Anda di halaman 1dari 2

Program Orientasi Ting 4

2014

KERTAS CADANGAN PROGRAM MINGGU SUAIKENAL TINGKATAN 4 SMK TAMAN RIA JAYA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. TAHUN 2014 ______________________________________________________________

1.0

PENDAHULUAN

Warga SMK Taman Ria Jaya sentiasa berhadapan dengan pelbagai permasalahan pendidikan yang semakin mencabar. Ia perlu dihadapi dengan matang, sabar, berilmu dan bijaksana. Untuk merealisasikan wawasan sekolah, murid semestinya diingat, digerak, dimotivasi dan didedahkan dengan maklumat-maklumat asas sejak awal lagi supaya matlamat proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan menengah atas mereka berjalan dengan lebih jelas dan berkesan. Oleh itu program orientasi ini diharapkan akan mencetuskan tranformasi diri dalam kalangan pelajar dengan persediaan fizikal, minda ke arah yang lebih positif seterusnya merealisasi visi dan misi sekolah. 2.0 MATLAMAT

Program ini diharapkan dapat mencetuskan rasa tanggungjawab terhadap diri murid dengan maklumat-maklumat asas keagamaan serta asas kendiri yang jelas demi memantapkan personaliti murid keseluruhannya dalam mengharungi dugaan persekitaran yang amat mencabar.

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran masyarakat yang semakin mencabar. Murid-murid memahami peranan dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyakat, dan negara. Supaya mereka dapat menyediakan fizikal, mental, rohani dan emosi yang seimbang dalam membentuk modal insan kelas pertama Mengeratkan hubungan yang baik antara warga sekolah. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kodusif untuk proses P&P.

4.0

SASARAN Semua pelajar Tingkatan 4

5.0

TARIKH & MASA Tarikh : Masa : 06 Jan 2014 (Isnin) 7.40 pagi 1.05 petang

Program Orientasi Ting 4

2014

6.0

KAEDAH PERLAKSANAAN Taklimat

7.0

JAWATANKUASA INDUK Pengerusi Timbalan Pengerusi I Timbalan Pengerusi II Setiausaha Penyelaras Program AJK : : : : : : Puan Rohani bt Mat (Pengetua) Pn Mariani bt Hashim (P K HEM) Pn Norizam bt Yahya (PK Pentadbiran) Pn Choo Joo Ing (GBKSM) Guru Kanan Bahasa Pn. Rosmizar Ahmad (Penyelia Ting 4) Pn. Bawany Muniandy (GBKSM) Pn. Rozana Saarani En. Abdul Latif Hat En. Saravanan Mariappen (Guru Disiplin) Pn. Zubaidah Mohamed Yunus (Guru PSS) Guru Biasiswa

8.

PENUTUP

Jawatankuasa Program Suaikenal Tingkatan 4 dan Unit Bimbingan & Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Taman Ria Jaya, PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum, Guru Kanan Bahasa, guru-guru serta para pelajar Tingkatan 4 yang sudi menjayakan program ini.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Diluluskan oleh:

(CHOO JOO ING) Setiausaha Program Suaikenal Pelajar Tingkatan 4 Tahun 2014 SMK Taman Ria Jaya

(MARIANI BT. HASHIM) PK HEM SMK Taman Ria Jaya 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman

(ROHANI BT MAT) Pengetua SMK Taman Ria Jaya 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman