Anda di halaman 1dari 17

Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan tajuk tersebut.

Setiap orang pasti mempunyai peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Begitulah dengan diri insan yang kerdil ini. Peristiwa itu merupakan peristiwa hitam dalam hidupku. Ianya berlaku tiga tahun yang lalu sewaktu aku di tahun tiga. Peristiwa itu bermula pada suatu hari yang tarikhnya tidak lagi kuingati. Nenek sakit tenat. Mula-mulanya dia hanya demam biasa sahaja. Setelah beberapa hari, demamnya semakin melarat. Aku ingin membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi dia enggan pergi. Katanya,"Biarlah dia mati di rumah dan bukan di hospital." Aku begitu takut dengan mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh nenek. Sejak daripada kecil lagi, neneklah yang mengasuh aku. Walaupun ibu dan bapaku menghalangnya supaya tidak menjaga aku dan rehat sahaja di rumah, tetapi dia enggan. Dia berkata akulah cucu perempuan yang dia ada sekarang. Sedangkan emak-emak saudaraku ramai lagi anak perempuan. Agaknya aku yang paling rapat dengannya. Jadi akulah yang paling disayanginya. Keesokan harinya, aku berasa berat hati untuk meninggalkan nenek keseorangan di rumah. Ibu dan bapaku bekerja. Namun nenek tetap juga menyuruh aku ke sekolah. "Pergilah cu, tinggalkan nenek di rumah, nenek boleh menjaga diri sendiri. Ilmu itu penting untuk bekalan di dunia dan akhirat," kata nenek. Aku sungguh sedih mendengar kata-kata nenek. Berat sungguh langkahku ke sekolah kali ini. Aku gagahi juga melangkah setelah mendapat kata-kata perangsang daripada nenek. Kring, kring! Loceng tanda berakhir sekolah telah berbunyi. Aku sepantas kilat menyambar beg dan terus pulang ke rumah. Apabila tiba di rumah, aku amat terkejut melihat ramai orang yang berada di rumah nenek. Kemudian emak datang dan memberitahuku bahawa nenek telah pergi meninggalkanku untuk selama-lamanya. Aku memahami maksud emak. Tanpa disedari, air mataku berlinangan. Aku tidak dapat menerima hakikat itu. Emak menyuruhku bersabar dan bersyukur kerana Allah lebih menyayangi nenek. Peristiwa itu memang tidak dapat aku lupakan. Tidak hairanlah sayangku lebih kepada nenek daripada kedua ibu bapaku sendiri.

Mimpi yang menakutkan. Malam itu saya tidur awal. Mungkin akibat kepenatan bekerja di kebun siang itu. Mak dan ayah merasa hairan dengan telatah saya hari itu. Selepas solat Isyak, saya terus melayangkan tubuh di atas tilam. Entah muslihat apa yang menimpa, malam itu saya telah bermimpi diserang anjing liar.Apa yang jelas lebih 30 ekor anjing liar termasuk lima ekor anjing jadian telah mengejar saya sewaktu saya pulang dari sekolah. Dalam keadaan tidak terkawal saya terus berlari sekuat hati dan tanpa saya duga anjing-anjing buas turut mengekori saya. Dalam sekelip mata kesemua anjing liar telah mengelilingi saya membentuk satu bulatan. Saya menjadi semakin bingung. Saya cuba menjerit sekuat hati tetapi kerongkong saya seperti tertelan biji durian. Anjing-anjing liar semakin ganas semuanya dan menyalak. Tanpa saya duga kelimalima ekor anjing liar terus menerkam saya. Badan saya dirobek-robek dan kepala saya dicabut. Darah bercucuran, perut saya terburai. Hanya suara sayu yang keluar dari mulut saya. Bila saya tersedar dari mimpi, mak dan ayah sudah berada di sisi saya. Peluh berlumba-lumba keluar dari badan dan malam itu saya hanya mampu menangis.

3. Kebun sekolah saya. Hari minggu yang lalu, saya, Azman dan Ahmad bercadang untuk membersihkan kebun sekolah saya. Saya pun memberitahu hal itu kepada cikgu. Cikgu Azhan memberikan kebenaran kepada kami untuk membersihkan kebun sekolah. Kami berasa sangat gembira kerana dapat membersihkan kebun sekolah. Pada keesokan harinya, kami pun membawa barang yang diperlukan. Apabila sampai di sana, kami pun membahagikan tugas. Saya mengambil tugas memotong rumput. Ahmad mengambil tugas menyiram pokok dan Azman pula mencangkul tanah.

Tanpa membuang masa, kami terus menjalankan tugas masing-masing. Sebelum memotong rumput, saya mengisi minyak dahulu ke dalam mesin pemotong rumput. Kemudian saya menjalankan tugas saya untuk memastikan semua rumput pendek. Ahmad pula membancuh air dengan baja. Ini dapat memastikan kesegaran pokok bunga yang akan disiram nanti. Ahmad menggunakan topeng penutup muka untuk memastikan keselamatan dirinya dan alat penyiram yang sudah dipastikan selamat. Azman pula mencangkul tanah untuk dibuat batas. Batas itu akan digunakan untuk menanam berbagai jenis sayuran. Apabila batas telah siap, kami pun mula menyemai biji benih di atas batas tersebut. Kami melakukan kerja ini dengan berhati-hati. Setelah penat bekerja, kami berehat sambil makan, makanan yang dibawa dari rumah. Selepas itu kami berehat sekejap dan berborak. Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari kami pun pulang.

4. Hari yang menjadi kenangan saya. Hari itu, hari Rabu. Hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun. Malam sebelumnya, saya telah tidur lewat kerana menyemak nota-nota pelajaran. Barangkali terlalu letih dan penat, saya tertidur. Apabila saya tersedar, ruapnya jam sudah pukul tujuh pagi. Dengan kelam-kabut, saya pun segera pergi mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Seperti biasa, saya ke sekolah dengan menaiki bas. Malangnya, pada hari itu bas yang saya naiki lambat tiba di sekolah kerana berlaku kesesakan di jalan raya. Apabila tiba di dewan peperiksaan, saya sudah terlewat 15 minit. Saya dimarahi cikgu di hadapan rakan-rakan saya. Malu juga rasanya. Selepas itu, saya ke tempat duduk untuk memulakan peperiksaan. Alangkah terperanjatnya saya, apabila mendapati kotak pensil saya tertinggal di rumah. Mujur cikgu meminjamkan pennya kepada saya. Pada masa itu, masa peperiksaan telah dua puluh minit berlalu. Akhirnya, saya tidak sempat menjawab kesemua soalan yang diberi. Saya pulang ke rumah dengan perasaan sedih. Saya takut markah Sains saya dalam peperiksaan hari itu tidak lulus. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kebetulan saya tidak membawa payung. Habis basah kuyup pakaian saya.

Tiba di blok rumah, puas saya mengetuk pintu dan menekan loceng pintu tetapi emak tidak juga membuka pintu. Saya melihat jam di tangan. Hampir pukul 1.15 tengah hari. Emak pasti keluar menghantar adik ke sekolah. Kalau tidak menyinggah ke tempat lain, kirakira lima belas minit lagi emak pasti pulang. Apakan daya, saya terpaksa menunggu emak di luar rumah dengan kesejukan. MENYAMBUNGKAN /MENYUDAHKAN CERITA - Karangan jenis ini kebanyakan merupakan jenis karangan tidak terikat. - Faham betul-betul petikan yang diberikan kepada kita - Tentukan tema - Tumpukan fikiran ke arah tema yang kita pilih - Keluarkan isi dengan kaedah peta fikiran - Cantumkan pengalaman/pengetahuan sedia ada anda - Gunakan pelbagai penanda wacana agar karangan anda lebih baik 5. Lengkapkan cerita di bawah. Waktu anda sedang menunggu bas di perhentisn bas. Dua buah motosikal memecut laju dan berlumba-lumba dan cuba memotong lori yang membawa padi. Tiba-tiba....... Tiba-tiba ....,'poom....' Kedua-dua motosikal itu telah terlanggar tembok. Lori yang membawa padi itu pula tidak dapat mengawal kenderaannya dan terjerumus ke dalam longkang. Kelihatan ramai orang sedang menuju ke temapt kejadian. Aku pun tanpa berfikir panjang terus meluru ke arah lori dan motosikal itu. Kedua-dua penunggang motosikal itu mengrang kesakitan. "Aku tidak boleh berdiam diri!" desis hatiku. Lalu, dengan secepat kilat aku bergegas ke pondok telefon dan menelefon pihak bomba dan ambulans. Kemudian, aku segera menolong mengrluarkan mangsa yang tersepit. Sesungguhnya inilah pengalaman pertamaku mengeluarkan mangsa yang tersepit. Eee...., sungguh mengerikan. Tiba-tiba kami semua terbau minyak petrol. Oh! Tanpa diduga, api telah pun marak tetapi nasib baik kerana mangsa semua telah berjaya dikeluarkan.

Oleh kerana tidak mahu api menjadi marak, kami semua telah mencedok air longkang dan menyimbah ke dinding kenderaan. Bau hanyir daripada air longkang yang berkeladak itu memang tidak dapat dinafikan lagi. Tetapi, aku cuba melenyapkan perasaan geli itu kerana aku hendak menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang ahli pengakap. Setelah hampir lima minit, pihak ambulans dan bomba pun tiba. Mangsa-mangsa kemudiannya dibawa ke hospital. Aku bersyukur kerana telah berjaya menyelamatkan nyawa daripada terkorban. Selama ini, tidak sia-sialah aku menjadi seorang ahli pengakap. 1. Salin kembali perenggan yang menunjukkan penulis geli akan air longkang tetapi mencedok air tersebut juga? ____________________________________________________________________ ____ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing. 6. Senja merangkak tiba. Ibu masih belum pulang lagi. Sejak ketiadaan ayah, ibu terpaksa bekerja bagi menampung kehidupan kami berdua. Entah mengapa hari itu, ibu pulang lewat. Hatiku bertambah gusar memikirkan ibu. Sedang aku mengelamun, tiba-tiba........... (Mulakan karangan anda dengan ayat terakhir iaitu, sedang aku mengelamun, tiba-tiba .....)

terpaksa

Sedang aku mengelamun, tiba-tiba telefon berdering. Kring! Kring ! Kring! Mendengarkan telefon berbunyi, aku terus mengangkat ganggangnya. Aku diberitahu bahawa ibuku kini berada di hospital. Aku dengan segera bergegas ke hospital. Fikiranku jadi tidak menentu kerana memikirkan ibuku itu. Berbagai-bagai soalan timbul difikiranku. Ketika ibuku keluar daripada bilik kecemasan, aku terus mendapatkan doktor. Aku diberitahu oleh doktor bahawa ibuku menghidap penyakit barah otak dan tidak dapat diselamatkan. Mendengarkan berita itu, aku berasa sungguh sedih. Aku tertanya-tanya, siapakah yang mahu menjaga kami adik-beradik. Aku tidak mahu tinggal di rumah anak yatim. Aku dan adikku masih perlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Apakan daya semuanya takdir Ilahi. Tiada siapa boleh mengubahnya. Aku hanya pasrah. Hari demi hari aku mengenangkan nasibku dan adikku ini. Keadaan aku dan adikku tidak terurus. Setelah itu, berbagai-bagai rintangan yang aku hadapi. Ibarat `Sudah jatuh ditimpa tangga. Aku tetap bersabar kerana ini mungkin dugaan Ilahi terhadapku dan adikku. Setelah berbulan-bulan lamanya, ada sebuah keluarga yang simpati terhadap aku dan adikku. Mereka mengambil aku dan adikku sebagai anak angkat. Aku dan adikku dilayan dengan penuh kasih sayang. Kami hidup dalam penuh kegembiraan. Namun begitu, jasa dan pengorbanan ibu bapaku tidak dapat aku lupakan. Tanpa mereka, siapalah diriku ini. 1. Salin kembali perenggan yang menyatakan ibu penulis menghidap barah otak ?

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing.

7. Sudahkan cerita di bawah. Selepas keletihan bermain bola sepak ,aku pulang dalam keadaan tergesa-gesa kerana hari hampir malam. Tiba-tiba tayar basikalku pecah. Aku mula.......... Aku mula panik dan hampir nak menangis. Tapi aku perkuatkan semangatku dengan berkata kepada hatiku. Aku adalah anak lelaki. Anak lelaki tak boleh takut. Pujuk hatiku lagi. Hujan mula turun dengan renyai-renyai. Aku menolak basikal ke bawah sepohon pokok yang rendang untuk berteduh dari hujan. Hatiku berdoa agar ada kenderaan yang lalu di jalan itu. Tapi 30 minit sudah berlalu, tiada sebuah kenderaanpun yang lalu di situ. Hujan semakin lebat. Dalam keadaan hujan yang menggila dan diikuti petir dan guruh. Aku dapat melihat satu cahaya lampu dalam keadaan samar-samar.. Ya, kalau ada lampu tentu ada rumah dan berpenghuni. Bisik hatiku. Tentu dia dapat menolongku, sekurang-kurangnya untuk berteduh dari hujan ini. Aku terus menolak basikalku meredah hujan dengan harapan penghuni rumah itu dapat menolongku. Apabila aku sampai di situ, aku dapati kawasan sekeliling rumah itu dan halamannya amat kotor sekali. Ini menimbulkan kecurigaan dalam fikiranku. Aku mula melangkah dengan berhati-hati memasuki kawasan rumah itu. Basikal aku tinggalkan agak jauh dari kawasan rumah itu. Aku cuba mengintai melalui tingkap rumah itu yang kebetulan cerminnya telah pecah. Sebelum sempat aku mengintai, telingaku dapat menangkap suara dari dalam rumah itu. Suara itu kasar dan parau. Operasi kita kali ini amat berjaya. Cuaca yang tidak menentu ini telah banyak membantu kita, kata suara itu. Apa tindakan kita selanjutnya bos, satu suara lagi menyampuk. Dadah ini akan kita edarkan esok kepada semua orang kita, kata suara yang kasar dan parau itu lagi. Baik bos, jawab semua suara yang berada di dalam rumah itu serentak. Berdasarkan bunyi suara itu aku dapat mengagak bahawa sekurangkurangnya lima orang berada di dalam rumah itu. Tapi, malam ini kita berehat dulu, esok kita mulakan tugas, kata suara itu memberi arahan. Jantungku mula berdenyut kencang. Apa aku harus buat sekarang. Aku mesti hubungi polis. Ya, aku mesti hubungi polis. Akupun menyelinap keluar dari kawasan rumah itu. Basikalku, kusorokkan agar tidak dapat dikesan oleh mereka. Aku mula berlari-lari anak

di tepi jalan. Bila letih, aku berjalan dan kemudian aku berlari lagi. Nasibku agak baik kerana sebuah kereta telah lalu di situ. Tanpa berlengah lagi aku terus menahan kereta tersebut. Aku meminta pemandu tersebut menghantar aku ke balai polis yang berdekatan. Aku menceritakan segala apa yang aku dengar dan nampak kepada anggota polis yang bertugas. Kemudian salah seorang anggota polis itu telah menelefon ke rumahku memberitahu keluargaku bahawa aku berada dalam jagaan mereka dan akan dihantar pulang sebentar lagi setelah selesai membantu anggota polis. Sekumpulan anggota polis unit UTK telah dikerahkan ke tempat itu dengan berpandukan pelan yang telah aku berikan. Semua pengedar dadah itu telah dapat diberkas. Kebetulan semasa serbuan dibuat, semua pengedar itu sedang tidur dan berkhayal kerana telah mengambil dadah. Jadi mudahlah anggota polis memberkas mereka tanpa masalah. Kemudian salah seorang anggota polis itu telah menghantar aku pulang. Akupun menceritakan segala-galanya kepada ayah dan ibuku. Basikalku telah dihantar kepadaku pada keesokan harinya. Aku juga telah diberi sijil penghargaan oleh pihak polis dan wang sebagai saguhati. Aku gembira kerana dapat berbakti kepada negara yang tercinta. 1. Perenggan manakah yang membuktikan penulis telah menghubungi pihak polis ? Salin kembali perenggan tersebut ? ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing. 8. Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan perenggan yang berikut.

Pertemuan itu terpaksa berakhir apabila siren kereta api berbunyi. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Mak Minah sekeluarga. Aku berjanji akan mengirim berita kepada keluarga Mak Minah apabila berada di bandar nanti. Pagi itu aku sibuk mengemaskan barang-barang yang hendak dibawa. Mak Minah dan Pak Yusof turut sama membantu. Anak-anak mereka Ecah dan Shikin mengikut ke mana sahaja aku pergi. Dua minggu berada di rumah mereka, aku berasa sungguh seronok. Ayah dan ibu sengaja menghantar aku ke sini semasa cuti sekolah supaya aku dapat mengenali cara hidup di kampung. Banyak pengalaman yang kuperoleh. Aku pergi ke bendang untuk menuai padi dan ke sungai menangkap ikan. Setiap petang, aku bermain layang-layang dengan Ecah dan Shikin serta kawan-kawan. Kadang-kadang Mak Minah marah apabila melihat bajuku dan Ecah comot-momot. Oleh itu dia tidak lagi membenarkan kami mengikutinya ke bendang. Bagaimanapun, kami mencuri-curi pergi juga. Aku suka ke sanakerana dapat belajar membuat seruling. Sungguh merdu irama tiupan seruling daripada batang padi itu. Pernah sekali kakiku digigit lintah. Aku pun menjerit sehingga hampir pengsan apabila mendapati binatang itu tidak mahu tanggal walaupun akucuba menarik lintah itu berkali-kali. Mujur Mak Minah dapat membuang lintah itu. Sejak itu aku tidak berani lagi masuk ke dalam bendang. Aku hanya bermain-main sahaja di tepi. Kalau dah siap, elok berangkat sekarang. Kereta api bertolak jam 8.00 pagi, kata Pak Yusof. Kami sekereta pun bertolak menuju ke stesen kereta api. Apabila tiba di rumah nanti, sampaikan salam kami kepada emak dan ayah. Farah jangan lupa menulis surat, ya! kata Mak Minah sambil mengusap-usap rambutku. Baik, Mak Minah. Farah akan sentiasa ingat akan kampung ini. Apabila ada cuti, Farah akan datang lagi. Aku menangis sambil memeluk Mak Minah. Pertemuan itu terpaksa berakhir apabila siren kereta api berbunyi. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Mak Minah sekeluarga. Aku berjanji akan mengirim berita kepada keluarga Mak Minah apabila berada di bandar nanti.

1.

Salin kembali perenggan yang mempunyai perkataan Kereta api ?

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing. 9. Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan perenggan yang berikut. ...Pada malam itu pihak polis telah berjaya menagkap kesemua ahli geng pecah rumah itu. Sejak itu penduduk kampung tidak cemas lagi akan kes kecurian yang semakin berleluasa. Selepas mendirikan khemah, Zahid dan Rashid pun pergi mencari kayu api manakala Leong dan Rajesh mengemaskan barang-barang. Sambil mencari kayu api itu, Zahid dan Rashid sempat memetik beberapa kuntum bunga yang cantik dan tumbuhtumbuhan. Bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan itu untuk dibuat kajian. Dalam perjalanan pulang ke khemah, mereka terdengar bunyi ranting patah tanda dipijak orang. Mereka pun bersembunyi segera kerana bimbang kalau-kalau bunyi binatang buas. Sejurus kemudian, muncul tiga orang lelaki lalu di hadapan tempat persembunyian mereka. Setiap orang memikul sebuah peti. Salah seorang daripada lelaki itu dikenali oleh mereka. Dia ialah Abang Zuki, penagih dadah di kampung mereka. Bagaimana Abang Zuki boleh berada di sini? tanya Rashid kepada Zahid separuh berbisik. Syyy.... jangan bimbang. Aku rasa mereka kumpulan jahat. Cuba lihat, mereka tergesa-gesa sahaja, kata Zahid.

Mari kita beredar dari sini, kata Rashid sambil menarik tangan Zahid. Semasa tiba di khemah, Rajesh memberitahu ayahnya, Inspektor Bala akan peristiwa semasa mereka berkhemah di hutan tadi. Pada malam itu pihak polis telah berjaya menangkap kesemua ahli geng pecah rumah itu. Sejak itu penduduk kampung tidak cemas lagi akan kes kecurian yang semakin berleluasa. 1. Salin kembali perenggan yang mempunyai perkataan Dadah ?

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. Tuliskan kembali isi-isi tentang karangan di atas dalam bentuk peta minda di dalam buku latihan masing-masing. 10. Akhiri karangan kamu dengan ...selepas kejadian itu, saya berasa insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Saya memang suka makan makanan ringan. Di sekolah dan di rumah, saya selalu dileteri oleh ibu bapa dan kawan-kawan agar jangan makan makanan ringan terlalu banyak tetapi saya langsung tidak mempedulikan nasihat mereka. Saya makan sebegitu makanan ringan sehingga saya jarang menjamah masakan ibu. Pada suatu hari saya muntah-muntah dan badan saya berasa begitu lemah dan saya di hantar ke hospital. Ayah dan ibu begitu bimbang tentang keadaan diri saya kerana punca sakit saya tidak diketahui.

Selepas beberapa ujian dilakukan, doktor mengesahkan bahawa badan saya kekurangan zat makanan. Ini disebabkan saya makan terlalu banyak makanan ringan yang tidak berzat itu sehingga badan saya menderita kerana tidak mendapat zat-zat yang diperlukan. Saya terkejut dan berasa takut apabila mendengar penjelasan doktor. Kini saya sedar perbuatan memakan makanan ringan itu hampir meragut nyawa saya. Selepas kejadian itu, saya berasa insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. 11. Lengkapkan karangan di bawah ini: Hujan semakin lebat. Aku melihat jam di tangan. Aku teringatkan .............. Hujan semakin lebat. Aku melihat jam di tangan. Aku teringatkan mak di rumah. Mak sakit tenat. Namun kerana UPSR kutinggalkan mak seorang diri. Hari ini adalah hari terakhir peperiksaan UPSR. Andainya aku gagal atau tidak hadir untuk hari ini, semuanya akan musnah. Aku semakin takut. Guruh sambung-menyambung. Katak-katak pun terus berpesta. Bas terakhir baru beredar. Aku semakin serba salah. Kuredahi hujan yang menggila. Dengan susah payah akhirnya aku tiba di rumah. Bersama hujan renyai-renyai air mata tumpah ke pipi. Tubuh mak sudah kaku. Muka mak sudah biru. Mak telah pergi bersama hujan tadi. Kini aku pasrah. Tanpa emak, tanpa ayah dan tanpa sesiapa kutanam sebuah tekad. Teruskan kehidupan, teruskan perjuangan biarpun nanti aku terus sendiri. 12. Lengkapkan karangan yang berakhir dengan ayat Sejak hari itu, aku menyimpan satu tekad. Aku akan mematuhi segala kata ibu dan bapa. Aku memang seorang anak yang nakal. Semua orang mengakui kenakalanku. Emak,abah, kakak Long, Angah serta tuk hanya menggelengkan kepala melihat telatahku. Segala nasihat mak tidak pernah kuendahkan. Biarpun tubuhku sudah sejuta berbaris dek libasan rotan mak, namun aku tetap melakukan kesalahan. Suatu pagi yang suram, hujan turun renyai-renyai. Emak dan abah tidak ke kebun. Tanpa membuang masa aku terus menuju ke anak sungai di belakang rumah. Air pasang

penuh. Aku cukup seronok. Tanpa aku sedar air semakin dalam. Aku terus menjerit. Tuk mendengar jeritanku. Tuk terus terjun ke dalam sungai. Tuk capai tanganku. Selepas itu aku tidak sedar lagi. Aku pengsan. Aku tersedar dari pengsan. Telingaku mendengar suara orang mengaji. Kulihat ada sebujur tubuh kaku di ruang tamu. Aku meraung sekuat hati. Tuk sudah tiada lagi. Dia lemas sewaktu menyelamatkan aku. Mak menyabarkan aku. Aku merasa cukup berdosa pada tuk. Bila kurenung sungai itu, aku terbayang wajah tuk dan yang pasti air mata akan tumpah sederas air yang mengalir. Sejak hari itu, aku menyimpan satu tekad. Aku akan mematuhi segala kata ibu dan bapa.

13. Lengkapkan karangan yang bermula dengan ayat Sudah puas aku menyusuri denai ini. Kulabuhkan punggung di perdu pokok. Tiba-tiba ............ Sudah puas aku menyusuri denai ini. Kulabuhkan punggung di perdu pokok. Tibatiba tekakku menjadi haus. Sayup-sayup terdengar air mengalir. Kukumpul seluruh tenaga untuk meneruskan perjalanan. Tubuhku terasa ringan. Aku terus terduduk di tepi sebatang anak sungai. Matahari semakin terik. Pada perkiraanku sudah seminggu aku tersesat di belukar ini. Mak pasti risau. Aku teruskan perjalanan. Tiba di lereng bukit, aku terjatuh lalu pengsan. Bila aku sedar, aku berada di sebuah pondok usang. Seorang tua sedang mengubati aku. Aku tidak mampu berkata-kata. Hanya mata kuyuku yang melihat dari sudut ke sudut. Keesokan harinya Pak Dol, dukun orang asli, membawa aku ke pekan. Rupanya berita kehilanganku sudah tersebar luas. Kebetulan waktu itu mak dan ayah berada di bali polis. Mak terus meluru ke arahku. Mak meraung sekuat hati. Tanpa segan silu mak mencium pipiku yang kotor. Keesokan harinya mak buat kenduri kesyukuran. Mak buat pulut kuning kegemaranku. Aku rasa gembira kerana mak tiriku sudah tidak membenciku lagi. Dia berjanji

padaku, Mak akan pelihara kamu seperti mak jaga ayahmu. Aku tersenyum, air mataku tumpah ke pipi. 14.Ada sinar untukku. Kadang-kadang aku terfikir, apa gunanya hidup jika asyik menyusahkan orang sahaja. Memang aku beruntung kerana masih dapat melihat dan kedua-dua belah tangan ini masih berfungsi. Tetapi apa gunanya jika kedua-dua kakiku kudung? Selama tiga tahun aku mengikuti kelas kemahiran di Sekolah.Orang-orang Cacat. Sesudah keluar masih tidak juga berubah. Aku masih begini, makan dan minum dilayan. Mahu mencari kerja, siapa yang mahu orang seperti aku ini? Apa yang engkau menungkan, Azli? Sejak lahir lagi, kaki kau sudah seperti itu, tidak guna menyesali takdir. Lihat di sekeliling, ramai orang lebih susah, lebih malang. Selagi kau mempunyai otak, boleh berfikir, tak ada kurangnya. Petang itu, aku meminta emak pergi ke pasar untuk meninjau kawasan bagi memulakan perniagaan. Kata emak, barang-barang pertukangan tangan mempunyai pasaran yang bagus. Malah, hasilnya selalu memikat hati pelancong. Bagi mengenal pasti tempat perniagaan, beberapa buah kedai itu dikunjungi. Tiba di sebuah kedai, dadaku berdetak kencang. Benarkah? Kenapa terperanjat? Tanya Misbun. Bukankah enam bulan dahulu sebelum meninggalkan Sekolah Orang-orang Cacat kita telah berjanji untuk memulakan perniagaan. Sebab itu, tanpa mengejar masa, aku terus memulakan perniagaan aku ini. Kata-katanya membuatkan aku terasa begitu kecil. Aku tidak harus menyalahi takdir yang telah ditentukan ke atasku. Cahaya kejayaan tetap ada untuk orang-orang yang bernasib malang sepertiku ini.

15. Pengalaman berniaga di kedai buah. Loceng berdering. Aku pun bangun secepat kilat lalu mencapai tuala mandi. Selepas membersihkan badan, aku pun bersarapan dengan penuh nafsu. Kebetulan pagi itu ayah

bersarapan denganku. Aku menggunakan peluang ini untuk meminta izin ayah untuk ke rumah Pak Long. Ayat bertanya hasratku kenapa dengan tiba-tiba hendak ke rumah Pak Long. Aku menyetakan kepada ayah bahawa Pak Long ada mengutuskan suratkepadaku menyatakan ia memerlukan pembantu di gerai buah-buahannya. Aku menyambung, lagipun ayah, kan musim cuti sekolah telah bermula. Ayah membenarkanku pergi dan bertanyakan berapa lama aku akan berada disana. Lebih kurang sebulan ayah, jawabku. Setelah mendapat keizinan, aku meminta kebenaran ayah untuk mengemas pakaian. setelah bersiap, ayah menghantarku ke stesen bas. Lebih kurang 10 minit, bas pun beredar. Sepanjang perjalanan ke rumah Pak Long aku dapat melihat pemandangan yang amat menarik sekali. Maklumlah inilah kali pertama aku ke pantai timur. Hampir enam jam berada di dalam bas, aku pun tiba ke stesen bas Kota Bharu. Pak Long telah siap menantiku dengan senyuman yang lebar. Semasa dalam perjalanan ke rumah Pak Long aku dapat melihat dusun buah-buahan yang begitu banyak sekali buahnya dan terjaga dengan rapi dan bersih. Aku begitu kagum dengan masyarakat di sana. Lebih kurang 10 minit kami pun tiba di rumah. Mak Long amat seronok melihat aku, maklumlah telah lama benar tidak bersua denganku. Petang itu juga aku mengikut Pak Long ke gerai buahnya. Walaupun letih, aku gagahi jua untuk ke sana. Aku melihat bermacam-macam jenis buah-buahan tempatan dijual di gerai Pak Long. Semuanya buah-buahan tempatan. Lebih kurang pukul 8 malam Pak Long menutup gerai buah-buahannya. Kami pun pulang. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Aku tidak sabar lagi untuk menolong Pak Long di gerainya. Selepas sarapan ala kadar, kami pun bertolak ke kedai. Sampai sahaja ke kedai, aku tidak berlengah lagi lalu mencapai penyapu dan menyapu lantai gerai. Kemudian aku megambil pam air dan merenjis buah-buahan dengan air supaya kelihatan segar. Pak Long tersentun melihat gelagatku itu. Pelanggan mula datang. Aku mula melayang pelanggan. Gerai mula menjadi hingar bingar dengan suara pelanggan yang meminta itu dan ini. Aku mula panik. Mujurlah Pak Long datang membantuku. Lama-kelamaan aku menjadi seronok dan biasa dengan keadaan itu. Celoteh pelanggan juga menjadi penghibur diriku. Kadang-kadang aku hanya mampu tersenyum sahaja. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tanpaku sedari kini telah sebulan aku berada di kampung Pak Long dan ini bererti aku telah membantu Pak Long selama sebulan

juga

di

kedainya.

Sebelum

pulang

Pak

Long

telah

memberi

upah

kepadaku.

Aku cuba menolaknya tetapi dipaksa juga oleh Pak Long. Untuk belanja sekolah katanya.Setelah tiba di rumah aku menceritakan pengalamanku itu kepada ayah. Ayah tersenyum sinis. Bagi diriku, aku tidak akan dapat melupakan pengalaman membantu Pak Long meniaga di gerai buahnya. 16. Ceritakan pengalaman anda telah diusik oleh hantu. Seperti lumrahnya hidup ini, setiap orang mesti mempunyai pengalaman sama ada gembira, sedih, lucu, dan sebagainya. Tidak terkecuali insan yang kerdil ini. Aku mempunyai pengalaman yang menakutkan, iaitu diusik oleh hantu. Pengalaman inilah yang akan aku kongsi bersama-sama dengan anda di bawah ini. Hari ini merupakan hari minggu. Selalunya pada hari yang begini, aku akan mengisi masa lapangku dengan memancing ikan. Jadi pada pagi itu, akupun bersiap-siap untuk pergi memancing. Kali ini aku akan memancing ditempat yang diberitahu oleh Pak Leman, jiran sebelah rumahku yang kegemarannya sama denganku. Kata Pak Leman kawasan itu banyak ikan tetapi agak sunyi. Pak Leman memberi petua kepadku untuk ke sana. Aku sudah bertekad, hari ini aku mesti pergi ke tempat itu. Setelah siap bekalan dan peralatan memancing, akupun bertolak dengan mengayuh basikal kesayanganku. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, akupun tiba di kawasan itu. Memang betul kata Pak Leman, kawasan itu sunyi dan menyeramkan. Ah, persetankan semua itu! kata hatiku. Yang penting kali ini aku mesti dapat ikan yang banyak supaya tidak diejek oleh abang dan kakak seperti dahulu. Aku memilih satu kawasan yang redup dan berdekatan dengan lubuk. Pokok-pokok yang rendang dan besar tambah menyeramkan lagi suasana di situ. Aku mula memasang umpan dan memancing. Ikan tidak henti-henti hinggap di mata kailku. Aku makin galak memancing. Aku tidak sedar yang cuaca mula berubah dan hujan mula turun renyai-renyai. Aku terkejut apabila mendapati jam tangan menunjukkan hampir pukul 7.00 malam. Tiba-tiba telingaku menangkap suara kanak-kanak menangis. Aku memasang telinga untuk memastikan dari arah mana datangnya suara itu. Suara itu semakin lama semakin perlahan dan amat sayu. Lampu suluh di tanganku mula bergetar. Aku mula merasa seram.

Apabila aku mendongakkan kepalaku ke atas. Aku dapati bahawa sebenarnya, suara itu adalah suara langsuir yang sedang bermain-main di celah-celah pohon yang besar itu. Langsuir itu memandang saya dengan satu pandangan yang amat menggerunkan. Mata merah menyala, kukunya amat panjang dan rambutnya yang panjang itu dibiarkan mengerbang. Sungguh menyeramkan. Langsuir itu mula mengilai dengan galaknya. Apa lagi, aku terus membuka langkah seribu. Apa yang ada di hadapanku terus ke rempuh. Tiba-tiba pandanganku menjadi gelap. Aku tidak ingat apa-apa lagi. Apabila aku membuka mata, aku dapati aku telah berada di rumah. Aku terus menangis dan bersyukur kepada Allah. Rupa-rupanya aku telah dijumpai oleh Pak Leman dalam keadaan pengsan di dalam hutan itu. Pak Leman telah ke sana setelah ibuku memberitahu Pak Leman bahawa kau tidak pulang dari memancing sejak dari pagi tadi. Aku benar-benar berterima kasih pada Pak Leman dan berjanji tidak akan melakukan sesuatu yang bodoh lagi. Pengalaman ini telah mengajar aku segala-galanya.

Anda mungkin juga menyukai