Anda di halaman 1dari 8

Minit Mesyuarat Kali Pertama Unit RMT ,Kafetaria Dan Susu Sekolah 2011

Tarikh : 16 FEBRUARI 2011 Masa : 1.30 Tengah hari Tempat : Kafetaria SKJ Hari : Rabu Kehadiran : Encik Abdul Roni B. Mustaffa (PK 1) Puan Nor`aini Bt. Mohd. Din (PK HEM) Puan Mashitoh Bt Haji Ishak (SU RMT / Kafetaria SJK) Puan Nor haniza Bt. Mohammad (Kaunselor) Puan Norlia Bt. Kassim Puan Laily Rosita Bt. Mohd. Said Puan Siti Roqhiyah Bt. Ramli Puan Norini Bt. Ahmad En. Shahril Azri B. Yahya

Agenda 1 Perutusan Yang Berbahagia Pengerusi 1. Ucapan terima kasih atas kehadiran dan mengalu-ngalukan kedatangan ahli baru. Harapan beliau agar mensyuarat kali ini , merupakan titik tolak ke arah memantapkan lagi Unit Kafetaria, RMT sekolah untuk tahun 2011. Agenda 11 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu 2. Puan Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Dicadangkan sah : Encik Syahril Azri B. Yahya Disokong : Puan Norlia Bt. Kassim Agenda 111 Perkara Berbangkit 3. Impian Sejati belum tandatangan perjanjian kontrak kantin, sebab tidak ada Guru Besar. 4. Masih terdapat guru yang tidak bertugas masa RMT- (Guru Bertugas Mingguan)

5. Wujudkan pengawas RMt, untuk mengesan kehadiran murid murid RMT. 6. Kuantiti makanan yang dijual tidak setanding dengan harga. 7. Catatkan dalam buku Laporan RMT /Kafetaria ,jika ada sebarang rungutan atau rasa tidak puas hati. 8. Sinki dalam dewan makan guru rosak dan kadangkala tersumbat. 9. Aliran air perlahan- sinki di dewan makan murid.

Agenda 1V Perancangan Unit RMT/Kafetaria tahun 2011 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. Mengisi borang RMT C Kenalpasti murid-murid yang layak mengikut pendapatan perkapita data smm Wujud buku rekod kedatangan murid murid guru kelas akan menanda kedatangan Murid RMT Mengisi buku Laporan Kendiri Kantin Menu RMT telah ditetapkan- buat sementara ikut menu tahun lepas (2010) Keceriaan kafetaria- cogankata, hiasan dalaman kantin, kemaskini papan buletin. Pengagihan susu percuma Kempen kafetari bersih dan selamat.

Agenda V Penutup : Ucapan Penasihat 18. 19. 20. 21. 22. Perjanjian kontrak kantin diperbaharui. Harga makanan perlu dipamerkan- mesti selaras dengan perjanjian kontrak. Semua pekerja perlu mendapat suntikan. Pekerja perlu berpakaian kemas bersesuaian dengan peraturan yang telah ditetapkan. Kebersihan makanan diutamakan asingkan makanan yang dimasak dengan makanan yang mentah. 23. Penjualan seperti nugget dibenarkan, tetapi nugget yang berkualiti sahaja. 24. Mesyuarat ditamatkan pada 2.30 petang dan ditangguhkan pada tarikh yang belum ditetapkan.

Disediakan oleh: Puan Mashitoh Bt Haji Ishak

Disemak oleh : Puan Nor`aini Mohd. Din

(Setiausaha Unit Kafetaria/RMT)

(Pengerusi Unit Kafetaria/RMT)

Unit Kafetaria, & RMT, Sekolah Kebangsaan Jabi, 06400 Pokok Sena ,Kedah. Tarikh : 10 OKTOBER 2013 Nama Ahli : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Encik Mhd.Zaki B. Zakaria (GB) Encik Abdul Roni B. Mustaffa (PK1) Puan Hajjah Nor`aini Bt. Mohd. Din (PK HEM) Puan Hajjah Nurraini Bt. Ahmad (PK KOKO) Pn. Mashitoh Bt. Haji Ishak ( SU Unit) Pn. Laily Rosita Bt. Mohd. Said Pn. Cek Nolia Bt . Kasim Puan Norini Bt. Ahmad Puan Nor Haniza Bt. Mohamad(Kaunselor)

Mesyuarat Unit Kafetaria, RMT & Susu Sekolah Kali Ketiga Tahun 2013 Saya adalah dengan hormatnya memaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada ketetapan berikut : Tarikh : 13 OKTOBER 2013 Hari : AHAD Masa : 1.15 tengah hari Tempat : Kafetaria

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 1. 2. 3. 4. 5. Ucapan Aluan Pengerusi Membentang & Mengesahkan Minit Yang Lalu Perkara Berbangkit Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun. Hal- hal Lain.

2. Di harap semua AJK tidak menguzurkan diri demi kepentingan bersama. Sekian Terima Kasih, PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG Saya yang menurut perintah, .. (Puan Mashitoh Haji Ishak ) Setiausaha Unit Kafetaria /RMT

Minit Mesyuarat Kali Ketiga Unit RMT,Kafetaria dan Susu Sekolah 2013

Minit Mesyuarat Kali Ketiga Unit RMT,Kafetaria dan Susu Sekolah 2013

Tarikh : 13 Oktober 2013 Masa : 1.15 tengah hari Hari : AHAD Tempat : KEFETARIA SK. JABI Kehadiran : Encik Abd. Roni b. Mustafa (PK 1) Puan Hajjah Noraini bt. Mohd. Din (PK HEM) Puan Mashitoh bt. Haji Ishak (SU unit ) Puan Laily Rosita bt. Mohd. Said Puan Che Norlia bt. Kassim Puan Nor Haniza bt. Mohamad (kaunselor) Agenda 1 Perutusan Yang Berbahagia Pengerusi 1. Ucapan terima kasih atas kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini. Harapan beliau agar mesyuarat kali ini berjalan lancar dan sebarang perbincangan dalam agenda mesyuarat membawa faedah dan manfaat kepada kemantapan Unit. Agenda 11 Membentang dan Mengesahkan Minit Yang Lalu 2. Puan Setiausaha Membentang Minit yang lalu. Dicadangkan sah:Puan Laily Rosita Disokong: Puan Che Norlia

Agenda 111

Perkara Berbangkit. 3. Menu RMT masih di tahap kurang memuaskan,baik dari segi kualiti mahupun kuantiti,contoh menu nasi ayam pabrik- saiz ayam kecil,kadang tidak ada langsung isi ayam. 4. Ada penjualan makanan ringan boleh menjejaskan tahap kesihatan murid- murid sekolah, terutama makanan yang diimport dari cina- dari segi pewarna makanan. 5. Ada ketika terdapat guru bertugas lambat sampai. 6. Berlaku pembaziran- makanan tidak habis dimakan-dibuang. 7. Pembuang kotak susu yang telah habis diminum- di kaki lima dewan terbuka Agenda 1V Laporan Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2012 8. Susu RMT Semua susu telah diagihkan kepada murid-murid-,tiada simpanan susu sehinggalah tarikh cuti penggal akhir persekolahan.Susu sepatutnya diagihkan sebanyak 2 kotak seminggu kepada setiap orang murid.Oleh kerana berlaku lambakkan susu,maka susu diagihkan kepada murid setiap hari sebanyak 2 kotak atau 4 kotak. Susu diagihkan kepada semua murid kecuali murid-murid pra 9. Vitamin C Pemberian Vitamin C- hanya murid murid RMT yang mendapat persetujuan dari waris masing-masing. Vitamin C diagihkan kepada murid sebanyak 3 kali seminggu (AHAD,SELASA dan KHAMIS). 10. Pengawas RMT Penambahbaikan bidang tugas pengawas RMT-memastikan ada pengawas yang membaca doa semasa makan. Mengesan murid yang tidak makan RMT- menanda kehadiran murid. Kawalan murid semasa mengambil makanan.

Agenda V Hal- hal Lain Penutup:Ucapan Penasihat 10. Harapan pada tahun 2014 , harap pengusaha kantin dapat menguruskan terutamanya dalam penyediaan makanan RMT murid murid. 11. Harapan beliau juga, pada tahun hadapan UNIT RMT dan SUSU SEKOLAH dapat bergerak dengan lebih mantap lagi,ke arah satu matlamat iaitu kesihatan dan kebersihan menjamin kecemerlangan pendidikan. 12. Mesyuarat ditamatkan pada 2.30 petang dan ditangguhkan pada tarikh yang belum ditetapkan.

Disediakan oleh: Puan Mashitoh bt. Hj.Ishak (SU Unit RMT/Kafetaria)

Disemak oleh: . Pn. Noraini bt. Mohd.Din (Pengerusi Unit RMT/Kafe)

Anda mungkin juga menyukai