Anda di halaman 1dari 13

1.

SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia. 1.1 Huruf dalam Bahasa Melayu Huruf dalam Bahasa Melayu adalah seperti berikut: Huruf Vokal:

Terdapat lima huruf vokal yang digunakan bagi melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, u . Huruf Diftong:

Terdapat tiga pasang huruf diftong yang melambangkan bunyi tiga diftong dalam bahasa Melayu seperti :- ai, au, dan oi.

Huruf Konsonan:

Terdapat 26 huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan.

2.0 Sistem Keselarasan Huruf Vokal Sistem keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal di suku kata akhir tertutup. Bagi kata bahasa Melayu jati, vokal akhir suku kata tertutup dan vokal praakhirnya haruslah selaras . Contohnya : lantik, lelong, boleh, langsir, solek 2.1 Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang berikut :(i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar Contohnya : a-sah (ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup Contohnya : ba-lak (iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata yang lebih daripada dua, aturan tentang sistem keselarasan huruf vokal ini dikenakan pada dua suku kata yang terakhir sahaja, iaitu suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup. Contohnya : ha-la-man

2.2 Terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama:Suku Praakhir a a a e pepet e pepet e pepet e taling e taling e taling Kata Suku Tertutup a i u a i u a e taling o ayah, bakar, sarapan apit, taring, sumbangsih aduh, payung, lembayung emak, lebam, tenggelam lembik, detik, sembelih tebu, jenguk, temenggung enak, medan, belerang leceh, nenek, keledek elok, belok, selekoh Kata Akhir Contoh Perkataan

i i i o o o u u u

a i u a e taling o a i u

ikrar, bilah, selinap intim, sisik, keriting riuh, tidur, tembeliung otak, kopak, sekolah oleh, conteng, celoteh obor, sorong, keropok ular, budak, suratan usir, kubis, gerusih untuk, sungut,

Adalah agak susah untuk kita mengingat dan memahami kesemua 18 pola di atas. Oleh itu, rajah di bawah telah dirumuskan daripada jadual di atas supaya kita dapat memahaminya dengan lebih mudah.
a

Rajah 2.1 Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Pola-pola yang terbentuk daripada garisan segi tiga yang berhubungan di atas lebih mudah difahami dan diingati :
a

Pola Suku Kata a-i i-a a-u u-a i-u u-i

Contoh Perkataan sa + kit ki + pas ra + bun su + kat ti + kus cu + bit


i u

Pola Suku Kata e-o o-e e-a o-a

Contoh Perkataan se + lok to + leh se + lak to + lak


e

Pola Suku Kata a-a i-i u-u e-e o-o

Contoh-i Perkataanu-u pa + pan di+ dih lu + rus re + ben jo + lok


e

i
Pola Suku Kata Contoh Perkataan
a

-a -i -u

ke + tam se + rik ke + luh

3.0 EJAAN KATA PINJAMAN Peminjaman kata merupakan unsur yang lazim berlaku dalam mana-mana bahasa pun di dunia. Peminjaman terjadi akibat pertembungan budaya yang membawa kepada pertembungan bahasa.

3.1 Sejarah Peminjaman Kata Bahasa Melayu menerima pinjaman daripada pelbagai bahasa seperti bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah lain disebabkan penjajahan Inggeris dan Belanda di Tanah Melayu pada zaman dahulu. Penghijrahan orang India ke tanah Melayu telah mempengaruhi perubahan masyarakat tempatan bukan sahaja dalam aspek kebudayaan dan cara hidup, tetapi juga dalam aspek

kesusasteraan. Banyak perkataan bahasa Melayu diambil daripada bahasa Sanskrit. Bahasa Eropah pernah menggantikan bahasa Melayu semasa era penjajahan Inggeris. Bahasa Inggeris telah menyerap ke dalam kehidupan harian masyarakat tanah Melayu sebagai bahasa pendidikan, bahasa pentadbiran, dan bahasa

perniagaan.

3.2 Faktor-faktor Peminjaman Kata Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan peminjaman kata : Keperluan untuk menamakan sesuatu (a) Kekurangan kata-kata atau istilah yang hendak digunakan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. (b) Dalam komunikasi dengan pedagang luar, terdapat istilah-istilah atau konsep dari luar yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Penggunaan istilah yang berlainan dengan bahasa Inggeris akan menyebabakan kekeliruan kepada pengguna teknologi.

Menepati kehendak pengisian masa & zaman kini. (a) Ledakan teknologi maklumat menyebabkan keperluan untuk meminjam istilah teknikal dan khusus daripada bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi. (b) Istilah-istilah yang dipinjam merupakan satu keperluan untuk mengisi kekosongan atau ketepatan istilah dalam bidang sains dan teknologi, kedoktoran, dan sebagainya.

Memantapkan struktur bahasa bahasa tersebut akan terus berkembang dan hidup serta penggunaannya diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Faktor psikologi- minda masyarakat kaum Melayu sudah dipengaruhi dengan pemikiran dan ideologi Barat yang mana menganggap bahasa Inggeris lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibunda sendiri.

Berlaku

dalam

masyarakat

yang

berdwibahasa

dan

bertutur dalam berbagai-bagai bahasa.

4.0 HUKUM PENGEJAAN DARIPADA BAHASA ASING KEPADA BAHASA MELAYU 4.1 Pinjaman daripada bahasa Inggeris Bahasa Inggeris merupakan unsur bahasa pinjaman yang dominan dan kekal hingga kini. Pengaruh bahasa Inggeris mula meresap masuk ke dalam bahasa Melayu apabila pihak Inggeris bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain, penyesuaian ejaan dalam bahasa Melayu mempunyai peraturan khas seperti yang berikut : (a) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu

Huruf c>s c, cc > k cc > ks ch > c ch > s ck > k ft > f ph > f q>k rh > r sc > sk sch > sk th > t wh > w x > ks

Bahasa Inggeris cent, cylinder computer, factor accent, vaksin charge achelon, machine block draft phenomenon, photo quality, quarry rhythm, rhetoric scooter, scop scheme, scholastic anthropology, theory whisky, whistle express, taxi

Bahasa Melayu sen, silinder komputer, faktor aksen, vaksin caj eselon, mesin blok draf fenomena, foto kualiti, kuari rima, retorik skuter, skop skema, skolastik antropology, teori wiski, wisel ekspres, teksi

(b) Pengekalan atau

pengguguran

satu

daripada gabungan

huruf

konsonan yang sama Huruf b,bb > b f, ff > f g,gg > g l, ll > l m, mm > m n, nn > n p, pp > p r,rr > r s,ss > s t, tt > t z, zz > z Bahasa Inggeris barbecue, hobby traffic geology, aggresive pill mammal neon, annuity passport, apple recruit, lorry asset, express tractor, lottery zodiac, jazz Bahasa Melayu barbeku, hobi trafik geologi, aggresif pil mamalia neon, anuiti pasport, epal rekrut, lori aset, ekspres traktor, loteri zodiak, jaz

(c) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf ae > e ea > i ee > i ie > i ie > ai oa > o oe > e ou > u ue > u Bahasa Inggeris aesthetics, haematite beaker, grease beer, jamboree calorie pie cardboard, coat foetus, gonorrhea coupon, serious accrue, issue Bahasa Melayu estetik, hematit bikar, gris bir, jambori kalori pai kadbod, kot fetus, gonorea kupon, serius akru, isu

ue digugurkan

cheque, monologue

cek, monolog

(d) Pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf ae > ae ai > ai au > au ea > ea ei > ei eo > eo eu > eu ia > ia ie > ie io > io iu > iu oi > oi oo > oo ua > ua ue > ue ui > ui uo > uo Bahasa inggeris aerial, aerograph aileron audit, automation bearing, creative atheist, protein geometry, stereo europium, petroleum dialect, criteria diesel, tieceron iodine premium, emporium alkaloid, duboisine zoo, zoology aquarium, dualism duet annuity, equinox quorum, quota Bahasa Melayu aerial, aerograf aileron audit, automasi bearing, kreatif ateis, protein geometri, stereo europium, petroleum dialek, kriteria diesel, tieseron iodin premium, emporium alkaloid, duboisin zoo, zoologi akuarium, dualisme duet anuiti, ekuinoks kuorum, kuota

Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dalam bahasa Melayu dilakukan mengikut peraturan-peraturan yang berikut: (i) Bentuk visual dan pengejaan kata pinjaman diberi keutamaan. Hal ini bermakna perubahan fonem asing dalam bahasa Melayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Contoh: Bahasa Inggeris carbon menjadi karbon cartoon menjadi kartun dialogue menjadi dialog institute menjadi institut conductor menjadi konduktor Bahasa Melayu bukan kaban bukan katun bukan dailog bukan institiut bukan kondakter

(ii)

Terdapat beberapa kata pinjaman yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Baru. Contoh : Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bukan atum bukan bonos, bunus bukan fosel, fusil bukan pestol, pistul

atom tetap atom bonus tetap bonus fossil tetap fosil pistol tetap pistol

(iii)

Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetap dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Contohnya : Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

blok menjadi blok clinic menjadi klinik drama menjadi drama script menjadi skrip

bukan belok bukan kelinik bukan derama bukan sekerip

Sebagai kekecualian bagi peraturan di atas, terdapat beberapa perkataan tertentu yang boleh menggunakan huruf e pepet dan ini telah ditetapkan ejaannya oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu. Contoh : Bahasa Inggeris class menjadi kelas club menjadi kelab glass menjadi gelas grant menjadi geran plan menjadi pelan stamp menjadi setem Bahasa Melayu bukan klas bukan klab, klub bukan glass bukan gran bukan plan bukan stem

(iv)

Kata-kata asing yang sudah diserap dan telah mantap dalam bahasa Melayu (selain daripada gugus konsonan tadi) dan dieja secara Melayu, tidak lagi diubah ejaannya. Contoh : Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bukan bureau bukan kustom bukan driber bukan modern bukan pension bukan station

bereau menjadi biro custom menjadi kastam driver menjadi drebar modern menjadi moden pension menjadi pencen station menjadi stesen

(v)

Semua huruf g yang diucapakan sebagai /j/ menurut sebutan bahasa Inggeris, tetap ditulis sebagai /g/ juga dalam bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris agenda tetap agenda legend menjadi lagenda technology menjadi teknologi tragedy menjadi tragedi

Bahasa Melayu bukan ajenda bukan lajenda bukan teknoloji bukan trajedi

Namun

demikian,

sebagai

kekecualian,

terdapat

beberapa

perkataan yang menggunakan huruf g yang diucapakan sebagai /j/ menurut sebutan dalam bahasa Inggeris telah disesuaikan menjadi huruf /j/ dalam bahasa Melayu. Contoh : Bahasa Inggeris agent menjadi college menjadi contingent menjadi engine menjadi garage menjadi general menjadi image menjadi logistics menjadi magistrate menjadi margarine menjadi prestige menjadi regime menjadi sabotage menjadi ejen kolej kontinjen enjin garaj jeneral imej lojistik majistret marjerin prestij rejim sabotaj Bahasa Melayu

(vi)

Kata pinjaman yang berakhir dengan sion, -tion, -tional dan sional menjadi syen, -si, -sional dan sen. Contoh :

Bahasa Inggeris television menjadi innovation menjadi national, voacational menjadi televisyen innovasi

Bahasa Melayu

nasional, vokasional

(vii)

Kata pinjaman yang berakhir dengan ism menjadi isme Bahasa Inggeris Bahasa Melayu individualisme socialisme mekanisme

individualism menjadi socialsim menjadi mechanism menjadi

4.2 Pinjaman daripada bahasa Sanskrit Hubungan perdagangan, kebudayaan dan penyebaran agama antara Kepulauan Melayu dengan India yang berlaku pada abad ke-7 telah menyebabkan beratus-ratus perkataan Sanskrit meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit ialah bahasa asing yang pertama tersebar ke rantau ini. Dalam bahasa Melayu, terdapat 677 kosa kata yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Contoh :

Anda mungkin juga menyukai