Anda di halaman 1dari 31

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 3

DSP KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 3

Cetakan 2013

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2013

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
BIL
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN OBJEKTIF MATA PELAJARAN OBJEKTIF PENTAKSIRAN TAFSIRAN KERANGKA STANDARD PRESTASI PENYATAAN STANDARD STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA PEMETAAN EVIDENS

PERKARA

MUKA SURAT
1 2 3 3 4 5 6 7 8 26

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Ekonomi Rumah Tangga serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Ekonomi Rumah Tangga sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit. OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk. OM3 OM4 OM5 OM6 OM7 OM8 Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai. Mengenal pasti bahagian asas, prinsip perjalanan dan penyenggaraan mudah enjin. Mengenal pasti dan menyenggara tempat kediaman. Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul. Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar. Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek. OM9 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan; OP1 OP2 OP3 OP4 OP5 OP6 OP7 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem

(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga (2005), Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. o o Evidens (murid) ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu deskriptor. Evidens (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain. o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

6
5
4
3
2
1

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab

Tahu Tahu Tahu

Faham Faham

Boleh Buat

PENYATAAN STANDARD
BAND
6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali) 5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji) 4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab) 3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat) 2 (Tahu dan Faham) 1 (Tahu)

PENYATAAN STANDARD
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan

STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 3

BAND 1

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh : B1D1E1 Menyatakan dua jenis motor. B1D1E2 Menyatakan arah pusingan motor DC.

1 Tahu

Murid boleh : B1D1 Mengetahui tentang asas elektrik.

B1D2 Mengetahui tentang tempat kediaman.

B1D2E1 Menyatakan tiga jenis ruang tempat kediaman. B1D2E2 Menyatakan dua faktor keselesaan tempat kediaman. B1D2E3 Menyatakan dua jenis pembersihan tempat kediaman.

B1D3 Mengetahui tentang kaedah membuat biskut dan kek.

B1D3E1 Menyatakan pengertian gaul dan ramas. B1D3E2 Menyatakan dua biskut yang disediakan dengan kaedah putar.

10

B1D3E3 Menyatakan satu kek yang disediakan dengan kaedah enjut yang divariasikan. B1D4 Mengetahui tentang jahitan. B1D5 Mengetahui tentang konsumerisme. B1D4E1 Menyatakan tiga jenis hiasan dalam jahitan.

B1D5E1 Menyatakan lima hak pengguna. B1D5E2 Menyatakan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

Menyatakan

: Secara lisan atau bertulis.

11

BAND 2

12

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh : B2D1E1 Menerangkan mekanisme penghantaran kuasa motor DC. B2D2E1 Menerangkan dua jenis ruang tempat kediaman dari segi fungsinya. B2D2E2 Menerangkan dua faktor keselesaan tempat kediaman. B2D2E3 Menerangkan dua jenis pembersihan tempat kediaman.

2 Tahu dan Faham

Murid boleh : B2D1 Mengetahui dan memahami tentang asas elektrik. B2D2 Mengetahui dan memahami tentang tempat kediaman.

B2D3 Mengetahui dan memahami tentang kaedah membuat biskut dan kek.

B2D3E1 Menerangkan pengertian kaedah gaul dan ramas. B2D3E2 Menerangkan pengertian kaedah putar. B2D3E3 Menerangkan pengertian kaedah enjut.

13

B2D4 Mengetahui dan memahami tentang jahitan.

B2D4E1 Menerangkan pengertian kuilting. B2D4E2 Menerangkan pengertian tampal hias. B2D4E3 Menerangkan pengertian tampal cantum.

B2D5 Mengetahui dan memahami tentang konsumerisme.

B2D5E1 Menerangkan tiga hak pengguna.

Menerangkan : Secara lisan atau bertulis.

14

BAND 3

15

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh : B3D1E1 Menghasilkan projek reka cipta1.

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

Murid boleh : B3D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta. B3D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik.

B3D2E1 Membaca meter kWj. B3D2E2 Mengira2 kos penggunaan tenaga elektrik.

B3D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik.

B3D3E1 Membentuk semua kaki komponen elektronik. B3D3E2 Memasang semua komponen elektronik berpandukan lukisan bergambar. B3D3E3 Memateri semua kaki komponen.

16

B3D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan kek. B3D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan.

B3D4E1 Memasak biskut kaedah putar.

B3D5E1 Menjahit tampal hias.

reka cipta1 Mengira2

: Menghasilkan produk baharu atau inovasi daripada produk sedia ada. : Menggunakan dua kadar tarif.

17

BAND 4

18

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh : B4D1E1 Menghasilkan projek reka cipta mengikut prosedur1.

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Murid boleh : B4D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara sistematik.

B4D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik. B4D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik. B4D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan kek secara sistematik.

B4D2E1 Mengira kos penggunaan tenaga elektrik mengikut prosedur2.

B4D3E1 Memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik mengikut prosedur3.

B4D4E1 Memasak biskut kaedah putar mengikut prosedur4.

19

B4D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik.

B4D5E1 Menjahit tampal hias mengikut prosedur5.

prosedur1 prosedur2 prosedur3 prosedur4 prosedur5

: : : : :

Membuat projek berdasarkan lakaran. Mengira mengikut kaedah yang betul. Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban dan kaedah pematerian yang betul. Memasak mengikut langkah kerja yang betul. Menjahit mengikut langkah kerja yang betul.

20

BAND 5

21

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh : B5D1E1 Menghasilkan projek reka cipta dengan daya usaha.

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Murid boleh : B5D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara berinisiatif.

B5D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara berinisiatif. B5D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara berinisiatif. B5D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kaedah membuat biskut dan kek secara berinisiatif.

B5D2E1 Mengira kos penggunaan tenaga elektrik dengan daya usaha2.

B5D3E1 Memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dengan daya usaha3.

B5D4E1 Memasak biskut kaedah putar dengan daya usaha4.

daya usaha : Menyelesaikan masalah. daya usaha : Pengiraan yang tepat. 22

daya usaha3 : Sempurna; i. Pematerian kemas. ii. Pematerian kukuh. daya usaha4 : Rasa dan tekstur yang betul.

23

BAND 6

24

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh : B6D1E1 Menghasilkan projek reka cipta dengan nilai tambah1.

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Murid boleh : B6D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara kreatif dan inovatif.

nilai tambah1 : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

25

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK TERAS


BERDASARKAN BAND TERAS
BAND B1 B2 DESK. D1 D2 D1 D2 D1 B3 D2 D3 D1 B4 D2 D3 D1 B5 B6 D2 D3 D1 EVIDENS E1, E2 E1, E2, E3 E1 E1, E2, E3 E1 E1, E2 E1, E2, E3 E1 E1 E1 E1 E1 E1 E1 BIL. EVIDENS 2 3 1 3 1 2 3 1 1 1 1 1 1 1 TEMPAT KEDIAMAN ELEKTRONIK ELEKTRIK REKA CIPTA TAJUK

BERDASARKAN TAJUK TERAS


BAND B3 B4 B5 B6 B1 B2 B3 B4 B5 B3 B4 B5 B1 B2 DESK. D1 D1 D1 D1 D1 D1 D2 D2 D2 D3 D3 D3 D2 D2 EVIDENS E1 E1 E1 E1 E1, E2 E1 E1, E2 E1 E1 E1, E2, E3 E1 E1 E1, E2, E3 E1, E2, E3 BIL. EVIDENS 1 1 1 1 2 1 2 1 1 3 1 1 3 3

JUMLAH

22

JUMLAH

22

26

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK ELEKTIF (ERT)


BERDASARKAN BAND ELEKTIF
BAND DESK. D3 B1 D4 D5 D3 B2 D4 D5 B3 B4 B5 D4 D5 D4 D5 D4 EVIDENS E1, E2, E3 E1 E1, E2 E1, E2, E3 E1, E2, E3 E1 E1 E1 E1 E1 E1 BIL. EVIDENS 3 1 2 3 3 1 1 1 1 1 1 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN JAHITAN KAEDAH MEMBUAT BISKUT TAJUK

BERDASARKAN TAJUK ELEKTIF


BAND B1 B2 B3 B4 B5 B1 B2 B3 B4 B1 B2 DESK. D3 D3 D4 D4 D4 D4 D4 D5 D5 D5 D5 EVIDENS E1, E2, E3 E1, E2, E3 E1 E1 E1 E1 E1, E2, E3 E1 E1 E1, E2 E1 BIL. EVIDENS 3 3 1 1 1 1 3 1 1 2 1

JUMLAH

18

JUMLAH

18

27

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, 2, 5 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web : http://www.moe.gov.my/lp e-mel : weblpm@moe.gov.my

28

Anda mungkin juga menyukai