Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Sistem pengangkutan merupakan salah satu perkhidmatan yang agak penting digunakan di dalam sesebuah bangunan. Terdapat beberapa pengangkutan yang digunakan antaranya lift dan escalator yang terdiri dari gerakan elektrik serta menggunakan motor untuk bergerak. Tangga juga boleh dikategorikan sebagai salah sebuah pengangkutan. Sistem lift kebiasaannya dipasang pada bangunan yang mempunyai 4 atau 5 tingkat ke atas. Lift juga mempunyai muatan tertentu pada satu-satu ketika. Proses menetapan kereta lift juga perlu dipertimbangkan pada kadar pengunjung yang mengunjungi bangunan tersebut. Bagi escalator pula pengangkutan ini digunakan untuk penumpang yang bertujuan untuk naik dari tingkat ke tingkat dengan lebih mudah lagi. Seperti contoh pengunjung yang datng akan membawa barang yang banyak akan lebih memudahkan proses naik dari tingkat ke tingkat. Di Jitra Mall juga terdapat elevator yang digunakan untuk troli turun ketingkat bawah iaitu tempat letak kereta. Oleh itu, kami akan mengkaji proses sistem, jenis jenis pengangkutan, dan membezakan kajian kami dengan undang-undang dan akta pengangkutan yang kami dapat.

1. RIWAYAT LIF (EVELATOR)

Elevator penumpang pertama dipasang oleh Otis di New York pada tahun 1857. Setelah meninggalnya Otis pada tahun 1861, anaknya, Charles dan Norton mengembangkan warisan yang ditinggalkan oleh Otis dengan

membentuk Otis Brothers & Co. Pada tahun 1867. Pada tahun 1873 lebih dari 2000 elevator Otis telah dipergunakan di bangunan-bangunan pejabat, hotel, dan department store di seluruh Amerika, dan lima tahun kemudian dipasanglah elevator penumpang hidrolik Otis yang pertama.Berikutnya adalah era Pencakar Langit. Pada tahun 1889 Otis mengeluarkan enjin elevator elektrik directconnected geared pertama yang sangat berjaya. Pada tahun 1903, Otis memperkenalkan desain yang akan menjadi "tulang belakang" industri elevator, iaitu: elevator kuasa gearless traction yang direka dan terbukti mengalahkan usia bangunan itu sendiri. Hal ini membawa pada berkembangnya jaman struktur-struktur tinggi, termasuk yang paling menonjol adalah Empire State building dan World Trade Center di New York, John Hancock Center di Chicago dan CN Tower di Toronto Selama bertahun-tahun ini, beberapa dari inovasi yang dibuat oleh Otis dalam bidang kawalan automatik adalah Sistem Pengendalian Isyarat, Peak Period Control, Sistem Autotronik Otis dan Multiple Zoning. Otis adalah yang terdepan di dunia dalam pembangunan teknologi komputer dan syarikat tersebut telah membuat revolusi dalam kawalan elevator sehingga tercipta peningkatan yang dramatik dalam hal masa reaksi elevator dan mutu memandu dalam elevator.

2. PENGENALAN LIF

Salah satu dari pelbagai keputusan harus dibuat oleh seseorang perekabentuk bangunan berbilang tingkat adalah mengenai pemilihan peralatan untuk sebuah sistem pengangkutan dalam bangunan khususnya sistem pengangkutan menegak, iaitu lif penumpang, barang, atau perkhidmatan dan juga escalator. Lif atau evelator merupakan pengangkutan menegak.

Peralatan jentera untuk menggerakkan manusia dan barang-barang pada masa sekarang merupakan keperluan hakiki bagi kebanyakan jenis bangunan. Rekabentuk asal bangunan mestilah mengambilkira pemasangan perkhidmatan jentera. Ini bagi memudahkan serta menjimatkan perbelanjaan pembinaan dan juga masa.

2.1

JENIS-JENIS LIF
Terdapat beberapa jenis kategori lif yang biasa didapati bagi sesuatu rekabentuk bangunan. diantara ialah:1. Lif Penumpang (Passengers Lift) 2. Lif Barangan (Goods Lift) 3. Lif Perkhidmatan (Service Lift)

2.2

JADUAL LIF DAN KEGUNAAN

Jenis Penumpang Katil/Penumpang (Serbaguna) Perkhidmatan Barangan

Kegunaan Untuk penumpang sahaja. Untuk penumpang termasuk pesakit atas katil.

Contoh Pejabat, hotel, Hospital, Apartment Pejabat, Hotel, Hospital Kilang

Penumpang & Barangan Barangan dengan satu/dua orang penumpang

2.3

LIF PENUMPANG 1. Pada dasarnya pemasangan sebuah lif terdiri daripada kereta ynag membawa penumpang, disokong oleh satu kabel berjalan sekeliling takal dan diimbangkan oleh pengimbang berat (counter weight).

2. Pengimbang-berat dan kereta turun-naik melalui di antara pemandu steel yang dibentuk di dalam lubang lif.

3. Geledung penarik di letakkan bersama dengan motor dan gear pengawal di dalam bilik motor di atas lubang lif. 4. Di bahagian atas dan bawah lubang lif terdapat ruang yang dilebihkan yang dinamakan pit lif dan perjalanan lebih (overrun) lif.

5. Dibahagian atas lubang lif terdapat satu lubang angin untuk pengedaran udara bersih. Ini bagi memastikan bahawa apabila berlaku sesuatu kebakaran asap tidak akan tersebar disetiap tingkat banggunan dimana lubang lif ini bertindak sebagai corong asap.

6. Kelajuan lif berubah daripad 0.5 m/s untuk pemasangan kecil dan perlahan kepada 6 hingga 7 m/s untuk bangunan tinggi. Kebiasaannya kelajuan yang digunakan adalah daripada 1.2 m/s kepada 1.5 m/s untuk bangunan 6,7, atau 8 tingkat dan 2.0 2.5 m/s mengatasi tinggi ini, melainkan bangunan yang tinggi di mana kelajuan tinggi memang dikehendaki.

7. Untuk lif kelajuan rendah satu motor A.C. memacu geledung penarik melalui satu gear belitan (worm gear) yang menyediakan kuasa alasan.

8. Pemasangan kelajuan tinggi kawalannya baik, operasinya senyap dan bergerak dengan licin dan kelebihan yang lain dari segi teknikal ialah motor D.C digunakan di sambung terus kepada geledung dan di operasikan di atas satu sistem voltan berubah.

9. Bagi pemasangan kelajuan tinggi pula ianya di operasikan oleh D.C motor yang disambungkan terus ke gelendung penarik tanpa gear belitan. 10. Kelebihan daripada A.C lif ialah ia dapat di oprasikan pada bangunan tinggi, kawalannya lebih baik, operasinya senyap kelajuannya lebih cepat lagi dan pergerakan lebih licin lagi.

11. Kerana D.C biasanya dijanakan daripada bekalan utama oleh janakuasa sendiri oleh setiap lif. Dengan ini bilik motor, lubang pit serta perjalanan lebih berkehendakkan lebih besar lagi.

2.4

PENGKELASAN LIF PENUMPANG Terdapat beberapa pengkelasan bagi sesebuah lif penumpang. Biasanya lif ini terdapat pada bangunan yang tingginya melebihi daripada 5 atau 6 tingkat. Jumlah lif yang dipasang pada sesuatu bangunan adalah bergantung kepada besar atau kecil bangunan tersebut.

Perlaksanaan yang ideal bagi sesebuah kereta pada sebarang tingkat lantai, kecepatan yang selesa, pengangkutan yang cepat, kelambatan yang licin dan segera, pelarasan yang automatik pada masa landing dan kecepatan memasukkan dan mengeluarkan penumpang pada semua perhentian.

Dalam tambahan pada pertimbangan perkhidmatan bagi lif mestilah mempunyai rekabentuk senibina yang baik.

Bagi lif penumpang boleh diklaskan kepada beberapa bahagian:-

1. Tujuan Umum (GENERAL PURPOSE) 2. Penginapan (RESIDENTIAL) 3. Hospital

2.5

CARA LIF BEROPERASI

1. Pada sistem geared atau gearless (yang masing-masing digunakan pada pemasangan bangunan dengan ketinggian sederhana dan tinggi), kereta elevator tergantung di ruangan luncur oleh beberapa steel hoist ropes, biasanya dua Puli Katrol, dan sebuah bobot pengimbang (counterweight).

2. Bobot kereta dan counterweight menghasilkan traksi yang mencukupi antara Puli Katrol dan hoist ropes sehingga Puli Katrol boleh menggegam hoist ropes dan bergerak serta menahan kereta tanpa selip berlebihan. Kereta dan counterweight bergerak sepanjang rel yang menegak agar mereka tidak berayun-ayun

Mesin Lift Gearless 3. Mesin untuk menggerakkan elevator terletak di ruangan enjin yang biasanya tepat di atas ruangan luncur kereta. Untuk membekalkan kuasa ke kereta dan menerima isyarat kuasa dari kereta ini, dipergunakan sebuah kabel elektrik multi-wire untuk menyambung ruangan mesin dengan kereta. Hujung kabel yang terikat pada kereta turut bergerak dengan kereta sehingga disebut sebagai "kabel bergerak (traveling cable)"

Jalur Lift (Hoistway) dan ruang mesin di atasnya

4. Mesin geared mempunyai motor dengan kelajuan lebih tinggi dan drive sheave dihubungkan dengan aci motor melalui gigi-gigi di tempat gigi, yang boleh mengurangkan kelajuan putaran aci motor menjadi kelajuan drive-sheave rendah. Mesin gearless memiliki motor kelajuan rendah dan Puli Katrol penggerak menyambung terus ke aci motor.

Sistem pergerakan Elevator/Lift dengan Gearless

5. Pada sistem hidrolik (terutama digunakan pada pemasangan di bangunan rendah, dengan kelajuan kereta sederhana), kereta dihubungkan ke bahagian atas piston panjang yang bergerak naik dan turun di dalam sebuah silinder.

6. Kereta bergerak naik saat oli dipam ke dalam silinder dari tangki oli, sehingga mendorong piston naik. Kereta turun saat oli kembali ke tangki oli.

7. Aksi pengangkatan boleh bersifat langsung (piston dihubungkan ke kereta) atau roped (piston terikat kepada kereta melalui rope). 8. Pada kedua cara tersebut, pekerjaan pengangkatan yang dilakukan oleh pam motor (tenaga kinetik) untuk mengangkat kereta ke Elevasi yang lebih tinggi sehingga membuat kereta mampu melakukan kerja (tenaga keupayaan).

9. Transfer tenaga ini berlaku setiap kali kereta diangkat. Ketika kereta diturunkan, tenaga keupayaan digunakan habis dan kitaran tenaga menjadi lengkap sudah. Gerakan naik dan turun kereta elevator dikendalikan oleh injap hidraulik

2.6

KERJA-KERJA PERSEDIAAN AWAM UNTUK PEMASANGAN LIF.

1. Lubang Lif (lift shaft) 2. Hoisting beam atau hook 3. Bilik jentera dan pintu 4. Lift pit- kering dan di perkuatkan (concrete) 5. Cat ladder di dalam lift pit. 6. Dinding lubang lif yang tahan api 7. Pembukaan kasar untuk pintu lif 8. lubang untuk butang signal lain-lain

2.7

CIRI-CIRI YANG DIKEHENDAKI UNTUK LIF YANG BAIK


Pemilihan lif untuk bangunan dipengaruhi oleh :

1. Keupayaan memberi perkhidmatan yang sempurna bagi bangunan berkenaan

2. Pengendalian yang mudah dan menjimatkan dari segi masa dan belanja.

3. Ruang yang perlu bagi pemasangan satu-satu lif ini mempengaruhi rekabentuk senibina bangunan seperti kedudukan lobi, bilah motor dan lubang lif

2.8

CIRI-CIRI LIF YANG BAIK

1. Masa menuggu yang singkat pada sebarang tingkat dalam bangunan.

2. Kecekapan yang selesa (comfortable acceleration).

3. Pengangkutan yang cekap dan mudah (rapid transportation). 4. Behenti denagan baik dan cepat tidak bergegar atau terhentak-hentak, perjalanan licin.

5. Mengaras denagan cara automatik dengan lantai tempat berhenti (automatic leveling at landing). 6. Pengangkutan dan pemunggahan yang cepat dan mudah di tempat berhenti (rapid loading & unloading at all stops) sama ada mudah keluar masuk orang atau barang.

7. Operasi pintu yang baik dan senyap.

8. Ada petunjuk tingkat lantai di dalam kereta pengangkut dan tempat menunggu.

9. Kereta pengankut dan butang penekan yang mudah dikendali.

10. Pemasangan lampu yang sempurna.

11. Alat perhubungan masa kecemasan.

12. Pengudaraan yang baik.

2.8

KEPERLUAN PERLAKSANAAN LIF

(PERFORMANCE REQUIREMENT)

1. Sebuah lif mestilah berfungsi mengikut seperti yang dikehendaki, sesuai dengan tempat penggunaannya. Banyak perlu di ambil kira seperti kawalan, ukuran, halaju, keupayaan muatan dan lain-lain.

2. Cara lif bergerak di kawal dengan berbagai cara mengikut jenis pemasangan. Lif mestilah bergerak dengan lancar samaada ke atas atau kebawah dan mudah menerima panggilan.

3. Ukuran yang ditentukan mesti sesuai dengan kegunaan seperti menjimatkan. Misalnya untuk tempat-tempat umum sediakan ukuran yang dapat memuatkan penumpang dengan jumlah maksimum pada masa paling sibuk, untuk barangan mesti sekurang-kurangnya dapat memuatkan saiz maksimum barang yang selalu dibawa.

4. Halaju lif juga mempengaruhi perlaksanaannya, ia kena disesuaikan dengan kegunaan. Jika lif terlalu laju pergerakkannya boleh menyebabkan gegaran dan pengguna akan merasa tidak selesa di dalamnya.

5. Muatan yang berlebihan boleh menggangu gerakan lif kadang-kadang berhenti


ditengah-tengah antara dua tingkat lantai. Keadaan ini boleh diatasi dengan mengadakan lampu isyarat atau lonceng pemberitahu bila muatan berlebih.

1. RIWAYAT ESKALATOR

Pada tahun 1899, Charles D. Seeberger menyertai dengan Syarikat Otis Elevator Co., Yang mana dari dia timbullah nama eskalator (yang diciptakan dengan menggabungkan kata scala, yang dalam bahasa Latin bermaksud langkah-langkah (step), dengan elevator). Bergabungnya Seeberger dan Otis telah menghasilkan eskalator pertama step type eskalator untuk umum, dan eskalator itu dipasang di Paris Exibition 1900 dan memenangi hadiah pertama. Mr. Seeberger pada akhirnya menjual hak patennya kepada Otis pada tahun 1910.

Eskalator menegak dan melengkung

Dalam perkembangannya, syarikat Mitsubishi Electric Corporation telah berjaya membangunkan eskalator spiral (kenyataannya lebih cenderung melengkung / curve daripada melingkar / uli) dan secara eksklusif dijual sejak pertengahan tahun 1980. Eskalator ini dipasang di Osaka, Jepun pada tahun 1985.

3.1 PENGENALAN ESKALATOR

Eskalator adalah salah satu transportasi vertikal berupa konveyor untuk mengangkut orang, yang terdiri dari tangga terpisah yang dapat bergerak ke atas dan ke bawah mengikuti jalur yang berupa rail atau rantai yang digerakkan oleh motor. Kerana digerakkan oleh motor listrik , tangga berjalan ini dirancang untuk mengangkut orang dari bawah ke atas atau sebaliknya. Untuk jarak yang pendek eskalator digunakan di seluruh dunia untuk mengangkut pejalan kaki yang mana menggunakan elevator tidak praktis. Pemakaiannya terutama di daerah pusat perbelanjaan, bandara, sistem transit, pusat konvensi, hotel dan fasilitas umum lainnya. Keuntungan dari eskalator cukup banyak seperti mempunyai kapasitas memindahkan sejumlah orang dalam jumlah besar dan tidak ada interval waktu tunggu terutama di jam-jam sibuk dan mengarahkan orang ke tempat tertentu seperti ke pintu keluar, pertemuan khusus dan lain-lain.

3.2. KOMPONEN-KOMPONEN ESKALATOR

1. Pendaratan / Landing

Floor plate rata dengan lantai akhir dan diberi engsel atau boleh dilepaskan untuk jalan ke ruangan mesin yang berada di bawah floor plates.

Comb plate adalah sebahagian antara floor plate yang statik dan anak tangga bergerak. Comb plate ini sedikit miring ke bawah agar geriginya tepat berada di antara celah-celah anak tangga-anak tangga. Tepi muka bergerigi comb plate berada dibawah permukaan cleat.

2. Landasan penopang / Truss

Landasan penopang adalah struktur mekanikal yang menjembatani ruangan antara pendaratan bawah dan atas.

Landasan penopang pada dasarnya adalah tempat berongga yang diperbuat dari bahagian-bahagian sisi dua yang digabungkan bersama-sama dengan

menggunakan sambungan bersilang sepanjang bahagian asas dan tepat dibawah bahagian hujungnya. Ujung-ujung truss tersandar pada penopang konkrit atau baja

3. Lintasan

Sistem laluan dibina di dalam landasan penopang untuk mengantarkan rantai anak tangga, yang menarik anak tangga melalui loop tidak berujung.

Terdapat dua laluan, pertama untuk bahagian muka anak tangga (yang disebut laluan roda anak tangga) dan satu untuk roda Trailer anak tangga (disebut sebagai laluan roda Trailer).

Perbezaan kedudukan dari laluan-laluan ini menyebabkan anak tangga-anak tangga muncul dari bawah comb plate untuk membentuk tangga dan menghilang kembali ke dalam landasan penopang.

Lintasan pembalikan di pendaratan atas menggulung anak tangga-anak tangga mengelilingi bahagian hujung dan kemudian menggerakkannya kembali ke arah yang berbeza. Lintasan overhead berfungsi untuk memastikan bahawa roda Trailer tetap berada di tempatnya saat rantai anak tangga diputar kembali.

3.3.

CARA ESKALATOR BEROPERASI

Cara pergerakan eskalator

1. Eskalator atau tangga berjalan sesungguhnya merupakan tangga bermesin yang berfungsi sebagai alat "pengangkutan" mudah untuk memindahkan para "penumpang" dari satu tempat ke tempat lain tanpa harus melangkah

2. Sebagaimana tangga biasa, eskalator juga mempunyai serangkaian anak tangga dan pegangan tangga. 3. Yang membezakannya, rangkanian anak tangga pada eskalator mempunyai roda dibahagian bawah yang bergerak pada sebuah bantalan rel.

4. Tambahan pula, pada setiap sisi bahagian dalam anak tangga terdapat rantai pengikat yang menghubungkan satu anak tangga dengan anak tangga yang lain. walaupun masing-masing anak tangga eskalator ini berasingan antara satu sama lain, tapi semuanya boleh bergerak dengan mudah dalam satu rangkaian yang sambung-menyambung tanpa henti.

5. Anak tangga akan bergerak mengikut bantalan rel eskalator ini kerana ia bergerak dari satu ujung ke hujung yang lain, melainkan terus terangkai secara penuh dalam pusingan berbentuk elips. 6. Sementara itu, pada kedua-dua hujung tingkat eskalator juga terdapat roda gigi bermesin yang berputar, menggerakkan dan menarik rangkaian pengikat anak tangga

7. Dengan tenaga dari elektrik, kedua-dua roda gigi di setiap hujung tingkat ini akan terus menerus menaik rangkaian anak tangga beroda untuk bergerak melintasi pusingan rel berbentuk elips yang sebahagian di antaranya tidak nampak oleh kita kerana berada di bahagian dalam tingkat.

8. Jadi, anak tangga yang masuk pada hujung tingkat sebenarnya tidak menghilang. Ia hanya tengah bergerak di sisi dalam tingkat dan akan terus bergerak sehingga muncul kembali pada hujung awal eskalator.