Anda di halaman 1dari 2

Karangan Terbaik UPSR 2007

Karangan budak darjah 4


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu
keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di
dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya
menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128
kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori
kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit
"Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut
berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama
dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori
itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah
feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu
sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.
Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot
Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus
menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat
kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin
bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan
mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit
"Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting
Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu
dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu
pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat
lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di
pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian
kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba
menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang
ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual
daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu
semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana
terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang
paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.