Anda di halaman 1dari 3

BAB 1 AKU DAN SENSEI Aku merupakan seorang penuntut muda dan telah pergi ke Kamakura atas desakan

n rakannya. Aku telah membuat keputusan untuk terus tinggal di Kamakura sementara cuti masih panjang sebelum penggal persekolahan bermula. Semasa Aku memerhati keindahan dan suasana di pantai yang dikerumuni oleh ramai pengunjung yang lain, di tengah-tengah kesibukan tersebut, watak aku menemui Sensei. Aku percaya bahawa dia pernah melihat Sensei tetapi lupa bila dan di mana. Pada keesokan hari, Aku bertemu Sensei sekali la gi yang sedang memakai topi jerami. Aku berasa hampa kerana tidak berpeluang untuk bersapa dengan Sensei. Persahabatan Aku dengan Sensei bermula apabila Aku mengekori Sensei berenang di laut dan Sensei telah mengajaknya pulang. Aku menggambarkan Sensei sebagai seorang yang dingin dan tidak peramah. Sungguhpun begitu, Aku faham akan sebab Sensei bersikap sedemikian setelah beliau meninggal dunia. Sekembalinya ke Tokyo, Aku telah pergi melawat Sensei di rumahnya. Setibanya di rumah Sensei, Aku telah disambut oleh isteri Sensei Shizu dan isterinya memberitahu bahawa Sensei melawat kubur rakannya di tanah perkuburan Zoshigaya. Lantas, Aku ke tempat tersebut untuk menemui Sensei. Semenjak itu, Aku lebih kerap mengunjungi Sensei sehingga menimbulkan pertanyaan dalam diri Sensei untuk bertanyakan Aku bahawa mengapa Aku menghabiskan begitu banyak masa bersama -sama seseorang sepertinya. Sensei telah mengakui bahawa beliau dalam kesunyian dan berasa gembira kerana Akudapat mengunjunginya. Pada suatu hari, musim bunga, Aku dan Sensei telah ke Ueno. Sensei telah mengatakan kepada Aku bahawa dalam percintaan ada perasaan bersalah. Beliau juga berpendapat bahawa persahabatan yang dijalinkan di antara Aku dengan beliau sebenarnya persiapan sebelum watak aku menagih kasih daripada seorang wanita. Persoalan yang memuncak dalam diri Aku diredakan sedikit dengan penjelasan daripada Shizu apabila Aku berpeluang sekali lagi untuk berbual-bual dengan Shizu. Shizu menyatakan Sensei akan berasa lebih dukacita dan dialah satu-satunya yang mampu memberi kebahagiaan kepada Sensei. Sungguhpun begitu, Shizu tetap ragu sama ada Sensei turut membenci dirinya sendiri ataupun tidak. Menurut Shizu, Sensei membenci dunia ini dan secara tidak langsung beliau juga dibenci kerana dianggap sebahagian daripada makhluk dunia ini. Shizu tidak dapat menerangkan punca mengapa Sensei berubah menjadi sedemikian. Namun, Shizu berpendapat mungkin kematian sahabat Sensei telah membawa kepada perubahan sikap Sensei kerana Sensei telah berubah secara beransur-ansur semenjak kematian sahabat beliau. Pada musim sejuk, Aku terpakasa pulang ke kampung setelah mendapat sepucuk surat daripada ibunya yang menyatakan bahawa sakit ayahnya semakin tenat. Ayahnya menghidap penyakit buah pinggang dan telah pengsan semasa bekerja di halaman rumah. Pada mulanya, Aku bercadang untuk menunggu sampai hujung penggal tetapi Aku mulai rasa bimbang lalu memutuskan untuk pulang ke kampung dengan segera. Memandangkan Aku tidak mempunyai wang yang cukup untuk tambang kereta api, watak aku telah meminjam wang daripada sensei. Sekembalinya Aku ke Tokyo, Aku terus ke rumah Sensei untuk membayar kembali wang yang dipinjam. Perbualan mereka berkisar tentang penyakit buah pinggang ayah Aku serta manusia yang merupakan makhluk yang tidak berupaya, sama ada mereka sihat atau sebaliknya dan tiada siapa boleh menentukan bagaimana atau di mana dia akan mati. Sensei juga menyatakan ada orang yang mati dengan aman dan ada juga yang mati dengan kekejaman yang luar biasa. Yang dimaksudkan kekejaman luar biasa itu adalah bunuh diri. Pada suatu hari, Sensei telah memberi pendapat kepada watak aku agar menentukan pembahagian harta pusaka dilakukan sekarang.Sensei mengatakan jiak seseorang mati dengan mengejut, harta pusakanya menjadi punca masalah. Sensei juga menolak pendapat

watak aku yang menyatakan orang-orang kampung adalah baik belaka sebaliknya orang kampung selalunya lebih jahat daripada orang kota. Sebagai manusia sensei menyatakan bahawa kita perlulah sentiasa berhati-hati keraan semua orang boleh berubah dalam sekelip mata. Semua ini berlaku pada Sensei yang terpedaya dengan bapa saudaranya sendiri sehingga Sensei tidak mampu memiliki harta ayah kandungnya sendiri. Hal ini telah menjadikan Sensei seorang yang pendendam. Pada malam penyampaian ijazah Aku, Aku telah pergi ke rumah Sensei untuk makan malam. Dalam situasi ini, sensei telah mengutarakan soalan siapa yang akan mati dahulu di antara Sensei dan isterinya. Selang beberapa hari, Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampng. Aku merasakan tidak dapat berbuat apa -apa sedangkan ayahnya sedang menunggu kedatangan maut. Pada masa itu, aku benar -benar dapat merasai perasaan seseorang yang tidak berdaya untuk berbuat sesuatu dalam menangani masalah itu BAB KE 2 AKU DAN ORANG TUAKU Bab ke-2 dalam novel kalbu mengisahkan Aku kembali ke kampungnya menemui orang tuanya. Ayahnya begitu gembira atas kejayaan Aku merangkul segulung ijazah dan bercadang untuk membuat satu majlis me nyambut kejayaan tersebut. Aku berpendapat pemikiran ayahnya begitu kolot sehingga membangga-banggakan kejayaan Aku. Selang beberapa hari, berita tentang Maharaja Meiji yang sakit tersebar dengan cepatnya ke seluruh Jepun menerusi media cetak. Lantaran itu, ayah Aku mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis itu sebagai menghormati Maharaja Meiji. Ayah Aku mula menyedari tentang penyakit yang membebaninya. Setiap hari, ayah Aku akan menunggu surat khabar untuk mengikuti perkembangan tentang kesihatan Maharaja Meiji. Setelah kematian Maharaja Meiji, semangat ayah Aku semakin luntur dan kesihatannya bertambah teruk. Dia beberapa kali pengsan semasa berjalan di sekitar rumahnya. Akhirnya, doktor telah menyatakan bahawa ayah Aku sudah tiada h arapan lagi untuk terus hidup. Dia terlantar nazak menunggu kematian. Seluruh keluarga dan saudara mara telah dipanggil untuk menjaga ayah Aku setiap malam. Pada masa yang sama, Aku telah menulis surat kepada Sensei untuk menyatakan tentang kesihatan a yah Aku. Demi menenangkan kegelisahan ibu dan ayah Aku, Aku turut menulis surat kepada Sensei bertanyakan tentang pekerjaan Aku di Tokyo. Namun, semua surat yang dihantar tidak dibalas oleh Sensei. Kesihatan ayah Aku bertambah rumit. Akhirnya, surat Sensei tiba di tangan Aku. Suratnya begitu tebal dan menpunyai banyak helaian. Surat itu tidak mengandungi jawapan kepada pertanyaan Aku mengenai pekerjaan di Tokyo. Aku meneliti surat yang tebal itu secara ringkas ketika berada di dalam bilik bapanya. Setelah meneliti surat tersebut, Aku terkejut mendapati Sensei menyatakan ketika kau membaca suratku ini, aku mungkin sudah tiada lagi di dunia ini. Kenyataan itu tertulis pada perenggan terakhir surat tersebut. Sensei turut menyatakan bahawa dia akan menceritakan pengalaman pahitnya menerusi surat tersebut, kerana tiada berkesempatan untuk menceritakannya secara lisan. Kemudian, Aku berjalan menuju ke bilik ayahnya untuk bertanyakan tentang keadaan ayahnya. Kemudian, Aku menuju keluar ke pintu belakang untuk ke rumah doktor untuk bertanyakan tempoh ayahnya dapat bertahan sebelum meninggal dunia. Malamgnya, doktor tiada di rumah. Kemudian, Aku menaiki sebuah beca menuju ke stesen kereta api. Aku sempat mengirimkan sedikit nota untuk ibunya dan menyuruh pembonceng beca tersebut menghantarnya. Aku pun menaiki kereta api tersebut dan menuju ke Tokyo. Sepanjang perjalanan, Aku membaca surat Sensei dari awal sehingga tamat.

BAB KE 3 SENSEI DAN WASIATNYA Di dalam Bab 3 Sensei dan Wasiatnya, hampir keseluruhan cerita di dalam bab 3 adalah berkisarkan tentang suratnya yang dihantar kepada penulis. Surat itu menceritakan tentang riwayat hidup Sensei. Di dalam bab ini, ianya menggunakan teknik imbas kembali di mana membawa penulis dan pembaca kembali ke masa silam. Di dalam surat tersebut telah diceritakan beberapa peristiwa penting yang mempengaruhi kehidupan Sensei. Dalam suratnya, Sensei memohon maaf kerana tidak dapat mencarikan pekerjaan Aku di Tokyo kerana sibuk menulis surat ini. Sebagai permulaan surat, Sensei menyatakan bahawa ibu bapanya merupakan seorang yang kaya. Malangnya, ibu bapanya mati akibat penyakit tifoid semasa beliau belum mencecah dua puluh tahun. Bapa saudaranya yang telah menguruskan segala maklumat penting berkenaan dengan harta ibu bapanya semasa Sensei belajar di maktab. Setibanya Sensei di rumah, keluarga bapa saudaranya sudah pun berpindah ke rumah itu. Sensei dipaksa berkhawin dengan sepupunya. Hal ini merupakan satu cara bapa saudaranya membolot harta peninggalan bapa Sensei. Sensei menuntut sebahagian harta peninggalan bapanya dan terus berpindah ke Tokyo. Sensei telah meminta tolong sahabatnya untuk menguruskan penjualan harta. Kemudiannya,Sensei pun menetap di sebuah rumah di Koishikawadai yang dihuni oleh dua orang wanita. Sensei dilayan seperti sebahagian dari keluarga tersebut. Perwatakan mereka sungguh menyenangkan dan hubungan mereka semakin erat. Kadang-kadang Sensei merasakan layanan itu adalah dengan tujuan Sensei dapat merapati anaknya seperti yang telah dilakukan oleh bapa saudara Sensei. Sensei telah jatuh cinta pada anak Okusan, iaitu Ojosan. Sensei telah mengajak atau lebih tepat memaksa rakan baiknya sejak kecil, K untuk tinggal di rumah tersebut, berikutan K telah dihalau oleh keluarga angkatnya. Namun K dilihat sebagai penghalang dan pesaing utama Sensei dalam memenangi hati Ojosan. Sensei kerap kali melihat Ojosan berbual dengan K dan semakin lama mereka semakin rapat. Hal ini menjadikan Sensei kurang senang. Pada suatu hari, Sensei berbual dengan K berkenaan dengan Ojosan danhal ini memberi konflik antara perhubungan mereka. Akhirnya, tanpa pengetahuan K, Sensei telah menyuarakan suara hatinya ingin mengahwini Ojosan. Selang beberapa ketika, Okusan memberitahu tentang hasrat hati Sensei kepada K. K menerima berita itu dengan tenang sambil melakarkan senyuman. Malah, K mengucapkan Tahniah kepada Sensei. Pada malamnya, K telah membunuh diri dengan memotong pergelangan tangannya. Sensei menjalankan tanggungjawabnya dengan mengebumikan K di perkuburan Zoshigaya. Sensei selepas itu pindah di rumah yang didukinya sekarang dan dia graduasi dua bulan selepasnya. Tidak lama kemudiannya, Sensei dan Ojosan berkahwin. Kebahagiaan yang diharapkan oleh Sensei tidak sama sekali dikecapinya selepas berkahwin. Setiap kali dia memandang wajah isterinya, dia pasti akn teringat akan K. Kadang kala Sensei menjadi mabuk kerana terlampau banyak minum minuman keras akibat daripada memikirkan keresahan dalam hatinya. Kemudian, ibu mertua Sensei meninggal dunia. Walaupun pada Sensei dia telah mencurahkan segala kasih sayangnya akan isterinya, tetapi dia dapat merasakan keraguan isterinya terhadap Sensei sendiri, seolah- olah dia telah menyembunyikan sesuatu daripada perempuan itu. Sensei menyatakan bahawa dia tidak mahu memberitahu Ojusan tentang apa yang berlaku dahulu kerana dia tidak mahu Ojusan merasai apa yang dia rasai sekarang. Pada Sensei satu- satunya jalan yang paling mudah sekali ialah dengan menamatkan riwayatnya kerana dia rasa dia menyusahkan Ojusan. Pada pertengahan musim panas, Emperor Meiji mangkat. Sensei memberitahu isterinya bahawa dia sepatutnya pergi bersama- sama Emperor Meiji. Sensei suadah bertekad untuk meninggalkan isterinya. Dengan menyatakan bahawa isterinya selamat bersama saudaranya yang lain, dia menamatkan suratnya dan menyatakan sejurus surat ini tiba ke tangan Aku, maka Sensei sudah tiada lagi di dunia ini. Sensei juga menyuruh Aku supaya merahsiakan hal ini kepada isterinya, Ojusan kerana tidak mahu mengecewakan isterinya.

Anda mungkin juga menyukai