Anda di halaman 1dari 13

PENGGUNAAN UNSUR UNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

N KAJIAN TEMPATAN (Satu Kajian Kes Di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang) Supprimaniam Nadeson Ibrahim bin Mat Saat Nadarajan Marimuthu Jabatan Penyelidikan Dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru guru pelatih KDPM ambilan Januari 2001, opsyen Kajian Tempatan tentang penggunaan unsur unsur Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) semasa menjalani sesi praktikum fasa 1 pada Semester IV 2002 di sekolah sekolah. Penggunaan unsur unsur KBKK dilakukan menerusi proses p&p Kajian Tempatan. Semua pelatih disaran untuk mengaplikasikan komponen KBKK dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam semua subjek pengkhususan di maktab. Latihan ini sebagai usaha untuk meningkatkan kemahiran di kalangan pelatih dan seterusnya membantu mereka melaksanakan unsur unsur KBKK dalam proses p & p melalui mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah. Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mengupas idea idea awal tentang penggunaan komponen tersebut di kalangan pelatih serta keberkesanannya dalam p & p Kajian Tempatan. Dapatan kajian digunakan untuk membincangkan kebolehan dan kemampuan pelatih, penggunaan KBKK dan permasalahan yang dihadapi oleh pelatih dalam menjalankan tugas p & p mata pelajaran Kajian Tempatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan penguasaan pelatih dalam bidang ini rendah. Mereka tidak dapat menggunakan unsur unsur KBKK secara menyeluruh semasa sesi praktikum di sekolah serta mengahadapi masalah masalah berkaitan dengan pelaksanaannya dala proses p & p Kajian Tempatan. Pengenalan

Kemahiran berfikir adalah penting dalam proses meninggikan keupayaan belajar individu. Kemahiran ini menjadi alat pengukur bagi mengawal, memandu, dan menilai kemajuan pembelajaran diri. Dala proses pembentukan guru yang berkebolehan, kemahiran berfikir dapat memainkan peranan penting ke arah merealisasikannya. Pihak guru perlu menguasai komponen ini dalam usaha memelihara profesion perguruan dan memantapkan institusi latihan pendidikan guru di negara ini. Latar belakang Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan komponen interaksi kuliah bagi pengajaran Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK) bagi ambilan pertama guru guru pelatih Diploma Perguruan Malaysia 1996. KBKK diperkenalkan mulai Semester 1 dan merupakan salah satu bidang Asas Dinamika Guru yang diwajibkan untuk semua guru pelatih. Sebanyak 2 kredit (30 jam kuliah) diperuntukkan untuk bidang ini. Kurikulum KBKK bertujuan untuk menerap dan melaksana unsur unsur KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Pada umumnya sukatan pelajaran KBKK di maktab-maktab perguruan mencakupi konsep am KBKK, jenis-jenis kemahiran berfikir, alat-alat berfikir, proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis,Pahang para pelatih telah mendapat pendedahan dan pengetahuan tentang komponen KBKK sejak Semester 1 pada tahun 1996.Mengikut model KBKK yang dihasilkan oleh BPG,terdapat 5 unit utama dalam rangka isi kandungan komponen KBKK.Modul ini menjadi sumber rujukan utama bagi golongan pensyarah untuk menyampaikan kuliah KBKK. Pernyataan Masalah Dalam perkembangan dunia pendidikan,golongan guru harus menguasai kemahiran

pedagogi,ilmu pengetahuan yang luas serta kemahiran profesionalisme perguruan itu sendiri.Guru-guru pelatih KDPM diberi pendedahan dalam aspek-aspek teori pendidikan,input kuliah dalam bidang pengkhususan serta latihan mengajar bagi memantapkan kebolehan mereka.Dengan kesedaran ini,maka pengenalan kurikulum KBKK diharap dapat menyediakan kumpulan guru-guru pelatih maktab yang terlatih dalam bidang KBKK.

Kajian ini meninjau sejauh mana guru pelatih di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis,Pahang menguasai kemahiran dan teknik untuk mengaplikasikan elemenelemen KBKK dalam proses p & p Kajian Tempatan di sekolah.Tinjauan awal ini cuba mengesan penggunaan kemahiran ini di kalangan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar selama enam minggu di sekolah pada sesi Semester IV 2002(Julai hingga September).Guru-guru pelatih ini juga mendekati masalah yang dihadapi dalam

mempelajari,memahami serta menggunakan kemahiran-kemahiran KBKK di sekolah-sekolah. Persoalan Kajian Fokus kajian ini tertumpu kepada penggunaan unsur-unsur KBKK dalam proses penyampaian mata pelajaran Kajian Tempatan di bilik darjah.Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalansoalan yang merangkumi aspek-aspek berikut: i. Apakah persepsi guru-guru pelatih opsyen Kajian Tempatan terhadap

pembelajaran KBKK di maktab? ii. Bagaimanakah guru-guru pelatih mendalami ilmu pengetahuan tentang komponen-

komponen KBKK di maktab? iii. Adakah guru-guru memahami dan menguasai konsep-konsep penting berkaitan

komponen KBKK yang telah dipelajari? iv. Adakah guru-guru pelatih menggunakan kemahiran-kemahiran KBKK dalam

proses pengajaran Kajian Tempatan di bilik darjah? v. Adakah para pensyarah memainkan peranan dalam cara-cara penggunaan unsur-

unsur KBKK semasa sesi bimbingan praktikum? vi. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih semasa penerapan

unsur KBKK dalam aktiviti p & p Kajian Tempatan? Kepentingan Kajian Kajian ini merupakan tinjauan umum yang menjadi maklum balas kepada pihak Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis.Maklumat yang dikumpulkan

akan digunakan bagi menilai perkembangan dan penguasaan dalam pengajaran komponen kurikulum KBKK di maktab serta penggunaan unsur-unsur KBKK dalam proses p&p Kajian Tempatan di sekolah.

Adalah diharapkan agar kajian ini juga dapat digunakan sebagai satu panduan oleh maktabmaktab perguruan yang lain. Pada umumnya kajian ini berfokus kepada penerapan unsur-unsur KBKK yang boleh digunakan oleh pihak maktab untuk menilai keupayaan para pelatih mengembangkan kemahiran diri dalam bidang KBKK. Kajian ini menjadi satu penilaian bagi pihak guru-guru pelatih opsyen Kajian Tempatan khasnya dan golongan pensyarah amnya untuk meningkatkan aplikasi kemahiran-kemahiran KBKK dalam proses p&p Kajian Tempatan. Hasil kajian juga boleh digunakan untuk memantapkan lagi perlaksaan serta meningkatkan keberkesanan kurikulum KBKK di maktab ini. Pelbagai masalah dalaman boleh dikenalpasti dalam proses penggunaan unsur-unsur KBKK di kalangan guru pelatih dan langkah ini akan melahirkan idea-idea baru yang lebih praktikal. Akhir sekali, rumusan kajian ini diharap akan memberi satu sumbangan idea kepada Bahagian Pendidikan Guru ke arah pencapaian objektif latihan pendidikan guru. Batasan kajian Kajian ini tertumpu kepada sekumpulan124 orang guru pelatih semester IV, KDPM ambilan januari 2011 di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Kajian ini hanya dihadkan kepada konsep umum dalam kurikulum KBKK serta penggunaan unsur-unsur dalam proses p&p Kajian Tempatan semasa sesi praktikum di sekolah. Tinjauan Literatur Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan menilai kemunasabahan idea manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula adalah kebolehan untuk mencerna dan mengahsilkan ideaidea asli. Menurut Beyer (1984), berfikir ialah kebolehan manusia membentuk konsep, meberi sebab atau membuat penentuan. Mayer (1977), pula berpendapat bahawa berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda manusia atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah. Sementara itu, Edward De Bono (1976), menyatakan pemikiran sebagai satu proses menyelesaikan masalah atau daya usaha untuk mencapai sesuatu tujuan. Dewey(1933), mendefinisikannya sebagai perilaku menyelesaikan maslaah. Daripada aspek fosiologi, proses berfikir secara kritris dikatakaan melibatkan hemisfera otak di sebelah kiri sementara pemikiran

kreatif melibatkan sel-sel otak kanak. Maka kedua-dua bahagian otak ini perlu digunakan secara aktif bagi mencapai matlamat dalam proses pemikiran individu. Metodologi kajian Kajian ini berbentuk kajian tinjaun yang menggunakan statistik diskriptif dengan mengambil kira kiraan frekuensi dan peratusan. Kajian ini dilakasanakn melalui kaedah soal selidik dan berfokus kepada penggunaan unsur-unsur KBKK menerusi proses p&p Kajian Tempatan di sekolah. Di samping itu, kajian ini juga cuba mengenal pasti masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh para pelatih dalam bidang ini. Seterusnya kajian ini juga merumus kebolehan guru-guru pelatih opsyen kajian tempatan dalam mengaplikasikan unsur-unsur KBKK semasa sesi praktikum Fasa 1 di sekolah. Sampel Kajian Seramai 124 orang guru pelatih iaitu daripada 4 unit opsyen kajian tempatan iaitu kumpulan Matematik / Kajian Tempatan, Pengajian Tamil / Kajian Tempatan, Muzik / Kajian Tempatan dan Sains / Kajian Tempatan. Mereka sekumpulan guru pelatih semester IV 2002 KDPM ambilan Januari 2011, Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis dipilih sebagai sampel kajian. Kumpulan pelatih ini telah menjalani sesi praktikum pada semester IV ( Julai hingga September 2002 ).

Instrument kajian Pengumpulan data bagi kajian ini didapati daripada satu set soal selidik yang diedarkan kepada semua pelatih opsyen Kajian Tempatan. Bahagian 1 adalah tentang maklumat latar belakang responden dan bahagian 11 adalah tentang pengetahuan isi kanduangan kurikulum KBKK dalam proses p&p kajian tempatan. Terdapat sebanyak 25 item dalam soal selidik tersebut yang meliputi aspek pengetahuan terhadap KBKK, kefahaman dan penggunaan unsur-unsur KBKK, peranan pensyarah dalam penggunaan unsur-unsur KBKK dalam sesi praktikum serta masalahmasalah yang dihadapi dalam penerapan unsur-unsur KBKK.

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN Setelah data dipungut, analisa data dijalankan berdasarkan aspek-aspek penting dan persoalan kajian : 1.0 Latar Belakang Responden Berdasarkan data yang telah dikumpul, jumlah responden adalah seramai 124 orang pelatih semester 4 Sampel mengikut pecahan kaum dan jantina seperti dalam jadual 1 2.0 Analisis persepsi guru-guru pelatih opsyen Kajian Tempatan terhadap pembelajaran

pengetahuan kurikulum isi kandungan KBKK. Jadual 1 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan 53 71 124 Peratus 42.7 57.3 100.0

Jadual 2 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Bidang Pengkhususan Opsyen Pengajian tamil /K.Tempatan Matematik /K.Tempatan Muzik /K.Tempatan Sains /K.Tempatan Jumlah Bilangan 29 28 34 33 124 Peratus 23.3 22.6 27.4 26.7 100.0

Dalam bahagian 1 tentang tujuan utama penerapan unsur-unsur KBKK di kalangan guru-guru pelatih, 76.8% pelatih tidak mengetahui dan tidak memahami secara mendalam tujuan utama penerapan unsur-unsur KBKK dalam sesi interaksi kuliah dan pembelajaran KBKK dalam kelas. Mereka hanya menyatakan tujuan dan kepentingan komponen KBKK secara umum. Di samping itu sebnyak77.4% pelatih tidak tahu tentang bidang atau komponen-komponen yang wujud dalam struktur kurikulum KBKK yang telah dipelajari oleh mereka di maktab. Hanya 22.6% guru pelatih menjelaskan beberapa komponen KBKK dengan baik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hampir 65.6% pelatih pernah membaca nota-nota dan bahan-bahan rujukan berkaitan KBKK semasa sesi praktikum Semester VI/2002. Maklumat yang dikumpul menggambarkan hanya kumpulan pelatih dari opsyen

Matematik/Kajian Tempatan dan Sains/Kajian Tempatan membuat rujukan berkaitan KBKK untuk disesuaikan dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi topik-topik tertentu dalam Kajian Tempatan. 3.0 Analisis Responden terhadap pengetahuan isi kandungan kurikulum KBKK Jadual 3 Skor Min bagi Pengetahuan isi kandungan KBKK Bil Elemen Pengetahuan isi kandungan KBKK Min Sisihan Piawai 1 Mengetahui dan memahami matlamat dan objektif 2.10 isi kandungan dan komponen KBKK. 2 Mendapat input dan menguasai isi kandungan dan 2.13 komponen KBKK dengan baik. 3 Kurikulum bagi komponen KBKK mudah difahami 2.76 dan diikuti. 4 Mendapat latihan dan pendedahan yang mencukupi 3.22 tentang cara-cara penyampaian KBKK dalam kelas. 1.25 0.65 0.62 0.56

Menguasai konsep-konsep dan teori-teori dalam 2.52 bidang KBKK dengan baik.

0.64

Memahami penggunaan KBKK dalam RPH Kajian 2.84 Tempatan semasa p&p di dalam kelas.

0.69

Sentiasa menggunakan KBKK dalam penyampaian 2.11 tajuk-tajuk Kajian Tempatan.

0.86

Menggunakan banyak aktiviti dan latihan yang 2.66 menguji kebolehan berfikir murid-murid dalam p&p Kajian Tempatan.

0.75

Penggunaan KBKK dalam kelas membantu murid 2.45 memahami dan menguasai KBKK dalam

0.67

pembelajaran Kajian Tempatan. 10 Membuat refleksi ke atas penggunaan KBKK dalam 3.30 proses p&p Kajian Tempatan. 0.72

Dalam Jadual 3 di atas, menunjukkan keputusan bagi pengetahuan isi kandungan kurikulum KBKK dalam kalangan guru-guru pelatih. Pada umumnya, persepsi responden menggambarkan min skor yang rendah bagi setiap item yang berkaitan dengan aspek pengetahuan isi kandungan KBKK. Analisis menunjukkan bahawa guru-guru pelatih mempunyai tahap kefahaman yang rendah ke atas isi kandungan KBKK yang diajar di maktab (min di antara 2.10 hingga 3.30). Keadaan ini menyebabkan guru-guru pelatih menghadapi masalah dalam mengaplikasi unsure-unsur berkaitan KBKK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan. 4.0 Analisis Responden Ke Atas Penguasaan dan Aplikasi KBKK dalam proses p&p Kajian Tempatan. Jadual 4

Peratusan bagi Penguasaan dan Aplikasi KBKK dalam proses p&p Kajian Tempatan Bil 1 Item Kekerapan % 27.4

Jumlah jam interaksi Kuliah KBKK cukup 34 sesuai dengan pengagihan topik KBKK.

Pensyarah menggunakan pelbagai teknik dan 37 kaedah p&p.

29.8

Pensyarah mempunyai kemahiran dan ilmu 45 pengetahuan tinggi dalam bidang KBKK.

36.3

Pensyarah menunjukkan cara-cara penggunaan 38 unsure-unsur KBKK dalam sesi praktikum di sekolah.

30.6

Pensyarah membuat refleksi tentang penerapan 42 KBKK dalam p&p Kajian Tempatan.

33.9

Analisis secara tinjauan yang menggunakan statistik diskriptif telah menunjukkan keputusan Kajian seperti dalam jadual 4. Seramai 34 orang pelatih (27.4%) tidak bersetuju dengan jumlah jam interaksi kuliah KBKK yang digunakan untuk menyampaikan kuliah dan input berkaitan topik KBKK.

Sementara 72.6% pelatih bersetuju dengan sistem pengajian pengagihan jumlah jam interaksi kuliah KBKK. Sejumlah 37 orang pelatih (29.8%) menyatakan golongan pensyarah menggunakan pelbagai teknik dan kaedah p&p dalam pengajaran KBKK. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 38 (30.6%) orang guru pelatih sahaja menyatakan para pensyarah menunjukkan cara-cara penggunaan unsur-unsur KBKK semasa sesi praktikum di sekolah. Seterusnya 42 responden (33.9%) menyatakan bahawa para pensyarah membuat refleksi tentang penerapan KBKK dalam p&p Kajian Tempatan. Perbincangan

Pada umumnya persepsi guru-guru pelatih opsyen Kajian Tempatan ke atas pembelajaran kurikulum KBKK adalah negatif. Sejumlah besar iaitu 76.8% daripada guru pelatih menyatakan mereka tidak tahu tujuan utama penerapan unsur-unsur KBKK dalam komponen Asas Dinamika Guru yang diperkenalkan pada Semester 1. Keadaan ini membawa kepada ketidakjelasan dalam kesan-kesan positif melalui pembelajaran kurikulum KBKK itu sendiri. Dalam pada itu kebanyakan guru pelatih iaitu 77.4% tidak mengetahui bidang-bidang utama dalam isi kandungan kurikulum KBKK yang telah dipelajari. Faktor kekurangan bahan (resos) dan sumber-sumber rujukan serta minat pelatih ke atas bidang ini menjadi batu penghalang dalam aspek ini. Walaupun semua pelatih mendapat input dan pendedahan yang sama dalam bidang KBKK di maktab tetapi penguasaan mereka adalah rendah dalam bidang ini. Dengan ini tahap pemahaman dan pengetahuan tentang tujuan sebenar pembelajaran KBKK di kalangan pelatih masih rendah dan samar-samar. Sistem pengajaran dan input dalam bidang KBKK di maktab ini adalah kurang berkesan sehingga menjejaskan pencapaian matlamat pengajaran KBKK bagi golongan pelatih. Faktor perancangan kuliah dan kekangan masa telah mempengaruhi kesediaan pelatih mendalami bidang ini. Penggunaan kaedah dan teknik pengajaran KBKK oleh para pensyarah menimbulkan beberapa masalah sampingan. Para pensyarah tidak diberikan latihan dalaman yang khas dan mencukupi dalam bidang berkaitan KBKK. Justeru itu percambahan idea pensyarah tentang KBKK terhad sehingga menjejaskan objektif pengajaran KBKK di maktab. Seterusnya pendedahan para pelatih kepada ilmu pengetahuan KBKK terbantut. Berdasarkan perkembangan awal ini, penguasaan tentang konsep-konsep penting dalam struktur KBKK di kalangan guru pelatih semakin pudar. Adalah dipercayai bahawa sebahagian besar pelatih hanya menguasai konsep-konsep KBKK yang terhad dan bersifat teori. Ini dapat dilihat apabila mereka hanya diberikan latihan ringkas atau mudah semasa sesi interaksi KBKK. Oleh itu tidak berlaku pembelajaran dan pengalaman sebenar tentang KBKK dalam diri pelatih. Lantaran ini, dapatan kajian membuktikan kurangnya penggunaan unsur-unsur KBKK dalam penyediaan RPH Kajian Tempatan bagi tujuan p&p semasa sesi praktikum. Skor min yang rendah (2.84) bagi pemahaman penggunaan KBKK dalam RPH Kajian Tempatan semasa p&p di

bilik darjah membuktikan keadaan tersebut. Faktor utamanya adalah latihan dan pendedahan yang tidak berterusan di kalangan pelatih. Dalam pada itu kami berpendapat bahawa para pelatih ini terikat dengan sistem praktikum yang kurang memberi penekanan kepada pengajaran unsur-unsur KBKK di bilik darjah. KBKK hanya dipraktikkan dalam keadaan tertentu dan bergantung kepada faktor-faktor seperti mana pelajaran, topik, minat dan persediaan pelatih, kehendak guru Pembimbing dan perana pensyarah. Walaupun ada usaha ke arah penerapan unsur unsur KBKK tetapi bukanlah menyeluruh Pelaksanaan unsur unsur KBKK dalam Kajian Tempatan amat bergantung kepada peranan pensyarah dan guru pembimbing. Malangnya hasil dapatan menunjukkan fungsi kedua dua pihak ini terhad. Pensyarah sebagai fasilitator tidak dapat menunjukkan cara kepada pelatih dengan berkesan. Mereka menghadapi masalah berkenaan bilangan dan kehendak penyeliaan semasa praktikum yang menghalang pencapaian matlamat penerapan KBKK di bilik darjah. Skor min yang rendah (2.11) dalam penggunaan KBKK dalam penyampaian tajuk Kajian Tempatan semasa sesi praktikum membuktikan kegagalan para pelatih dalam penguasaan bidang ini. Mereka mungkin menghadapi masalah tersebut keran kurangnya kebolehan dan keterampilan diri, factor kebolehan murid murid, ketiadaan bahan (resos) sokongan, situasi sebenar bilik darjah serta kurangnya usaha dan minat pelatih dalam bidang ini. Implikasi dapatan kajian Berasaskan dapatan kajian yang dibincangkan di atas,beberapa implikasi dapat diutarakan. i. Para pelatih menghadapi masalah memahami kehendak dan tujuan sebenar pengajaran unsur unsur KBKK melalui mata pelajaran Kajian Tempatan ii. Pengetahuan komponen KBKK di kalangan pelatih opsyen Kajian Tempatan rendah dan samar samar iii. Para pelatih tidak dapat menguasai konsep konsep penting KBKK secara menyeluruh dan tidak dapat menggunakannya dalam proses p & p Kajian Tempatan di bilik darjah

iv.

Kurangnya pendedahan dan pengalaman pelatih ke atas aspek aspek penggunaan konsep dan alat alat berfikir yang berkaitan untuk diterap dan diguna dalam p & p Kajian Tempatan

Cadangan cadangan Cadangan cadangan berikut dikemukakan berdasarkan dapatan kajian dan implikasinya : i. Sturktur dan input bagi kurikulum KBKK perlu disusun dan digubal semula bagi meningkatkan matlamat pengajaran bidang KBKK kepada para pelatih di maktab perguruan ii. Meningkatkan latihan dan pendedahan tentang isi kandungan dan konsep konsep utama KBKK kepada para pelatih iii. Menekankan aspek kekerapan penggunaan unsur unsur KBKK semasa sesi p & p di maktab bagi membina pengalaman kendiri yang lebih praktikal untuk memantapkan pengajaran bidang KBKK di bilik darjah iv. Menyediakan satu sistem penyeliaan dan pemantauan bagi aspek penggunaan unsur unsur KBKK semasa sesi praktikum yang menjadi garis panduan untuk pensyarah dan guru pembimbing v. Merancang dan melaksanakan kursus in house yang berbentuk bengkel, latihan dan seminar secara berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ke atas bidang KBKK oleh pihak maktab Kesimpulan Penggunaan unsur unsur KBKK dalam proses p & p mata pelajaran Kajian Tempatan memerlukan banyak latihan dan kemahiran secara berterusan. Pengalaman dan refleksi di kalangan pelatih opsyen Kajian Tempatan menunjukkan bahawa komponen ini harus dimantapkan dari segi penggubalan kurikulum dan prosedur pelaksanaan di maktab serta strategi penggunaannya dalam proses p & p Kajian Tempatan selaras dengan kebolehan dan kemahiran guru guru pelatih maktab perguruan. Dalam perkara ini, penggubal kurikulum dan para pensyarah maktab bertanggungjawab untuk mencorakkan proses penerapan bidang KBKK di kalangan pelatih maktab. Dapatan dapatan kajian boleh digunakan sebagai landasan untuk mengukuhkan proses penerapan dan penggunaan unsur unsur KBKK dalam pembelajaran

Kajian Tempatan pada masa hadapan. Sesungguhnya pemantapan kurikulum dan prosedur pelaksanaan bidang KBKK yang lebih inovatif akan menjamin keberkesanan proses p & p mata pelajaran Kajian Tempatan. Rujukan Abd. Rahim Abd. Rasid. (1999) Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam: Fajar Bakti Ainon & Abdullah. (1995) Kursus Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Fatah Hasan. (1995) Kecemerlangan Minda. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1993) Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Poh Swee Hiang. (1997) KBKK Kemahiran Befikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Rajendran Nagappan. Teaching of Higher Order Thinking Skills In Language Classroom: The Need For Transformation of Teaching Practice. Thesis Doctrate Savage, Tom V & Amstrong David G. (1992) Effective Teaching In Elementary Social Services Studies. New York: Macmilan Sufean Hussin. (1989) Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Petaling Jaya : Bakti