Anda di halaman 1dari 6

Implikasi FPK dan FPG kepada Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru

(FPG) merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan. Kedua-dua falsafah ini telah memberi implikasi yang besar kepada pendidikan negara kita. Antara implikasi yang diberi oleh FPK kepada pendidikan di negara kita ialah: Elemen-elemen FPK 1) Pendidikan sesuatu usaha berterusan Implikasi Pendidikan adalah sesuatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang

sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meninggalkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. 2) Perkembangan potensi individu Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan, Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekelilng. Pendidikan seharusnya memberi peluang kepada

individu untuk mengembangkan bakat, potensi, dan kebolehan mereka. 3) Perkembangan individu secara menyeluruh dan Bakat, potensi, dan secara kebolehan berasingan, tidak boleh

dikembangkan

sebaliknya

duhubungkaitkan iaitu diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain.

bersepadu

Perkembangan

dan

peningkatan

seelok-eloknya

merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). 4) Insan yang seimbang dan harmonis Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk

menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. 5) Unsur intelek Mempunyai kemahiran asas 3M iaitu: membaca, menulis dan mengira. Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarkan ilmu). 6) Unsur rohani Menyedari dan percaya kepada Tuhan. Bersyukur dengan pemberian Tuhan. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. 7) Unsur emosi Mempunyai emosi yang matang dan stabil. Memiliki dan memupuk perasaan kasih saying. Mempunyai sifat keyakinan dan perpaduan. 8) Unsur jasmani Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal,

manipulatif dan sosial.

Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. 9) Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Mengakui tentang kewujudan Tuhan. Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Menyedari Menyedari bahawa hokum dan fenomena alam

merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. bahawa individu bertanggungjawab

sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. 10) Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Cinta akan ilmu pengetahuan. Berusaha membaca. Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. 11) Rakyat Malaysia yang berketrampilan Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri. Berkebolehan sempurna. Berpandangan jauh dan berinisiatif. Memupuk pembawaan dirid yang baik. 12) Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia 13) Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Mempunyai perwatakan diri yang baik. Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Boleh dipercayai. Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap. Mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, untuk menjalankan tugas dengan memupuk budaya ilmu dan budaya

masyarakat, agama, bangsa dan negara.

14) Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan hidup 15) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara 16) Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri 17) Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Berfikiran waras dan berjiwa tenang. Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk

menghadapi cabaran hidup.

Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormatmenghormati dan sebagainya. Berusaha untuk memajukan ekonomi negara

berdasarkan dasar yang ditetapkan. Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara.

Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup. Memupuk persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat. Cinta akan negara.

FPG yang dibentuk memberikan implikasi yang banyak kepada golongan pendidik itu sendiri. Setiap guru harus mengamalkan nilai keguruan dalam menjalankan tanggungjawab terhadap profesion keguruan. Penghayatan nilai dibuat secara peringkat-peringkat, mulai dari peringkat paling rendah sampai kepada peringkat yang sangat tinggi. Pelaksanaan nilai ini adalah seperti rajah di bawah ini

Apabila nilai-nilai itu dihayati sampai ke peringkat perwatakan maka ia sebati dengan sahsiah dan sukar untuk diubah dan sentiasa terpancar dalam amalan sehari-hari.

Kelima

: Peringkat Perwatakan

Keempat : Peringkat Organisasi Ketiga Kedua : Peringkat Penilaian : Peringkat Gerak balas

Pertama : Peringkat Penerimaan

Peranan guru kini boleh dirumuskan seperti cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik, peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara, menjadi seseorang guru yang serba boleh, mempunyai paras tenaga yang tinggi dan mempunyai stamina untuk bekerja keras serta tidak mudah putus asa, mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik, bertanggungjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas, mempunyai tenaga mentak yang tinggi serta berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas dan mempunyai daya kepimpimnan supaya boleh berpengaruh ke atas orang lain. Melalui analisis terhadap FPK dan FPG, sistem pendidikan negara kini memberikan penekanan dan perhatian kepada aspek yang berikut iaitu

mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah rendah dan menengah, pendidikan kewarganegaraan, perkembangan pendidikan vokasional, teknologi dalam pendidikan, Bahasa Melayu merentasi kurikulum, pendidikan prasekolah, menjalankan kokurikulum di semua peringkat, perkembangan

pendidikan vokasional dan penerapan nilai-nilai Islam. Terdapat lima implikasi FPK dan FPG kepada guru sebagai pendidik. Pertama, guru dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Kedua, guru harus mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu

masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Ketiga, seseorang guru dapat menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri sendiri dan muridnya selaras dengan tuntutan FPG. Keempat, guru akan menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkan bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Yang kelima, guru dapat menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan murid. Berdasarkan analisis mendalam terhadap FPK dan FPG yang diberikan di atas, berikut ini diberikan implikasi keseluruhan pelaksanaan FPK dan FPG terhadap pendidik negara. Antara implikasi tersebut adalah seperti di bawah. Elemen-Elemen FPK dan FPG Aspek Pembangunan Insan Implikasi o Kurikulum yang relevan o Penyediaan sistem penyampaian berkesan o Penekanan Pendidikan dan Moral o Penekanan Sains dan Teknologi o Peningkatan peluang pendidikan pelbagai bidang o Pemupukan patriotisme Pembangunan Sumber Pendidikan o Penyediaan input pendidikan mencukupi o Program pendidikan ikut perancangan o Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Penyelidikan dan Pembangunan o Menyediakan tenaga pakar untuk penyelidikan o Sumber kewangan o Dasar pendidikan untuk menggalakkan penyelidikan