Anda di halaman 1dari 5

INSTRUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

TEMA DESKRIPTOR

TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA B3D4


Menerima dan menghormati adat resam dan pantang larang masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

EVIDENS

B3D4E1
Mengenal pasti perbezaan adat resam dan pantang larang pelbagai kaum dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Lembaran kerja

CONTOH INSTRUMEN

Seperti lampiran

Lampiran /Aras tinggi SEKOLAH MENENGAH .. PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 NAMA TINGKATAN : : TARIKH :

Nyatakan adat resam bagi setiap kaum mengikut aspek yang disenaraikan. Adat Adat perkahwinan Kaum Melayu Kaum Cina Kaum India

Adat Kelahiran

Adat Kematian

Dilaksanakan Oleh :

Lampiran/Aras rendah SEKOLAH MENENGAH .. PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 NAMA TINGKATAN : : TARIKH :

Teliti adat perkahwinan di bawah dan kategorikan mengikut kaumnya antara Melayu, Cina atau India. a) Pasangan pengantin akan disandingkan di pelamin sementara menunggu pedanda/tok sami melakukan upacara keagamaan perkahwinan b) Ibu pengantin perempuan akan berbincang dengn wakil pihak lelaki berkenaan mas kahwin, peruntukan meja makan jamuan dan pemilihan hari yang sesuai. c) Semasa persandingan , adat menepung petawar akan dilakukan. d) Adat berinai akan dijalankan. e) Selepas adat persandingan , pasangan pengantin akan dibawa bertemu keluarga masing-masing untuk meminta restu. f) Pasangan pengantin disahkan perkahwinannya setelah pengantin lelaki mengikat thali (lambing suci tanda perkahwinan) di leher pengantin perempuan.

g) Adat parisam atau pertunangan akan diadakan. h) Pengantin lelaki akan membacakan lafaz nikah di depan Tok Kadi. i) Wakil pihak lelaki akan menyarungkan cincin pertunangan ke jari bakal pengantin perempuan. Adat minum the akan dijalankan di rumah pengantin perempuan dan lelaki

j)

Dilaksanakan Oleh :

SKEMA JAWAPAN TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

Aras tinggi
Adat Adat perkahwinan Kaum Melayu -tidak boleh mandi lewat pagi atau lewat malam -bakal pengantin perempuan tidak digalakkan menonjolkan diri di khalayak ramai sebelum majlis perkahwinan Kaum Cina -wanita mengandung dilarang masuk bilik pengantin -bakal pengantin dilarang keluar lewat malam Kaum India -tidak boleh keluar rumah 5 atau 3 hari sebelum perkahwinan -tidak digalakkan memakan daging pada hari perkahwinan

Adat Kelahiran

-si ibu tidak boleh keluar lewat malam -si ibu dilarang menggunakan bahasa kesat atau kasar

-tidak boleh memaku -tidak digalakkan menggosok perut ibu dengan kerap

-tidak boleh berlaku kejam pada binatang -si ibu tidak digalakkan menonton filem yang seram

Adat Kematian

-mayat perlu dimandikan ,dikafankan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan . -majlis tahlil diadakan pada malam selepas pengembumian dengan ayat suci al-Quran -menziarah si mati dan membaca ayat suci alQuran

-semasa menziarahi si mati ,perlu memakai pakaian berwarna gelap yang melambangkan kesedihan dan membongkok badan kea rah si mati sebagai tanda hormat. -gambar si mati akan digantung di dinding dan colok dinyalakan

-saudara mara perlu membawa kain putih semasa menziarahi si mati . -sahabat handai boleh membawa karangan bunga . tetamu tidak perlu mengucapkan selamat tinggal semasa meninggalkan rumah si mati -rumah perlu dicuci dan semua orang yang berada di rumah itu perlu mandi.

Aras rendah a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) India Cina Melayu Melayu Cina India India Melayu Melayu Cina

Anda mungkin juga menyukai