Anda di halaman 1dari 39

NORZULAIKA BINTI SABTU NUR SURAYA ASHIKIN BINTI ISA ALIZATUL AISYAH BINTI MOHAMAD ALI

Pensyarah : Encik Amran Bin Aris

DEFINISI MUZIK
- Satu cabang seni dan juga sains yang
menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau

instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi


dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu

Bahasa Arab Handasah alsawt bermaksud kejuruteraan bunyi secara artistik. Diwarisi dari cerita-cerita dongeng zaman Purba Yunani yang diberi nama Muses yang bermaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik.

MATLAMAT
Matlamat memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara.

OBJEKTIF
Memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri. Merasai dan mengenal konsep muzik. Meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif. Memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat.

MENGENAL DAN MEMAHAMI SISTEM NOTASI MUZIK YANG ASAS

http://www.youtube.com/watch?v=GcytNP4dMGo

Mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan semasa yang sesuai. Mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain. Menjadi pemuzik yang berpengetahuan.

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK (PRINCIPLES OF THE PESTALOZZIAN SYSTEM OF MUSIC)
Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau saimbologi (kaedah hafalan sebelum catatan). Mendidik pelajar dengan memberi galakan kepada mereka (penerangan dan panduan yang paling minimum daripada guru -Kaedah Penemuan Kendiri) supaya :- Memerhati - Mendengar - Meniru serta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu - Menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri sama ada bunyi itu sama atau berlainan & seronok didengar atau tidak.

Mengajar 1 unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekpresi, bentuk, warna, ton & jalinan pada satu ketika). Prinsip-prinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik). Pelajar harus diberi peluang mencukupi untuk mempelajari muzik & membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri untuk dipraktikkan. Nama-nama not untuk nyanyian & muzik instrumental harus diselaraskan.

EMILE JACQUES DALCROZE - Pergerakan Berirama

ZOLTAN KODALY - Pembelajaran Berperingkat

KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MUZIK


SHINUCI SUZUKI - Pendekatan Bakat
EDWIN GORDON - Sound Before Symbol

CARL ORFF - Pengalaman Muzikal

PERGERAKAN IRAMA (EMILE JACQUES DALCROZE)


Lebih memberi penumpuan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik sekolah rendah. Pendekatan secara berirama & tarian dengan aktiviti eurhythmic. Pergerakan, improvisasi dan nyanyian solfa diberikan keutamaan. Perkembangan kebolehan muzik di kalangan pelajar boleh berlaku dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong & formal kepada aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar.

AKTIVITI EURHYTHMIC

KLIK SAYA..

KLIK SAYA..

http://www.youtube.com/watch?v=n5DdjXZkPfg

http://www.youtube.com/watch?v=fc5NGYF0jkU

Menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman & menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi & bentuk atau struktur muzik dalam kalangan pelajar. Berpendapat tubuh badan manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem urat saraf atau otot-otot yang begitu kompleks.

PEMBELAJARAN BERPERINGKAT (ZOLTAN KODALY)

Penumpuan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Beliau telah merancang satu kurikulum muzik untuk kegunaan sekolah. Pembelajaran muzik diadakan sebanyak 46 kali seminggu dari peringkat pra sekolah hingga peringkat sekolah menengah. Program muzik diaturkan secara berperingkat atau sequential dalam muzik dan permainan alat muzik.

Memberi penekanan yang jelas kepada aktiviti membaca & menulis notasi muzik dari peringkat awal lagi melalui aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi. Kegunaan isyarat tangan, latihan solfa, tangga nada, pentatonik & nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik).

A CAPELLA

KLIK SAYA..

http://www.youtube.com/watch?v=TSBIAGCulDw

PENGALAMAN MUZIKAL (CARL ORFF)


Penumpuan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Penekanan kepada beraneka jenis pengalaman muzikal. Pendekatan Orff kegunaan peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi pelajar. Sifat semulajadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya.

Mengaitkan muzik dengan gerakan & pertuturan pelajar yang berirama. Irama, bahasa atau lagu & pergerakan secara spontan membantu pelajar supaya mempelajari & memahami dengan lebih berkesan tentang konsep-konsep muzikal. Cara penemuan sendiri. Pendekatan Orff ada lima (5): a) Imitasi mengajuk balik b) Ekplorasi fasa cari sendiri c) Improvisasi secara individu/kumpulan dengan semua peralatan Orff. d) Creation mencipta e) Literasi berjaya menulis & membaca notasi muzik seperti sight singing, menulis corak irama & skor muzik.

SIGHT SINGING

KLIK SAYA..

SOUND BEFORE SYMBOL (EDWIN GORDON)


Berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka panjang mengenai kandungan muzik & turutan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Bercorak formal Pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Pembelajaran muzik berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang digelar audiation (proses mental yang membolehkan seorang manusia mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan manamana bunyi yang diakibatkan secara fizikal sound vibration).

- Aspek kognitif diberi keutamaan seiring dengan aspek pembelajaran muzik yang lain pelajar boleh membezakan irama, meter dan tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat muzik, membaca notasi atau bermain alat muzik.

PENDEKATAN BAKAT (SHINUCI SUZUKI)


Dikenali sebagai pendekatan bahasa ibunda. Penumpuan kepada pembelajaran muzik instrumental & berkait dengan pembelajaran muzik pra sekolah.

Memerlukan alat-alat khas violin kecil


Penglibatan ibu bapa dalam proses P & P muzik secara individu.

Pendidikan muzik harus bermula dari peringkat kanak-kanak dengan bermain secara menghafal rote playing sebelum menerima pembelajaran notasi formal note. Dengar muzik secara berulang kali.

KONSEP MUZIK
Bunyi yang disusun secara sistematik & mempunyai kualiti tersendiri. Merangkumi irama, melodi, harmoni, warna ton, bentuk, ekspresi dan jalinan. IRAMA Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama yang berbeza. Elemen-elemen irama : corak irama, rentak, meter, tempo dan detik.

Corak Irama - Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak irama yang berbeza. - Contoh: Zapin, Joget Rentak - Corak Irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian atau permainan alat. (contoh: rentak masri) Meter - Masa bagi muzik dikawal oleh meter Tempo - Kelajuan sesebuah lagu atau muzik (contoh: allegro cepat, moderato moderate pace) Detik - Bit yang konsiten.

MELODI
Mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Pic bunyi tinggi rendah Skel susunan lipatan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu Contoh: skel C major Jeda jarak pic di antara dua not contoh: do re mi (jeda tiga) Solfa - Nyanyian pic menggunakan sebutan not C. Rangkai Lagu

HARMONI Gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentuk kod untuk mengiringi melodi. Elemen-elemen harmoni : triad, arpeggio, pergerakan kod. Triad gabungan 3 not membentuk kod. Arpeggio not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaik atau menurun. Pergerakan kod apabila satu kod bergerak ke satu kod yang lain.

WARNA TON
Warna ton dalam muzik bunyi ada sifat dan kualiti tersendiri.

Warna ton berbeza berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut & cara dimainkan.
Perkataan menerangkan warna ton bunyi - lembut, kasar, nyaring, garau. Contoh: perempuan soprano & alto lelaki bariton, tenor & bes

Gabungan alat muzik menghasilkan warna ton yang menarik dan indah. contoh: alat ketukan logam, alat ketukan kayu, alat tiupan buluh

BENTUK Mempunyai susunan struktur tersendiri. Contoh, penyusunan idea muzik dalam bentuk: - bentuk dua bahagian(binari/bentuk AB) - bentuk tiga bahagian - bentuk rondo - bentuk strofik - bentuk tradisional

EKSPRESI Ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal / instrumental. Ciri muzikal ini : a) Dinamis simbol-simbol berkaitan bunyi kuat atau lembut dalam muzik b) Istilah tempo, Andate (sederhana cepat), fine (tamat). c) Tanda Isyarat simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan maksud khusus.

JALINAN Merupakan cara pemuzik mengadunkan bunyi. Terbahagi kepada: a) Monofoni muzik hanya pada melodi (satu bunyi sahaja) b) Homofoni melodi diiringi oleh alat muzikal yang harmoni yang ada kod. c) Polifoni satu atau dua melodi dibunyikan berterusan menggunakan alat iringan.

KEMAHIRAN MUZIKAL
Komponen dalam Pendidikan Muzik:a) Kemahiran Muzikal Nyanyian - Membina teknik berasaskan elemen-elemen postur, pernafasan, sebutan, artikulasi, ekspresi, penghasilan ton dan memfrasa. - Membina kemahiran menyanyi secara individu atau ensemble. b) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan - Melibatkan diri secara aktif - Mendengar secara aktif dan selektif - Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan - Memahami konsep muzik melalui pergerakan - Mengenali aspek budaya yang berkaitan dengan pergerakan dalam muzik - Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan

c) Kemahiran Muzikal Permainan Alat muzik - Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal - Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat - Mengenali alat muzik tradisional

PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM AKTIVITI MUZIKAL

NYANYIAN
http://www.youtube.com/watch?v=SKhmFSV-XB0

MUZIK DENGAN PERGERAKAN


http://www.youtube.com/watch?v=70w_0bqDMwA

PERMAINAN ALAT
http://www.youtube.com/watch?v=y0ItPoaY1E0

PERMAINAN ALAT
http://www.youtube.com/watch?v=GEOZ31H eZT4&feature=related

NYANYIAN
Penekanan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara Aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan :- Mari Menyanyi - Menyanyi secara muzikal - Teknik dan Cara Menyanyi - Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian

MUZIK DENGAN GERAKAN


Memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. (melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan bunyi) Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan: - Gerakan mengikut lirik lagu - Gerakan mengikut konsep muzik - Interpretasi muzik dengan gerakan - Gerakan bebas dengan muzik - Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik. Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. 4 Unsur pergerakan :- Imbangan berat badan - Ruang - Masa - Daya/ aliran

PERMAINAN ALAT
Melatih pelajar dalam koordinasi mata, pergerakan dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat muzik.

Konsep di dalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi.
Alat muzik dalam permainan alat secara ensemble ialah seperti alat perkusi, melodian, rekoder dan lainlain alat tradisional tempatan.

SEKIAN, TERIMA KASIH..