Anda di halaman 1dari 45

BismiLlahirrahmanirrahim.

Kertas kerja cadangan atau proposal peringkat sarjana ini adalah usaha untuk berkongsi dan memberi gambaran ringkas tentang komponen sebuah proposal kepada mereka yang baru.

Kebiasaannya penyediaan proposal bergantung kepada nature kursus, bidang penyelidikan dan institusi yang dipohon. Mungkin ada perbezaan teknikaliti dan penyusunannya, namun komponen asasnya adalah sama.

Ia bukanlah proposal yang terbaik, malah kedapatan banyak kelemahan tertentu di sana sini. Digalakkan mereka yang lebih pakar supaya membaiki untuk menyempurnakannya, bukan mengkritik bagi

menjahanamkannya. Kecerdikan bukan untuk kemegahan diri sendiri tetapi wajib dikongsi dengan mereka yang ingin mempelajari.

Kredit untuk Makcik (Siti Ramlah), kerana proposal ini adalah garapan saya daripada kajian beliau, tetapi ada sedikit perbezaan dari segi tajuk dan kandungannya. Nama tempat dan nama lokasi sekolah serta nama orang dalam proposal ini adalah bukan nama sebenar.

Proposal ini agak panjang. Biasanya untuk permohonan tempat pengajian dan biasiswa pengajian, proposal yang disediakan hanya 1520 halaman.

Saya orang yang masih belajar, kalau ada salah silap tolong ajarkan. Biar kurang terpelajar, asalkan jangan kurang ajar. Dr Anuar 010913
0

PROPOSAL PENYELIDIKAN (SARJANA)

Tajuk Cadangan: KEBERKESANAN PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PEMBENTUKAN BUDAYA PELAJAR : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH TUN ALWI, MELAKA

Penyelia Cadangan (sekiranya ada) PROF DR ZUHRI ZAHIDI

Disediakan oleh: MOHD ANUAR RAMLI

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0 12.0 13.0

PENGENALAN LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN PERSOALAN KAJIAN PENGERTIAN TAJUK OBJEKTIF KAJIAN KEPENTINGAN KAJIAN SKOP KAJIAN KAJIAN-KAJIAN LEPAS METODOLOGI KAJIAN GARIS KASAR LAPORAN KAJIAN PERANCANGAN GERAK KERJA RUJUKAN CADANGAN PENUTUP

3 3 6 7 10 11 12 13 14 38 41 42 44

1.0

PENGENALAN

Pada dasarnya, pembentukan kurikulum agama Islam bagi sekolah-sekolah menengah Malaysia mempunyai tujuan tertentu yang pada realitinya untuk mendidik individu supaya menjadi manusia yang sempurna dalam sebarang aspek, berilmu dan bertaqwa. Tujuan murni dapat dicapai menerusi silibus pengajian Islam yang komprehensif, iaitu ibadah, akidah dan akhlak. Namun mutakhir ini pelbagai isu disiplin dan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja Muslim dilaporkan dalam keadaan membimbangkan. Seolah-olah pendidikan Islam yang dipelajari di sekolah tidak dapat membentuk budaya yang positif dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini akan meneliti keberkesanan Pendidikan Islam di sekolah dalam membentuk budaya pelajar dengan menfokuskan pelajar Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka.

2.0

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Budaya merupakan satu cara hidup yang komprehensif merangkumi seluruh aspek kehidupan sama ada bahasa, politik, sosial, ekonomi, dan seumpamanya. Pendidikan adalah salah satu daripada aspek budaya. Dalam sistem pendidikan yang formal, sekolah merupakan medium interaksi sosial dan medan sosialisasi budaya. Sekolah adalah satu institusi yang berkait rapat dengan pelajar yang rataratanya adalah golongan remaja. Ia adalah tempat yang mana pelajar saling berinteraksi sesama pelajar dan antara pelajar dengan guru. Pendek kata ia

merupakan satu tempat yang mengamalkan satu sistem hidup (budaya) secara formal dan eksklusif.

Sistem hidup ini berasaskan kepada tradisi ilmu iaitu pengajaran dan pembelajaran (P & P). Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berpandukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi peringkat menengah. Kurikulum ini meliputi subjek Sains seperti Kimia, Biologi dan seumpamanya, subjek sastera dan kemanusiaan seperti Sejarah, Bahasa Melayu, Inggeris dan sebagainya, malah subjek pengajian Islam seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islam, Tasawwur Islam dan lainnya.

Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ini merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dahulunya, KBSR menekankan kemahiran membaca alQuran, Asas Ulum Syariyyah dan Asas Akhlak Islamiah sebagai fardu ain kepada setiap individu. Kini ditambah lagi dengan program j-QAF yang menekankan penguasaan bacaan dan tulisan jawi dengan baik, mampu khatam alQuran, penguasaan Bahasa Arab dan asas Fardu Ain yang mantap. Manakala dalam peringkat KBSM pula, para pelajar ditingkatkan lagi pengetahuan dan penghayatan mereka dalam bidang Tilawah al-Quran, Ulum Syariyyah (Aqidah, Ibadah & Sirah Nabawiyyah/Tamadun Islam) dan Akhlak Islamiah.

Selain itu, ia juga memberikan penekanan dan tumpuan yang sepenuhnya kepada aspek pengukuhan akidah Islamiah, pemahaman dan amalan ibadah dalam kehidupan harian serta asuhan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup harian seorang Muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek amalan dan penghayatan.

Penghayatan fardu ain akan dipupuk kepada pelajar pada peringkat sekolah menengah. Pelajar akan mengamalkan kewajipan ini sebagai tuntutan asasi dan benteng yang padu bagi menangani arus globalisasi dan cabaran sosial dalam kehidupan seharian. Bagi memastikan lagi keberkesanan program Pendidikan Islam ini, orientasi pengajaran dan pembelajarannya (P&P) hendaklah sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek amalan dalam kehidupan harian agar cita-cita untuk melahirkan insan harmonis, seimbang dan bertakwa akan tercapai. Secara langsung, proses P & P ini akan membentuk suatu budaya yang positif kalangan pelajar.

Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan sistem atau cara hidup yang tidak formal di luar kawasan sekolah turut mewarnai akhlak dan peribadi remaja. Pelbagai masalah sosial yang melibatkan remaja bersekolah akhir-akhir ini, contohnya seks bawah umur, melahirkan anak, bohsia, menghisap rokok, main judi mesin slot, ponteng sekolah dan seumpamanya.

Sehubungan dengan itu, kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengetahui dan memahami aspek-aspek budaya yang diamalkan pelajar di SMTA, juga mengenal pasti kesan-kesan dari pengaruh Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya serta pandangan responden berkaitan apakah kesan-kesan dari amalan budaya pelajar sesuai atau tidak dengan prinsip Pendidikan Islam dalam kalangan pelajar SMTA Melaka.

3.0

PERSOALAN KAJIAN

Pengkaji merumuskan beberapa persoalan yang perlu dikaji berkenaan Keberkesanan Pendidikan Islam terhadap Pembentukan Budaya dalam Kalangan Pelajar Di Sekolah Menengah Tun Alwi. Di antara persoalan utama yang akan dikaji adalah seperti berikut: i. Apakah bentuk budaya yang mempengaruhi pelajar di Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka? ii. Apakah kesan-kesan Pendidikan Islam terhadap budaya pelajar di Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka? iii. Adakah kesan-kesan dari pengaruh budaya di Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka, bersesuaian dengan asas Pendidikan Islam atau sebaliknya?

4.0

PENGERTIAN TAJUK

Dalam kajian ini, terdapat tiga konsep utama iaitu:, Keberkesanan, Pendidikan Islam dan Budaya. Ketiga-tiga konsep ini adalah tunjang kepada kajian ini. Untuk memahaminya secara jelas akan dihuraikan konseptual berkenaan.

Keberkesanan:

Keberkesanan adalah kata terbitan yang berasal dari perkataan kesan iaitu tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu bekas. Perkataan berkesan bermaksud mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran atau sikap watak seseorang atau sesuatu golongan, seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan.1 Oleh itu, Keberkesanan dalam kajian ini dapatlah difahamkan sebagai penghasilan sesuatu tindakan yang diharapkan agar membawa kepada suatu perubahan yang positif dari keberkesanan Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya pelajar di Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka.

Hajah Noresah Baharom et al. (eds.), (2005), Kamus Dewan, edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hh. 771-772.

Pendidikan Islam:

Perkataan Pendidikan adalah kata terbitan yang berasal dari akar kata didik iaitu pelihara, jaga (dengan hati-hati) dan ajar.2 Merujuk Ensiklopedia Indonesia bermaksud proses membimbing manusia dari kegelapan kebodohan kepada kecerahan pengetahuan.3 Perkataan Islam merujuk Ensiklopedia Islam adalah berasal dari kata aslama-yuslimu-islaman yang memberi beberapa pengertian iaitu melepaskan diri dari segala penyakit zahir dan batin, kedamaian dan keamanan, ketaatan dan kepatuhan.4

Pendidikan Islam menurut Hassan Langgulung terdapat dua pengertian. Pertama Pendidikan Islam yang bersifat umum dan meliputi segala aspek, iaitu pendidikan jasmani, rohani, sosial, politik, budaya, sains dan lain-lain. Pendek kata meliputi segala aspek kehidupan manusia. Manakala pengertian kedua pula merujuk kepada makna yang terbatas, iaitu merangkumi pengajaran berbagaibagai mata pelajaran yang bersangkut paut dengan ilmu-ilmu agama seperti fiqh, tauhid dan lain-lain yang berkait dengan fardu ain dan fardu kifayah. Pendek kata, ia merupakan sub-mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan kebangsaan (nasional).5 Dalam konteks ini, Pendidikan Islam adalah
2 3 4 5

Ibid., h. 350. Hassan Shadali (1984), Ensiklopedia Indonesia, j. 5, Jakarta : PT. Ichtiar Baru Van Hoeve, h. 2627. H. A Hafizh Dasuki (1994), Ensiklopedia Islam, j. 2, Jakarta : PT Ichtiar Baru Van Hoeve, h. 246. Hassan Langgulung (2002), Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam dan Sains Sosial, Jakarta: Gaya Media Pratama, h. 105.

subjek keagamaan yang berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berlandaskan garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Budaya:

Budaya bermaksud satu peradaban, cara berfikir atau kemajuan.6 Menurut huraian ahli kebudayaan, perkataan budaya berasal daripada budi dan daya. Budi bererti cahaya atau sinar yang terletak dalam batin manusia. Daya memberi erti usaha atau kegiatan manusia melaksana dengan apa yang digerakkan oleh budinya.7 Manakala perkataan Inggeris, istilah culture berasal dari perkataan Latin colere yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam.8 Orang Eropah memilih perkataan culture untuk

menggambarkan pemikiran mereka di mana salah satu dari maknanya adalah berhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian (agriculture) pada masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut cultivated person merujuk seseorang yang mempunyai culture.9 Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan, perkataan culture merujuk kepada the total of ideas, customs, beliefs, knowledge, art that shared by members of group.10 Manakala dari segi istilah, Sidi

6 7

Ensiklopedia Dunia Melayu, (1997), j. 2, Kuala Lumpur : Piramid Perdana, h. 42. Abdul Samad Ahmad (1981), Warisan Budaya Malaysia Ciri -ciri Budaya Budi yang Terabai, (kertas kerja Bengkel Kepimpinan dan Pengajian Kebudayaan Negeri Melaka, Melaka), h. 2.

William L. Reese (1980), Dictionary of Philosophy and Religion : Eastern and Western Thought . New Jersey : Humanities Press, h. 115. Roy Wagner (1975), The Invention of Culture. New Jersey : Prentice Hall Inc., h. 21. A.H. Johns & D.J. Prentice (eds.) (1999), Kamus Inggeris Melayu Dewan, c. 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 336.

9 10

Gazalba menghuraikan kebudayaan meliputi seluruh aspek kehidupan yang mengandungi ruang dan waktu semenjak lahir sampai mati.11

Berdasarkan ketiga-tiga konsep ini dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya pelajar di SMTA.

5.0

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan mengenai pengaruh Pendidikan Islam terhadap budaya yang diamalkan oleh pelajar di Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka. Selain itu, di antara objektif kajian dalam kajian ini adalah: i. Menyorot perkembangan Pendidikan Islam di negeri Melaka umumnya dan di Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka (SMTA), khususnya. ii. Memperolehi data mengenai aspek budaya yang mempengaruhi pelajar dan mengenal pasti kesan dari pengaruh Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya pelajar di SMTA. iii. Mengenal pasti pembentukan budaya di SMTA itu bersesuaian atau tidak dengan asas Pendidikan Islam yang dipelajari.

11

Sidi Gazalba (1976), Masyarakat Islam Pengantar Sosiologi dan Sosiografi, Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara, h. 13.

10

6.0

KEPENTINGAN KAJIAN

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang penting dalam penerapan pengaruh budaya yang berkesan kepada warga sekolah terutamanya pelajar. Namun begitu masih terdapat pengaruh budaya yang mengganggu keberkesanan pendidikan di sekolah. Kenyataan di atas menarik minat pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap pengaruh budaya di sekolah dari sudut

keberkesanan Pendidikan Islam yang dipelajari oleh pelajar. Kepentingan kajian ini diharapkan dapat membantu beberapa pihak dari segi: i. Memberi sumbangan kepada bidang pengajian pendidikan Islam yang mana ia dapat memberi maklumat baru bagi kegunaan kajiankajian yang akan datang. ii. Memberi maklumat dan bahan rujukan kepada pihak sekolah tentang aspek-aspek budaya yang mempengaruhi pelajar di Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka (SMTA), supaya mendapat perhatian bersama terhadap masalah pelajar di sekolah. iii. Menyalurkan maklumat dan bantuan kepada kaunselor dan guru disiplin dalam menangani gejala sosial atau budaya negatif dalam kalangan pelajar SMTA. iv. Dapat membantu guru Pendidikan Islam di SMTA berusaha untuk mempertingkatkan pengaruh budaya yang bersesuaian prinsipprinsip Pendidikan Islam di SMTA.

11

Semoga kajian ini dapat memberi faedah kepada semua pihak dan memberi garis panduan dalam mengenal pasti perkembangan pengaruh budaya di kalangan pelajar-pelajar sekolah khususnya di negeri Melaka.

7.0

SKOP KAJIAN

Memandangkan budaya satu perbincangan yang luas, sudah tentu pelbagai aspek yang boleh diteliti. Namun demikian, kajian ini hanya terbatas kepada beberapa perkara sahaja seperti berikut: i. Kajian ini hanya mengenai pengaruh budaya yang mempengaruhi pelajar di sekolah dan sejauh mana kesan dari pengaruh budaya itu selaras dengan prinsip-prinsip Pendidikan Islam. ii. Kajian mengenai keberkesanan Pendidikan Islam terhadap

pembentukan budaya pelajar hanya dibataskan kepada aspek sosial, bahasa, pakaian, makanan, kesenian dan budaya ilmu. iii. iv. Lokasi kajian ini hanyalah Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka. Sampel kajian ini terdiri daripada 200 orang pelajar lelaki dan perempuan. Ianya mewakili dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Pelajar beragama Islam dipilih kerana bersesuaian dengan kajian tentang pengaruh budaya yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.

12

8.0

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli akademik dan sarjana mengenai budaya dan Pendidikan Islam dalam pelbagai aspek mengikut pendekatan yang mereka gunakan. Di antara buku dan kajian tersebut adalah:

i.

Ahmad Mohd Salleh (2003), Pendidikan Islam, Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Buku ini membahaskan mengenai Pendidikan Islam dari segi falsafah, sejarah dan menumpukan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan kepada guru dan pendidik.

ii.

Sharifah Md. Nor (2000), Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi. Penulis buku ini cuba menjelaskan ciri-ciri sekolah berkesan serta memahami budaya sekolah dan matlamat sekolah berkesan.

Selain itu, terdapat juga kajian ilmiah yang telah dijalankan, di antaranya Umi Nafisah binti Md. Sirat (2000), Budaya dan Iklim Sekolah Berasrama Penuh Perempuan: Satu Kajian Awal di Sekolah Berasrama Penuh di Kuala Lumpur. Dalam kajian ini, budaya yang diketengahkan oleh pengkaji meliputi keseluruhan aspek yang terdapat di sekolah yang dikaji. Selain itu, terdapat juga kajian lain seperti Ahmad Jusoh (1998), Kualiti Buku Teks Pendidikan Islam KBSM : Analisis Kandungan, (Disertasi (M.Ed.), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya), 13

kajian oleh Fadzliyah Hashim (2004), Kesan Pendidikan Islam terhadap cara hidup pelajar : suatu kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz, Simpang Empat, Alor Star, Kedah, (Disertasi (M.Usuluddin), Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, Universiti Malaya); Siti Fatimah Tasir (2005), Pengaruh Pendidikan Islam Terhadap Akhlak Pelajar-Pelajar Uitm: Satu Kajian Khusus Di UiTM Kampus Machang, Kelantan, (Disertasi (M.Usuluddin), Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), dan sebagainya.

Setelah diteliti melalui kajian-kajian yang lalu, pengkaji mendapati kebanyakan penulisan memberi tumpuan kepada pelbagai aspek budaya dan Pendidikan Islam secara menyeluruh. Walaupun begitu, dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan pendekatan yang khusus dan hanya membicarakan sebahagian daripada aspek budaya yang berkaitan bersesuaian dengan keperluan Pendidikan Islam di sekolah menengah. (Literature review ini adalah terlalu minimum, sebaiknya pelajar dapat membincangkan dengan lebih mendalam dengan bimbingan penyelia)

9.0

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi ialah gabungan antara dua perkataan Yunani iaitu methodos yang bermaksud cara atau jalan dan logos bererti ilmu. Hasil gabungan daripada dua perkataan ini membawa pengertian bahawa metodologi ialah cara atau jalan bagi

14

memahami sesuatu perkara yang berkaitan dengan ilmu yang hendak dikaji.12 Kenneth D. Bailey mendefinisikan metodologi ialah falsafah proses penyelidikan dan kriteria yang digunakan oleh penyelidik untuk mentafsirkan data dan membuat kesimpulan.13 Manakala Imam Barnadib pula menjelaskan metodologi sebagai ilmu tentang menjalankan penelitian.14 Dengan kata lain, metodologi ialah ilmu tentang cara atau kaedah yang digunakan untuk melakukan sesuatu kajian atau penyelidikan.

Penyelidikan pula menurut Tuckman seperti mana dinukilkan dalam Sidek Mohd. Noah, menjelaskan ia sebagai satu usaha yang sistematik untuk mendapat jawapan kepada sesuatu masalah.15 Penyelidikan juga bermaksud sesuatu yang dijalankan sama ada untuk mengetahui apa yang sedang berlaku, telah dan akan berlaku bagi menambah pengetahuan.16 Oleh itu penyelidikan ialah tatacara yang digunakan secara sistematik untuk mengetahui sesuatu masalah yang dikaji untuk menambah ilmu pengetahuan.

Kesimpulannya, metodologi penyelidikan ialah kaedah yang sistematik dalam proses mengumpul data atau maklumat untuk menyelesaikan sesuatu
12 13

Koentjaraningrat (1977), Metode-metode Penelitian Masyarakat, Jakarta : PT Gramedia, h. 16. Bailey Kenneth (1982), Kaedah Penyelidikan Sosial, (terj.) Hashim Awang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 47.

14 15

Imam Barnadib (1982), Arti dan Metode Sejarah Pendidikan, Yogyakarta : Yayasan FIK-IKIP, h. 51. Sidek Mohd. Noah (2000), Reka Bentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis, Serdang : UPM, h. 2.

16

Mohd Shafie Abu Bakar (1991), Metodologi Penyelidikan Untuk Ekonomi dan Bidang-bidang Berkaitan, edisi kedua, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 12.

15

masalah yang dikaji sebagai menambah ilmu pengetahuan dalam bidang penyelidikan. Secara umumnya dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan Metode Pengumpulan Data dan Metode Analisis Data dan Metode Persampelan.

9.1

Metode Pengumpulan Data

Metode pengumpulan data ialah kaedah mengumpul maklumat secara terperinci yang diketahui atau telah dikumpulkan mengenai sesuatu dan seterusnya dijadikan asas untuk membuat kajian secara analisis atau kesimpulan.

Terdapat dua bentuk kaedah penyelidikan dalam kajian ini iaitu penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Penyelidikan kualitatif adalah penggunaan fakta, maklumat, pernyataan, ulasan, tanggapan, maksud, konsep, ciri-ciri, simbol, persepsi, metafora, perasaan dan seumpamanya. Melalui kaedah kualitatif ini, penyelidik dapat mengkaji secara mendalam fenomena yang berlaku dalam pengkajian tersebut secara realitinya.17 Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan kualitatif ini adalah dalam bentuk buku, majalah, disertasi, jurnal, kertas kerja, buku, seminar, buku harian rasmi, pamplet, wawancara dan observasi. Semua data yang diperolehi keseluruhannya terdapat pada bab kedua, ketiga dan keempat dalam kajian ini.

17

Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidikan : Suatu Sorotan, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hh. 6-7.

16

Penyelidikan kuantitatif pula adalah data yang diperolehi dalam bentuk angka atau bilangan dan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu. Penganalisisan data kuantitatif selalunya dilakukan dengan menggunakan kaedah statistik. Data-data yang diperolehi di kemukakan dalam bentuk carta dan jadual.18 Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan kuantitatif adalah terdiri daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden-responden yang telah dipilih. Dalam usaha mengumpul data yang diperlukan, pengkaji menggabungkan beberapa metode dengan melakukan dua bentuk penyelidikan utama iaitu Kajian Perpustakaan (Library Research) dan Kajian Lapangan (Field Research)

a)

Kajian Perpustakaan (Library Research)

Penyelidikan perpustakaan merupakan satu teknik yang digunakan oleh seseorang penyelidik bagi mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod.19 Ia hampir sama dengan metode dokumentasi. Ia merujuk kepada proses pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungannya dengan masalah-masalah yang diteliti.20 Dengan ini metode dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan studi terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang di teliti.
18 19 20

Ibid., h. 6. Mohd Shafie Abu Bakar (1991), op.cit., h. 41. Charles Issawi (1962), Filsafat Islam Tentang Sejarah, (terj.) Ali Mukti, Jakarta : Tinta Mas, h. 36.

17

Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data-data dengan merujuk kepada dokumen-dokumen yang diperolehi. Setelah itu dibaca, diteliti, dianalisis seterusnya dirumuskan dan membuat kesimpulan kepada persoalan yang berkaitan dengan masalah yang dikaji. Metode dokumentasi ini banyak terdapat di dalam bab pertama, bab kedua, rumusan dan kesimpulan. Penggunaan metode ini memberi fungsi yang penting bagi menyiapkan disertasi ini. Pengkaji akan mengunjungi beberapa buah perpustakaan untuk

mengumpul bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Bahan-bahan yang diperolehi pengkaji adalah seperti buku-buku ilmiah, jurnal, majalah, kertaskertas seminar, akhbar dan lain-lain. Antara perpustakaan yang dikunjungi oleh pengkaji untuk mendapatkan sumber rujukan data dan fakta ialah: iiiiiiivvviviiviiiixPerpustakaan Negara. Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia Perpustakaan Utama, Universiti Malaya. Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Perpustakaan Peringatan Zaba, Universiti Malaya. Perpustakaan Awam Pusat Islam, Kuala Lumpur. Perpustakaan Awam Negeri Melaka. Arkib Negara. Perpustakaan Pusat Sumber, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

18

b)

Kajian Lapangan (Field Research)

Dalam penyelidikan ini, kajian lapangan banyak digunakan bagi melengkapi data perpustakaan selain membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumatmaklumat yang baru. Ini adalah kerana tidak semua maklumat boleh didapati di perpustakaan. Dalam konteks ini, apa yang dihadapi adalah area penghayatan dan pengamalan yang dipanggil pendekatan empirikal.21

Sehubungan dengan itu, pengkaji mengunjungi tempat kajian untuk membuat pengamatan secara langsung dengan lebih jelas mengenai objek penelitian. Ia bertujuan membuat penyelidikan secara langsung dengan mendatangi responden atau objek yang menjadi sasaran untuk dikaji serta dibuat perumusan dan kesimpulan yang diperlukan. Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji memulakan proses kajian lapangan dengan beberapa prosedur, di antaranya: a) Memohon kebenaran secara lisan dari Pengetua SMTA untuk menjalankan kajian ini. b) Mendapat bantuan dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMTA bagi memperolehi bilangan pelajar Muslim sesi pagi. c) Memohon kebenaran dari Penyelia Petang SMTA bagi memperolehi senarai pelajar Muslim sesi petang.

21

H. Syahrin Harahap (2001), Metodologi Studi dan Penelitian Ilmu-ilmu Ushuluddin, Jakarta: PT RajaGrafindo Persada, h. 7.

19

d) Pengkaji juga memohon kebenaran dan bantuan guru-guru kelas untuk mengedar borang soal selidik.

Setelah semua permohonan kebenaran diperolehi, pengkaji akan melantik seorang guru sebagai pembantu untuk mengedarkan borang soal selidik kepada sampel serta memberi penerangan ringkas mengenai tujuan soal selidik dijalankan. Pengkaji juga memilih masa yang sesuai iaitu sekitar akhir tahun 2012, kerana dalam masa ini, pelajar telah menerima segala tugasan dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Ia untuk memastikan responden sudah

mempelajari sebahagian besar silibus Pendidikan Islam berasaskan sukatan dan tahap pengajian mereka.

Dengan cara sedemikian juga memberi peluang kepada mereka supaya bersedia memberi maklumat yang tepat dalam soalan yang dikemukakan. Selepas itu responden diminta mengembalikan soal selidik kepada guru yang telah dilantik oleh pengkaji dan diserahkan kepada pengkaji untuk proses analisis.

Justeru metode-metode yang digunakan dalam kajian lapangan ini adalah seperti berikut:

i.

Metode Temubual (Interview)

Metode

temubual

atau

wawancara

ialah

cara

yang

digunakan

untuk

mendapatkan keterangan atau pendirian secara lisan daripada responden dengan

20

bercakap-cakap berhadapan muka (face to face) dengan orang itu.22 Kaedah temubual juga merupakan satu kaedah pengumpulan maklumat yang melibatkan interaksi sosial antara individu,23 dan ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengetahui bagaimana sesuatu situasi dilihat dari perspektif orang lain.24

Dalam usaha untuk mendapatkan data serta maklumat, pengkaji telah menggunakan metode ini dengan memilih beberapa orang responden yang dirasakan mempunyai kelayakan yang secukupnya. Responden yang dipilih terdiri daripada Pengetua sekolah SMTA, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan seorang guru iaitu Ketua Panitia Pendidikan Islam yang mewakili guru Pendidikan Islam.

Selain itu juga, temubual tidak berstruktur dengan pentadbir, kaunselor, guru disiplin dan wakil dari guru Pendidikan Islam di SMTA turut dilakukan untuk mendapat maklumat tambahan. Kaedah temubual juga dapat memberi maklumat berkenaan perasaan, kehendak dan sebagainya untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan.25

22

Koentjaraningrat (1991), Metode-metode Penelitian Masyarakat, cetakan kedua, Jakarta : Pustaka Utama Gramedia, h. 129.

23

Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), Manual Kursus Kajian Tindakan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 29.

24 25

Ibid. Mohd Majid Konting (1998), op.cit., h. 202.

21

Temubual tidak berstruktur dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas yang di luar jangkaan pengkaji. Temubual tidak berstruktur sesuai digunakan sekiranya soalan yang dikemukakan menghendaki jawapan yang memerlukan pemikiran kritis bila mana pengkaji tidak dapat menjangka dengan tepat semua kemungkinan jawapan yang diberi oleh subjek.26

Pengkaji menjalankan temubual ini ke atas beberapa orang responden yang terpilih untuk membantu melengkapkan penyelidikan ini, di antaranya: a. Pn. Hjh Sharifah Amalina Syed Ali, selaku pengetua SMTA. Persoalan yang dikemukakan kepada beliau ialah berkenaan dengan sejarah dan prestasi sekolah serta mendapat pandangan beliau mengenai pengaruh budaya di sekolah tersebut. b. Puan Siti Zakiyah Mohd Shafie, Penolong Kanan Hal ehwal Murid (HEM) SMTA. Pengkaji telah mengemukakan persoalan kepada beliau mengenai pandangan beliau berkenaan pengaruh budaya yang mempengaruhi pelajar-pelajar di SMTA serta cadangan untuk mempertingkatkan budaya yang bersesuaian dengan prinsip

Pendidikan Islam di SMTA. c. Pn. Khairina Hj. Mat Saud, Ketua Panitia Pendidikan Islam mewakili guru Pendidikan Islam di SMTA. Persoalan yang dilontarkan oleh pengkaji mengenai pandangan beliau tentang kesan dari pengaruh

26

Deobold B. Van Dalen (1993), op.cit., h. 25.

22

budaya terhadap Pendidikan Islam di SMTA sama ada bersesuaian atau tidak dengan prinsip Pendidikan Islam. d. Puan Balkis Abdul Rahim, Guru Kanan SMTA merangkap Guru Pendidikan Seni SMTA, Melaka. Beliau merupakan tenaga pengajar paling lama dan berpengalaman dalam masalah disiplin pelajar SMTA. Persoalan yang diutarakan kepada beliau adalah mengenai budaya pelajar SMTA sama ada yang positif mahupun negatif.

Tujuan pengkaji mengadakan temubual ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang sukar diperolehi secara langsung seperti isu sensitif, sensasi dan sebagainya. Melalui metode ini juga pengkaji akan mendapat maklumat sokongan mengenai pengaruh budaya di SMTA bagi melengkapkan kajian ini.

ii.

Metode Pengamatan (Observation)

Metode

pengamatan

ialah

cara

pengumpulan

data

dengan

melakukan

pengamatan secara langsung terhadap sesuatu penelitian atau objek yang dikaji.27 Cara pemerhatian amat berkesan sekali untuk melihat perkembangan dan perubahan yang berlaku ke atas perkara yang diperhatikan.28

27

Abdul Halim bin Haji Mat Diah (1987), Suatu Contoh Tentang Huraian Metodologi, Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin Universiti Malaya, h. 129.

28

Samarudin Rejab & Nazri Abdullah (1982), op.cit., h. 33.

23

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan metode pengamatan (observasi) sama ada secara langsung atau tidak langsung bertujuan untuk mendapat gambaran umum yang berkaitan dengan nilai, sikap dan budaya pelajar di SMTA. Metode ini juga boleh membantu pengkaji mengenal pasti aspek-aspek budaya yang mempengaruhi pelajar di sekolah yang dikaji. Pengkaji juga menggunakan pengamatan untuk menganalisis data sebelum membuat kesimpulan.

Observasi yang akan dijalankan dalam kajian ini adalah berdasarkan pengalaman pengkaji kerana pengkaji sendiri adalah salah seorang bekas tenaga pengajar di sekolah tersebut. Pengalaman daripada pengamatan ini tidak hanya terhad kepada pengkaji sahaja bahkan meliputi apa sahaja observasi yang telah dijalankan oleh orang lain di samping merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman. Pengkaji berpandangan metode observasi memainkan peranan yang penting dalam pengumpulan data dan maklumat bagi menyelesaikan kajian ini.

iii.

Metode Soal selidik (Questionaire)

Metode soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat daripada responden yang ramai.29 Soal selidik merupakan suatu senarai yang terdapat rangkaian pertanyaan mengenai sesuatu hal atau dalam sesuatu bidang. Oleh yang demikian

29

Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), op.cit., h. 29.

24

soal selidik bermaksud suatu daftar atau senarai pertanyaan untuk memperolehi data yang merupakan jawapan-jawapan daripada para responden.30

Menurut Mohd Majid Konting, soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan pendidikan. Ia bertujuan untuk mendapat maklumat berkenaan fakta-fakta kepercayaan, perasaan, kehendak dan

sebagainya. Penggunaan soal selidik adalah lebih praktikal dan berkesan jika saiz sampel adalah besar.31 Ia berbentuk satu senarai soalan-soalan yang bertulis. Soalan-soalan ini disediakan oleh pengkaji yang difikirkan merangkumi subjeknya dengan menyenaraikan soalan-soalan yang terang dan senang difahami.32

Metode soal selidik akan diaplikasi dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat terperinci dan signifikan berhubung dengan aspek budaya yang mempengaruhi pelajar di SMTA dan keberkesanan Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya di sekolah yang dikaji.

Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengedarkan borang-borang soal selidik kepada responden dalam kalangan pelajar untuk mendapat maklum balas

30

Selo Soemardjan (1985), Penyusunan dan Penggunaan Kuessioner, dalam Koentjaraningrat (ed.), Metod-metod Penelitian Masyarakat, cetakan ketujuh, Jakarta : PT Gramedia, h. 173

31

Mohd Majid Konting (1998), Kaedah Penyelidikan, cetakan ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 202.

32

Samarudin Rejab & Nazri Abdullah (1982), Panduan Menulis Tesis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 30.

25

bagi menentukan latar belakang sampel, persoalan berkaitan dengan aspek-aspek budaya yang mempengaruhi pelajar, kesan dari pengaruh Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya pelajar. Soal selidik di kalangan pelajar dibahagikan kepada empat bahagian A, B, C dan D.

Bahagian A menjelaskan tentang latar belakang responden. Jenis soalan yang dikemukakan adalah berbentuk demografi iaitu mendapatkan maklumat asas tentang responden yang kemudiannya digeneralisasikan kepada populasi kajian.33 Di antaranya: i) ii) iii) iv) v) vi) Umur responden. Tempat tinggal responden. Bentuk pemilikan rumah. Pekerjaan ibubapa / penjaga. Pendidikan ibubapa / penjaga. Pendapatan ibubapa / penjaga.

vii) Bilangan adik-beradik. viii) Hubungan dengan keluarga. ix) x) xi) Budaya makan bersama keluarga. Keprihatinan keluarga terhadap pelajaran. Keprihatinan keluarga terhadap solat.

33

Unit Penyelidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003 ), op.cit., h. 30.

26

Bahagian B mengandungi empat belas item yang berhubung dengan aspek budaya yang mempengaruhi sampel di SMTA. Item-item ini merangkumi aspek fizikal sekolah, aspek sosial, bahasa, pakaian, makanan, kesenian dan aspek budaya ilmu. Di antaranya:

Aspek fizikal: iSentiasa selesa di sekolah kerana persekitarannya yang ceria dan menarik. iiSentiasa menggunakan kemudahan awam di sekolah mengikut peraturan.

Aspek Sosial: iiiivSentiasa mengucap salam apabila bertemu dengan guru. Sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan rakan-rakan di sekolah.

Aspek Bahasa: vviSentiasa menggunakan istilah panggilan bahasa yang lembut. Nama terpengaruh dengan bahasa Arab.

Aspek Pakaian: vii- Sentiasa memakai pakaian menutup aurat di sekolah sahaja. viii- Keluarga memahami perihal menutup aurat menurut pandangan Islam.

27

Aspek Makanan: ixxSelalu membaca doa sebelum dan selepas makan. Sentiasa prihatin terhadap yang halal dan haram sebelum membeli.

Aspek Kesenian: xiMinat dengan lagu-lagu berunsur Islam dan nasihat.

xii- Sering menonton tv sehingga mengganggu pelajaran.

Aspek Budaya Ilmu: xiii- Sering terganggu apabila belajar. xiv- Belajar inginkan pekerjaan.

Soalan bahagian B berbentuk dichotomous, iaitu soalan yang memerlukan jawapan sama ada ya atau tidak, benar atau salah.34 Tujuan utama soalan ini adalah untuk mendapat data mengenai aspek-aspek budaya yang mempengaruhi sampel di SMTA.

Soalan bahagian C pula mengandungi enam soalan yang berkaitan dengan kesan-kesan Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya di SMTA. Itemitem tersebut ialah : i) Pelajar sentiasa memelihara persekitarannya yang bersih dan ceria.

34

Ibid., h. 30.

28

ii)

Guru Pendidikan Islam mempunyai hubungan yang baik dengan pelajarnya.

iii)

Guru Pendidikan Islam di sekolah sampel sentiasa bersungguhsungguh semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

iv)

Pelajar sentiasa menjaga adab dalam majlis semasa program dijalankan di sekolah.

v)

Program penghayatan Islam sering diadakan dapat memberi kesan yang positif terhadap perubahan diri dan sahsiah sampel.

vi)

Sampel selalu membaca al-Quran.

Bahagian C pula soalan yang dikemukakan adalah berbentuk Skala Likert iaitu mendapatkan tingkat pemilihan, persepsi atau persetujuan sampel.35 Bahagian ini terdiri daripada lima respons seperti: a) b) c) d) e) Tidak setuju. Kurang setuju. Kurang pasti. Setuju. Sangat setuju.

Skor maksimum bagi setiap soalan adalah 5, manakala skor minimumnya adalah 1. Tujuan utama bahagian C ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai

35

Ibid.

29

kesan dari pengaruh budaya sama ada sesuai atau tidak dengan prinsip-prinsip Pendidikan Islam di SMTA.

Manakala bahagian D pula merupakan bahagian soal selidik yang terakhir, ianya berbentuk open-ended iaitu mendapatkan pendapat responden dengan menulis sendiri pandangannya.36 Responden boleh memilih untuk menjawab atau tidak menjawab bahagian ini. Item ini adalah sebagai bantuan untuk memperkukuhkan dapatan pengkaji dalam memberi cadangan dan saranan di bahagian akhir kajian ini.

Metode soal selidik merupakan tunjang dalam penyelidikan ini kerana hasil daripada maklumat yang diperolehi akan dianalisis secara statistik dan akan dibincangkan di dalam bab keempat.

9.2

Metode Analisis Data

Perkataan analisis bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu persoalan.37 Metode analisis data pula ialah satu cara yang berhasil bagi menyimpul persoalan-persoalan yang diajukan dalam penelitian.38 Dalam erti kata yang lain, setelah data-data dan maklumat ini dianalisis dan diterjemahkan atau dihuraikan mengikut fahaman pengkaji sebelum membuat kesimpulan.
36 37 38

Ibid. Hajah Noresah Baharom et al. (eds.), (2005), op.cit., h. 51. Koentjaraningrat (1977), op.cit., h. 328.

30

Dalam menganalisis data, pengkaji secara umumnya menggunakan metode analisis deskriptif kualitatif (menilai mutu dan kesahihan). Penggunaan metode ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:

i.

Metode Pensejarahan

Sejarah ertinya jumlah kajian, perubahan, peristiwa, masa lampau. 39 Sejarah juga merupakan gambaran masa lalu tentang manusia dan sekitarnya sebagai makhluk sosial yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan, yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku.40

Metode ini merujuk kepada kajian yang menumpukan pada proses gejala, peristiwa atau konsep yang lahir masa lalu.41 Pendekatan ini diaplikasikan dengan merujuk catitan hasil sarjana Muslim yang berautoriti dalam bidang berkaitan.42

Metode pensejarahan diaplikasikan dalam kajian ini dengan menganalisis data dan menyusunnya berdasarkan kronologi pensejarahan. Ia digunapakai terutamanya dalam bab ketiga. Ia merangkumi huraian yang berkaitan dengan
39 40 41 42

Abdul Halim Haji Mat Diah (1987), op.cit, h. 120. Sidi Gazalba (1976), op.cit, h. 44. Sidi Gazalba (1981), Pembimbing Latihan Ilmiah dan Tesis, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, h. 77. Lihat Qasim Ahmad (2000), Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, edisi kedua, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 96.

31

sejarah Pendidikan Islam di negeri Melaka umumnya sama ada sebelum atau selepas merdeka dan secara khususnya membincangkan sejarah Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka.

ii.

Metode Induktif

Perkataan induktif berasal daripada bahasa Latin inducere bermaksud membawa atau menuju kepada. Pemikiran induktif biasanya menuju daripada penyataan khusus kepada penyataan umum.43 Manakala metode induktif pula ialah pola berfikir yang mencari pembuktian dari hal-hal yang bersifat khusus untuk sampai kepada dalil yang umum.44 Oleh itu penggunaan metode ini adalah bagi menghuraikan data-data yang bersifat khusus kepada kesimpulan yang bersifat umum.45

Metode induktif ini terdapat pada bab kedua untuk mengetahui budaya dan ciri-cirinya. Begitu juga tentang Pendidikan Islam dan aspek-aspeknya. Manakala di dalam bab keempat pula metode ini digunakan untuk menganalisis aspek budaya yang mempengaruhi pelajar di sekolah yang dikaji dan mengkaji kesan Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya pelajar.

43

Mohd Michael Abdullah (1995), Pemikiran Kritis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 103.

44 45

Imam Barnadib (1982), op.cit., hh. 52-53. Mohd Majid Konting (1998), op.cit., h. 317.

32

iii.

Metode Deduktif

Perkataan deduktif juga berasal daripada bahasa Latin, iaitu deducere yang membawa erti membawa atau menuju daripada. Perbahasan deduktif biasanya menuju daripada penyataan umum kepada pernyataan khusus.46 Metode deduktif bermaksud cara menganalisis data dan melakukan penulisan yang berdasarkan kepada pola berfikir mencari pembuktian dengan berpandukan kepada dalil yang umum terhadap hal-hal yang khusus.47

Penggunaan metode ini membantu pengkaji menganalisis data dan maklumat fenomena yang dikaji bagi mengaplikasikan teori dalam menyelesaikan masalah kajian. Contohnya, pengkaji memulakan penulisan ini dengan menceritakan asal usul negeri Melaka disusuli sejarah Melaka sebagai pusat pentadbiran dan penyebaran Islam, dan akhirnya memberi penumpuan kepada pengkajian khusus di Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka. Selain itu juga, pengkaji mencari contoh-contoh khusus tentang aspek-aspek budaya yang mempengaruhi pelajar di sekolah yang dikaji kemudian membuat kesimpulan ke atas maklumat itu secara khusus.

46 47

Mohd Michael Abdullah (1995), op.cit., h. 55. Imam Barnadib (1982), op.cit., h. 55.

33

iv.

Metode Komparatif

Metode komparatif ialah cara membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan terhadap beberapa data yang diperolehi.48 Menerusi metode ini, pengkaji membuat kesimpulan dengan membandingkan data-data yang

diperolehi bagi mendapatkan maklumat yang berkualiti dan tepat. Penggunaan metode komparatif di dalam kajian ini terdapat dalam bab kedua, pengkaji dapat membandingkan antara pandangan sarjana Barat dan sarjana Islam tentang konsep budaya. Selain itu juga, metode diaplikasi untuk membandingkan datadata yang diperolehi dalam bab keempat dengan menggunakan kaedah statistik.

v.

Metode SPSS

Metode SPSS (Statistical Package for the Social Sciences)49 diaplikasi dalam menganalisis borang soal-selidik yang telah dikembalikan. Setelah data diperolehi dan diproses dengan menggunakan Kaedah SPSS untuk menunjukkan perolehan data. Kaedah ini adalah satu program komputer yang disusun khas untuk menganalisis data daripada metode soal-selidik. Dengan kaedah SPSS ini

48 49

Abdul Halim Hj Mat Diah (1987), op.cit., h. 136. Zulkarnain Zakaria & Hishamuddin Md. Som (2001), Analisis Data Menggunakan SPSS Windows, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

34

seseorang penyelidik boleh membuat perkiraan mengenai purata (min), sisihan piawai, varians dan lain-lain bagi sesuatu pembolehubah.50

Apabila data melalui metode soal-selidik telah dikumpulkan dan dikey-in dalam borang yang disediakan dalam program SPSS, ia akan dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk statistik deskriptif. Menurut Alias Baba, statistik deskriptif digunakan untuk memperihalkan keadaan data yang terdapat pada sampel kajian. Ianya ialah proses mengumpul data, membuat rumusan dan menyampaikan rumusan dan bentuk yang senang difahami oleh kumpulan sasaran.51 Selain itu, statistik deskriptif bertujuan memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat.52

Oleh itu statistik deskriptif adalah memperihal keadaan data yang terdapat pada sampel bermula dari proses pengumpulan sehingga kepada rumusan dengan cara sistematik dan tepat. Segala data yang diperolehi daripada temubual tidak berstruktur juga dianalisis secara kualitatif bagi menyokong dan dapat menguatkan lagi kajian ini.

50

Ahmad Mahdzan Ayob (1983), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi: Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 106.

51

Alias Baba (1997), Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial, cetakan kedua, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 22.

52

Sidek Mohd Noah (2000), op.cit.

35

9.3

Metode Persampelan

Sampel adalah sekumpulan kecil unsur yang telah diambil daripada satu rangka persampelan.53 Sampel juga dikatakan mewakili sesuatu populasi di dalam sebarang tinjauan dan tinjauan ini bertujuan membuat kesimpulan mengatasi populasi berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam sampel.54

Dalam

penyelidikan

pendidikan,

kesukaran

sering

dialami

untuk

menggunakan seluruh ahli populasi. Dengan adanya pendekatan statistik, inferensi tentang populasi yang dikaji boleh dibuat. Berdasarkan maklumat yang didapati daripada sampel membolehkan tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian populasi yang dikaji. Sampel rawak digunakan bagi mewakili populasi.55

Metode persampelan yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah pengumpulan data yang tidak menyeluruh dan ianya melibatkan sebahagian daripada populasi sahaja iaitu menentukan Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka.

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih pelajar SMTA sebagai sampel kajian. Walaupun di sekolah ini terdiri daripada pelajar Melayu, Cina dan India, pengkaji hanya memilih pelajar Muslim sahaja bagi menjalankan kajian ini. Pemilihan ini dilakukan untuk memudahkan pengkaji melakukan
53 54 55

Ahmad Mahdzan Ayob (1983), op.cit., h. 45 Ibid. Ibid.

36

kajian dari segi keberkesanan Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya di Sekolah Menengah Tun Alwi, Melaka.

Pengkaji telah memilih seramai 200 orang pelajar lelaki dan perempuan mewakili sesi pagi dan sesi petang daripada bilangan pelajar yang

keseluruhannya seramai 2000 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Sampel kajian menggambarkan populasi iaitu satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek.56 Pemilihan sampel adalah secara rawak berstrata atau persampelan berlapis berkadar.57 Pengambilan sampel ini merangkumi dua sesi pengajian (pagi dan petang). Ianya mewakili pelajar lelaki dan perempuan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Berasaskan jumlah inilah, pengkaji akan menganalisis data yang diperolehi. Jumlah sampel adalah seperti jadual 1 berikut:

Jadual 1 : Taburan Sampel Mengikut Tingkatan

TINGKATAN

JUMLAH SAMPEL

PERATUS

SATU DUA TIGA EMPAT LIMA JUMLAH

40 40 40 40 40 200

20 20 20 20 20 100

56 57

Mohd. Majid Konting (1993), op.cit., h. 58. Deobold B. Van Dalen (1993), op.cit., h. 125; Syed Arabi Idid (2002), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, c. 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 58.

37

Tujuan pemilihan pelajar ini sebagai sampel kajian adalah untuk menilai berdasarkan pandangan pelajar terhadap pengaruh budaya yang menjadi amalan mereka. Pengkaji berpendapat cara ini adalah valid kerana pelajar Melayu yang beragama Islam merupakan responden utama dalam perlaksanaan penyelidikan di sekolah yang dikaji.

Berdasarkan dapatan penilaian sampel dari kalangan pelajar yang telah dibuat pemilihan, maka pengkaji dapat mengenal pasti keberkesanan Pendidikan Islam terhadap pembentukan budaya pelajar SMTA itu, sama ada selari atau tidak dengan prinsip Pendidikan Islam.

10.0

GARIS KASAR LAPORAN KAJIAN

Secara umumnya penulisan bersistematik adalah penting untuk menghasilkan sebuah disertasi yang baik. Oleh yang demikian, penulisan ini disusun mengikut garis panduan oleh peraturan penulisan disertasi Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2001.58 Pengkaji akan membahagikan kajian ini kepada perbincangan berikut:

Abstract Abstrak Dedikasi Penghargaan Daftar Isi


58

Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam, (2001), Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hh. 8-12.

38

Senarai Jadual Senarai Lampiran Senarai Kependekan Panduan Transliterasi BAB PERTAMA - BAHAGIAN PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN RUMUSAN MASALAH KAJIAN PENGERTIAN TAJUK OBJEKTIF KAJIA N KEPENTINGAN KAJIAN SKOP KAJIAN KAJIANKAJIAN LEPAS METODOLOGI KAJIAN 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.9 Metode Pengumpulan Data Metode Analisis Data Metode Persampelan

SISTEMATIKA PENULISAN

BAB KEDUA - BUDAYA: KONSEP DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN 2.1 2.2 PENGENALAN KONSEP BUDAYA 2.2.1 2.2.2 2.3 2.4 2.5 Pengertian Bahasa Pengertian Istilah

CIRI-CIRI BUDAYA HUBUNGKAIT BUDAYA DENGAN PENDIDIKAN PENDIDIKAN ISLAM : FALSAFAH DAN OBJEKTIFNYA 2.5.1 2.5.2 2.5.3 Konsep Pendidikan Islam Falsafah Pendidikan Islam Objektif Pendidikan Islam 39

2.6

KESIMPULAN

BAB KETIGA - SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI MELAKA 3.1 3.2 PENGENALAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI MELAKA 3.2.1 3.2.2 3.3 Sistem Pendidikan Islam Sebelum Merdeka Sistem Pendidikan Islam Selepas Merdeka

SEKOLAH MENENGAH TUN ALWI, MELAKA (SMTA) 3.3.1 3.3.2 Latar belakang SMTA Pendidikan Islam di SMTA

3.4

KESIMPULAN

BAB KEEMPAT - ANALISIS KEBERKESANAN PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PEMBENTUKAN BUDAYA PELAJAR DI SMTA 4.1 4.2 PENGENALAN ANALISIS DATA 4.2.1 4.2.2 4.2.3 Latar belakang Responden Aspek Budaya Yang Mempengaruhi Responden di SMTA Pengaruh Budaya Terhadap Keberkesanan Pendidikan Islam di SMTA 4.3 KESIMPULAN

BAB KELIMA - BAHAGIAN PENUTUP 5.1 5.2 5.3 5.4 DAPATAN KAJIAN SARANAN CADANGAN KAJIAN LANJUTAN KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

40

11.0

PERANCANGAN GERAK KERJA

Kajian yang dirancangkan mengambil masa lebih kurang 12 bulan iaitu pada keseluruhan kajian dari awal perancangan hinggalah ke penulisan laporan. Ia dapat dilihat dalam jadual 2. Jadual 2: Fasa Gerak Kerja Fasa Tempoh 1 bulan 3 bulan 1 bulan Gerak kerja Berbincang dengan penyelia Membuat sorotan literature & menambah baiki proposal Membuat persediaan pembentangan proposal Membentang proposal Menyiapkan bab 1 1 bulan Mengenal pasti responden & informan kajian yang terlibat Menyerahkan bab 1 kepada penyelia Merangka set soal selidik dan temu bual Menyiapkan bab 2 1 bulan Menjalankan kajian rintis bagi set soal selidik yang disediakan Menyerahkan bab 2 kepada penyelia Menyiapkan bab 3 1 bulan 1 bulan 3 3 bulan 1 bulan 1 bulan Membaiki set soal selidik Menyerahkan bab 3 kepada penyelia Mengedarkan soal selidik kepada responden/pelajar yang terlibat Mengadakan temu bual dengan informan/guru Pendidikan Islam Menganalisis soal selidik dan menyiapkan bab 4 Menyerahkan bab 4 dan menyiapkan bab 5

1 bulan 2 3 bulan

41

3 bulan

Menyerahkan bab 5 Mencetak draf pertama & membuat pembaikian Menyerahkan draf kajian untuk pemeriksaan dan membuat pembaikian terhadap hasil pemeriksaan

12.0

RUJUKAN CADANGAN

Abdul Ghani Hj. Shamsudin (1994), Falsafah Pendidikan Islam: Suatu Perspektif Baru, dalam Abd Halim El-Muhammady (ed.), Pendidikan Islam: Peranannya Dalam Pembangunan Ummah, Bangi: Persatuan Bekas

Mahasiswa Islam Timur Tengah. Abdul Halim El-Muhammady (1991), Pendidikan Islam: Falsafah,Disiplin dan Peranan Pendidik, Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam. Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Kilani Mohamed (2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah : Huraian Menurut Perspektif Islam, Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Ahmad Mahdzan Ayob (1983), Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi: Suatu Pengenalan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Mohd Salleh (2003), Pendidikan Islam : Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Selangor: Fajar Bakti. Alias Baba (1997), Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial, cetakan kedua, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Amri Daud, Kajian keberkesanan perlaksanaan program j-Qaf di dua buah sekolah rintis di Terengganu, (Dissertation (M.Ed.) -- Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya), 2005.

42

Attas, Syed Muhammad Naquib al- (1992), Aims and Objectives of Islamic Education, (terj.) Samsudin Jaapar, Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. _____________________________ (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. _____________________________ (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. _____________________________ (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. _____________________________ (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam, (2001), Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Hasan Mahmud al-Hafiz (1995), Mengenal Qiraat Al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Numan. Hassan Langgulung (1986), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hazil Abdul Hamid (1990), Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Pembangunan Negara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusuf Ahmad (2004), Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam, cetakan kedua, Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Muhammad Kamal Hassan (1996), Towards Actualizing Islamic Ethical and Educational Principles in Malaysian Society: Some Critical Observations, Petaling Jaya: Muslim Youth Movement of Malaysia. 43

Samarudin Rejab & Nazri Abdullah (1982), Panduan Menulis Tesis, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Sharifah Md. Nor (2000), Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi, Serdang: Universiti Putra Malaysia. Sidek Mohd. Noah (2000), Reka Bentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis, Serdang : UPM. Sobri Salamon & Haron Din (1988), Masalah Pendidikan Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: al-Rahmaniah.

13.0

PENUTUP

Pengajian Islam memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pelajar yang mengamalkan budaya yang baik dan akhlak yang mulia. Oleh itu diharapkan dengan kajian ini, tahap keberkesanannya di SMTA dapat dikenal pasti dan langkah penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi budaya yang baik dalam kalangan generasi muda.

44