Anda di halaman 1dari 7

Forum data Hubungan Galileo n Aristotle Galileo Galilei ialah seorang ahli astronomi Itali , sering diberi julukan

sebagai 'bapa sains moden ', ' bapa fizik moden' , dan 'bapa astronomi pemerhatian moden'. Pelbagai gelaran tersebut mencerminkan besarnya sumbangan Galileo pada sains. Beliau adalah orang pertama yang menemukan empat bulan Jupiter , tompok matahari , dan kawah di permukaan bulan. Selain itu, Galileo juga meneliti gerakan pendulum dan menyatakan bahawa tempoh pendulum adalah malar, tidak bergantung pada panjang busur . Beliau memberi tumpuan pada penemuan -penemuan saintifik. Sumbangan penting pertamanya di bidang mekanik. Aristotles mengajarkan , benda yang lebih berat jatuh lebih cepat berbanding benda yang lebih ringan , dan bergenerasi - generasi kaum cerdik pandai menerima pendapat ahli falsafah Yunani yang besar pengaruh ini . Tetapi , Galileo memutuskan mencuba dulu benar- tidaknya, dan lewat serentetan eksperimen, beliau berkesimpulan bahawa Aristotle tidak benar. Yang benar adalah, baik benda berat mahupun ringan jatuh pada kelajuan yang sama kecuali sampai batas mereka berkurang kecepatannya akibat pergeseran udara. Ini adalah kebetulan , dan kebiasaan Galileo melakukan percubaan melempar benda dari menara Pisa tampaknya tanpa sedar.

Hubngan galileo n copernicus

Teori Copernicus telah diperkenalkan oleh Nicholas Copernicus. Beliau banyak menghabiskan masa malamnya dengan mengkaji langit. Copernicus juga menyatakan bahawa matahari terletak di tengah-tengah alam semesta. Galileo Galilie merupakan seorang ahli astronomi Itali. Beliau juga digelar "Bapa Sains Moden". Galileo mendalami Teori Copernicus dengan lebih mendalam lagi. Beliau juga berjaya menemukan beberapa fakta yang menakjubkan seperti kawah dan pergunungan di permukaan bulan serta percaya bahawa galaksi Bima Sakti dipenuhi oleh bintang yang tak terhitung banyaknya. Penemuan planet Jupiter serta 4 bulan yang berada di sekitar Jupiter menyebabkan Galileo membuat kesimpulan bahawa benda tersebut adalah satelit yang mengelilingi Jupiter. Penemuan ini telah menambah keyakinannya kepada Teori Copernicus bahawa tidak semua benda di langit berputar mengelilingi bumi. Galileo Galilie juga terlibat dalam perdebatan tentang apakah bumi atau matahari merupakan pusat tetap alam semesta kerana menurut Teori Copernicus jika bumi benar-benar bergerak, orang ramai akan melihat atau merasainya.

Smbangan Galileo dlm fizik

Sumbangan pertama yang penting oleh Galileo Galilei adalah dalam bidang mekanik. Aristotle telah mengajarkan bahawa objek berat jatuh dalam kadar yang lebih cepat berbanding objek ringan dan sejak beberapa generasi ini telah diterima sebagai kuasa mutlak ahli falsafah Greek. Galileo bagaimanapun hendak mengujinya dan melalui beberapa siri uji kaji, beliau mendapati bahawa pendapat Aristotle adalah salah. Faktanya adalah, objek berat dan ringan jatuh pada kelajuan yang serupa kecuali ianya bergantung kepada halangan geseran udara. (pendapat yang mengatakan bahawa Galileo menjalankan uji kaji dengan menjatuhkan objek dari Menara Condong Pisa adalah tidak berasas) Belajar dari perkara ini, Galileo meneruskan langkahnya. Beliau mengukur jarak jatuhan objek dalam tempoh masa tertentu dan mendapati bahawa jarak yang dilalui oleh objek yang jatuh adalah berkadaran dengan kuasa dua bilangan saat dari jatuhan. Penemuan ini (menunjukkan kadar pecutan yang sekata) adalah signifikan. Yang lebih penting, Galileo telah berjaya membuat kesimpulan dari beberapa siri uji kaji dengan formula matematik. Penggunaan formula matematik yang berterusan adalah ciri penting dalam sains moden. Satu lagi sumbangan besar Galileo adalah penemuan hukum inersia. Sebelum ini orang percaya bahawa objek yang bergerak akan secara semula jadi menjadi perlahan dan berhenti kecuali ia ditolak untuk terus bertolak. Bagaimanapun, uji kaji Galileo menunjukkan bahawa pendapat tersebut adalah salah. Jika tolakan yang terbantut, seperti geseran, boleh dihapuskan, objek yang bergerak akan terus bergerak tanpa henti. Ini merupakan prinsip penting yang telah berulang kali disahkan oleh Newton dan ditambah pula dengan sistem itu sendiri sebagai salah satu undang-undang pertama gerakan prinsip yang penting dalam sains.

Hukum newton pertama Hukum Newton Pertama (Hukum Inersia) Definisi Hukum newton pertama menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kekal dalam keadaan pegun atau terus bergerak secara seragam dalam satu hala kecuali apabila ada daya bertindak ke atas jasad itu dan menyebabkan berlakunya perubahan kepada keadaan tersebut. Hukum ini juga merujuk kepada rintangan terhadap sebarang perubahan yang berkaitan dengan pergerakan. Daya diperlukan untuk memulakan pergerakan, menghalang pergerakan, memecutkan sesuatu objek, menukar arahnya ataupun untuk memberhentikan pergerakannya. Jadi rintangan terhadap perubahan dalam pergerakan juga dikenali sebagai inersia. Ciri-Ciri Hukum Newton Pertama

Sesuatu jasad yang berkeadaan pegun tidak akan bergerak atau mula bergerak dengan sendiri. Sesuatu jasad akan bergerak apabila sesuatu daya dikenakan ke atasnya. Sesuatu jasad dalam keadaan pegun mempunyai kadar pergerakan yang sifar (0) dan tiada arah. Jasad yang bergerak mempunyai kadar pergerakan dan arah. Inersia ditakrifkan sebagai sifat semulajadi pada jasad untuk menentang perubahan terhadap keadaan asalnya sama ada pegun atau pergerak. Inersia sesuatu jasad mempunyai hubungan yang rapat dengan jisimnya.

Konsep hukum newton pertama

Dalam keadaan pegun, lebih daya diperlukan untuk mengatasi inersia jasad yang berat daripada jasad yang ringan. Dengan itu otot yang besar boleh menghasilkan lebih daya daripada otot yang kecil.

Kurang daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah sesuatu jasad yang bergerak (momentumnya). contohnya hayunan bandul Dalam keadaan bergerak, jasad yang berat memerlukan lebih daya untuk memberhentikan atau mengubah arahnya ( menyerap momentumnya). Dengan ini daya diperlukan untuk memberhentikan sesuatu jasad yang bergerak atau menggerakkan jasad yang berada dalam

keadaan pegun.

Aplikasi hukum newton pertama Akitiviti sukan larian Sebelum bermulanya larian, individu tersebut berada dalam keadaan statik. Semasa memulakan lari pecut, daya dari otot kaki akan membolehkan pelari memecut dari keadaan statik.

Aktiviti harian menolak meja

Individu dan meja berada dalam keadaan pegun. Otot kaki dan otot tangan diperlukan untuk menggerakkan badan pegun. Daya dari otot-otot ini dikenakan ke atas meja dan ini akan menggerakkan meja itu. 1. 2. 3. 4. Meja pegun tidak akan bergerak dengan sendiri tanpa bantuan dari luaran. Meja bergerak sebab daya dikenakan ke atasnya. Meja dalam keadaan pegun tiada arah dan kadar pergerakan adalah sifar (0). Apabila ia bergerak, meja mempunyai arah dan kadar pergerakan.

Hukum Newton kedua Jumlah daya yang bertindak pada satu jasad adalah bersamaan dengan jisimnya didarab dengan pecutannya. Dalam bentuk persamaan hukum ini adalah F= ma

Dengan F = jumlah daya/daya m = jisim a = pecutan

Persamaan ini menyatakan apabila satu daya dikenakan kepada satu jasad, daya ini akan menghasilkan pecutan. Lebih besar daya, maka besarlah pecutannya. Daya yang kecil pula menghasilkan pecutan yang kecil. Begitu juga dengan tindakan daya yang sama besar, jasad berjisim besar akan memecut lebih kecil berbanding jasad yang berjisim kecil. Hkm newton ke3 Hukum Gerakan Newton Ketiga adalah mengenai tindakan dan tindakbalas daya ke atas dua objek yang berinteraksi secara bersentuhan. Hukum Gerakan Newton Ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas.Daya tindakan dan daya tindakbalas mempunyai magnitud yang sama tetapi bertindak pada arah yang bertentangan. Sebagai contohnya,apabila kita berjalan, tapak kaki kita menolak ke lantai ke belakang. Lantai menolak tapak kaki kita ke hadapan dengan magnitud daya yang sama. Begitu juga apabila kita berdiri, kita merasakan daya tindakbalas lantai ke atas kaki kita. Sensasi ini menyebabkan kita merasa selamat. Jika kita tidak dapat merasakan sensasi daya tindakbalas ini, kita akan merasa cemas. Tentu semua pernah merasakan keadaan ini. Misalnya jambatan kayu yang kecil yang sedang anda lalui tiba-tiba patah. Anda akan merasa cemas. Ini ialah beberapa contoh daya tindakan dan daya tindakbalas yang dijelaskan oleh Hukum Gerakan Newton Ketiga. Tokoh fizik tamaddun isalam Al-Biruni (973-1048 M) Al-Biruni seorang pengkritik yang kuat menentang fizik Aristoteles. Beliau banyak mengkritik tentang landasan asas fizik Aristoteles seperti kehipomorfan, tempat tabii bagi objek dalam bahagian alam bumi. Beliau juga menyangkal kewujudan vakum berdasarkan penalaran dan cerapan fenomenon tabii. Beliau banyak membincang dan menganalisis dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti gravity, jirim dan ruang, dan gerakan bumi. Beliau telah juga memberi sumbangan dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Dalam bidang mekanik beliau telah mengukur gravity spesifik logam dan bahan bukan logam dengan darjah kejituan yang tinggi. Beliau membincang tentang tekanan dan keseimbangan bendalir dan juga penyesakan ke atas air dari mata air. Abu Barakah al-Baghdadi (1077-1165 M) Abu Barakah al-Baghdadi seorang ahli falsafah Yahudi yang pada akhir hayatnya telah memeluk agama Islam. Beliau juga seorang ahli fikir asli yang menguasai mandala falsafah tabii. Kitabnya Kitab al-Mu`tabar mengandungi idea yang berguna untuk fizik. Beliau bukan sahaja meneruskan kritikan kepada teori Aristoteles tentang gerakan luncuran, tetapi beliau juga telah mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur. Beliau juga telah memikirkan konsep masa dari sudut lain dengan menimbangkannya sebagai sesuatu yang berhubung dengan proses yang akan berlaku daripada gerakan translasi sahaja.

Spekulasinya tentang gerakan memecut mengagumkan kerana beliau mungkin merupakan orang yang pertama menolak teori Aristoteles yang menyatakan bahawa daya malar menyebabkan gerakan seragam yang lajunya berkadaran dengan daya. Suhrahwadi Suhrahwadi menjadi pengasas Isyraqiyyin (iluminasis) dan telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau telah menolak teori Aristoteles tentang kehilomorfan. Bagi zat alam ini cahaya, dan jirim itu kegelapan tanpa cahaya. Beliau menyatakan bahawa alam bumi dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing daripada hukum gravity semesta. Al-Haitham (965-1038 M) Al-Haitham seorang ahli matematik, fizik, dan ahli astronomi. Beliau lebih terkenal sebagai pengasas dalam bidang optik. Beliau yang dikenali di Barat sebagai al-Hazen telah menulis Kitab al-Manazir yang diterjemah oleh sarjana Barat sebagai Optical Thesaurus (Kitab Optik). Dalam buku ini beliau telah menjelaskan konsep momentum yang telah dibina oleh kaum Muslim. Beliau juga telah memberi sumbangan penting kepada fizik. Ketika mengkaji gerakan, beliau telah berjumpa dengan prinsip inersia. Kajian optik beliau pula telah menjelmakan banyak pengetahuan optik sehingga optik menjadi satu disiplin yang bertertib dan tertakrif seperti sekarang. Beliau telah menggabungkan penggunaan matematik yang terperinci, model fizik yang telah difikirkan dengan teliti. Seperti Arkhimedes, beliau ahli fizik teori dan juga ahli eksperimen.Banyak eksperimen telah dilakukan olehnya seperti eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat baying-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomenon penting dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai Tritis Fizik, beliau telah menulis kajian lanjutannya tentang hukum pantulan dari permukaan satah ke permukaan cekung dan parabola. Beliau telah mengkaji aberasi sfera dan telah menyedari bahawa bagi cermin parabola, semua sinar cahaya tertumpu pada satu titik. Oleh yang demikian, cermin seperti ini diperakuinya sebagai sejenis yang terbaik untuk membakar. Untuk kajian pembiasan, beliau menggunakan kamera obskura. Dalam kajian itu juga beliau telah menghubungkan perubahan lintasan dengan perubahan halaju apabila cahaya melalui dari satu medium kepada satu medium yang lain. Hasil daripada kajian ini, beliau mencadangkan, dalam bentuk kasarnya, akan hukum masa tersingkat. Malangnya hukum ini terkenal sekarang dengan nama prinsip terkecil Fermat, walaupun Fermat menemui hukum ini pada kurun ke-17 M. Hasil daripada cerapan beliau yang teliti dan gigih beliau terjumpa dengan hukum Batlamus yang menyatakan sudut biasan berkadaran dengan sudut insiden (sudut datang atau sudut tuju) bagi sudut-sudut yang kecil. Ini hukum Snell pada sudut kecil. Perlu juga disebutkan di sini kajian beliau tentang fisiologi mata dan masalah penglihatan. Beliau telah menyangkal teori Euklid dan Batlamus yang menyatakan bahawa mata mengeluarkan cahaya. Beliau percaya sebaliknya, iaitu bahawasanya dalam proses penglihatan, cahaya berjalan dari objek ke mata, seperti yang diterima umum sekarang ini.

Abdul Rahman al-Khazini Abdul Rahman al-Khazini seorang ahli fizik yang terkenal. Asalnya beliau seorang hamba bangsa Yunani yang hidup dengan maju jayanya di Mesir pada abad ke-12 M. Beliau bekerja dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Di antara beberapa buah buku yang ditulisnya termasuklah Kitab Mizan al-Hikmah (Kitab Neraca Kebijaksanaan) yang memuatkan kerjakerjanya tentang mekanik dan hidrostatik, terutama sekali tentang kajian pusat gravity. Untuk kerja-kerja ini beliau telah menggunakan hasil kerja Arkhimedes dan juga ahli sains sebelumnya seperti al-Nairizi dan al-Biruni. Banu Musa Banu Musa keluarga ahli sains bernama Musa, iaitu Ibnu Syakir dan anak-anaknya Muhamad, Ahmad dan Hassan. Mereka telah menulis tentang mekanik dakam buku Hiyal Banu Musa. Buku ini mengandungi maklumat tentang sekitar seratus binaan alat mekanik. Buku ini juga telah menyentuh soal tentang pusat gravity dan menjelaskan operasi beberapa alat berdasarkan kepada prinsip mekanik. Berkenaan gravity, Banu Musa telah manyatakan tentang kewujudan satu tarikan yang disebut gravity menyebabkan planet-planet di langit terikat antara satu dengan yang lain dan juga jasad jatuh ke bumi. Inilah teori yang pada masa ini dikaitkan dengan nama ahli fizik Barat, Isaac Newton (1642-1727 M). KESIMPULAN Telah diperhatikan bahawa mulai abad ke-6 M. bahasa sains telah mula digunakan untuk memahami fenomenon tabii. Sebelum daripada itu penerangan tentang fenomenon dalam alam semesta ini berdasarkan kepada mitologi, iaitu berasaskan hikayat tradisi yang biasanya melibatkan kuasa sakti atau orang-orang keramat dan menggunakan idea popular berkenaan fenomenon tabii atau sosial. Bahasa sains ini meliputi penggunaan konsep sains, pemikiran rasional, prinsip, falsafah dan model mekanik. Perkara yang dicari dalam fizik seperti berikut: Prinsip tidak terubahkan yang menjadi landasan bagi fenomenon yang kelihatan berubah. Punca tunggal terhadap kegandaan benda di alam tabii. Prinsip asas ini pada dasarnya berbentuk kebendaan. Kerja-kerja mengkaji fenomenon tabii dibuat kerana manusia ingin tahu tentang kejadian alam sekitarnya dan zat yang berkuasa ke atas makhluk ciptaannya mempersoalkan kejadian alam kejasmanian ini serta mendapatkan hukum-hukumnya. Kelihatan bahawa fizik berkisar pada kajian tentang jirim dalam ruang dan masa. Dapatlah disimpulkan , bahawa disiplin fizik sebagai satu cabang sains wujud pada zaman tamadun Islam sebagai cabang falsafah tabii. Perkembangan ilmu yang dapat difahami sebagai fizik sekarang bermula dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan matematik iaitu yang mempersoalkan tentang asal usul kejadian alam, telatah alam dan hubungan dengan penciptanya. Bagi para ahli sains Islam al-Quran menjadi satu sumber ilham untuk berkecimpung dalam kajian sains. Idea-idea yang diperoleh daripada al-Quran telah memberi mereka kebolehan untuk menghasilkan beberapa teori fizik seperti dalam mekanik dan

mekanik kuantum. Asas asal teori ini telah dan masih digunakan dalam perkembangan fizik zaman ini. Inilah satu-satu contoh bagaimana cerapan renungan dan menyoal tentang alam yng sangat-sangat digalakkan oleh al-Quran membolehkan manusia meningkatkan kedudukan inteleknya ke paras yang sangat mengagumkan. Perhatikan sikap-sikap yang digalakkan oleh al-Quran inilah yang digelar sikap sains pada masa ini. Satu perkara yang dapat diperhatikan ialah (agar yang demikian membolehkan manusia mengenali Khaliqnya) tokoh-tokoh muslim yang telah memperluaskan dan menyumbangkan ilmu ini terdiri daripada mereka yang berminat dalam melaksanakan eksperimen dan mereka yang cuba menyediakan sains alam tabii yang sepenuhnya simbolik dan membatu manusia untuk merenung alam tabii sebagai teofani nama-nama kudus dan kuantiti-kuantiti kudus sebagai kebenaran yang haq, mengatasi dan melebihi daripada alam kebendaan ini. Oleh kerana kelalaian mulai abad ke-13 M, kaum muslimin sudah mulai menjauhkan diri daripada berkecimpung secara aktif dalam perkembangan sains amnya. Sebaliknya orang Barat, khususnya telah meneruskan pengembangan sains sejak Renaisans hinggalah hari ini. Satu pandangan berdasarkan perkembangan fizik hari ini yang boleh dibuat ialah hasil karjakerja para ahli sains Islam dalam fizik, terutama dalam bahagian teori ketika zaman tamadun Islam dahulu, begitu tinggi tarafnya sehingga tidak mudah difahami orang terutama sekali bagi mereka yang kurang fizik asasnya dan boleh menimbulkan kekeliruan pada kalangan orang Islam sendiri. Oleh kerana diragui bahawa kekeliruan boleh mengancam iman seseorang maka orang-orang Islam selepas abad ke-13 M mengabaikan kegiatan dalam sains. Akhirnya ini mendatangkan kerugian besar kepada umat Islam sendiri, seperti terdapat pada abad 20-an umat Islam belum mampu menandingi orang Barat dan Jepun dalam bidang sains dan teknologi. Keadaan demikian boleh berubah jika orang Islam sekarang berubah sikap dan menghidupkan semangat seperti mereka pada zaman tamadun Islam dahulu.

Anda mungkin juga menyukai