Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)

LDG GOMALI, 85109 BATU ANAM,


SEGAMAT, JOHOR DARUL TAZIM.
KOD SEKOLAH: JBD 7071
NO . TELEFON : 07-9497916
________________________________________________________________________
_

PERATURAN MURID :
1.
2.
3.
4.
5.

6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

Masa persekolahan adalah mulai 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari.


Murid-murid dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit lebih
awal.
Pintu pagar sekolah akan ditutup 10 minit selepas loceng dibunyikan demi
keselamatan murid-murid.
Murid-murid tidak dibenarkan balik pada waktu sekolah tanpa kebenaran guru
kelas.
Masa rehat adalah daripada 10.00 hingga 10.30 pagi dan murid-murid yang tidak
menerima bantuan RMT tidak dibenarkan balik ke rumah demi keselamatan
masing-masing. Oleh yang demikian, murid-murid dikehendaki membawa
sarapan ke sekolah.
Murid-murid hendaklah datang ke sekolah dengan pakaian seragam sekolah yang
kemas dengan kasut dan setokin putih.
Lencana sekolah hendaklah dipakai semasa murid berada di sekolah.
Murid-murid dikehendaki berbaris di hadapan bilik darjah apabila loceng
pertama berbunyi dan masuk ke dalam kelas apabila loceng kedua berbunyi dan
ia adalah sama selepas rehat.
Pada hari Isnin, murid-murid hendaklah berbaris di hadapan kelas dan kemudian
turun ke kawasan perhimpunan.
Semasa lagu kebangsaan atau lagu negeri Johor dinyanyikan dan bendera
dinaikkan, murid-murid hendaklah berdiri tegak.
Murid-murid dilarang berbual semasa berada di perhimpunan.
Apabila keluar dari kelas untuk rehat ataupun untuk aktiviti pelajaran lain, muridmurid hendaklah beratur dan berjalan dengan senyap. Jangan tolak menolak atau
berlari.
Menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekeliling sekolah adalah tanggungjawab
kelas masing-masing.
Murid-murid tidak dibenarkan lari semasa keluar untuk rehat atau pun ketika
balik ke rumah.
Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik darjah.
Murid-murid tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah pada waktu rehat.

17.
18.
19.
20.
21.
22.

Harta benda sekolah mestilah dijaga dengan baik.


Tanam-tanaman dan pasu bunga di kawasan sekolah hendaklah dijaga dengan
baik.
Gunakan tandas dengan betul dan baik dan juga kebersihan tandas pada setiap
masa.
Jika berlaku apa-apa kejadian yang kurang memuaskan atau tidak diingini, segera
laporkan kepada guru bertugas atau guru kelas masing-masing.
Jika sekiranya tidak dapat hadir ke sekolah oleh kerana sesuatu sebab yang
penting, murid hendaklah memberitahu guru kelasnya dengan secepat mungkin.
Sentiasa hormati guru-guru dan patuhilah segala peraturan sekolah.

*********************************************************