Anda di halaman 1dari 6

AS-SUNNAH DAN KAITAN ANTARA PENDIDIK DENGAN PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH : SITI NADIAH BT SAILAN @ SAZALI

1: Keperibadian (Sifat) Pendidikan Rasulullah SAW


Al-Tirmidzi juga meriwayatkan di dalam kitab alSyamail dari Ali r.a yang menjelaskan tentang sifat (keadaan) majlis Rasulullah SAW. Dia berkata : Nabi SAW sentiasa memberikan kepada setiap orang yang hadir akan hak-hak mereka (secara adil), sehingga di antara mereka merasakan dirinya paling diistimewakan.

Kaitan Pendidik & Pendidikan


Rasulullah SAW selalu tawadhu (rendah hati) terhadap siapapun yang berguru kepada Baginda, terhadap orang yang ingin bertanya, dan terhadap orang yang memiliki daya pemikiran yang lemah.

2: Jangan Berkata Keji


Dari Aisyah r.a, dia berkata: Beberapa orang Yahudi mendatangi Nabi SAW, seraya berkata: Kematian atas dirimu wahai Abul Qasim! Beliau menyahut: Waalaikum (kematian justeru atas dirimu sekalian). Aisyah berkata: Aku berkata: Tetapi atas dirimulah kematian dan kehinaan. Lalu Rasulullah SAW berkata: Wahai Aisyah, janganlah engkau menjadi wanita yang berkata keji. Lalu aku berkata:

<<sambungan>>

Tidakkah engkau mendengar apa yang mereka ucapkan? Beliau menjawab: Bukankah sudah kujawab atas mereka seperti yang mereka ucapkan? Aku berkata: Waalaikum. Dan dalam riwayat lain disebutkan: Diamlah wahai Aisyah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai kata-kata yang keji dan mengata-ngata dengan kata-kata yang keji.

Kaitan Pendidik & Pendidikan


Rasulullah SAW sangat menjaga tutur kata dan sentiasa menunjukkan qudwah yang baik, walaupun ketika itu baginda sedang diancam oleh musuh. Nabi SAW menegaskan bahawa Allah tidak menyukai orang yang berkata keji.

Anda mungkin juga menyukai