Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha Tn.Hj Kamaruddin B.Hj Osman ,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Pn.Hasnah Bt. Makzin , Pen.Kanan Tadbir dan Kurikulum, , Pn.Ngatini Bte Osman, Pen.Kanan HEM, ,Pn.Zalilah Bte. Ahmad Pen.Kanan Kokurikulum, Barisan guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada hari yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan . Sebagai pembuka acara, majlis menjemput para guru dan murid berdiri dan bersama-sama menyanyikan lag kebangsaan , lagu negaraku.

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Hadirin yang dihormati, Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan ............................................. untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Hadirin sekalian, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , .................................. selaku Guru Penolong Kanan ..............untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha ........................................Guru Besar SK Taman Desa Skudai untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Sekolah. Dipersilakan.

-Sekalung penghargaan buat Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan beliau dan sudi merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan persembahan murid dari pasukan unit uniform pengakap.Dipersilakan.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan deklamasi sajak adik Afiqah Syahidah dari kelas 3 Bijak yang bertajuk........................................................Majlis dengan sgl hormatnya mempersilakan.

Hadirin sekalian, Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan .Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ............................. diiringi ...................untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. PENYAMPAIAN HADIAH Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ......................

Penutup acara:

Akhir kata, tamatlah sudah majlis pada hari ini.Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga Sekolah Kebangsaan taman Desa Skudai kerana dapat bersama-sama menjayakan majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah dengan meriahnya.

Tenang-tenang air di kali, Tempat mandian putra puteri; Sempurna sudah majlis dirai, Salah dan silap harap dimaafi.

-Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan .......... buah lagu iaitu 1.......................... 2.......................... 3......................... Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai