Anda di halaman 1dari 2

1.0 PROGRAM Kelas Tambahan Malam PIBG 2.0 PENGENALAN Murid-murid Sk.

Rantau Panjang memerlukan bimbingan dan galakkan untuk terus maju dalam pelajaran mereka.Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi diri individu dari pelbagai aspek maka pendidik di Sk. Rantau Panjang percaya bahawa dengan mengadakan program ini dapat membantu mereka meningkatkan persediaan mereka dimasa hadapan amnya dan UPSR khususnya. Secara tidak langsung program ini juga menjadi landasan untuk guru-guru panitia matapelajaran teras melebarkan pengetahuan dan menyediakan diri di landasan yang tepat pada tahun mendatang. Program ini terbahagi kepada dua, iaitu meningkat prestasi murid dengan mengadakan aktivti pengayaan bagi murid dari kelas cenerlang dan memberi pemulihan dan bimbingan kepada murid yang lemah untuk berjaya seperti murid-murid lain. 3.0 MATLAMAT Mendedahkan murid kepada skop pembelajaran yang terperinci Meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan dengan tepat Menambahkan motivasi dan semangat murid untuk berjaya Murid-murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran melalui teknik yang pelbagai. Memantapkan serta memperkukuhkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Mengembeling seluruh sumber tenaga (murid/guru/sekolah/komuniti)kearah merealisasikan kecemerlangan UPSR. 4.0 OBJEKTIF Melahirkan murid yang cemerlang dalam UPSR 2013. Memberi pendedahan kepada murid-murid teknik-teknik menjawab soalan UPSR. Meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan. Menjadikan salah satu aktiviti yang sihat bagi mengisi masa terluang murid-murid. Melahirkan murid yang cergas, cerdas, berwawasan, bersemangat tinggi, setia kawan, kreatif dan berinovasi dalam semua aspek. Mewujudkan modal insan yang berdisiplin tinggi dan bertatasusila dalam kehidupan seharian. Memberi aktiviti pengayaan kepada murid yang cemerlang. Memberi bimbingan dan motivasi kepada murid yang lemah. 5.0 SASARAN Seramai 80 orang murid tahun 6 Keutamaan kepada murid yang tidak berkemampuan dan tidak pernah mengikuti sebarang kelas tambahan. 6.0 TARIKH PROGRAM 27 Mac 2013 7.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut tahap Pencapaian

PENUTUP Program ini merupakan satu usaha PIBG bersama dengan pihak sekolah bagi membantu murid tahun yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kelas tambahan luar. Melalui kelas tambahan ini juga murid ini akan lebih lebih bersedia dan lebih berkeyakinan untuk menghadapi UPSR kelak. Semoga dengan adanya Program Kecemerlangan UPSR 2014 ini dapat membantu murid murid ini mendapat kejayaan yang cemerlang.

Disediakan oleh, . (PN. MAS AYU BT SEBIRIN) Penyelaras Kecemerlangan UPSR Sek. Keb Taman Bukit Rambai

Disemak oleh, . (TN. HJ. SHAFIE BIN JAAFAR) Guru Besar, Sek. Keb Taman Bukit Rambai

Disahkan oleh, ....

Anda mungkin juga menyukai