Anda di halaman 1dari 19

Pengenalan

Proses kaunseling merupakan perjalanan dan perkembangan dari awal sesi sehingga sesi itu berakhir. Setiap sesi akan berkembang dan berubah. Kelancaran & jangka masa untuk berada pada satu-satu sesi itu bergantung kepada kemahiran kaunselor dan kerjasama klien. Terdapat 5 tahap dalam proses kaunseling.

1. Membina hubungan 5. Menamatkan sesi 2. Membuat penerokaan

Tahap kaunseling

4. Melaksanakan keputusan

3. Membuat keputusan

1. Tahap membina hubungan


tahap membina asas yang kukuh untuk mewujudkan satu perkongsian bekerjasama. Perhubungan tersebut dapat menanam sifat kepercayaan klien terhadap kaunselor.

Terdapat 4 tugas utama dalam tahap ini


Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi. Menentukan matlamat awal kaunseling. Menstruktur hubungan Membina kepercayaan.

Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi


Pada mulanya klien tidak yakin pada diri sendiri dan pada kaunselor Maka, kaunselor perlu: mewujudkan suasana rasa selamat, mesra mendengar dengan intensif dan memberi respon sepenuhnya mewujudkan perasaan minat dan cuba menghormati perasaan klien

Menentukan matlamat awal kaunseling


Pada peringkat awal klien akan mengemukakan pelbagai isu kepada kaunselor. Kaunselor dan klien perlu menentukan dan mencapai persetujuan tentang matlamat yang hendak dicapai Tujuan: mengurangkan kekeliruan klien

Menstruktur hubungan
Klien perlu dijelaskan tentang perjalanan atau proses kaunseling (penstrukturan sesi) Perkara yang biasa dinyatakan di dalam penstrukturan: konsep kaunseling, proses kaunseling, jangka masa sesi dan aspek kerahsiaan

Membina kepercayaan
Kaunselor perlu: 1. berpegang kepada etika keprofesionalan kaunseling 2. Memberi penekanan terhadap aspek kerahsiaan klien 3. Menyatakan peranan kaunselor untuk bersama klien membantu isu yang sedang dihadapi oleh klien 4. Mempunyai tata etika kaunselor yang tinggi

2. Tahap penerokaan
Merupakan tahap memahami bagaimana klien mempersepsikan masalahnya. Tumpuan: Meneroka skop masalah (konteks dan persekitaran masalah, penglibatan orang yang signifikan)

Tumpuan: Analisis aras kefungsian klien dengan persekitaran (cara klien berhadapan dengan masalah pada masa lampau) Analisis corak klien berfikir dan bertindak Mengenalpasti kekuatan dalaman klien (membantu klien mendapat kesedaran bahawa dia mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi masalahnya)

3. Tahap membuat keputusan


Merupakan tahap membentuk satu matlamat untuk klien. Kaunselor dan klien perlu mempunyai persetujuan bersama tentang perkara berikut: matlamat Strategi dan pendekatan untuk mencapai matlamat

Faktor mempengaruhi matlamat dan strategi kaunseling 1. Faktor klien jenis masalah, cara klien menghadapi, demografi, tret personaliti, budaya & latar belakang 2. Faktor kaunselor pengalaman & pengetahuan, aras kognitif, aras kemahiran komunikasi, prinsip & pegangan teori 3. Faktor persekitaran tempat, suasana, keadaan

4. Tahap pelaksanaan
Merupakan tahap di mana kaunselor berusaha menurunkan aras kerisauan klien, atau menyelesaikan masalahnya. Menggunakan pendekatan yang sesuai, memberikan tumpuan kepada kesedaran klien sama ada dari aspek mental, fizikal, emosi dan rohani

Faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaunseling: Pengaruh orang yang terdekat. Contoh: suami, keluarga.

Sumber bantuan lain. Contoh: kebajikan masyarakat, bantuan kepakaran. Risalah & artikel yang berkaitan. Contoh: maklumat AIDS. Pengalaman & pengetahuan kaunselor

5. Tahap menamatkan sesi kaunseling


tahap kaunselor membuat rumusan apa yang telah berlaku dalam sesi kaunseling dan kesannya. Tangani dahulu isu kebergantungan klien terhadap kaunselor (jika ada). Penilaian keseluruhan sesi dilakukan bersama. Membuat rumusan tentang perkembangan proses dari awal sehingga akhir sesi. Merancang tentang perkembangan klien selepas sesi kaunseling tamat.

KEMAHIRAN MELAYAN & MENDENGAR

Menurut Covey ( 2001 ), perbuatan melayan melibatkan 6 kombinasi berikut; Tahap tenaga

Kontak mata
Mendenga r Ekspresi muka

Kedudukan dan jarak


Dorongan minima Kualiti vokal

BENTUK KEMAHIRA N MELAYAN

Kemahira n memfokus

Bahasa tanpa lisan

Menurut Egan ( 1998 ), terdapat tiga rasional mengapa situasi mendengar aktif diperlukan:
Mendengar adalah suatu bentuk peneguhan dan mungkin menjadi pemangkin yang cukup kuat bagi menggalakkan klien bercakap mengenai dirinya. Tanpa mendengar dengan aktif, kaunselor mungkin ketinggalan atau kabur mengenai beberapa isu dan tujuan asas klien menemuinya. Mendengar dapat menggalakkan klien berasa lebih bertanggungjawab pada topik dan fokus temu bual. Kaunselor akan memberi respons dan membantu klien memperakui isu yang diluahkannya adalah benar dari dirinya.

Anda mungkin juga menyukai