Anda di halaman 1dari 40

1.

0 KEPENTINGAN PENGETAHUAN PENGGUNA

SNURAZANI/PENGGUNA

SIAPA ITU PENGGUNA?


Pengguna ialah orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan diri dan keluarganya. Pengguna sendiri kurang peka kepada hak-hak melindungi mereka. Pengguna yang bijak perlu tahu membuat imbangan antara tanggungjawab sebagai pengguna dan dalam masa yang sama menuntut apa-apa yang sepatutnya menjadi hak mereka. Pengguna perlu mengetahui barangan atau perkhidmatan yang dibeli adalah selamat digunakan atau dimakan dan perlu dipastikan maklumat yang diberitahu dalam label adalah benar. Pengguna perlu sedar bahawa mereka diberikan pilihan untuk memilih atau membeli barangan tanpa paksaan atau ugutan. Pengguna juga perlu tahu mengetahui bahawa mereka mempunyai tempat untuk mengadu sekiranya berlaku penyelewengan ketika SNURAZANI/PENGGUNA 2 proses jual beli.

SIAPA ITU PENGGUNA?


Secara perundangan, istilah 'pengguna' bermaksud seorang yang :a) memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga atau isI rumah; dan b) tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya bagi maksud i. membekalkannya semula secara perdagangan; ii. menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan;atau iii. dalam hal barang, membaiki atau mengolah, secara perdagangan, barang lain
SNURAZANI/PENGGUNA 3

Pengguna sering ditipu menerusi:


Penipuan Perkhidmatan Penipuan Harga Cetak Rompak Penipuan Jualan Langsung Produk Tiruan Tanda Harga Yang Mengelirukan Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus Aktiviti Menyorok Barang Kawalan Penipuan Perjanjian Sewa Beli SNURAZANI/PENGGUNA 4

Pengguna Bijak
"Pengguna Bijak, Menjana Ekonomi Negara Hari Pengguna Malaysia (HPM) yang disambut pada 26 Julai setiap tahun merupakan satu usaha kerajaan dalam memupuk kesedaran kepenggunaan yang positif dikalangan rakyat Malaysia. -Pameran dan Ekspo Jualan - memberi pendidikan, pengetahuan -Jualan istimewa besar-besaran beberapa kategori barangan dan perkhidmatan - tanda penghargaan kepada pengguna.

SNURAZANI/PENGGUNA

PENGGUNA BIJAK

SNURAZANI/PENGGUNA

Ciri-Ciri Pengguna Bijak


Bagaimana anda boleh menjadi Pengguna Bijak? Sebagai seorang pengguna, kita perlu melatih diri menjadi seorang Pengguna Bijak. Apakah ciri-ciri seorang Pengguna Bijak?

Sediakan senarai membeli-belah Pernahkah anda berbelanja lebih daripada yang diperlukan? Untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku, sediakan senarai membeli-belah anda. Ini akan mengurangkan pembelian barangan yang tidak mustahak. Ia akan membantu menjimatkan wang anda. Mudah, kan?
SNURAZANI/PENGGUNA 7

Ciri-Ciri Pengguna Bijak


Bandingkan harga. Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda idamkan, tetapi mendapat tahu yang barang itu dijual pada harga yang lebih rendah di kedai yang lain selepas melakukan pembelian anda? Anggap aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti tawar-menawar. Bandingkan harga barangan dari setiap kedai sebelum membuat keputusan untuk membeli. Pilihlah produk berkualiti Kualiti atau harga murah? Pada kebiasaannya, kos harga produk berkualiti lebih mahal. Ini bergantung kepada produk tersebut. Sekiranya anda membeli beg berjenama tiruan, ini bermakna anda telah membeli produk yang tidak berkualiti. SNURAZANI/PENGGUNA 8

Ciri-Ciri Pengguna Bijak


Pilihlah harga murah Belilah dari peniaga yang menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan yang anda ingin beli. Segolongan peniaga membeli barangan mereka secara borong, untuk menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna.

Baca label - pastikan tarikh luput Anda harus membaca label dan memastikan tarikh luput barangan sebelum membelinya. Ini untuk memastikan anda tidak membeli barangan yang tidak harus digunakan lagi. Barangan seperti susu dan roti mempunyai jangka hayat simpanan yang pendek, jadi pastikan anda membaca label pemakanan untuk mengelakkan pembaziran.
SNURAZANI/PENGGUNA 9

Ciri-Ciri Pengguna Bijak


Elakkan dari membeli barangan cetak rompak! Anda mungkin telah mendengar pesanan ini berulang kali. Membeli barangan cetak rompak merupakan satu kesalahan di sisi undangundang.
Membeli CD audio cetak rompak adalah sama seperti mencuri dan merompak artis kesayangan anda! Anda boleh memainkan peranan besar dalam membantu membanteras kegiatan cetak rompak. Tanpa permintaan, tiada jualan.

SNURAZANI/PENGGUNA

10

Ciri-Ciri Pengguna Bijak


Gunakan kad kredit dengan betul Kad kredit memang bermanfaat, tetapi ini bergantung kepada cara anda menggunakannya. Walaupun ianya lebih selamat kerana anda tidak perlu membawa terlalu banyak wang tunai, berbelanja secara berlebihan dengan kad kredit boleh mendatangkan masalah besar! Berbelanja dengan kad kredit memang mudah, tetapi membayar balik jumlah yang digunakan agak sukar. Pastikan yang anda memang perlu menggunakan kad kredit sebelum membeli sesuatu. Seboleh-bolehnya, bayarlah secara tunai.

SNURAZANI/PENGGUNA

11

Ciri-Ciri Pengguna Bijak


Berkongsi kereta ke tempat kerja! Anda boleh menjadi Pengguna Bijak dengan berkongsi kereta ke tempat kerja. Dengan berbuat demikian anda boleh menjimatkan perbelanjaan minyak petrol kenderaan anda. Semasa musim perayaan ramai yang ingin balik ke kampung masing-masing. Memang munasabah dan mudah sekiranya anda menggunakan pengangkutan awam! Pastikan anda menempah tiket bas ataupun keretapi seawal mungkin sebelum kehabisan.
SNURAZANI/PENGGUNA 12

HAK- HAK PENGGUNA

SNURAZANI/PENGGUNA

13

HAK MENDAPAT KEPERLUAN ASAS


Hak untuk mendapat barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan. Keperluan asas ini termasuklah makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, rumah, kemudahan kesihatan, pendidikan,dan sebagainya.
SNURAZANI/PENGGUNA 14

HAK MENDAPAT KESELAMATAN.


Hak untuk dilindungi daripada memprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna. E.G : SIRIM berperanan memastikan barang keluaran pengeluar menepati mutu piawaian tertentu dan selamat digunakan. Akta Elektrik 1973 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
SNURAZANI/PENGGUNA 15

HAK MENDAPAT MAKLUMAT.


Hak untuk diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Hak untuk dilindungi daripada maklumat palsu dalam pengiklanan, pelabelan dan amalan lain. Akta Perihal Dagangan 1972 melarang pengeluar memberi maklumat palsu tentang keluarannya,manakala Akta Kawalan Harga 1946 mewajibkan barang dilabelkan dengan harga.
SNURAZANI/PENGGUNA 16

HAK MEMBUAT PILIHAN


Hak untuk bebas memilih dan menentukan barang yang diperlukan dengan harga berpatutan dan kualiti yang memuaskan berasaskan maklumat yang diperoleh.

SNURAZANI/PENGGUNA

17

HAK BERSUARA
Hak bersuara untuk menubuhkan persatuan pengguna bagi menyuarakan dan menuntut kepentingan pengguna. Hak bersuara untuk melaksanakan polisi kerajaan yang berkaitan dengan kepentingan pengguna.

SNURAZANI/PENGGUNA

18

HAK BERSUARA

Melalui pergerakan pengguna, segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna dapat disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Rancangan 3K - Kuasa Komuniti Konsumer di Bernama Radio 24 mulai 3hb April 2009 jam 3:15 hingga 4:00 petang.

SNURAZANI/PENGGUNA

19

HAK MENDAPAT GANTI RUGI


Hak menuntut ganti rugi atau pampasan bagi gambaran yang tidak jelas, barang yang dibeli rosak atau tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
undang-undang : Ordinan Jualan Barang-barang 1957 dan Akta Kontrak 1974 tuntutan ganti rugi melalui Tribunal Tuntutan Pengguna.

SNURAZANI/PENGGUNA

20

HAK MENDAPAT GANTI RUGI


Pengguna berhak mendapatkan ganti rugi atas sebab-sebab berikut:
barangan yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik (cth; tin kemik) barangan yang dibeli mengandungi bahan asing yang boleh membahayakan kesihatan mutu barangan tidak seperti yang dijanjikan atau diiklankan barang yang dibeli memudaratkan kepada pengguna Pengguna juga berhak mendapat pampasan jika pengguna ditimpa kemalangan ketika berada di kedai peniaga akibat kecuaian peniaga
SNURAZANI/PENGGUNA 21

HAK MENDAPAT PENDIDIKAN PENGGUNA


Hak untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk yang eprlu untuk menjadi pengguna yang berpengetahuan.

SNURAZANI/PENGGUNA

22

HAK MENDAPAT PENDIDIKAN PENGGUNA


melalui pendidikan formal di sekolah/Institut Pengajian Tinggi dan juga pendidikan informal melalui teladan oleh ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling. melalui risalah dan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna seperti CAP dan FOMCA melalui bengkel, seminar dan ceramah yang berkaitan dengan kepenggunaan melalui media massa seperti laman sesawang dan juga laman blog berkenaan kepenggunaan. Kelab-kelab Pengguna juga telah diwujudkan di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat Institut Pengajian Tinggi untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang pendidikan kepenggunaan
SNURAZANI/PENGGUNA 23

HAK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG SIHAT


Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang membahayakan kesihatan. Majlis perbandaran dan majlis daerah telah mewujudkan undangundang kecil untuk menjaga kebersihan persekitaran dengan menyediakan perkhidmatan seperti mengangkut sampah, memotong rumput dan menanam serta menjaga pokok bunga.
SNURAZANI/PENGGUNA 24

HAK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG SIHAT


APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN? Kitar Semula. Tanam pokok dihalaman rumah. Guna kenderaan awam. Kurangkan penggunaan alatan elektrik yang melepaskan CFC. Pilihlah produk yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam. Kurangkan penggunaan beg plastik. Gunakan beg kitar semula! Jimatkan penggunaan kertas, untuk urusan berkaitan gunalah aplikasi elektronik yang mengurangkan penggunaan kertas. SNURAZANI/PENGGUNA 25

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

SNURAZANI/PENGGUNA

26

Tingkatkan pengetahuan Bersedia menerima perubahan Buat pilihan Merancang perbelanjaan Semak dulu sebelum membeli

SNURAZANI/PENGGUNA

27

BAGAIMANA PENGGUNA DAPAT MEMBANTU KERAJAAN DALAM MENGAWAL HARGA DAN BEKALAN BARANGAN KAWALAN?????

SNURAZANI/PENGGUNA

28

Buat laporan / aduan Turut sama memantau bekalan barangan di kawasan masing-masing Elakkan dari pembelian melebihi keperluan (panic buying) Kuasa pengguna

SNURAZANI/PENGGUNA

29

SNURAZANI/PENGGUNA

30

SNURAZANI/PENGGUNA

31

SNURAZANI/PENGGUNA

32

PROGRAM PERLINDUNGAN PENGGUNA

SNURAZANI/PENGGUNA

33

Bertanggungjawab tentang hal ehwal perlindungan pengguna Melalui penyemakan dan cadangan undang-undang dan dasar dasar baru untuk melindungi pengguna, menerima aduan pengguna dan menjadi urusetia kepada Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN). Aduan Pengguna : Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke pejabat BHEP. Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Adalah dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa BHEP untuk menyelesaikannya.

SNURAZANI/PENGGUNA

34

Kajian Semula Dasar Pengguna Negara (DPN) dan Pelan Induk Pengguna (PIP) Kementerian telah mengenalpasti keperluan untuk melaksanakan kajian semula Dasar Pengguna Negara (DPN) yang telah digubal pada tahun 2002 dan Pelan Induk Pengguna (PIP) yang dibuat pada tahun 2003. Kajian ini adalah penting untuk memastikan bahawa Dasar Pengguna Negara dan Pelan Induk Pengguna bersesuaian dengan keperluan semasa agar kekal relevan dan melindungi kepentingan para pengguna di negara ini.
SNURAZANI/PENGGUNA 35

PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN PENGGUNA

SNURAZANI/PENGGUNA

36

GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)


Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Pengguna Institusi Pengajian Tinggi merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan.
Segala maklumat lanjut terdapat di Portal GPS yang boleh dilayari di www.1pengguna.com/gps

SNURAZANI/PENGGUNA

37

SKUAD PENGGUNA
SKUAD PENGGUNA dahulunya dikenali Sukarelawan Pemantau Harga (SPH) (20012006). Dikenali pula dengan nama RAKAN PENGGUNA (2006 2011) dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.

SNURAZANI/PENGGUNA

38

KELAB PENGGUNA SEKOLAH


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sejak tahun 1992 yang berfungsi sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah menengah. Penglibatkan pelajar sekolah telah dilaksanakan dengan fokus kepada 3 aspek utama yang praktikal dan mudah diaplikasikan iaitu:
perbelanjaan berhemah pemakanan seimbang pemeliharaan alam sekitar

Antara program yang dijalankan ialah ceramah kepenggunaan, pameran kepenggunaan, demonstrasi kepenggunaan, lawatan sambil belajar, latihan jurulatih kepenggunaan, projek kitar semula, kem KPS, pertandingan sudut pengguna, kuiz pengguna, explorace pengguna dan cabaran interaktif pengguna
SNURAZANI/PENGGUNA 39

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)


KADS1M diwujudkan oleh KPDNKK dengan objektif untuk membantumengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. KADS1M akan memberi manfaat kepada lebih kurang 1.5 juta orang pelajar IPT seluruh negara. Dalam melaksanakan inisiatif KADS1M ini, kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan dan merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi syarikatsyarikat yang memberikan diskaun serta Bank Rakyat yang mengeluarkan kad berkenaan.Diskaun 2% hingga 60% bagi barangan dan perkhidmatan terpilih tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.
Segala maklumat / info, promosi terkini terdapat di Portal KADS1M yang boleh dilayari diwww.1pengguna.com/kads1m

SNURAZANI/PENGGUNA

40

Anda mungkin juga menyukai