Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Penghijrahan Nenek Moyang Kaum Cina

Menurut catatan sejarah, perhubungan antara Negara China dengan Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama menerusi kegiatan perdagangan. Pada peringkat awal, kedatangan para pedagang cina ke Tanah Melayu bukan bertujuan untuk membuka petempatan, tetapi untuk menjalankan aktiviti perniagaan semata-mata. Tambahan pula, pada masa itu wujud hubungan diplomatic yang baik antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Tanah Besar China. Apabila berlaku campur tangan Inggeris di Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), dan Negeri-negeri Selat (1826), bermula satu lembaran baru kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Pihak British membawa masuk dan menggalakkan kedatangan orang Cina untuk bekerja dan menjadi buruh kasar untuk kepentingan mereka. Pihak British amat berminat dengan buruh dari Negara China kerana bayaran upah adalah rendah dan orang Cina terkenal dengan sikap rajin bekerja. Penghijrahan beramairamai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Pada masa itu, kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari selatan Tanah Besar China seperti Kwangtung, Fuchien dan Kwangsai. Mereka berhijrah berdasarkan dialek daerah. Oleh itu, imigran Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu mempunyai dialek yang berlainan seperti dialek Canton, Hokkien, Hakka, Hailam, Kwangsi dan Teowchew. Kawasan tumpuan mereka di Tanah Melayu kerana mempunyai peluang ekonomi yang cukup luas dan memberangsangkan. Kepesatan kedatangan imigran Cina dapat dilihat pada tahun 1891 di mana hampir separuh penduduk di Perak, Selangor, dan Sungai Ujong terdiri daripada orang Cina. Sekitar tahun 1895 hingga 1927, dianggarkan kira-kira seramai enam juta orang Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu. Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran seperti kesengsaraan hidup di Negara China, bencana alam yang berleluasa di Negara China, ketidakstabilan politik dan ekonomi di Negara China, terdapat pelbagai kemudahan untuk berhijrah, pertumbuhan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu serta kestabilan politik di Tanah Melayu.

Faktor faktor Penghijrahan Nenek Moyang Kaum Cina

Faktor Tarikan (Luaran) Kekayaan Ekonomi Tanah Melayu Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing Kestabilan Politik

Kekayaan Ekonomi Tanah Melayu Perkembangan dan kemajuan ekonomi yang pesat kesan daripada RevolusiPerindustrian Peluang ekonomi & Keperluan tenaga buruh menjayakan perusahaan bijih timah disamping peluang-peluang perniagaan yangbanyak di kawasan bandar terutamanya. Peluang untuk mengerjakan pertanian dibawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkanlagi kedatangan orang-orang Cina.

Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikanuntuk menggajikan buruh asing Proses penghijrahan kaum Cina dilakukan melalui beberapa sistem, antaranya ialah melalui Sistem Tiket Kredit yang diusahakanoleh kelompok Cina yang lebih dikenalisebagai kongsi gelap. Sistem Kangcu turut diperkenalkan olehTemenggung Ibrahim di Johor untukmenggalakkan orang Cina berpindah danmenetapkekaldiJohor.

Kestabilan Politik Kestabilan politik adalah hasil daripada dasarpemerintahan British yang liberal menjadisalah satu faktor penarik. British menyediakan pelbagai kemudahanseperti subsidi tambang dan sebagainyamemandangkan keperluan tenaga buruh yangmurah dan banyak. Mewujudkan banyak peluang pekerjaan danmenarik minat orang Cina untuk datang keTanahMelayu.

Faktor Tolakan ( Dalaman) Kejadian bencana di negara asal Keadaan politik yang tidak stabil di Negara asal imigran Lebihan penduduk dan kekurangan bekalanmakanan

Kejadian bencana di negara asal Bencana alam yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya menyebabkan penderitaan yang amat teruk ke ataspenduduknya. Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan akibat bencana alam Berlaku kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi.

Keadaan politik yang tidak stabil dinegara asal imigran Keadaan huru-hara di bawah pemerintahan Manchu. Kekacauan, pembunuhan dan kekejaman sering terjadi dan tidak terkawal. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu.

Lebihan penduduk dan kekuranganbekalan makanan Pertambahan mahupun lebihan pendudukyang tidak terkawal telah menyebabkanpermintaan untuk memenuhi kekosongantenaga kerja sama ada dalam bidangprofesional ataupun tidak melebihi kuantitipenawaran pekerjaan oleh kerajaan China. Pertambahan penduduk yang tidak seimbangdengan pembukaan tanah pertanian turutmenyebabkan hasil pertanian tidakmencukupi.

Anda mungkin juga menyukai