Anda di halaman 1dari 38

1.

0 HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan maklumatmaklumat yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya

TANDATANGAN NAMA TARIKH

: .................................................................... : NORFARAHIN BINTI ABD RAHMAN : 9 OGOS 2013

2.0 ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 HALAMAN PENGAKUAN 2.0 ISI KANDUNGAN 3.0 PENDAHULUAN 4.0 ISU KAJIAN MASALAH KECICIRAN DI SEKOLAH 4.1 Definisi Keciciran 4.2 Kajian Lepas Berkaitan Keciciran Di Sekolah 4.3 Analisis Isu Keciciran 4.3.1. Definisi Miskin 4.3.2. Punca Keciciran (Kaitan Kemiskinan dengan Keciciran) 4.3.3. Kepentingan Isu Keciciran 4.3.4. Langkah Mengatasi Masalah Keciciran 4.4 Ringkasan 4.5 Rumusan Isu Keciciran 5.0 PENGHARGAAN 6.0 REFLEKSI 7.0 BIBLIOGRAFI 8.0 LAMPIRAN

3.0 PENDAHULUAN

Gejala Sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang sering melanda golongan remaja dan belia. Globalisasi dan modenisasi juga merupakan penyebab berlakunya perubahan nilai dalam diri individu, keluarga dan masyarakat. Dalam arus kemodenan dan kemajuan dunia global tanpa sempadan hari ini, banyak berlaku limpahan budaya negatif yang melanda negara di seluruh dunia. Masyarakat kita pada hari ini bukan sahaja terdedah kepada masalah penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing, tetapi mereka juga semakin diresapi budaya hedonism iaitu suka berpoya-poya dan berhibur dengan keterlaluan, terjebak dalam amalan seks bebas ( berzina ), buang bayi, ketagih rokok, judi, arak, bahan porno (lucah ), bunuh, rogol dan banyak lagi masalah sosial yang cukup membimbangkan. Isu kelahiran anak luar nikah semakin hangat diperkatakan pada hari ini. Isu hangat ini giat diperdebatkan hingga ke sidang parlimen. Pelbagai cadangan dan kaedah telah diperkenalkan namun ianya masih tidak dapat membendung isu ini. Selain itu, remaja merupakan golongan yang sedang aktif dengan perkembangan semulajadi seksual, fizikal dan mental. Mereka berhadapan dengan perubahan biologi yang dramatik, pengalaman dan tugasan baru (Santrock, 2008). Sejak dahulu lagi zaman remaja dikenali sebagai satu tempoh masa yang dipenuhi konflik dan memberontak iaitu storm and stress (Hall, 1904). Ahli psikologi percaya bahawa mereka memerlukan penyesuaian diri dengan segala perubahan yang dialami. Perasaan dan tindakan remaja berkonflik antara rasa angkuh dengan rasa rendah diri, antara rasa keseronokan dan kemurungan, dan antara baik dengan mudah terpengaruh. Tugas remaja pada peringkat ini adalah untuk mempelajari bagaimana mempercayai orang lain, mencari identiti yang stabil,

mengetengahkan pelbagai persoalan hidup, persoalan tentang intimasi, hubungan moraliti dan rakan sebaya. Tugas ini adalah penting bagi remaja kerana mereka ingin mengetahui peranan yang baru dalam usaha mencipta masa depan mereka (Santrock, 2008). Selain terpaksa berhadapan dengan peranan baru tersebut, remaja turut berhadapan dengan perubahan semulajadi seks kerana peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan seks yang paling aktif (Glasier et al, 2006). Sesetengah hormon meningkat secara mendadak pada peringkat ini seperti hormon testosteron bagi lelaki manakala estradiol bagi perempuan (Hughes & Kumanan, 2006). Pada peringkat ini remaja berminat untuk meneroka dan bereksperimen tentang seksual, fantasi dan realiti dalam usaha menyesuaikannya dengan identiti (Santrock, 2008; Steinberg, 2007). Remaja mula 3

mempunyai keinginan untuk mengetahui tentang seksual, berfikir tentang tarikan seksual dan bagaimana untuk melakukan seks (Steinberg, 2007). Mereka sudah pandai berimaginasi tentang seksual seterusnya menjalinkan percintaan berlainan jantina ekoran pengaruh tugas perkembangannya (Hurlock, 1980), secara tidak langsung ia mendorong kepada melakukan seks. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka keliru semasa perkembangan seksual berlaku pada peringkat ini (Steinberg, 2007). Kegagalan menyesuaikan diri dengan tugas perkembangan yang berlaku menyebabkan remaja berada dalam keadaan kekeliruan, tertekan hingga akhirnya ada yang tersilap dalam membuat keputusan terjebak dengan aktiviti seks tanpa nikah. Di era kemajuan ini, ramai yang lebih terbuka dalam membicarakan perihal seks dari pelbagai sudut dan perspektif walaupun masih ada yang menganggap ia sesuatu yang tidak manis dan tidak boleh diperkatakan, terutamanya oleh mereka yang belum berkahwin. Secara realitinya semakin ramai remaja terbabit dalam aktiviti seks luar nikah dewasa ini. Mengikut Tinjauan Seks Sejagat Durex 2004 membabitkan 350,000 responden dari 41 negara secara purata, seseorang mula melakukan hubungan seks buat pertama kali hilang dara atau teruna antara usia 16 tahun dan 20 tahun atau purata usia 17.7 tahun. Manakala bagi remaja Malaysia pula, secara purata, remaja Malaysia melakukan seks kali pertama pada usia 19 tahun berbanding 20 tahun pada 2001 sedangkan kajian Persekutuan Persatuan-persatuan Perancangan Keluarga Malaysia (PPPKM) mendapati usia sesuai untuk berkahwin di Malaysia bagi lelaki adalah 28 tahun dan 25 tahun bagi perempuan berbanding masing-masing 21 tahun dan belasan tahun, dulu.

4.0 ISU KAJIAN MASALAH KEHAMILAN REMAJA LUAR NIKAH PERINGKAT GLOBAL 4.1 Definisi Kehamilan Remaja Luar Nikah Istilah seks tanpa nikah lebih dikaitkan dengan konteks keagamaan dan kajian-kajian (contohnya: Abdessamad 1998; McCree, 2003) menunjukkan istilah ini lebih difahami oleh remaja yang beragama Islam dan Kristian. Walau bagaimanapun secara praktisnya, kesedaran tentang risiko akibat seks tanpa nikah ini ditekankan oleh semua agama kerana seks tanpa nikah boleh menyebabkan pelbagai masalah sosial yang lain seperti kehamilan luar nikah, pengguguran dan masalah kesihatan. Malangnya, amalan seks tanpa nikah kini bermula di usia yang muda dan saban hari kian meningkat (Mariani & Hamidah, 2008). Kajian sejak 1990an (Horan, Phillips & Hagan, 1998; Sanders & Reinisch, 1999) pula mendedahkan bahawa ramai remaja yang tidak menganggap tingkah laku bukan persetubuhan (seperti ciuman mulut, berpelukan erat, meraba anggota pasangan) adalah sebagai seks. Ini merupakan indikator bahawa tingkah laku seks bukan persetubuhan semakin dapat diterima dalam kalangan remaja kini. Takrif hamil luar nikah ialah mengandung sebelum berkahwin di mana kewujudan hubungan seks di antara dua pasangan yang tidak mempunyai pertalian nikah yang sah. Remaja hamil luar nikah tergolong umur di antara 13 hingga 18 tahun. Menurut Unicef (2008) mendapati remaja yang tergolong dalam hamil luar nikah terdiri daripada umur 13 hingga 19 tahun. Fenomena ini amat membimbangkan individu, keluarga, masyarakat dan negara dalam membina negara bangsa beretika dan rakyat yang mempunyai jati diri. Fenomena ini tidak selari dengan cabaran keempat yang digariskan dalam mencapai Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat bermoral, beretika, warganegara yang kukuh nilai agama dan kejiwaan serta mempunyai etika paling tinggi (Nazri Muslim & Nasruddin Yunus, 2006). Malaysia memerlukan rakyat yang bermoral tinggi dan berakhlak terpuji bagi menghadapi globalisasi dan bersaing dalam pasaran global. Bagi mencapai hasrat kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak langkah membawa pelajar ke arah pembentukan insan bertanggungjawab dalam merealisasikan wawasan 2020 (Jamaludin Ahmad & Sidek Mohd Noah, 2001). Dalam keghairahan menuju negara maju, tanpa disedari ramai remaja yang tercicir dalam arus pendidikan. Keciciran dalam arus pendidikan boleh menjerumuskan pelajar dalam pelbagai masalah sosial antaranya ialah aktiviti salah laku seksual atau hamil luar nikah. Kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja pula merujuk kepada remaja yang di bawah umur yang hamil tanpa ikatan yang sah (WHO, 2006). Kajian menunjukkan remaja yang terlibat dengan aktiviti seksual semasa umur masih muda didapati mempunyai lebih banyak 5

pasangan, lebih kerap melakukan seks (Mcbride, Paikoff, & Holmbeck, 2003), melakukan seks tanpa perlindungan (Cavanaugh, 2004) yang mana akhirnya ramai dalam kalangan mereka yang sangat berisiko kepada jangkitan seksual dan kehamilan (Mcbride et al, 2003). Di Malaysia, kes-kes kehamilan luar nikah merupakan punca utama kepada kes pembuangan bayi (Bernama, 2011). Ekoran kejadian pembuangan bayi yang berleluasa ini, Malaysia mengambil langkah tegas dengan meletakkan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh (Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati) atau percubaan membunuh (Seksyen 307 yang membawa penjara maksimum 20 tahun) berbanding sebelum ini semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang membawa hukuman denda yang lebih ringan iaitu maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Manakala menurut Dr. Maryani Md. Nor dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), seks bebas boleh diterjemahkan sebagai perhubungan seks tanpa ikatan nikah yang sah kini menjadi isu serius yang melanda remaja masa kini. (Rosmah Dain, Seks Bebas Isu Serius Melanda Remaja Malaysia).

4.2 Permasalah Kehamilan Remaja Luar Nikah Hubungan seks bebas merupakan salah satu masalah sosial yang melanda remaja dewasa ini. Ekoran daripada itu, ramai di antara remaja perempuan yang hamil luar nikah dan seterusnya terlibat dalam pengguguran haram. Biarpun kaedah yang digunakan boleh mengundang maut dan menyalahi undang-undang negara, namun ada di antara mereka sanggup menanggung risiko akibat terdesak. Kajian ini meneroka permasalahan kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja. Seks bebas ini juga antara masalah yang semakin meruncing yang mana remaja yang terlibat bukan sahaja tinggal di kawasan bandar & kota, malah turut berlaku di luar bandar. Lebih menyedihkan, remaja terbabit yang berusia seawal 12 tahun. Pengaruh dari rakanrakan & juga video lucah antara punca berlakunya masalah seks bebas. Oleh itu, akibat dari seks bebas yang dilakukan kehamilan remaja luar nikah akan berlaku. Kes yang kerap dilaporkan di media cetak ialah remaja perempuan yang lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki. Alasan yang kerap diberikan adalah tidak tahan dikongkong oleh ibu bapa dan ingin mencari kebebasan di luar. Berlakunya hubungan seks bebas ini sehingga remaja perempuan mengandung anak yang tidak sah taraf. Bagi remaja perempuan yang kebingungan untuk mencari jalan penyelesaian, desakan dari rakan-rakan & teman lelaki untuk menggugurkan kandungan & membuang bayi adalah antara penyelesaian singkat 6

bagi mengelak daripada menjadi tohmahan masyarakat. Namun,terdapat juga remaja yang hamil anak tidak sah taraf tidak sanggup mengambil risiko membahayakan nyawa dengan menggugurkan kandungan. Mereka meminta bantuan daripada pihak rumah kebajikan untuk membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. Laporan remaja hamil di luar nikah dan pembuangan bayi yang dikaitkan dengan salah laku itu, sudah terlalu kerap dipaparkan media. Individu sering beranggapan bahawa ia cuma kes terpencil kerana boleh berlaku kepada mereka di bandar mahu pun di ceruk desa. Bukan saja di Malaysia, malah statistik di seluruh dunia menunjukkan hampir 80 juta daripada 210 juta kehamilan, adalah kehamilan tidak dirancang. Peningkatan mendadak kehamilan luar nikah kalangan remaja bukan setakat krisis sosial tetapi turut memberi kesan ekonomi. Buktinya, di Amerika Syarikat, krisis hamil di usia muda mengakibatkan kerugian RM21.3 bilion dari segi pulangan yang ditanggung pembayar cukai ia termasuk perbelanjaan dari segi bantuan umum, penjagaan kesihatan, pengurusan keluarga angkat dan sistem perundangan jenayah. Di Malaysia sebagai sebuah negara membangun, kita tidak mampu menanggung kesan buruk akibat kehamilan di usia remaja. Masalah berhenti sekolah, tidak berkahwin dan cenderung mendapatkan bantuan kebajikan berbanding merujuk rakan sebaya. Anak luar nikah itu juga tidak terkecuali alami masalah akibat tahap kesihatan yang rendah, pembangunan kognitif yang perlahan dan masalah perilaku lebih serius berbanding rakan sebaya. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif merangkap Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi, PrimaNora Medical Centre, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, berkata, peningkatan bilangan remaja hamil adalah disebabkan semakin ramai yang melakukan hubungan seks pada usia muda. Kaji selidik pada 1994 hingga 1996 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan 24 peratus daripada remaja berusia 13 hingga 19 tahun pernah melakukan hubungan seks. Paling nyata adalah tekanan dari rakan sebaya yang menarik mereka melakukan aktiviti seksual.

4.3 Kajian Lepas Berkaitan Kehamilan Remaja Luar Nikah Kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa usia penglibatan remaja dalam tingkah laku seks berisiko kini semakin awal iaitu bermula sejak kanak-kanak lagi. Semakin ramai dalam kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan di negara-negara membangun terlibat dengan hubungan seks sebelum umur mereka 15 tahun (Dixon-Muller, 2009). Penglibatan remaja 7

dalam aktiviti seksual pada usia yang muda boleh menyebabkan kemudaratan kepada emosi, fizikal dan sosial kanak-kanak (Jejeebhoy, Shah & Thapa, 2005) terutama kepada kanak-kanak/remaja perempuan (Hindin & Fatusi, 2009). Di Malaysia, lebih 300 orang kanak-kanak dan remaja Melayu, 13 hingga 25 tahun didapati terlibat dengan salah laku seksual dan seks bebas sehingga menyebabkan kehamilan dan melakukan pengguguran janin (Mohammad Shatar Sabran, 2003). Dalam masa yang sama Malaysia sedang menghadapi dilema sosial yang melibatkan peningkatan kes pembuangan bayi. Purata sebanyak 100 orang bayi dibuang di Malaysia setiap tahun dan kebanyakannya telah mati apabila ditemui (Pak, 2010). Senario ini mewujudkan kebimbangan kepada semua pihak sehingga kerajaan Malaysia bersama NGO iaitu OrphanCARE mewujudkan Pusat Perlindungan Bayi yang tidak diingini (Baby Hatch) pada tahun 2010. Walaupun kesilapan tidak diletakkan kepada kumpulan remaja seratus peratus, namun statistik menunjukkan bahawa kumpulan ini turut sama banyak menyumbang kepada pengguguran janin dan pembuangan bayi. Sumber statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tahun 2009, julat umur di bawah 25 tahun menyumbang 12% berbanding kumpulan umur 25 tahun ke atas sebanyak 0.06% dan 81.25% tidak diketahui. Fenomena remaja hamil tanpa nikah sering mendapat perhatian dalam akhbar-akhbar tempatan dewasa ini. Menurut rekod yang diperoleh daripada Pusat Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja) yang melaporkan kira-kira 120 wanita dari seluruh negara melahirkan anak luar nikah antara Januari hingga Jun 2010. Statistik pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang mengendalikan empat pusat bimbingan dan perlindungan Raudhatus Sakinah mendapati, 190 bayi luar nikah dilahirkan sejak mula pusat bimbingan tersebut ditubuhkan pada 1998 (Kosmo 2009, 10 Ogos). Laporan Center for Disease Control dalam kajian Fatimah Abdullah (2009) berhubung kadar peratusan kelahiran bagi ibu tanpa nikah juga menunjukkan trend kelahiran anak luar nikah dari tahun 1980 hingga 2007 untuk negara Amerika Syarikat (AS) serta beberapa negara lain (sehingga tahun 2006). Didapati Jepun mempunyai kadar kelahiran luar nikah paling rendah iaitu dua peratus bagi 2007, meningkat satu peratus daripada tahun 1980. Peningkatan pesat dilihat bagi negaranegara seperti Itali iaitu daripada 4% pada tahun 1980 kepada 21% pada tahun 2006, Ireland daripada 5% pada tahun 1980 kepada 33% (2006), Kanada dari 13% (1980) kepada 30% (2006) dan United Kingdom dari 12% (1980) menjadi 44% (2006) dan AS daripada 18% (1980) kepada 44% (2007). Manakala di Indonesia pula, data terkini milik Badan Koordinasi Keluarga Berencana Nasional (BKKBN) pada tahun 2010 menunjukkan, 51% remaja di Jabodetabek telah 8

melakukan seks pra nikah, di Surabaya mencapai 54%, di Medan 52%, di Bandung 47% dan Yogyakarta 37%. Data yang dikumpulkan BKKBN pada tahun 2010 sahaja. Dari kes perzinaan yang dilakukan oleh remaja perempuan yang didapati paling didapati di Yogyakarta. Pihaknya menemukan dari hasil penelitian di Yogyakarta pada tahun 2010 setidaknya mencatat sebanyak 37% dari 1160 mahasiswi di Kota Gudeg tersebut menerima gelar MBA (marriage by accident) iaitu menikah akibat hamil sebelum nikah. Di Malaysia pula, perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 1999 hingga 2003 mendapati bilangan anak yang dilahirkan oleh ibu tunggal tanpa nikah adalah 70,430 orang dan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 12,836 orang. Ini diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439), Johor (8,920), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108), Pahang (3,677), Kedah (3,496), Pulau Pinang (3,412), Melaka (2,707), Kelantan (1,730), Perlis (691), Sarawak (617) dan Terengganu (574). (Mohd. Tamyes 2007). Menurut kajian Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, punca hubungan yang menyebabkan masalah ibu tanpa nikah adalah 92.5 peratus responden melakukan seks tanpa nikah dengan pasangan mereka secara sukarela. Sebanyak 25 peratus akibat perbuatan rogol atau perkosaan dan lima peratus tidak mendaftarkan perkahwinan (Harnida Paturungi, 2008).

4.4 Analisis Isu Kehamilan Remaja Luar Nikah Pada masa ini golongan remaja bertambah dengan pesat. Mengikut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada tahun 1980 terdapat 936 juta remaja dan meningkat menjadi 1,147 juta pada tahun 2000. Angka ini dijangka semakin meningkat. Walaupun tempoh kematangan keremajaan dan biologi dicapai lebih awal tetapi kebebasan sosial dan ekonomi dicapai lebih lewat. Oleh kerana aktiviti seksual di kalangan remaja semakin meningkat, ini telah menyebabkan pertambahan bilangan kehamilan di kalangan remaja. Walau bagaimanapun bilangan yang besar ini bukan alasan untuk mengabaikan masalah kesihatan seksualiti remaja. Di Indonesia 41% daripada wanita melahirkan anak sulung mereka sebelum berumur 17 tahun. Di Panama pula, 25% daripada keseluruhan kelahiran adalah ibu yang berumur antara 15 hingga 19 tahun. Sungguhpun pencegahan kehamilan kurang diterima oleh penduduk Panama, sama ada tua atau muda, ibu bapa Panama sudah mula menyedari bahawa tingkah laku seksual remaja merupakan satu masalah.

Manakala, situasi di negara-negara membangun dikaji tetapi angkanya sudah pasti tidak memuaskan mana-mana pihak. Kebanyakan negara Afrika dan Amerika Latin mempunyai kadar kelahiran melebihi 10% untuk wanita berumur 15 hingga 19 tahun. Di Bangladesh angkanya ialah 30.2% berbanding dengan 5% bagi Amerika Syarikat. Di Kepulauan Carribean, lebih kurang 58% anak sulung dilahirkan oleh ibu yang berumur kurang daripada 17 tahun. Maklumat ini menunjukkan bahawa bilangan remaja yang mengandung adalah ramai. Di kebanyakkan negera di Afrika, kes-kes mengandung di kalangan remaja meningkat ke tahap yang membahayakan. Menurut Peris Muriuki, seorang pegawai IPPF (International Planned Paventhood Federation) di Afrika keadaan ini membawa kepada risiko perubatan yang serius dan akibat psikologi serta sosial yang membahayakan. Hal ini benar bagi penduduk di negara yang menangguh perkahwinan sehingga kebebasan ekonomi tercapai. Oleh itu, kesan kehamilan awal boleh membawa kesan yang buruk dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi. Perhatian harus diberi kepada remaja perempuan kerana mereka yang paling terancam akibat kehamilan awal. Kehamilan awal bukan sahaja terdapat dalam dunia membangun sahaja. Di Amerika Syarikat, kadar kehamilan remaja pernah menyebabkan masalah kesihatan awam. Adalah dijangka bahawa lebih separuh daripada 21 juta remaja yang berumur di antara 15 hingga 19 tahun di Amerika Syarikat pernah aktif dari segi seksual dan lebih daripada sejuta remaja perempuan mengandung setiap tahun. Daripada jumlah itu hampir 66.7% telah mengandung tanpa di rancang dan tidak berkahwin. 30,600 daripada kes kehamilan tersebut adalah remaja perempuan yang berumur di bawah 15 tahun dan lebih kurang 430,000 remaja pernah menjalani penguguran setiap tahun. Di samping itu, negara seperti Perancis, Sweeden, United Kingdom dan Canada banyak membantu remaja hamil dengan latihan vokasional, pendidikan, mencari pekerjaan dan bantuan pengangguran (Boonstra, 2002). Sokongan tersebut ditawarkan adalah bagi membantu remaja untuk merancang masa hadapan dan memberi kemampuan penjagaan kepada anak selepas lahir. Berbanding dengan negara Amerika Syarikat, mereka lebih menekankan tanggungjawab individu dalam remaja terbabit terhadap kebajikan masingmasing yang melibatkan pendidikan, latihan dan pekerjaan adalah tanggungjawab remaja dengan bantuan ibu bapa (Boonstra, 2002). Di Malaysia, kerajaan banyak memberi pilihan kepada remaja hamil luar nikah sama ada untuk berada di institusi rumah perlindungan kerajaan mahupun NGO, mendaftarkan anak yang bakal lahir kepada keluarga angkat melalui akta pengangkatan anak ataupun remaja itu sendiri diletakkan di bawah jagaan ibu bapa di rumah. Walau bagaimanapun, remaja hari ini lebih suka untuk menyelesaikan masalah kehamilan yang dihadapinya sendiri sehingga sanggup membuang bayi. Faktor utama perkara ini berlaku ialah kerana remaja bimbang kehamilannya diketahui oleh ibu 10

bapa kerana kebanyakan ibu bapa tidak dapat menerima kesilapan yang telah mereka lakukan ekoran stigma masyarakat yang tinggi terhadap mereka yang hamil tanpa nikah. Pekerja sosial mahupun kaunselor sangat berperanan dalam membantu keluarga yang sedang berhadapan dengan masalah kehamilan remaja ini. Intervensi keluarga merupakan fokus utama praktis kerja sosial sejak awal profession (Collins, Jordan & Colmen, 2010). Dalam kes remaja hamil luar nikah, pendekatan sistem keluarga, krisis intervensi dan pendidikan penyelesaian masalah sesuai digunakan semasa mengendalikan kes. Di kebanyakan negara, kehamilan sebelum berkahwin tidak diterima. Perkara ini dianggap satu kesalahan dan menjatuhkan maruah bagi wanita dan seisi keluarganya. Tekanan sosial yang kuat mungkin menyebabkan kahwin paksa atau pengguguran bayi yang menyalahi undang-undang. Hal ini mungkin memaksa wanita itu membunuh diri atau dibunuh. Bayi yang dilahirkan oleh remaja mungkin menderita kerana ibu tersebut tidak mempunyai kemahiran menjaga anak. Remaja mungkin akan membunuh atau mengabaikan bayi itu. Bagi anak luar nikah, mereka mungkin menghadapi diskriminasi sosial dan undang-undang. Kesan psikologi kehamilan pada remaja yang belum berkahwin adalah jelas. Remaja mungkin terpaksa menyesuaikan diri menjadi ibu, dan menghadapi cemuhan masyarakat. Jika remaja terpaksa berkahwin, kemungkinan besar perkahwinan itu tidak kekal. Kesan psikologi pada remaja dan kanak-kanak adalah berkekalan. Di negara membangun, remaja yang hamil sama ada berkahwin atau tidak akan berhenti sekolah. Bagi mereka yang telah berkahwin, ini mungkin diikuti dengan kehamilan yang berulang. Mereka yang belum berkahwin mungkin tidak dapat menyambung persekolahan kerana dianggap menunjukkan contoh yang tidak baik kepada murid lain. Apabila pencapaian pendidikan remaja terganggu ini boleh merendahkan status wanita dari satu generasi ke generasi yang lain. Peluang untuk pekerjaan berkurangan dan kemungkinan besar wanita itu bergantung kepada orang lain untuk menyara hidupnya. Kitaran ini mungkin berulang. Anak yang dilahirkan remaja berkemungkinan besar juga menjadi ibu remaja dan keadaan ini mungkin berterusan. Pertambahan bilangan anak yang dilahirkan oleh ibu muda biasanya menyebabkan kurang zat makanan dan kasih sayang berbanding dengan anak yang dilahirkan oleh remaja yang hamil pada umur matang, terutamanya jika keluarga remaja yang hamil itu tidak sanggup memberi sokongan ekonomi. Di Afrika terdapat laporan tentang bilangan kes infeksi akibat hubungan seks yang semakin bertambah. Satu kajian menunjukkan 20% murid perempuan di kawasan Yaounde, Cameroon menghidapi gonorea. Di Britain kebanyakan klinik melaporkan antara 40% hingga 50% pesakit wanita di bawah umur 20 tahun menghidapi penyakit ini.

11

Selain itu, terdapat juga faktor perubahan seperti peningkatan dalam jangkitan tanpa simptom dan rintangan kepada antibiotik yang kian meningkat. Rawatan moden mungkin telah menyebabkan orang ramai bersikap cuai terhadap penyakit hubungan seks sungguhpun keberkesanan rawatan itu tidak semestinya terjamin. Walaupun kondom memberi perlindungan daripada jangkitan penyakit jangkitan hubungan seks di beberapa kawasan. Kaedah pencegahan kehamilan yang moden telah menggantikan kondom. Salah satu akibat serius jangkitan penyakit melalui hubungan seks ialah ketidakupayaan kekal untuk melahirkan anak, jika gonorea menjangkiti ke salur Fallopio wanita atau vas deferens lelaki. Selain itu persetubuhan dan kehamilan pada peringkat umur yang terlalu muda juga adalah dua faktor yang berkaitan dengan barah serviks. Pengguguran merupakan isu yang serius dan semakin meningkat. Dianggarkan antara 30 hingga 55 juta pengguguran berlaku setiap tahun di seluruh dunia. Setengah daripadanya adalah pengguguran haram dan salah dari segi undang-undang. Sebahagian besar daripada pengguguran dilakukan terhadap remaja. Umum wanita yang hamil mempengaruhi kesihatan ibu dan kandungan. Lebih muda ibu hamil, lebih serius akibat fizikal kehamilan itu. Masalah kehamilan, kelahiran dan keguguran merupakan sebab utama kematian wanita berumur antara 15 hingga 19 tahun akibat kehamilan remaja. Kehamilan dah kelahiran ibu remaja membawa risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kehamilan oleh wanita dewasa. Daripada kajian, risiko kehamilan remaja adalah seperti berisiko kepada ibu itu sendiri, risiko kepada bayi dan kehamilan berulang. Risiko kepada ibu yang melahirkan bayi bagi usia yang begitu muda ialah kematian adalah 60% lebih tinggi berbanding dengan kehamilan wanita dewasa. Seterusnya, kematian akibat toksemia adalah 3.5 kali lebih tinggi. Selian itu, pertumbuhan ibu remaja mungkin terganggu terutamanya ketidak seimbangan terhadap pelvis (saiz pelvis lebih kecil daripada saiz kepala bayi). Risiko yang terakhir ialah berkemungkinan mengalami anemia semasa hamil dan tempoh kelahiran adalah panjang boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayinya. Manakala risiko kepada bayi pula ialah kematian bayi adalah 2.4 kali lebih tinggi iaitu di Amerika Syarikat dan kematian bayi berumur kurang daripada 1 tahun adalah tiga kali ganda lebih tinggi untuk anak yang dilahirkan oleh ibu remaja. Risiko seterusnya ialah berat badan bayi rendah, berkemungkinan besar sakit dan mati. Bayi tersebut juga akan kurang sihat terutama yang dilahirkan oleh ibu remaja 2 tahun selepas menarki. Di Amerika Syarikat, berat bayi yang dilahirkan oleh ibu remaja kurang daripada 2.5kg adalah dua kali ganda. Di samping itu, kelahiran bayi cacat seperti terencat akal, sawan, rabun, pekak dan

12

kecacatan kognatif. Risiko terakhir yang berlaku kepada bayi ialah bayi mengalami kekurangan zat besi di awal pertumbuhannya. Ibu yang melahirkan bayi pada usia yang muda juga tempoh masa rehat pendek antara kelahiran. Risiko seterusnya ialah kematian neonatal (bayi baru lahir 28 hari) kerana status kesihatan ibu yang kerap hamil tidak memuaskan. Di tempat yang tiada program pencegahan kehamilan, 18% ibu muda hamil kali kedua dalam tempoh 6 bulan selepas kelahiran pertama, 50% selepas 2 tahun kelahiran pertama dan hampir 100% selepas 5 tahun kelahiran pertama. Justeru itu, terdapat pelbagai risiko dan bahaya kepada remaja yang hamil pada usia yang begitu muda seperti kehamilan luar nikah. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh remaja sebelum melakukan sesuatu perkara yang

membahayakan diri mereka dan orang lain.

4.3.1. Punca Kehamilan Remaja Luar Nikah Pemantauan dan penglibatan ibu bapa dalam memotivasikan pelajar dalam pendidikan juga tidak diberi perhatian yang serius. Bahkan keluarga juga merupakan punca remaja terlibat dalam salah laku seksual sehingga hamil luar nikah (Rumberger, 1991). Kestabilan keluarga sukar dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang membina kesejahteraan keluarga. Modenisasi dan kesibukan dalam menjana kewangan keluarga boleh menjejaskan hubungan sesama ahli keluarga sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam keluarga sehingga keluarga itu tidak sejahtera. Ahli keluarga merupakan elemen yang penting dalam menjaga kestabilan keluarga tersebut. Walau bagaimanapun kestabilan keluarga ini sukar dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang. Ini kerana, faktor kesibukan dan kemodenan sedikit sebanyak menjejaskan hubungan sesama ahli dalam keluarga sehingga menjadikan keluarga itu tidak sejahtera. Ahli keluarga lebih

mementingkan materialistik berbanding dengan hubungan kekeluargaan yang lebih penting dalam mencapai objektif kehidupan sesebuah keluarga (Selvaratnam, Nor Aini & Norlaila 2010). Hubungan anak dan ibu bapa yang renggang menyebabkan remaja berani keluar dan melakukan aktiviti salah laku seksual. Keruntuhan moral juga dipengaruhi oleh cara gaya pengawasan dalam kalangan ibu bapa terhadap perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja (Ummi Khaltum, 1995). Komunikasi dua hala amat berkesan dalam membendung aktiviti salah laku seksual di mana remaja menjadi rakan kepada ibu bapa (Hashim et al., 2008). Dalam situasi begini anak-anak lebih mempercayai ibu bapa berbanding rakan sebaya. Remaja juga akan menjadikan ibu bapa sebagai tempat rujukan jika berdepan 13

dengan masalah. Luahan hati beberapa remaja hamil luar nikah mengatakan bahawa mereka tidak mendapat perhatian dan kasih sayang kerana ibu bapa sangat sibuk dengan tugas harian. Ibu bapa seharusnya menjadi model bagi anak-anak, malah kesibukan dalam berkerjaya bukan halangan dalam memberikan kasih sayang dan perhatian yang cukup bagi mengawasi dan menjaga anak-anak remaja supaya tidak terjebak dalam aktiviti salah laku seksual. Kajian turut menunjukkan bahawa remaja cenderung untuk melakukan seks apabila ia kurang pengawasan selepas waktu sekolah (Barbara, 2006). Tingkah laku seksual berisiko kurang berlaku apabila adanya pemantauan oleh ibu bapa (Wight, 2006). Di Malaysia, kajian terhadap 102 orang remaja hamil luar nikah menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kehamilan remaja dengan penglibatan dengan aktiviti yang tidak diawasi selepas waktu sekolah (Omar et al, 2010). Oleh yang demikian, peranan ibu bapa terhadap remaja seharusnya lebih bersifat membimbing dan memantau berbanding dengan zaman kanakkanak yang lebih bersifat mengajar dan mendidik. Pada waktu ini ibu bapa perlu menyediakan sokongan terhadap perubahan-perubahan fizikal, emosi dan seksual yang dihadapi oleh remaja. Komunikasi adalah penting, walau bagaimanapun kebanyakan ibu bapa tidak berbincang tentang kesihatan seks dan reproduktif dan meninggalkan remaja untuk mencari serta memahami sendiri pengetahuan yang kritikal ini bersendirian (Hindin & Fatusi, 2009). Fulkerson (2006) pula mendapati bahawa kekerapan makan bersama keluarga turut memberi kesan mengurangkan tingkah laku berisiko, namun kesempatan ini kurang diambil perhatian oleh ramai ibu bapa. Seharusnya ibu bapa perlu bijak memberi sokongan kepada remaja apabila diperlukan terutama dalam memberi maklumat tentang seks dan mengundur diri sedikit apabila tidak diperlukan kerana fitrah remaja memerlukan privasi dan kebebasan Punca seterusnya ialah kurang didikan agama. Jika ibu bapa tidak menerapkan ajaran agama dalam diri remaja, sedikit sebanyak remaja tersebut kurang panduan dalam menghadapi cabaran sosial. Pendidikan agama perlu diterap dalam diri remaja sejak kecil. Ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadith sebenarnya sudah cukup menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup. Islam sudah menerangkan secara jelas tentang bahana setiap gejala sosial jika dilakukan oleh orang Islam. Pengaruh rakan sebaya juga merupakah salah satu faktor penting remaja terjerumus dalam kes hamil luar nikah. Pada usia awal remaja, mereka mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam pembinaan keperibadian diri dan pencarian identiti diri. Malangnya, pertemuan dengan rakan sebaya yang bermasalah dan suka melakukan aktiviti negatif mengajak remaja melakukan perkara di luar batasan keagamaan dan norma masyarakat. Misalnya 14

berkunjung ke disko, pusat hiburan, pengambilan dadah dan melalukan seks bebas. Permulaan dengan aktiviti bebas boleh menjerumuskan remaja hamil luar nikah sehingga terpaksa membuang bayi mereka. Menurut Hashim et al. (2008), remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi kerana terdesak, rasa malu, takut bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar daripada pengetahuan ibu bapa dan masyarakat. Remaja juga takut akan diambil tindakan undang-undang terhadap mereka menyebabkan fikiran buntu dan terus ambil langkah mengugurkan atau membuang bayi yang dilahirkan. Masa terluang remaja lebih banyak bersama kawan-kawan menyebabkan mereka banyak terpengaruh dengan salah laku seksual dalam kalangan remaja. Pertemuan rakan-rakan yang mempunyai latar belakang masalah keluarga yang sama menyebabkan mereka cuba mencari kelainan dalam aktiviti harian. Kebanyakan para remaja juga menggunakan laman sesawang untuk akses gambar porno dan lain-lain bahan lucah. Kebanyakan remaja leka bersembang (chatting) di laman facebook, twiter, myspace dan sebagainya mengenai hubungan seksual dan bahan lucah. Sikap remaja yang menginginkan keseronokan dan kurang pengawasan dalam aktiviti mereka menyebabkan remaja lebih bebas dalam mengakses laman sesawang lucah dan sebagainya. Kematangan remaja juga masih kurang untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara menyebabkan mereka lebih terdedah kepada masalah salah laku seksual. Sternberg dan Barnes (1988) mencadangkan teori psikologi cinta. Keberahian adalah komponen motivasi dan rangsangan dalam hubungan. Dalam hubungan seksual ia melibatkan keinginan romantis, tarikan fizikal dan hubungan kelamin. Cinta remaja akan berakhir diperingkat pertama dan kedua iaitu berahi dan hubungan intim kerana peringkat ketiga adalah mengambil tanggungjawab dalam menjaga hubungan. Remaja tidak boleh mencapai ke peringkat seterusnya kerana belum boleh menjalankan komitmen penjagaan terhadap orang lain. Media massa juga boleh mempengaruhi remaja dalam melakukan aktiviti salah laku seksual. Pengaruh media massa yang tiada sempadan misalnya internet membantu remaja memudahkan mereka melayari alam siber yang tidak sepatutnya. Perasaan ingin tahu dalam golongan remaja menyebabkan mereka mudah terlibat dalam aktiviti hamil luar nikah kerana tidak tahu masalah yang perlu dihadapi di masa depan. Mereka seronok melayan cinta sehingga terlanjur melakukan seks (Rafidah, 2001). Punca peningkatan jumlah remaja yang hamil luar nikah dan pembuangan bayi disebabkan kecanggihan teknologi di mana bahan lucah dalam internet boleh dicapai dan mudah untuk disebarkan (Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, 2010). Berdasarkan statistik dan pelbagai telah membuktikan punca remaja terjerumus dalam fenomena hamil luar nikah. Oleh demikian, kajian ini meneroka pengalaman remaja yang melalui hamil luar nikah dan sejauhmanakah perhubungan remaja dengan ibu bapa dalam menghadapi masalah hamil luar nikah. 15

Punca lain yang membawa kepada berlakunya masalah sosial ini adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Selain itu, remaja sekarang lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut-ikut dengan gaya dan gaya hidup lain daripada yang lain. Jika tidak kena pada caranya, remaja akan terjebak dalam masalah sosial. Sebagai contoh kes hamil luar nikah, memetik kenyataan Akhbar Utusan Malaysia (30 September 2002) menyatakan, sikap terpedaya dan sukar mengawal hawa nafsu dikenal pasti sebagai punca utama berlakunya gejala tersebut. Ini membuktikan, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik atau buruknya serta akibat yang bakal diterima. UNFPA Resource Kit: World Population Day 2008 mendapati bahawa punca hamil luar nikah dalam kalangan remaja di negara membangun antaranya adalah kurang pendidikan seks, perilaku seks remaja yang terpengaruh dengan dadah atau alkohol, tekanan rakan sebaya yang menceburi aktiviti seks bebas, penggunaan salah kontrasepsi, kemiskinan, rasa kendiri yang rendah, perselisihan faham dalam rumah atau keluarga, cita-cita pendidikan yang rendah dan sebagainya. Kajian Siti Salwani (2009) mendapati bahawa salah laku seksual yang dilakukan oleh 105 responden daripada 124 responden adalah disebabkan terpengaruh dengan pornografi. Selain itu, perasaan ingin tahu, paksaan atas dasar cinta terhadap pasangan, pelbagai bahan lucah dan sebagainya mendorong remaja terlibat aktiviti salah laku seksual. Manakala Mohammad dan Suria (2005) menyatakan bahawa remaja kurang maklumat mengenai risiko seks dan sering mencuba tanpa memikirkan impak kesihatan serta masa depan diri mereka.

4.3.2. Kepentingan Isu Kehamilan Remaja Luar Nikah Dalam kajian yang dlakukan oleh (Zarinah et al., 2002), keseluruhan responden berumur antara 13 hingga 17 tahun. Majoriti responden berbangsa Melayu dan hanya seorang sahaja yang berbangsa India berumur 15 tahun berpendidikan sehingga darjah lima sahaja. Seorang responden Melayu juga mempunyai pendidikan sehingga darjah 6, 2 responden dapat menamatkan tingkatan dua dan dua orang lagi tingkatan tiga. Responden A telah berhenti sekolah dalam usia 13 tahun, mengandung 6 bulan ketika temu bual dijalankan dan bercadang untuk meneruskan pengajian selepas melahirkan anak. Responden C pula berbangsa India berumur 15 tahun tidak berminat untuk meneruskan pendidikan. Beliau menyatakan bahawa tidak pandai membaca, jadi malas untuk bersekolah. Reaksi responden F pula mendapati bahawa minat untuk belajar luntur apabila keperluan untuk mencari kewangan bagi membantu ibu menambah pendapatan keluarga menjadi 16

keutamaan berbanding bersekolah. Bilangan adik beradik yang ramai iaitu 10 orang ahli keluarga di mana responden merupakan anak yang ke 6. Bilangan ahli keluarga yang ramai juga merupakan punca remaja mencari kasih sayang di luar rumah kerana mereka kurang mendapat perhatian dan dipinggirkan (Zarinah et al, 2002). Perbandingan antara bandar dan luar bandar menunjukkan bahawa responden A, C dan E tinggal di kawasan bandar seperti Shah Alam, Ampang dan Setapak. Manakala responden B, D dan F tinggal di Maran, Segamat dan Jelebu. Latar belakang keluarga responden menunjukkan bahawa responden B dan E tinggal bersama keluarga tiri. Responden B menyatakan bahawa ibu kandung meninggal dunia semasa beliau berumur 10 tahun. Begitu juga dengan responden D menceritakan bahawa beliau tinggal dengan ayah tiri setelah kematian ayah kandung sejak umur beliau dua tahun. Kedua-dua remaja tidak mempunyai perapatan dengan ahli keluarga menyebabkan mereka mencari kasih sayang di luar rumah yang menyebabkan mereka terjebak dalam salah laku seksual. Sebalik responden F menyatakan bahawa ibu bapa beliau telah bercerai sejak tujuh tahun yang lalu semasa berumur 11 tahun. Sejak menjadi ibu tunggal, ibunya terpaksa bekerja keras mencari nafkah untuk adik beradik yang ramai. Ibu beliau juga tidak dapat mengawal kesejahteraan keluarga kerana memikul pelbagai beban penjagaan bersendirian. Responden A dan C pula mempunyai ibu bapa tetapi sering pulang lewat malam dan kurang memberi perhatian terhadap keluarga. Sebaliknya responden C dan E pula akan meluahkan segala perasaan mereka kepada kakak berbanding dengan ibu bapa. Pada pandangan mereka, ibu bapa kurang memberi perhatian dan sering tidak ada di rumah menyebabkan mereka tidak rapat dengan ibu bapa. Kesibukan dalam kerjaya ibu bapa menyebabkan mereka sering tidak berada di rumah. Hampir semua responden menyatakan bahawa ibu bapa tidak pernah meluangkan masa untuk membuat apa-apa aktiviti hujung minggu bersama anak-anak. Majoriti responden lebih kerap keluar bersama kawan-kawan berbanding keluarga sendiri. Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, jelas bahawa hal ini merupakan satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian. Kesemua subjek kajian berpunca daripada sikap ibu bapa yang suka mengambil ringan akak perihal anak-anak mereka. Akibatnya, para remaja cenderung untuk melakukan seks bebas sehingga menyebabkan kehamilan anak luar nikah. Sebagai seorang manusia yang prihatin dan mempunyai sifat belas kasihan dan ihsan, khabar ini sudah pasti menyebabkan kita berasa sedih dan terganggu sekiranya tidak mampu berbuat apa-apa atau memberi sebarang sumbangan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan ini.

17

Berdasarkan apa yang dibincangkan di atas, jelas pengawasan ibu bapa menjadi punca utama kehamilan remaja luar nikah. Daripada pengawasan dan keprihatinan ibu bapa yang kurang, lahirlah pelbagai masalah lain. Antara masalah lain yang timbul ialah anak-anak bebas untuk bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa memikirkan batas pergaulan sehingga berlakunya seks bebas. Di samping itu, pengawasan ibu bapa yang tidak ketat juga akan menyebabkan aktiviti remaja menjadi semakin bebas seperti penggunaan IT dan media. Setelah mengetahui dan mengenal pasti punca masalah, perbincangan dan kupasan seterusnya akan berfokus kepada langkah untuk mengatasi masalah kehamilan remaja luar nikah ini. Hal ini kerana, sekiranya masalah ini tidak diatasi, masalah ini akan berterusan tanpa ada penyelesaiannya. Semua pihak haruslah memainkan peranan dan melibatkan diri bagi membantu mengatasi masalah ini.

4.3.3. Langkah Mengatasi Masalah Keciciran Antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian & kasih sayang daripada ibu bapa & keluarga. Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu memberi perhatian, bimbingan & kasih sayang kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari kasih saying tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Selain itu, pegangan agama dan nilai moral merupakan kompas kehidupan seseorang individu tua atau muda. Seseorang yang berpegang kepada agama akan memastikan baik dan buruk sesuatu perkara sebelum bertindak untuk melakukannya. Sebaliknya dalam kajian ini mendapati bahawa hampir semua responden tidak berpegang kepada agama sebagai landasan hidup. Majoriti remaja yang menyebabkan mereka melakukan seks bebas kerana mengabaikan solat, walaupun pesanan dan nasihat telah diberikan daripada ibu bapa bagi menjalani kehidupan harian. Apa yang lebih membimbangkan adalah ibu bapa tidak menghukum atau mengambil tindakan jika anak-anak tidak mahu mengerjakan solat. Hubungan silaturahim antara ibu bapa dan remaja tidak berjalan dengan baik menyebabkan arahan ibu bapa tidak diambil kira oleh remaja. Remaja tidak menghormati pandangan dan nasihat ibu bapa yang menyebabkan komunikasi tidak berkesan dalam kalangan remaja yang melakukan salah laku seksual. Sebaliknya komunikasi berkesan antara ibu bapa dan remaja akan menghasilkan tahap keyakinan diri yang tinggi, peningkatan pencapaian, afektif dan kesihatan mental yang baik dalam kalangan remaja. Dalam suasana begini, remaja

18

boleh menerima pandangan positif dan negatif dalam kalangan ibu bapa serta remaja juga boleh menyesuaikan diri dengan lebih mudah. Ibu bapa tidak boleh membiarkan awal remaja untuk menentukan jalan hidup mereka, seharusnya mereka dibimbing dan dipantau dengan penuh kasih sayang bagi mengelakkan diri remaja terlibat dengan aktiviti bercorak seksual sebelum remaja berkahwin. Ibu bapa atau penjaga perlu berwibawa dan peka kepada perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja. Mereka perlu diberi galakan, rangsangan dan bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar. Ibu bapa juga perlu berinteraksi secara positif dan menyemai emosi yang bersesuaian bagi membantu remaja mengawal diri mengikut peraturan keluarga dan komuniti. Hart dan Hilton (1988) menyatakan bahawa kekurangan kasih sayang dan ikatan emosi dalam kalangan keluarga boleh meningkatkan kemungkinan kehamilan dalam kalangan remaja. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa aktiviti bersama keluarga. Kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan anak-anak. Keperluan kepada perhatian dan kasih sayang ibu bapa tidak pernah berkurangan dengan meningkatnya usia anak-anak. Biar sesibuk manapun, prinsip family first wajib diamalkan oleh ibu bapa. Dalam isu kehamilan luar nikah ini secara khusus, hubungan ibu bapa bersama anak-anak perempuan adalah amat penting. Ibu bapa perlu menyediakan sesi khas setiap hari bersama dengan setiap seorang anak-anak secara peribadi untuk berbual dan berbincang tentang pelbagai perkara yang mereka tempuhi dalam kehidupan. Hubungan yang akrab bersama anak-anak tidak akan wujud dalam tempoh sehari dua lebih-lebih lagi sekiranya hubungan ini baharu sahaja hendak dimulakan. Oleh itu, sabar dan konsisten adalah kata kunci untuk menjayakan hubungan yang akrab bersama anak-anak. Sekolah juga perlu memainkan peranan. Hal ini kerana pendidikan merupakan elemen penting dalam strategi pencegahan & sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenal pasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah dan Institut Pendidkan Tinggi untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan persekitaran yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik. Di samping itu, guru sebagai kaunselor tambahan seperti ibu bapa di dekolah. Hanya dengan seorang dua kaunselor di sekolah tidak akan mampu mencapahkan khidmatnya dengan efektif kepada ratusan para pelajar dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, para guru 19

lain di sekolah harus bertindak secara sukarela di luar daripada bidang tugas hakiki mereka untuk berperanan sebagai kaunselor tambahan. Tugas ini boleh dimudahkan dengan menginstitusikan istilah guru sebagai ibu bapa pelajar di sekolah dengan cara mewujudkan keluarga sekolah. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang digelar keluarga sekolah dan dipimpin oleh seorang guru yang akan bertindak sebagai ibu atau bapa kepada keluarga sekolah tersebut. Dengan cara itu, setiap guru akan mempunyai keluarga sekolah untuk dibimbing dengan ilmu kehidupan berpandukan nilai dan agama. Hubungan guru sebagai ibu bapa di sekolah untuk para pelajar akan membantu mereka melalui proses kematangan dengan jayanya. Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Dalam soal ini, pemilihan rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah diri remaja. Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa & guru. Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh melibatkan diri secara aktif dalam sukan & kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Para remaja perlu melakukan sesuatu agar mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh membawa mereka kepada melakukan seks bebas. Antaranya remaja sibukkan diri dengan aktiviti keluarga dan persatuan. Usaha mengawal dan seterusnya mengurangkan jumlah kehamilan luar nikah harus bermula dengan pelakunya sendiri. Sememangnya sukar untuk remaja beroleh kematangan dalam mendidik dan mengawal gelora nafsu yang seperti "cinta" kerana ia adalah suatu proses yang panjang. Namun, proses panjang ini boleh dilalui dengan baik sekiranya minda remaja tidak terlu berfikir dan terbawa-bawa dengan perasaan semulajadi manusia itu. Oleh itu, remaja perlu mengarahkan minda ke lain dengan cara menyibukkan diri dengan aktiviti keluarga dan persatuan. Dengan mengelak diri daripada melayan gelora nafsu secara berseorangan atau berdua-duaan dengan pasangan, masa akan lebih banyak dimanfaatkan untuk aktiviti yang produktif untuk diri sendiri dan orang lain. Langkah mengatasi isu kehamilan remaja luar nikah ialah melalui pihak media. Media perlu sedarkan masyarakat. Pengawalan media hanya akan menimbulkan isu-isu lain berkaitan hak dan kebebasan media. Media khususnya internet adalah sumber kepada lambakan informasi negatif yang menyumbang kepada gejala sosial hari ini. Adalah hampir mustahil untuk ibu bapa mengawal kemasukan informasi dalam dunia maya tanpa sempadan. Maka, adalah lebih baik untuk menyediakan pengguna media untuk lebih matang menerima informasi. Institusi media sendiri samada media cetak, radio, televisyen dan internet dengan 20

kerjasama pihak-pihak berkaitan boleh berperanan mendidik pengguna melalui pendedahan fakta sebab dan kesan daripada isu kehamilan luar nikah melalui pendekatan menarik dan interaktif seperti iklan, kaji selidik, klip video dan lain-lain yang menjurus ke arah menyedarkan pengguna. Fakta-fakta yang didedahkan akan menjadikan para pengguna khususnya dalam kalangan remaja untuk berfikir panjang sebelum membuat apa-apa tindakan menuruti gelora nafsu yang akan merugikan mereka. Beberapa cadangan dapat dikemukakan melalui permasalahan ini untuk membantu pihak yang berkepentingan bagi menangani masalah hamil luar nikah semakin berleluasa dalam kalangan remaja adalah seperti peranan ibu bapa. ibu bapa adalah tulang belakang dalam pembinaan keluarga yang sejahtera. Maka komunikasi adalah salah satu alat yang penting dalam memperbaiki hubungan yang renggang dalam keluarga. Pemantauan bagi setiap aktiviti remaja di mana ibu bapa mengambil tahu pergerakan anak-anak supaya dapat kenal pasti rakan sebaya mereka. Ibu bapa juga perlu mendidik anak daripada aspek keagamaan supaya mereka kenal baik buruk sesuatu perilaku, memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak, keluar bersiar-siar atau berkelah sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan anak-anak. Seterusnya adalah peranan remaja itu sendiri. Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor penting punca remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Bagi generasi remaja kini, rakan sebaya merupakan rujukan utama dalam pembinaan sahsiah dan tingkah laku mereka. Remaja kini lebih banyak berbincang mengenai permasalahan harian bersama rakan sebaya bukan dengan ibu bapa. Bahkan mereka menghadapi masalah untuk berkongsi masalah harian bersama ibu bapa kerana lompang generasi. Peruntukan masa kualiti bersama keluarga juga amat kurang kerana remaja kini lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa. Remaja perempuan sering merujuk rakan sebaya untuk mendapatkan pandangan dan bimbingan bagi penyelesaian masalah. Kesilapan dalam pemilihan rakan sebaya ini boleh membawa mereka ke arah perkara-perkara negatif misalnya ponteng sekolah, mencuri, merokok, melepak di pusat membeli belah sehingga boleh merosakkan sahsiah remaja tersebut. Maka pendedahan awal mengenai pemilihan rakan sebaya yang baik dan pemantauan ibu bapa mengenai rakan sebaya remaja adalah amat penting bagi mencegah remaja terdedah kepada aktiviti salah laku seksual. Seterusnya adalah peranan komuniti. Pergaulan bebas perlu ada pengawasan komuniti setempat. Komuniti tradisional Malaysia perlu diamalkan kembali di mana ambil tahu mengenai anak jiran adalah amat penting dalam meningkatkan sokongan sosial dalam 21

membina generasi remaja yang sihat dan sejahtera. Konsep ambil tahu anak jiran bukan semata-mata menjaga tepi kain orang tetapi masing-masing komuniti setempat perlu mengawasi anak-anak supaya tidak terlibat dalam aktiviti salah laku seksual. Jika komuniti bandar dan luar bandar dapat mengamalkan konsep ambil tahu anak jiran dalam aspek positif, maka pelbagai masalah sosial dapat dikurangkan dan dicegah lebih awal. Komuniti setempat perlu mereka program kejiranan remaja yang selamat terutama dalam masyarakat bandar dan pinggir bandar. Guru juga perlu memainkan peranan penting agar masalah kehamilan remaja luar nikah dapat dibendung. Guru kaunselor sekolah perlu mengambil tindakan segera berkaitan masalah salah laku seksual dalam kalangan remaja. Kementerian kesihatan dalam memberi penerangan tentang impak hamil luar nikah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah, bagaimana boleh mengelak daripada terjebak dalam aktiviti salah laku seks. Kerjasama dengan JAKIM boleh memberi penerangan daripada aspek agama dan sebagainya. Manakala peranan media pula ialah lebih banyak drama dan kuliah motivasi bagi ibu bapa dan remaja dalam menangani masalah krisis remaja dengan cara yang lebih berkesan. Dalam masyarakat yang sederhana status sosioekonomi, media massa elektronik atau cetak memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Kempen yang berterusan dalam media ini dapat memberi pendedahan holistik kepada kalangan remaja dan ibu bapa mereka.

22

4.4 Ringkasan Senarai nama penyelidik / tokoh, kajian / tajuk dan tahun Kajian Remaja merupakan golongan yang sedang aktif dengan perkembangan semulajadi seksual, fizikal dan mental. Mereka berhadapan dengan perubahan biologi yang dramatik, pengalaman dan tugasan baru. Sejak dahulu lagi zaman remaja dikenali sebagai satu tempoh masa yang dipenuhi konflik dan memberontak iaitu storm and stress. Selain terpaksa berhadapan dengan peranan baru tersebut, remaja turut berhadapan dengan perubahan semulajadi seks kerana peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan seks yang paling aktif Sesetengah hormon meningkat secara mendadak pada peringkat ini seperti hormon testosteron bagi lelaki manakala estradiol bagi perempuan. Remaja yang tergolong dalam hamil luar nikah terdiri daripada umur 13 hingga 19 tahun. Unicef (2008) (Hughes & Kumanan, 2006). (Glasier et al, 2006) (Hall, 1904) Tokoh/ Penyelidik (Santrock, 2008)

Pada peringkat ini remaja berminat untuk meneroka dan bereksperimen tentang seksual, fantasi dan realiti dalam usaha menyesuaikannya dengan identiti. Remaja mula mempunyai keinginan untuk mengetahui tentang seksual, berfikir tentang tarikan seksual dan bagaimana untuk melakukan seks. Mereka sudah pandai berimaginasi tentang seksual seterusnya menjalinkan percintaan berlainan jantina ekoran pengaruh tugas perkembangannya. kebanyakan mereka keliru semasa perkembangan seksual berlaku pada peringkat ini. Istilah seks tanpa nikah lebih dikaitkan dengan konteks keagamaan dan kajian-kajian.

(Santrock, 2008; Steinberg, 2007).

(Steinberg, 2007)

(Hurlock, 1980)

(Steinberg, 2007)

(contohnya: Abdessamad 1998; McCree, 2003)

Amalan seks tanpa nikah kini bermula di usia yang muda dan 23

(Mariani & Hamidah,

saban hari kian meningkat. Ramai remaja yang tidak menganggap tingkah laku bukan persetubuhan (seperti ciuman mulut, berpelukan erat, meraba anggota pasangan) adalah sebagai seks. Ini merupakan indikator bahawa tingkah laku seks bukan persetubuhan semakin dapat diterima dalam kalangan remaja kini. Remaja yang tergolong dalam hamil luar nikah terdiri daripada umur 13 hingga 19 tahun Kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja pula merujuk kepada remaja yang di bawah umur yang hamil tanpa ikatan yang sah. Remaja yang terlibat dengan aktiviti seksual semasa umur masih muda didapati mempunyai lebih banyak pasangan, lebih kerap melakukan seks. Di Malaysia, kes-kes kehamilan luar nikah merupakan punca utama kepada kes pembuangan bayi. Semakin ramai dalam kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan di negara-negara membangun terlibat dengan hubungan seks sebelum umur mereka 15 tahun. Penglibatan remaja dalam aktiviti seksual pada usia yang muda boleh menyebabkan kemudaratan kepada emosi, fizikal dan sosial kanak-kanak. Di Malaysia, lebih 300 orang kanak-kanak dan remaja Melayu, 13 hingga 25 tahun didapati terlibat dengan salah laku seksual dan seks bebas sehingga menyebabkan kehamilan dan melakukan pengguguran janin. Purata sebanyak 100 orang bayi dibuang di Malaysia setiap tahun dan kebanyakannya telah mati apabila ditemui. Statistik pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang mengendalikan empat pusat bimbingan dan perlindungan Raudhatus Sakinah mendapati, 190 bayi luar nikah dilahirkan sejak mula pusat bimbingan tersebut ditubuhkan pada 1998. Sebanyak 25 peratus akibat perbuatan rogol atau perkosaan dan lima peratus tidak mendaftarkan perkahwinan. Negara seperti Perancis, Sweeden, United Kingdom dan Canada banyak membantu remaja hamil dengan latihan vokasional, 24

2008). (Horan, Phillips & Hagan, 1998; Sanders & Reinisch, 1999)

Menurut Unicef (2008)

(WHO, 2006)

(Mcbride, Paikoff, & Holmbeck, 2003)

(Bernama, 2011).

(Dixon-Muller, 2009)

(Jejeebhoy, Shah & Thapa, 2005)

(Mohammad Shatar Sabran, 2003)

(Pak, 2010).

(Kosmo 2009, 10 Ogos).

(Harnida Paturungi, 2008) (Boonstra, 2002).

pendidikan, mencari pekerjaan dan bantuan pengangguran. Berbanding dengan negara Amerika Syarikat, mereka lebih menekankan tanggungjawab individu dalam remaja terbabit terhadap kebajikan masing-masing yang melibatkan pendidikan, latihan dan pekerjaan adalah tanggungjawab remaja dengan bantuan ibu bapa. Pekerja sosial mahupun kaunselor sangat berperanan dalam membantu keluarga yang sedang berhadapan dengan masalah kehamilan remaja ini. Intervensi keluarga merupakan fokus utama praktis kerja sosial sejak awal profession. Bahkan keluarga juga merupakan punca remaja terlibat dalam salah laku seksual sehingga hamil luar nikah. Ahli keluarga lebih mementingkan materialistik berbanding dengan hubungan kekeluargaan yang lebih penting dalam mencapai objektif kehidupan sesebuah keluarga. Keruntuhan moral juga dipengaruhi oleh cara gaya pengawasan dalam kalangan ibu bapa terhadap perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja. Komunikasi dua hala amat berkesan dalam membendung aktiviti salah laku seksual di mana remaja menjadi rakan kepada ibu bapa. Remaja cenderung untuk melakukan seks apabila ia kurang pengawasan selepas waktu sekolah. Tingkah laku seksual berisiko kurang berlaku apabila adanya pemantauan oleh ibu bapa. Di Malaysia, kajian terhadap 102 orang remaja hamil luar nikah menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kehamilan remaja dengan penglibatan dengan aktiviti yang tidak diawasi selepas waktu sekolah. Komunikasi adalah penting, walau bagaimanapun kebanyakan ibu bapa tidak berbincang tentang kesihatan seks dan reproduktif dan meninggalkan remaja untuk mencari serta memahami sendiri pengetahuan yang kritikal ini bersendirian. Permulaan dengan aktiviti bebas boleh menjerumuskan remaja hamil luar nikah sehingga terpaksa membuang bayi mereka. Mencadangkan teori psikologi cinta 25 Sternberg dan Barnes Hashim et al. (2008) (Hindin & Fatusi, 2009) (Omar et al, 2010). (Wight, 2006). (Barbara, 2006). (Hashim et al., 2008) (Ummi Khaltum, 1995). (Selvaratnam, Nor Aini & Norlaila 2010). Rumberger (1991). (Collins, Jordan & Colmen, 2010) (Boonstra, 2002).

(1988) Mereka seronok melayan cinta sehingga terlanjur melakukan seks. Punca peningkatan jumlah remaja yang hamil luar nikah dan pembuangan bayi disebabkan kecanggihan teknologi di mana bahan lucah dalam internet boleh dicapai dan mudah untuk disebarkan. Sikap terpedaya dan sukar mengawal hawa nafsu dikenal pasti sebagai punca utama berlakunya gejala tersebut. Salah laku seksual yang dilakukan oleh 105 responden daripada 124 responden adalah disebabkan terpengaruh dengan pornografi. Remaja kurang maklumat mengenai risiko seks dan sering mencuba tanpa memikirkan impak kesihatan serta masa depan diri mereka. Bilangan ahli keluarga yang ramai juga merupakan punca remaja mencari kasih sayang di luar rumah kerana mereka kurang mendapat perhatian dan dipinggirkan. Perasaan ingin tahu dalam golongan remaja menyebabkan mereka mudah terlibat dalam aktiviti hamil luar nikah kerana tidak tahu masalah yang perlu dihadapi di masa depan. Mereka seronok melayan cinta sehingga terlanjur melakukan seks. Kehamilan remaja sebagai remaja 'atau gadis di bawah umur (biasanya dalam umur 13-19) hamil. 'Istilah ini biasanya merujuk kepada wanita yang hamil, yang belum lagi mencapai peringkat dewasa mengikut undang-undang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2006) Rafidah (2001) (Zarinah et al, 2002) Mohammad dan Suria (2005) Akhbar Utusan Malaysia (30 September 2002) Siti Salwani (2009) (Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, 2010). (Rafidah, 2001).

Kehamilan remaja dikaitkan dengan tahap pendidikannya lebih rendah, Kadar kemiskinan dan keadaan anak-anak remaja ibu bapa. Selain itu, kehamilan remaja di luar perkahwinan membawa stigma sosial dalam banyak budaya dan komuniti.

UNICEF Malaysia (2008)

Amerika Syarikat mempunyai kadar kehamilan remaja tertinggi kadar di Eropah; 24 kelahiran bagi setiap 1000 wanita. Kadar kehamilan remaja di Malaysia adalah 13 kelahiran bagi setiap 1000 wanita. 26

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2008)

Masyarakat di mana sikap yang berbeza dalam tahap kelulusan, berbuat demikian atas dasar jantina atau status sosial. Walaupun corak ini adalah kurang jelas dalam kajian ini, bukti untuk doublestandards dalam silang budaya ketara wujud; sebagai contoh, dalam satu kajian 54% daripada masyarakat membenarkan seks luar nikah untuk lelaki manakala hanya 11% membenarkan untuk wanitauntuk melakukan seks luar nikah. Mereka mempunyai sikap negatif terhadap kehamilan remaja. Pendidik percaya bahawa sekolah bukan untuk ibu atau perempuan hamil tetapi untuk pelajar. Kehamilan remaja dikaitkan dengan skor pencapaian rendah dan aspirasi vokasional yang rendah. Ibu remaja berisiko tercicir sekolah.

Pasternak, Ember & Ember (1997).

Masuku (1998, p.1)

Pendidik percaya bahawa apabila pelajar sekolah mengandung tidak hadir diri mereka dari sekolah untuk menghadiri antenatal klinik. Ini akan mengurangkan kadar kelulusan sekolah, yang tidak baik untuk pendidik dan sekolah secara keseluruhan Stigma, yang mengiringi kehamilan daripada murid, masih wujud. Sesetengah pendidik masih percaya bahawa gadis yang mengandung akan terus meninggalkan sekolah. "Dalam masyarakat kulit hitam, ia adalah cukup stigma untuk perempuan mengandung. Pandangan kami adalah bahawa seorang gadis hamil tidak akan belajar banyak dengan kanak-kanak lain mengejek dia ", seorang pendidik menjelaskan

1. keseluruhan (Masuku, 1998, p.2).

(Davidow, 1998, p.8).

Kesimpulan Semua anggota masyarakat tidak kira peringkat bawahan atau atasan perlu mengambil inisiatif untuk membendung gejala sosial ini dari terus menular dengan lebih serius. Setiap individu, keluarga & masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama & mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini & memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. masyarakat juga perlu menyokong usaha pihak lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program untuk remaja. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang bahayanya gejala sosial ini jika tidak dibendung. Didikan agama perlu dititik beratkan dalam keluarga agar ia dapat dijadikan panduan.

27

4.5 Rumusan Isu Kehamilan Remaja Luar Nikah Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di Negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Mereka juga tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Isu buang bayi ini nyata tumbuh kembali. Dahulu ia pernah hangat seketika, kembali senyap tetapi kini semakin menjadi-jadi. Ini kerana semakin banyaknya penemuan bayi yang tidak berdosa, kebanyakannya hanya tinggal jasad, dengan liputan hanyir sampah sarap dan gigitan semut merah. Apakah punca berlakunya hal tersebut ? Hal ini berpunca dari sikap masyarakat yang tidak perihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Tardapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembungan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka juga hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.Status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang. Faktor lain turut dikenal pasti adalah perasaan malu dan takut oleh remaja dan wanita yang hamil anak luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka. Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial Yang disediakan agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO). Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dapat dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserap bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dilaksanakan oleh pesalah. Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru lahir di tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo Post, bayi perempuan yang baru lahir itu ditemui mati oleh salah seorang penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan. Justeru, pelbagai langkah perlu dijalankan oleh kerajaan iaitu 28

kerajaan perlulah mengkaji semula seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan keatas mereka yang bersalah. Ini diperlukan agar remaja berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran daripada itu mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan menggelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Pembabitan remaja perempuan ini dapat dikelaskan kepada dua peringkat remaja iaitu awal remaja (12-18) dan akhir remaja (18-22). Disamping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka kearah kebaikan. Nescaya dengan iman yang kukuh mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang negatif. Ini kerana mereka sudah boleh membezakan yang baik dan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat mereka hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat dan murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur. Remaja yang membuang bayi lazimnya terdesak olah perasaan malu yang dikhuatiri boleh menconteng arang ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan ini Masyarakat, misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibu-ibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan. Di samping itu, ibu-ibu mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna. Langkah yang seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank bayi ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dengan cara ini nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding trajedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan. Stastik menunjukkan Fenomena seks bebas ini berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian dilakukan di Negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini yang melakukan hubungan seks luar nikah. Justeru itu, fenomena tersebut meninggalkan impak kepada bayi,ibu bayi, keluarga remaja, masyarakat dan Negara. Bayi merupakan anugerah tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu usia remaja. Apa yang lebih teruk,bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh manusia yang tiada hati nurani kerana bayi-bayi ini dibuang di tampat yang tidak sepatutnya, 29

misalnya di buang di tandas, rumah kosong, sungai,longkang,tong sampah atau rumah ibadat. Seterusnya kesan terhadap ibu bayi iaitu wanita yang hamil ini biasanya dihantui persaan takut dan malu serta kemungkinan yang disisihkan oleh keluarga dan kawankawan. Wanita juga mungkin mengalami jangkitan kuman sewaktu bersalin dan kehilangan banyak darah kerana tidak menjalani kaedah rawatan yang sebenar. Justeru, remaja haruslah memanfaatkan usia remaja mereka kerana remaja merupakan pelapis,dan penentu jatuh bangunnya sesebuah Negara.

30

5.0 PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana akhirnya dapat juga saya siapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Setinggi ucapan terima kasih saya ucapkan pada pensyarah kami kerana banyak memberi bimbingan dalam usaha bagi menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada pensyarah pembimbing iaitu Ustaz Ahmad Shidki bin Mat Yusoff dan Ustaz Mohamad Kamil bin Jaafar di atas bimbingan dan Tidak lupa juga kepada ibu saya yang banyak memberi dorongan dan semangat dalam aktiviti ini. Tidak ketinggalan juga para sahabat sekuliah yang banyak membantu saya ketika saya dalam ketandusan idea. Selain itu, pensyarah-pensyarah lain jua memainkan peranan yang sepatutnya. Saya berasa bertuah mempunyai mereka semua sepanjang menjalani sesi kerja kursus ini. Akhir kata, semoga kita dirahmati dan diharapkan hasil kerja ini membawa manfaat untuk semua. Sekian Terima Kasih

31

6.0 REFLEKSI Alhamdulillah, akhirnya siap jua kerja kursus bagi semester 6 bagi tajuk kursus Isu-isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-nilai Murni ini, setelah saya berusaha mencari maklumat. Saya telah diberikan isu moral iaitu kehamilan remaja luar nikah di peringkat global dan tempatan. Telah banyak dugaan dan cabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun tugas ini mencabar, namun hal ini tidak mematahkan semangat saya bagi menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana, subjek ini merupakan kali pertama saya pelajari. Dan ia mengambil masa sedikit untuk saya memahaminya bagi menyelesaikan kerja kursus ini dengan jayanya. Pada mulanya, tugasan ini agak sukar bagi saya, namun berbekalkan pertolongan daripada pensyarah dan juga rakan-rakan yang lain, saya dapat mengatasi masalah tersebut. Saya berusaha mencari maklumat bagi melengkapkan tugasan ini. Seterusnya, saya melakukan perbincangan bagi mencari bahan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam tugasan saya. Hal ini kerana, tugasan kali ini berbeza dengan tugasan-tugasan yang sebelum ini. Tugasan ini memerlukan seseorang itu yang mempunyai idea-idea yang kreatif agar dapat menghasilkan satu laman blog yang menarik dan satu penulisan mengenai pemasaran. Jadi tugasan ini memerlukan saya banyak membaca dan mencari maklumat. Semasa menerima tugasan ini, saya merasakan sangat teruja kerana saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai isu kehamilan remaja luar nikah. Hal ini kerana saya ingin mengetahui bagaimana remaja pada zaman sekarang lebih mudah untuk terjebak dalam isu dan permasalahan ini. Oleh itu, saya berasa gembira kerana dapat melaksanakan tugasan ini sekaligus menambahkan pengetahuan saya mengenai stastistik kehamilan remaja luar nikah dalam pelbagai negara. Barulah saya dapat mengetahui angka yang tepat mengenai kehamilan remaja luar nikah. Melalui tugasan ini saya perlu menulis esei pendek dengan memasukkan definisi, permasalahan, kajian lepas tentang isu kehamilan remaja luar nikah. Setelah itu, saya perlu menganalisis dengan lebih mendalam mengenai isu kehamilan remaja luar nikah. Saya perlu menganalisis dari segi faktor berlaku dan langkah untuk mengatasi isu kehamilan remaja luar nikah ini. Semasa menjalankan tugasan ini, saya tidak mengalami banyak masalah. Walaubagaimanapun, saya pada awalnya tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan isu kehamilan remaja luar nikah. Banyak pendapat tokoh yang berbeza mengenai definisi kehamilan remaja luar nikah itu sendiri. Melalui tugasan ini, saya juga dapat mengetahui definisi dan maksud kehamilan remaja luar nikah dengan lebih tepat dan betul. Selama ini saya hanya mengambil ringan mengenai isu dan permasalahan ini.

32

Di samping itu, untuk menganalisis isu dan permasalah kehamilan remaja luar nikah saya perlu mengetahui punca permasalahan isu ini. Selama ini saya hanya sedar bahawa remaja itu melakukan hal tersebut dengan sengaja. Tetapi rupa-rupanya remaja tersebut mempunyai alasan yang tersendiri dalam melakukan hal tersebut. Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk sikap seseorang remaja tersebut. Pengalaman seterusnya yang saya perolehi semasa melaksanakan tugasan ini ialah dalam mencari maklumat mengenai kajian terdahulu mengenai isu dan permasalah kehamilan remaja di peringkat global. Setelah saya mencari maklumat dalam pelbagai sumber, saya berjaya memperolehi sedikit maklumat mengenai kajian terdahulu. Saya juga mempunyai masalah dalam mengaitkan isu kehamilan remaja luar nikah di peringkat global. Di negara barat, mereka sangat bersetuju tentang seks bebas malah mereka banyak membantu remaja hamil dengan latihan vokasional, pendidikan, mencari pekerjaan dan bantuan pengangguran. Sokongan tersebut ditawarkan adalah bagi membantu remaja untuk merancang masa hadapan dan memberi kemampuan penjagaan kepada anak selepas lahir. Hal ini berbanding dengan remaja di Malaysia. Remaja di Malaysia kebanyakkan beragama Islam. Oleh itu, kehamilan remaja luar nikah adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada tugasan yang telah saya lakukan ialah menerusi kerja kursus ini ia banyak membantu saya lebih memahami tentang rancangan pemasaran dan pembinaan blog yang menarik. Ini secara tidak langsung membantu saya pada masa kelak untuk menyesuaikan diri jika saya ditugaskan untuk mengajar murid menjalankan sesuatu perniagaan semasa hari keusahawanan dan dapat melatih murid untuk menjana ekonomi negara. Saya bersetuju jika pembelajaran seperti ini terus kekal kerana melalui kerja kursus, pelajar akan mencari bahan dan mengkaji maklumat yang didapati memudahkan mereka memahami pelajaran yang mereka pelajari. Di samping itu, sebagai guru pelatih saya dapat mempraktikkan kerja kursus ini apabila saya sudah menjagi guru kelak. Saya akan menggunakan pembelajaran. pelbagai sumber semasa melaksanakan proses pengajaran dan

33

7.0 BIBLIOGRAFI Santrock (2008). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSIKELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 10 Julai 2013. Hall (1904). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/e-bangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 10 Julai 2013. Glasier et al (2006).http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 11 Julai 2013. Hughes & Kumanan (2006). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 12 Julai 2013. Unicef (2008) HAMIL LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses 15 Julai 2013. Santrock, (2008) Steinberg (2007). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 15 Julai 2013 Steinberg (2007) HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 20 Julai 2013. Hurlock (1980) ) HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 20 Julai 2013. Steinberg, (2007). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 23 Julai 2013.

34

Abdessamad (1998); McCree, (2003) HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGAhttp://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses pada 25 Julai 2013 Mariani & Hamidah (2008). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses pada 25 Julai 2013. Horan, Phillips & Hagan, (1998) Sanders & Reinisch, (1999). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses pada 25 Julai 2013. WHO, (2006). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses pada 25 Julai 2013. Mcbride, Paikoff, & Holmbeck, (2003). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses pada 26 Julai 2013. Bernama, (2011). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 26 Julai 2013. Dixon-Muller, (2009). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 26 Julai 2013. Jejeebhoy, Shah & Thapa (2005). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 26 Julai 2013 Mohammad Shatar Sabran (2003). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA

35

http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 28 Julai 2013. Pak (2010). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 28 Julai 2013 Harnida Paturungi (2008). Remaja Hamil Luar Nikah http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0916&sec=Bicara_Agama&pg=ba_0 1.htm. Tarikh diakses 28 Julai 2013. Boonstra (2002). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 28 Julai 2013. Boonstra (2002). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 28 Julai 2013. Collins, Jordan & Colmen, (2010). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses 1 Ogos 2013 Rumberger (1991). HAMIL LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA http://journalarticle.ukm.my/5013/1/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses pada 1 Ogos 2013 Selvaratnam, Nor Aini & Norlaila (2010). HAMIL LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA http://journalarticle.ukm.my/5013/1/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses pada 1 Ogos 2013. Ummi Khaltum (1995). HAMIL LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA http://journalarticle.ukm.my/5013/1/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses 2 Ogos 2013. Hashim et al (2008). HAMIL LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA http://journalarticle.ukm.my/5013/1/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses 2 Ogos 2013. Barbara (2006). HAMIL LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA http://journalarticle.ukm.my/5013/1/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013.

36

Wight (2006). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013. Omar et al (2010). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013. Hindin & Fatusi (2009) HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013. Hashim et al. (2008). HAMIL LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA http://journalarticle.ukm.my/5013/1/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013. Sternberg dan Barnes (1988). HAMIL LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA http://journalarticle.ukm.my/5013/1/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013. (Rafidah, 2001). Rafidah Hj Kastawi. 2001. Hubungan antara Sokongan Sosial dengan Kemurungan yang dialami oleh Remaja Hamil tanpa Nikah. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013 (Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, 2010). HAMIL LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA http://www.ukm.my/e-bangi/papers/2012%20specialissues/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013. Siti Salwani (2009). Persepsi terhadap tingkah laku seks sebelum nikah di kalangan http://journalarticle.ukm.my/5013/1/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013 Rafidah (2001) Rafidah Hj Kastawi. 2001. Hubungan antara Sokongan Sosial dengan Kemurungan yang dialami oleh Remaja Hamil tanpa Nikah. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2006). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013

37

UNICEF Malaysia (2008). HAMIL LUAR NIKAH DALAM KALANGAN REMAJA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/khadijah012(b).pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2008). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI ASAS INTERVENSI KELUARGA http://www.ukm.my/ebangi/papers/2012%20specialissues/sarnon012.pdf. Tarikh diakses pada 2 Ogos 2013

38