Anda di halaman 1dari 3

AMBIGUITI

Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud kata yang bermakna ganda atau mendua makna. Kegandaan makna ini berlaku pada satuan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeza. Contoh: Buku sejarah baru

(Buku sejarah itu baru / Buku itu berisi sejarah zaman baru) Orang malas lalu di sana

(Jarang ada orang yang mahu lalu di sana / Orang malas sahaja lalu di sana) Menteri baru kahwin

(Menteri yang baru dilantik itu kahwin / Menteri yang sudah lama jadi menteri, tetapi kahwinnya baru)

DENOTATIF
Makna konseptual sebenarnya disebut juga sebagai makna denotatif, iaitu makna kata yang masih merujuk pada acuan dasarnya sesuai dengan konvensi bersama. Namun begitu, ada beberapa perkara yang membezakan kedua-dua jenis makna ini. Makna denotatif sendiri merupakan makna yang asas, asli dan makna sebenarnya. Chaer mendefinisikan makna denotatif sebagai makna asli, makna asal, atau makna sebenarnya yang dimiliki oleh sebuah leksem. Jadi, makna denotatif adalah makna yang terkandung dalam sebuah kata atau leksem yang bersifat luas, sebenarnya dan masih pada satu sumber atau konvensi bersama. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa makna denotatif merupakan makna dasar sesebuah kata. Lawan makna denotatif adalah makna konotatif, yang lebih bersifat nilai rasa emotif dalam penggunaannya.

Contoh makna denotatif sebenarnya sama dengan makna konseptual tadi. Namun, untuk lebih jelas supaya mudah difahami, saya telah menyenaraikan beberapa contoh makna denotatif. Makna denotatif ialah makna asli, asal, atau makna sebenarnya. Oleh itu, makna denotatif sama dengan makna leksikal. Contoh :

babi

= haiwan yang menyusukan anak yang bermuncung panjang, berkulit tebal,

dan berbulu kasar, serta diharamkan bagi orang Islam gerombolan = kumpulan, kelompok atau kawanan perempuan bunga = orang yang dapat hamil, melahirkan anak dan menyusui = bahagian tumbuhan yang digunakan sebagai alat reproduksi atau

berkembang biak.

Makna konotatif pula ialah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif yang ada hubungannya dengan nilai rasa orang yang menggunakan kata itu. Contoh:

babi gerombolan perempuan

= = =

jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah. kawanan perusuh atau penjahat unsur negatif

ULASAN : Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Makna sesebuah perkataan sering

bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya. Contohnya, perkataan babi jijik bagi orang Islam, tetapi tidak jijik bagi orang bukan Islam. Oleh itu, kita harus peka dengan perkara ini. Hal ini menunjukkan bahawa Makna konseptual merujuk kepada benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk dan lambang merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan.

KONOTATIF
Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif. (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu mungkin tidak memihak mana-mana. Contohnya, walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi kedua-duanya mempunyai nilai rasa yang berbeza. Nilai perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi daripada perempuan. Begitu juga dengan perkataan lelaki dan jantan. Nilai rasa lelaki lebih tinggi daripada perkataan jantan. Contoh situasi : "Jantan tak guna! Awek aku pun kau nak kebas ke?" Berdasarkan situasi di atas, penggunaan perkataan jantan merupakan bahasa percakapan lelaki yang dianggap kaki perempuan serta rendah akhlaknya. Keadaan ini membuktikan bahawa penggunaan perkataan lelaki dan jantan mempunyai nilai rasa yang berbeza dan perlu digunakan dengan betul agar mengikut kesesuaian tertentu. Selain itu, makna konotatif atau makna tambahan juga boleh berubah mengikut faktorfaktor tertentu. Contohnya, perkataan "khalwat". Maksud asalnya ialah 'mendekati Allah', duduk bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran, bertafakur (Kamus Dewan,2004). Namun, maksud perkataan ini telah berubah dan dianggap sebagai suatu perbuatan sumbang (Kamus Dewan, 2004). Ulasan : Hal ini jelas menunjukkan bahawa makna konotatif mempunyai nilai rasa tertentu yang membezakan sesuatu perkataan tersebut dengan perkataan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai