Anda di halaman 1dari 117

PENGERTIAN SOSIO Menurut kamus dewan edisi ke-4, m/s 1301 : Segala berkaitan dengan masyarakat.

Berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang. PENGERTIAN BUDAYA Menurut kamus dewan edisi ke-4, m/s 212 : Adalah satu tamadun,peradaban, kemajuan berfikir,akal budi (cara berfikir,berkelakuan).

PENGERTIAN SOSIO-BUDAYA
Amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu.

PENGERTIAN SOSIO-BUDAYA ISLAM


Amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir dari akidah dan petunjuk Islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai Allah SWT.

BANGSA

BAHASA

STRUKTUR MASYARAKAT/ KELAS SOSIAL

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

ADAT RESAM

KEPERCAYAAN

JANTINA

Pakaian : Baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat.. Makanan : Laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak.. Permainan : Congkak, gasing, wau.. Alat muzik : Kompang, gong, rebana, gambus.. Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri, Hari Raya Haji Tarian : Tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin. Kepercayaan : Agama Islam Bahasa : Bahasa Melayu

Pakaian : Cheongsam, Sam fu..


Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien.. Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum. Permainan : catur cina Alat muzik : gitar bulan, dram, Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung.. Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung.. Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu, Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei.. Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, ,, Christmas, Hari Raya Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam

CINA MELAYU

INDIA

Malaysia adalah negara pelbagai budaya dan agama yang menghasilkan pelbagai warna kepada kehidupan. Animisme merupakan agama paling awal dan primitif. Secara amnya setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu, Cina beragama Buddha. Pegangan dan ideologi setiap agama yang berbeza.

ISLAM
Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w sekitar kurun ke 7 masihi. Orang Islam mengisytiharkan keislaman mereka dengan berlandaskan Rukun Islam dan Rukun Iman. Kepercayaan umat Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Umat Islam meraikan 2 eid. Aspek Kepercayaan lain : Mana, mentera dan jampi, sihir dan tilik, bomoh /pawang/dukun

HINDU
Tamadun Indus bermula 3 ribu tahun s.m ; beberapa aspek agama Hindu juga dipercayai telah wujud pada zaman silam itu. Penganut Hindu memuja dewa dan dewi seperti Dewa Siva, Dewa Krishna dan lain-lain. Penganut Hindu juga mempercayai penjelmaan semula mengikut kebaikan atau keburukan yang dilakukan. Mereka meraikan perayaan Deepavali

CINA
Kebanyakan orang Cina mengaku beragama Buddha atau Confucianisme. Mereka juga mempercayai kuasa dewa dan dewi. Versi Taoisme paling popular dan dianggap sebagai agama rakyat. Mereka meraikan Permulaan Tahun Baru.

KRISTIAN
Dikesan gereja pertama di Malaysia dibina di Melaka selepas 1511 oleh orang Portugis. Apabila belanda menakluki Melaka pada 1641 mereka telah mengubah gereja mengikut fahaman Protestan. Awal kurun ke19, kegiatan mubaligh Kristian berkembang ke Sarawak dan Borneo Utara.

ANIMISME
Mempercayai alam semula jadi sebagai tuhan. Penganut animisme di semenanjung Tanah Melayu dan Borneo menyembah pokok-pokok besar. Mereka mempercayai bencana yang terjadi berpunca daripada kemarahan tuhan mereka.

TAHYUL
Rakyat Malaysia yang berbahasa Cina mempercayai pelbagai perkara tahyul yang berkaitan dengan angka. Ia juga bergantung loghat yang bermacam-macam. Kebanyakan kepercayaan tahyul berkaitan dengan kelahiran dan kematian.

KUASA AJAIB
Kebanyakan rakyat Malaysia yang berpelajaran tidak percaya kepada tahyul tetapi mempercayai tukang sihir, pawang dan lain-lain. Mereka kurang mempercayai pengamal kesihatan yang ada.

Di Asia Tenggara, ramai negarawan mempunyai tukang tilik peribadi sebagai penasihat dalam pelbagai masalah. Bagi masyarakat Hindu, mereka amat mempercayai kepercayaan seperti ini begitu juga dengan masyarakat Cina. Pakar astrologi amat dihormati tetapi agama Islam dan Kristian tidak menyenangi amalan ini

ASTROLOGI DAN TILIK NASIB

SULTAN
Institusi sultan dalam kaca mata orang-orang Melayu merupakan satu rujukan kepada kekuasaan dan kekuatan yang ada pada individu yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai sultan. Dalam hal ini sultan sering kali ditanggap sebagai seseorang yang mempunyai kuasa yang begitu teguh. Ini sering kali dikaitkan dengan konsep bahawa sultan itu sebagai wakil tuhan. Dengan kepecayaan ini, seseorang individu merasakan menderhaka kepada sultan akan membawa padah yang amat dahsyat. Konsep ketuhanan ini telah berakar umbi sejak masyarakat Melayu dipengaruhi oleh unsur agama Hindu dan seterusnya disenyawakannya dengan unsur-unsur Islam. Dalam hal ini, Sultan dianggap sebagai khalifah atau wakil Allah dalam memimpin masyarakat Islam. Sultan dianggap sebagai imam dalam memimpin rakyat ke arah kesejahteraan.

PEMBESAR
Dalam sistem politik melayu, pemerintahannya dijalankan bersama oleh sultan dan pembesar. Pembesar-pembesar yang menjalankan tugas pemerintahan ini dilantik oleh sultan. Di Negeri Sembilan Yang Dipertuan Besar tidak melantik pembesar, tetapi disebaliknya, Undang Luak yang bermuafakat untuk melantik Yang Dipertuan Besar. Begitu jugalah seterusnya bagi jawatan Undang ia akan dilantik oleh anak buahnya.

Di negeri-negeri yang mengamalkan adat Temenggong Sultan berkuasa untuk melantik para pembesarnya. Pelantikan para pembesar ini pula mempunyai pelbagi peringkat seperti: 1) Pembesar di peringkat pusat iaitu yang menjawat jawatan di istana. 2) Pembesar Daerah yang pelantikannya dilakukan oleh sultan serta menguasai daerah-daerah yang diberi mandat oleh sultan. 3) Pembesar kampung yang pelantikannya dilakukan oleh pembesar daerah yang mendapat kuasa daripada sultan. Biasanya taat setianya diberikan lebih kepada pembesar daerah jika dibandingkan dengan sultan.

PEMBESAR PUSAT
Dalam kategori ini pembesar-pembesar yang dilantik memegang jawatan-jawatan berikut :
i. ii. iii. iv. v. Bendahara Temenggong Laksamana Penghulu Bendahari Shahbandar

PEMBESAR DAERAH
Pembesar daerah meguasai sesebuah kawasan dan dilantik memegang jawatan oleh Sultan melalui surat taulaih dan alat-alat kebesaran yang dilambangkan sebagai penurunan kekuasaan sultan kepada pembesar. Dengan kekuasaan yang ada pada pembesar mereka beperanan dan menentukan corak pentadbiran politik melayu dalam daerah yang dikuasa mereka.

1) 2) 3) 4) 5) 6)

Dalam hal ini secara umumnya peranan yang dimainkan oleh para pembesar mirip tugas yang dijalankan sultan, tetapi ia hanya diakui kekuasaannya oleh rakyat yang berada di dalam daerahnya sahaja. Dalam menganalisis peranan pembesar ini kita dapat lihat dari aspek yang berikut: Kuasa dan kekuasaan Pemugut cukai dan hasil pendapatan Keselamatan Penghakiman Ketua daerah Keturunan

STRUKTUR ORGANISASI MASYARAKAT


RAJA PEMBESAR ULAMA

PEMBESAR DAERAH

RAKYAT

TUKANG / PETANI / HAMBA

STRUKTUR MASYARAKAT DALAM ERA CAMPUR TANGAN INGGERIS


Fungsi Pembesar sebagai pemerintah bertukar kepada kakitangan kerajaan yang dibayar upah bulanan. Tarafnya hampir sama dengan rakyat biasa dalam era tradisi Residen Inggeris (Residen sebagai Penasihat Raja atau Raja sebagai penasihat Residen atau Residen yang menjalankan pemerintahan negara.

RAJA
Fungsi rakyat tidak sahaja sebagai orang suruhan tetapi boleh menjadi pentadbir seperti menjadi Pegawai Daerah.

PEMBESAR

ULAMA

PEMBESAR DAERAH

RAKYAT TUKANG / PETANI / HAMBA

ADAT PEPATIH
Demokrasi wujud hak dan kuasa rakyat. Pemilihan kepimpinan dari bawah. Dari aspek pewarisan harta, terdapat tiga jenis pewarisan harta iaitu harta bawaan, harta warisan atau pusaka, dan harta sepencarian. Harta bawaan ialah harta yang dipunyai dan dimiliki oleh seseorang individu sebelum perkahwinan. Jika berlaku penceraian masing-masing boleh membawa hartanya . Harta warisan atau pusaka. Dalam hukum adat ini ia hanya boleh diwarisi oleh pihak isteri atau perempuan sahaja, atau saudara sebelah pihak perempuan dan untuk perempuan sahaja. Harta sepencarian ialah harta bersama antara suami dan isteri dan jika berlaku pencarian harta tersebut boleh dibahagikan bersama.

ADAT TEMENGGONG
Autokratik Pemilihan kepimpinan dari atas. Rakyat bawahan terima pemimpin yang dilantik daripada atasan. Rakyat tidak ada kuasa dalam menentukan pelantikan pemimpin. Pembahagian harta dalam hukum adat ini lebih terbuka kerana pembahagiannya sama ada secara faraid atau wasiat, Peluang golongan lelaki dan perempuan terjamin. Tidak ada kelebihan untuk satu-satu golongan asalkan ia berdasarkan waris yang sah dalam keluarga.

ADAT PEPATIH

ADAT TEMENGGONG

Pewarisan harta berdasarkan hukum adat Pewarisan harta sama ada ikut faraid - ada yang bercanggah dengan Islam. Ada ataupun wasiat seperti dicirikan dalam beberapa aspek kelebihan kepada Islam. wanita. Kelebihan jantina sama rata, dalam Kelebihan jantina pada wanita dalam kepimpinan , membuat keputusan, harta beberapa hal. Tidak begitu islamik. Lelaki seperti dikehendaki dalam Islam. Peranan didapati dinafikan hak dalam adat ini dan dan hak wanita seperti ditentukan bercanggah dengan kehendak agama. agama. Sebagai contoh , dalam membuat Dalam adat temenggong, hukumannya keputusan, dan pewarisan harta. berkonsepkan pengajaran dan Dari aspek hukuman, hukum adat ini pencegahan supaya orang lain tidak berorientasikan memulihkan pesalah melakukan kesalahan yang sama. atau berkonsepkan pemulihan. Pesalah Kesalahan dan hukuman adalah setimpal yang didapati bersalah dikehendaki dengan kesalahan yang dilakukan. Berat menebus kesalahannya dan menyara kesalahan maka beratlah hukumannya. waris atau orang yang menjadi mangsanya.

MENGENAL BAHASA-BAHASA
1) Bahasa Melayu tidak ada skrip tersendiri. pada awalnya digunakan tulisan jawi sahaja kemudian diwujudkan satu sistem penulisan rumi. 2) Bahasa Cina ditulis mengikut huruf gambar. Setiap huruf melambangkan satu idea atau gabungan idea. 3) Bahasa India Bahasa Tamil, Urdu dan Malayalam ditulis mengikut abjad masing-masing.

NEGARA YANG BERBILANG BAHASA

Bahasa Rasmi ialah Bahasa Melayu Telah menjadi bahasa utama di Kepulauan Melayu sejauh dari utara di Filipina hingga jauh ke selatan di New Guinea. Di Pedalaman Borneo, Sumatera dan New Guinea menggunakan berbagai-bagai bahasa asli tetapi penduduk di pinggir laut yang kebanyakannya orang Melayu atau orang Asli boleh bercakap salah satu loghat Bahasa Melayu.

1) Kaum Melayu bertutur menggunakan Bahasa Melayu yang mempunyai loghat-loghat tertentu. 2) Kaum Cina bertutur menggunakan Bahasa Cina. Loghat-loghat yang utama kaum Cina ialah Mandarin, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hainan. 3) Kaum India bahasa Tamil, Telugu, Punjab, Hindi, Gujerat dan Urdu.

Di Sabah dan Sarawak terdapat bahasa mengikut puak-puak. Beberapa bahasa di Sarawak ialah bahasa Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Kelabit, Lun Bawang dan Lun Dayeh. Di Sabah terdapat bahasa Rengus, Kadazan, Murut, Bisaya, Bajau, Illanun dan Suluk.

Bahasa Isyarat

Komunikasi bukan sekadar menggunakan lisan. Sebagai contoh perbuatan menganggukkan dan menggelengkan kepala membawa maksud ya dan tidak

Apabila bertemu..
Kaum Melayu (Islam) -bersalaman dan menekapkan tangan ke dada. -wanita (Islam) tidak berjabat dengan lelaki bukan muhrim. Kaum Cina -menekapkan tangan yang tergenggam ke dada sambil menunduk.

Kaum India - namaskar menekapkan kedua-dua tapak tangan ke dada. (hanya dalam upacara tertentu) - biasanya berjabat tangan mengikut cara Barat. Kaum Sikh - menepuk belakang tubuh.

Dahulu Perempuan - hanya dalam hal-hal berkaitan rumah tangga Lelaki - lebih diberi pendidikan Sekarang
STATUS PENDIDIKAN

Pendidikan untuk lelaki dan perempuan diberikan sama rata

Dahulu Perempuan - tidak memerlukan tenaga yang banyak Lelaki - memerlukan tenaga yang banyak Sekarang
PEKERJAAN

Pekerjaan lelaki dan perempuan tiada beza

Dahulu Perempuan - Baju Kurung, kain batik, kebaya (Islam) Sari ( India ) Cheongsam ( Cina ) Lelaki Baju Melayu(Islam) Kurtah (India) (Cina), berseluar
PAKAIAN

Sekarang

Ramai perempuan memakai seluar

SUKAN/ PERMAINAN

Dahulu Perempuan - Batu Seremban, Bola Jaring, congkak Lelaki - Galah Panjang, Bola Sepak

Sekarang

Permainan lelaki boleh dimainkan oleh permepuan dan sebaliknya

Dahulu
PERGAULAN

Sekarang Perempuan dan lelaki bergaul bebas

Perempuan dan lelaki terbatas

Lelaki menjadi ketua kepada perempuan

ADAT PERKAHWINAN TIGA KAUM UTAMA DI MALAYSIA

KAUM MELAYU
Banyak dipengaruhi adat perkahwinan India Dapat dibahagikan kepada tiga adat iaitu : 1) Adat merisik 2) Adat bertunang 3) Adat berkahwin

Adat Merisik dikenali juga adat meninjau atau menengok merisik dan mengenali pengantin dalam hal-hal tertentu.

Adat Bertunang

Pihak lelaki berkunjung ke rumah perempuan dengan membawa hantaran Majlis ikat janji kepada pihak lelaki untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang telah dipersetujui. berbincang mengenai tarikh perkahwinan.

Akad Nikah
Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.

Adat Berinai
Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.

-Berinai curi diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja. -Berinai kecil diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. -Berinai besar diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.
Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

MAJLIS PERKAHWINAN Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula.

Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut. Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.

Majlis perkahwinan Melayu

Adat Perkahwinan Kaum Cina


Bermula antara tahun 402 hingga 221 sebelum masihi. Dua bentuk -eksplisit (ditentukan) -implisit (secara kerelaan dan kebebasan) Terbahagi kepada tiga iaitu adat merisik,bertunang dan berkahwin

Adat bertunang

- Berbincang mengenai perkahwinan, selepas itu barulah pertunangan dijalankan - Ditentukan berdasarkan kalendar Cina dan khidmat tukang tilik digunakan dan berpandukan sebuah buku Toong-Su

Bakal pengantin lelaki ke rumah perempuan bertukar cincin. Pengantin perempuan menyerahkan nyensang mengandungi nama,umur dan tarikh lahir yang didapati dari tukang tilik sebagai tanda persetujuan. Kedua-dua pengantin menyerahkan nyensang kepada tukang tilik untuk ditetapkan tarikh yang sesuai.

Tukang tilik memberikan dua nyik-kor kepada pengantin lelaki dan perempuan yang mengandungi peraturan-peraturan dan adatadat tertentu.

Adat berkahwin. - tidak berkahwin jika ada kematian.(tunda) -minum tea sebagai tanda penerimaan pasangan pengantin dan mengeratkan hubungan. -diakhiri dengan jamuan besar-besaran. -bukti perkahwinan ialah dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

India
3 upacara - mengunjungi rumah pengantin (Pen-Paartal) - Ikat janji (Niccayam) - pemberian hadiah (Parisam)

Acara Pen-Paartal sambil membawa hantaran hanya akan diterima jika perkahwinan dipersetujui pengantin perempuan.

Ikad Janji
- Sebelum ikat janji (Niccayam) masyarakat India juga akan mengkaji keserasian pasangan (Thairumanam Poruttam Paartal) yang dilakukan selepas mendapat persetujuan keduadua belah pihak. - Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buahbuahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. - Di rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan kerana ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.

Parisam
Terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Beberapa persediaan perlu dilakukan (tjrumaanggalyam) dan (Mukuurtta Kaal). Iaitu penyediaan Thali menandakan majlis perkahwinan akan dilangsungkan.

Mukuurtta Kaal
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan

Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)


Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buahbuahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri. Majlis perkahwinan yang merangkumi upacara ikat janji atau Niccayam dengan pemberian hadiah diakhiri dengan acara menyarung cincin dan Thali serta menyapu debu suci di dahi pengantin perempuan.

Selepas majlis perkahwinan


Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.

Bertunang dan sembahyang

Adat menyuap kanl kande

Sami memberikan ku'gumem

Thali (Rantai Daripada Benang)

Pelamin-pelamin kaum melayu, cina dan india

KEMATIAN.

Kematian Melayu
Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam masyarakat Melayu yang rataratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardu kifayah.

Semasa Kematian
Perkara pertama dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan keduadua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.

Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.

Jenazah seterusnya dikapankan dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini.

Semasa Pengebumian
Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam. Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.

Mengusung Keranda Ke Tanah Perkuburan

Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepalkepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .

Keranda dan Mayat dalam Liang Lahat

Selepas Kematian
Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari.
Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.

Kematian
Kaum Cina

Semasa Kematian
Mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.

Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati.
Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan dan mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa.

Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati.

Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan

Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . Ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Ada juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan seperti warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

Pakaian

Penghormatan terakhir

Mayat diarak ke jirat

Ahli keluarga berarak ke jirat

Keranda dibawa dengan van

Semasa Pengebumian
Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan. Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia.

Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan pulang.

Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan yang cantik samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika hidup.

Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan. Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup. Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga yang meninggal dunia.

Upacara pengebumian

Selepas Kematian
Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai. Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.

Jirat cina biasanya dibina di kawasan berbukit

KEMATIAN KAUM INDIA..

Semasa Kematian
Mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu si mati dibalut dengan menggunakan kain. Kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.

Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain kecuali air paip.

Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat.

Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.

Upacara Menanggalkan Thaali


Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.

Upacara Vaaikkarisi
Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali.

Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

Kollic Catti
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahanbahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri

Pengebumian
Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan.

Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ.

Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat.
Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah.

Selepas kematian
Membersihkan Rumah Lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayursayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk melakukan upacara kollic catti. Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.

Mengumpul Abu Mayat


Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Susu terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut.

Berkabung
Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari selepas kematian. sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buahbuahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu.

Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi.

Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah upacara karumaati.

Anda mungkin juga menyukai