanak boleh makan sendiri. Kanak-kanak boleh bercakap menggunakan ayat mudah. Kanak-kanak boleh berlari.

Peringkat keempat 3 4 tahun)

Kanak-kanak boleh menunggang basikal beroda tiga. Kanak-kanak boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa.

Peringkat Kelima (4 5 tahun)

Kanak-kanak mula bersosialisasi. Kanak-kanak mula mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Kanak-kanak bersedia untuk ke kelas prasekolah.

KEPENTINGAN PEND. JASMANI DALAM PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI :: Pertumbuhan (kuantitatif)


Merangsang pertumbuhan fizikal murid. Kesedaran pengambilan makanan yang betul. Mengelakkan pertumbuhan terbantut. Murid lebih peka kepada kesihatan dan pertumbuhan fizikal mereka. Lebih bijak dalam menguruskan pemakanan mereka. Menambah kualiti hidup murid-murid.

JASMANI :: Perkembangan Fizikal (kualitatif) Kemahiran asas pergerakan (kemahiran


motor) menguasai kemahiran mengikut kemampuan diri (fizikal) menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan sukan (cth: aspek keselamatan, kesihatan, pengurusan, etika, dan gaya hidup).

(sambungan) Kepentingan PJ

Menjamin kecergasan fizikal Menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian Mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Lebih sihat tidak mudah cedera bila melakukan sesuatu aktiviti sukan.

(sambungan) Kepentingan PJ

Peka terhadap kesihatan badan. Tahu mengenai kecederaan fizikal yang dialami dan merawatnya. BMI murid stabil (penjagaan makanan yang seimbang)

(sambungan) Kepentingan PJ

Memaksimumkan fungsi fizikal murid. Fleksibiliti - Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendi sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi. Menyelaraskan koordinasi anggota fizikal. Dapat menambah ketangkasan sesuatu pergerakan yang melibatkan dua

(sambungan) Kepentingan PJ
Kekuatan

Otot - Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). Daya Tahan Otot - Keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

(sambungan) Kepentingan PJ

Membentuk disiplin diri dan nilai afektif membentuk keterampilan perkembangan sosial

(sambungan) Kepentingan PJ
Mengembangkan bakat atau kemahiran memberi sumbangan kepada negara cth: kemahiran permainan olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif. Mengaplikasikan pengetahuan perkembangan sistem tubuh ( sistem rangka, otot, kardiovaskular, dll..) logik, analitis, kreatif, inovatif

KEPENTINGAN PJ
PERKEMBANGAN FIZIKAL menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Penekanan diberi kepada kekuatan fizikal dan sisitem organik individu; sistem pencernaan , sistem perkumuhan , sisitem pernafasan dan sebagainya. Penggunaan fizikal juga membantu menyesuaikan diri, melawan keletihan, lebih cekap dan lain-lain.

PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran


daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus. Pergerakan motor yang berkesan seperti berlari, menyepak, dan sebagainya hanya dapat dihasilkan apabila sistem otot dan saraf bertindak secara harmoni. Fungsinya adalah membolehkan individu melakukan sesuatu pergerakan yang cekap, kreatif dengan meminimumkan penggunaan tenaga dan lebih selamat.

PERKEMBANGAN KOGNITIF
Pengumpulan pengetahuan dan kebolehan untuk berfikir dan menginterpretasi pengetahuan. Pembelajaran PJ yang berkesan membolehkan pelajar berfikir, mempelajari dan menguasai pelbagai perkara seperti koordinasi, pergerakan, undang-undang, teknik, strategi, yang membantu perkembangan kognitifnya.

PERKEMBANGAN SOSIAL

Merupakan perkembangan peribadi yang membantu membuat pelbagai penyesuaian di dalam kehidupan. Prestasi, kemahiran, kebolehan, kerjaya merupakan kriteria kejayaan yang mempengaruhi imej sosialnya. Keperluan sosial yang positif membantu individu ke arah memenuhi pelbagai nilai seperti kerjasama, penghormatan, dan kasih sayang.

PERKEMBANGAN AFEKTIF

Mampu memperkembangkan sikap lain seperti menghargai akitviti, berminat padanya, menyedari kepentingannya dan tekun memperolehinya. Membantu individu menjelaskan dan berfikir tentang pelbagai nilai seperti pertimbangan, penghargaan dan sebagainya. Perkembangan yang berlaku pada diri membuatkan individu lebih bersemangat.

BAGAIMANA PJ MEMBANTU DALAM PENCAPAIAN ASPIRASI FPK

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN... Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

JASMANI

Aktiviti fizikal Berlari-menguatkan tubuh badan, menyihatkan fizikal melancarkan sistem pernafasan dan perkumuhan.

EMOSI

Perkembangan emosi menjadi lebih positif sewaktu sesuatu aktiviti dijalankan. Meluahkan perasaan gembira ketika berjaya melaksanakan sesuatu kemahiran. Mampu menyeimbangkan emosi yang tidak stabil atas bimbingan guru.

ROHANI

Perkembangan dalaman diri individu. Penerapan nilai sewaktu p&p. Cth: sabar dan tabah walaupun kalah di dalam sesuatu permainan dan cuba memperbaiki kelemahan; tidak berputus asa.

INTELEK

Perolehan pengetahuan. Perkembangan kognitifnya berlaku apabila mereka berfikir dan menginterpretasi sesuatu. Mempelajari sesuatu kemahiran, melakukannya, mendapat pengalaman dan menguasainya.

SOSIAL
Perkembangan peribadi individu. Menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan. Cth:penekanan pergaulan antara murid lelaki dan perempuan yang mempunyai batasan. Kejayaan yang diperoleh akan meningkatkan tahap penghormatan dan imej kendiri seseorang murid. Nilai yang positif perlu ditekankan.

BUDAYA PEMBELAJARAN PJ

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidupyang sihat dan aktif. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan Jasmani yang merangkumi tiga aspek penting,iaitu : Penglibatan murid secara aktif dan selamat Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alat Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

TAMAT

Aspek Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal