Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN l

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2013/2014 JUL 401 BAHASA MALAYSIA PERHATIAN: i. ii. Huruf Arial, Font 12 dan ditaip langkau dua baris. Tugasan ini mesti SAMPAI DI PPPJJ SEBELUM ATAU PADA 29 NOVEMBER 2013. iii. iv. Markah 0 akan diberi jika tugasan sampai selepas tarikh ini. Bahagain A dan B hendaklah dihantar bersama-sama.

Bahagian A: KARANGAN (15 markah) i. ii. Pilih SATU (1) daripada tajuk karangan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 500-600 patah perkataan.

(Pemarkahan karangan yang anda tulis akan dinilai berdasarkan isi, organisasi, bahasa dan ejaan serta gaya keseluruhannya.) 1. Bahasa Melayu sepatutnya menjadi bahasa yang dapat mengungkapkan kreativiti pemikiran dan kebudayaan Malaysia dalam menuju era dunia tanpa sempadan dan ledakan teknologi maklumat. Bahasa Melayu bukan sahaja berperanan sebagai alat peniup semangat nasionalisme bangsa tetapi juga sebagai alat pembangunan negara. Sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka, anda ditugasi menyediakan laporan untuk memantapkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat dan memartabatkannya dalam bidang kehidupan. Laporan itu akan diserahkan kepada Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Kesedaran tentang alam sekitar pada masa ini semakin bertambah baik dibandingkan dengan kesedaran pada sepuluh tahun dahulu. Kemajuan besar dalam hal ini banyak mendatangkan perubahan dalam pelbagai kegiatan manusia yang memberikan sumbangan pada alam sekitar. Namun begitu, isu-isu berkenaan alam sekitar ini mempunyai pelbagai bentuk dan banyak perkara baru muncul sementara masalah yang lama masih belum dapat ditangani dengan berkesan.

Sebagai Pegawai Penyelidik di Jabatan Alam Sekitar, anda diminta menyediakan laporan tentang usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan dengan kelestarian alam sekitar. Laporan anda ini diserahkan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. 3. Kes buli siber yang semakin menular di sekolah merupakan satu lagi cabaran baru kepada warga pendidik dan ibu bapa untuk bekerjasama dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Penyebaran maklumat palsu, tulisan berbentuk cercaan, menghina dan mengugut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Internet serta rakaman video yang disebarkan boleh memberikan kesan emosi secara langsung kepada pelajar yang menjadi mangsa. Sebagai Guru Disiplin di sekolah, anda dikehendaki menyediakan laporan tentang situasi ini dan langkah yang harus dilakukan dalam usaha membanteras masalah buli siber ini. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada Menteri Pelajaran Malaysia. 4. Barangan tiruan jenama terkenal sudah lama membanjiri pasaran di Malaysia sehingga rakyat Malaysia sendiri tidak dapat membezakan barangan asli dengan barangan tiruan. Keadaan ini mengundang pelbagai masalah. Sebagai Pegawai Penyelidik di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, anda dikehendaki menyediakan laporan tentang permasalahan tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Laporan anda itu akan dihantarkan kepada Menteri di kementerian yang berkenaan. 5. Seorang ibu dapat membesarkan sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum pasti dapat menyara seorang ibu. Kini, bukan sahaja bayi yang belum mengenal erti hidup dibunuh, malahan ibu bapa yang telah bertungkus-lumus membesarkan anak-anak turut disisih oleh anak kandung sendiri. Mengapakah hal ini berlaku pada waktu kita sudah memahami erti ketamadunan? Adakah nilai kasih sayang dan hati budi masyarakat Malaysia sudah luntur? Sebagai Pegawai Penyelidik di Jabatan Kemajuan Masyarakat, anda ditugasi menyediakan laporan lengkap tentang permasalahan tersebut untuk dikemukakan kepada Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Bahagian B: (5 markah) KEFAHAMAN BACAAN

ARAHAN:
i. ii. Baca petikan di beri dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikut dengan ringkas dan tepat. Panjang jawapan anda TIDAK lebih 50 patah perkataan.

iii.

Markah diberi berdasarkan hujahan dan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat.

DUNIA BLOG: MELAHIRKAN PENULIS YANG BERTANGGUNGJAWAB Blog atau Internet ialah aset sangat penting bagi menyampaikan maklumat yang pantas dan menjadi prasyarat bagi keupayaan negara bersaing dalam dunia tanpa sempadan pada hari ini. Blog juga menjadi wadah baru penyebaran berita, gosip, maklumat dan hebahan yang paling pantas berbanding akhbar tradisional. Tidak memiliki blog dianggap ketinggalan pada zaman kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi terkini. Blog menawarkan pelbagai kemudahan seperti berita, iklan perniagaan, ruang simpanan album digital dan yang paling mendapat perhatian ialah diari harian yang hanya boleh diperoleh pada hujung jari. Apakah sebenarnya blog dan bagaimanakah ia berkembang? Blog ialah singkatan bagi 'web' dan 'log' yang diperkenalkan oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Sehingga kini, belum ada istilah yang tepat dalam bahasa Melayu untuk menterjemahkan blog. Barger menggunakan istilah weblog untuk merujuk kelompok laman-laman web maya peribadi yang dikemaskinikan secara berkala oleh pemiliknya. Peter Merholz pula menggunakan istilah we blog pada laman webnya Peterme.com yang merujuk aktiviti penulis blog yang terdiri daripada mengemaskinikan laman web, menyunting, memasukkan maklumat terbaru, mengirimkan artikel dan sebagainya. Akhirnya, beliau lebih selesa menggunakan istilah 'blog' bagi menggambarkan segala aktiviti berkaitan dengannya dan pemiliknya pula dikenali sebagai penulis blog. Kini blog telah menjadi trend baru kehidupan manusia setelah meledaknya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pada awalnya, jumlah blog di seluruh dunia tidaklah sebanyak yang wujud sekarang yang dianggarkan sebanyak 112 juta menurut statistik terkini yang dikeluarkan oleh enjin carian blog terkenal Technocrati. Pada tahun 1999, sebuah syarikat teknologi maklumat PyraLabs melancarkan website www.blogger.com yang memberikan kemudahan secara percuma dalam talian kepada sesiapa sahaja untuk memiliki blog tanpa perlu memiliki kemahiran teknikal dalam bidang teknologi maklumat. Perkara yang perlu disediakan hanyalah kemudahan talian Internet dan keinginan untuk mempunyai blog sahaja. Sejurus selepas itu, jumlah blog dalam ruang maya telah meningkat secara dramatik. Tema blog yang muncul merangkumi pelbagai topik bermula daripada filem, politik, kesihatan, sukan, hobi dan juga blog yang berkaitan dengan buku. Daripada blog, pembaca dapat menyelami apaapa sahaja lontaran idea, pendapat dan buah fikiran penulis blog. Pada tahun 2003, blogger.com telah diambil alih oleh syarikat enjin carian Internet terkenal Google. Selain blogger.com, terdapat beberapa perkhidmatan penyediaan layanan blog yang lain seperti wordpress, fivejumal, blogsome dan sebagainya. Dalam keghairahan kita menggunakan teknologi ini, blog juga boleh mengundang sensitiviti sehingga menjadi ancaman kepada pemiliknya dan juga negara kerana sifat blog bukanlah sentiasa tepat dan berwibawa. Contohnya, di Singapura, dua rakyatnya telah dipenjarakan di bawah undang-undang anti hasutan kerana menyiarkan kenyataan 3

anti Islam di dalam laman blog mereka. Di Mesir, penulis blog Abdul Kareen Suliman Amer atau Kareem Amer ditahan pada November 2006 dan dipenjarakan tiga tahun kerana kesalahan menghina Presiden Hosni Mubarak. Semakin banyak muncul laman blog, semakin banyak pula laman ini menimbulkan kemarahan masyarakat. Jelaslah di sini, bahawa blog tidak terlepas daripada bahan yang songsang. Di sebalik pelbagai peraturan yang ada, penulis blog masih kelihatan gagah dalam dunia maya. Kekuatan, mereka terletak pada keupayaan menyebarluaskan tulisan yang dihasilkan oleh mereka berbanding media arus perdana. Walau apa-apa pun isu yang berlaku sekitar dunia blog, masih banyak blog yang positif yang dapat dimanfaatkan seperti blog yang berkaitan dengan agama, motivasi, promosi buku dan juga perniagaan. Dengan adanya blog pada zaman ini, muncul satu lagi komuniti maya yang dikenali sebagai komuniti blog yang berbudaya digital. Hal ini kerana, setiap blog yang bersifat interaktif akan saling menghubungi antara satu sama lain dan dapat merapatkan hubungan sesama penulis blog. Setiap blog dapat menggambarkan persahabatan, perdebatan, permusuhan dan juga hubungan perniagaan. Pemilik blog dan juga pembaca bebas melontarkan pandangan masingmasing bagi setipa artikel yang diterbitkan. Tambahan pula, setiap artikel dan komentar bebas disalurkan tanpa ada sebarang sekatan kecuali pemilik blog yang menjadi editor pemiliknya. Oleh itu blog menjadi medium utama penulis dan pembaca blog yang bersifat interaktif serta dapat memaparkan idea dan wacana yang segar antara keduanya. Di Malaysia, telah wujud pelbagai komuniti maya yang menghimpunkan penulis-penulis blog, antaranya yang terkenal adalah www.jumal.biz,www.minggupenulisremaja. blogspot,www.petalingstreet.org dan sebagainya. Komuniti ini sentiasa mengadakan aktiviti yang berbentuk ilmiah dan juga santai dalam usaha untuk merapatkan ahli-ahli mereka. Komuniti ini juga mewujudkan anugerah kepada pemilik blog terbaik dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fenomena blog yang wujud hari ini di seluruh dunia termasuk di negara kita Malaysia merupakan hasil limpahan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang pesat selepas kewujudan Internet. Penulis blog tidak terikat atau makan gaji dengan sesiapa. Mereka menulis semua isu dan menyebarkannya mengikut kata hati mereka sendiri. Beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini yang melibatkan penulis blog mempunyai kesan positif dan negatifnya kepada semua pihak. Kerajaan menjadi lebih tidak popular dalam kalangan penulis blog, penulis bebas dan peminat parti pembangkang. Internet membenarkan sesiapa saja menjadi penulis tanpa mempedulikan seorang itu terdedah pada amalan dan etika kewartawanan atau tidak? Tidak ada sesiapa yang akan menapis atau menyunting sesuatu tulisan tersebut. Penulis mesti berusaha sendiri bagi memahami etika dan etiket dalam menulis dan menyemak tulisannya sebelum menyiarkannya. Dengan kebebasan yang ditawarkan oleh Internet, ada penulis blog yang berpendapat mereka tidak patut diikat oleh mana-mana etika penulisan. Penulis blog yang bertanggungjawab patut sedar yang mereka menulis kepada masyarakat terbuka, maka mereka wajib beretika kepada pembaca dan masyarakat yang menjadi bahan tulisan mereka. Etika yang bagaimanakah yang patut diteladani oleh penulis blog?

Sekitar April 2007 telah ada usaha mewujudkan National Alliance of Sloggers oleh sekumpulan penulis blog di negara ini. Namun demikian, semangatnya yang panas itu tidak berpanjangan. Di Indonesia, diwujudkan KampungBlog.com yang dibangunkan untuk warga negara Indonesia dengan pendaftaran keahlian tanpa bayaran. Kumpulan ini menjaga etika dalam kalangan ahlinya. Semua blog yang memohon masuk pula disemak kewibawaannya dan dinilai terlebih dahulu. Perkumpulan penulis blog yang terdiri daripada wartawan dalam CyberJoumalist.net pula telah menggariskan sebuah model kod etika penulis blog yang diubahsuai daripada etika kewartawanan. Namun demikian, terpulanglah kepada individu penulis blog sama ada mahu mematuhinya ataupun tidak. Integriti sesebuah blog akan menjadi asas kepercayaan pembaca. Penulis blog mesti sentiasa bersikap jujur dan adil dalam mengumpulkan, melaporkan dan mentafsirkan sesuatu maklumat. Mereka juga tidak memplagiat justeru sesuatu buah fikiran yang mencetuskan penulisan mestilah dirujuk dan dipaut. Bahan-bahan ini tidak boleh digunakan dalam konteks yang salah atau dikelirukan. Mereka juga mesti bijak membezakan maklumat promosi atau maklumat propaganda, komentar dan fakta. Penulis blog mesti mengungkapkan hanya bahan yang benar dan sahih. Mereka perlu bertimbang rasa dengan golongan yang akan menerima kesan hasil pendedahan, sindiran, teguran, kritikan atau kecamannya. Mendapatkan maklumat yang meledak dan memeranjatkan memang ada kalanya sulit dan sukar tetapi itu bukan alasan untuk menjadi angkuh atau lesen untuk mendedahkan keaiban. Maklumat yang dikelaskan sebagai rahsia rasmi, jangan sesekali digunakan kerana hanya akan memakan diri sendiri. Penulis blog tidak boleh takut atau memihak. Sebagai manusia biasa, Penulis blog mesti bersedia mengaku kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka. Penulis boleh mengkomersialkan blognya dengan memberikan ruang kepada Man tetapi tidak sehingga terpaksa dicucuk hidungnya oleh tekanan dan kemahuan pengiklan dalam usaha menentukan kandungan blognya. Ada waktunya, Penulis blog berada pada persimpangan dalam suatu konflik atau dilema tentang sesuatu isu. Jika keputusannya didapati memihak kepada sesuatu, maka hal ini mestilah dijelaskan dengan nyata. Menjadi penulis blog memerlukan disiplin yang tinggi, sama juga jika ingin menjadi penulis atau wartawan. Penulis blog yang beretika menulis secara berterusan dan tetap, bukan muncul sekali-sekala. Memang banyak sekali blog, laman web dan akhbar dalam talian yang terabai dan terbiar. Jika tidak boleh bertekun menulis, lebih baiklah jangan mula menjadi penulis blog. Itulah sebabnya kebanyakan blog yang popular dibangunkan oleh bekas wartawan dan kebanyakan blog yang mundur dimiliki oleh orang politik yang hangat-hangat tahi ayam. Penulis blog yang beretika mestilah aktif dalam masyarakat penulis blog dengan mengunjungi dan menulis di dalam blog lain, bukannya terperap di dalam blognya sendiri dengan hanya mengharapkan orang lain akan membaca blognya. Penulis blog juga sedikit sebanyak mesti menguasai seni penulisan dengan mengirimkan tulisan yang kreatif, menghiburkan, menarik dan relevan dengan perkembangan isu dalam masyarakat kini. Jika mahu bebas menulis, seorang penulis blog juga mesti mendukung prinsip kebebasan bersuara. Maka setiap penulis blog tidak wajar menghalang capaian orang

lain ke blognya, apatah lagi penulis blog tidak patut memadamkan mana-mana bahagian di dalam komentarnya yang tidak disukainya. Penulis blog mesti menggalakkan kebebasan berbahas di dalam blognya. Seorang penulis blog yang baik sentiasa berusaha menegakkan kebenaran, tidak berbohong clan bertanggungjawab terhadap setiap sesuatu yang ditampilkan di dalam blognya dengan berani dan telus. Ketelusan seorang penulis blog terletak pada kejujurannya yang muncul dalam identitinya yang jelas nama yang lengkap, wajahnya yang sebenar serta maklumat latar belakangnya, dan bukannya bersembunyi di sebalik nama palsu. Penulis blog juga perlu memaparkan kedudukannya, misi dan visinya, agendanya serta perkara yang bercanggah dengan kepentingannya. Sebagai manusia yang berakhlak, seseorang penulis blog sentiasa memastikan tulisannya tidak menyakiti orang lain di samping membina hubungan yang baik dengan membalas setiap e-mel dan komentar yang diterimanya. Penulis blog patut menulis sesuatu yang menggalakkan kehidupan yang berakhlak, adil, bebas, selamat, bersih dan beradab. Semua ini saling berkait dan amat diperlukan oleh masyarakat majmuk. Kita tidak boleh selamat, bebas, dan bersih kalau meneruskan kehidupan dalam masyarakat yang tidak berakhlak, tidak adil dan tidak beradab. Penulis blog mesti melukiskan dan menampilkan citra masyarakatnya yang betul. Hal ini penting supaya masyarakat Malaysia tidak hidup dalam persepsi yang kacau, palsu dan prejudis yang liar.
Dipetik dan diubahsuai daripada: Rencana Mohd. Faizal Aziz di dalam Estidotmy, Utusan Malaysia 28 Mac 2008 dan Rencana Roosfa Hashim di dalam Mingguan Malaysia 25 Januari 2009.

Soalan: 1. Dalam dunia tanpa sempadan ini, Internet membenarkan sesiapa sahaja boleh menjadi penulis. Hanya integriti sesebuah penulisan itu sahaja yang akan menjadi asas kepercayaan pembaca. Walaupun begitu, pepatah Melayu ada menyatakan bahawa mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang. Berikan pandangan anda.

Anda mungkin juga menyukai