Anda di halaman 1dari 3

KECERDASAN PELBAGAI

Jenis Kecerdasan
Muzikal Logik - Matematik

Penerangan
Dapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni muzik dan peka kepada pic, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan. Berupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak. Boleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tujuan dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri Peka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci. Sedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian. Dapat mengenal pasti masalah berkaitan serta merancang penyelesaiannya Berkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu. Boleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental. Boleh menggunakan bahasa secara berkesan secara lisan dan penulisan. Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri

Interpersonal

Naturalis Spiritual Kinestetik Visual - Ruang Verbal/Linguistik Intrapersonal

KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

Baik hati - Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Berdikari - Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Hemah tinggi - Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat. Hormat menghormati - Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan . Kasih sayang - Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan, lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri. Keadilan - Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. Kebebasan - Kebebasan yang tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Keberanian - Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati yang perlu ada pada setiap orang. Kebersihan fizikal dan mental Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.

16 NILAI MURNI

Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Kejujuran - Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kerajinan - Usaha berterusan yang penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara. Kerjasama - Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royong, ketoleranan dan perpaduan. Kesedaran - Sikap yang tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Kesyukuran - Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih, mengenang budi dan penghargaan. Rasional - Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Semangat bermasyarakat - Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.