Anda di halaman 1dari 0

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL AM


PENTADBIRAN INSTRUMEN

LITERASI

2010

SARINGAN 1









2
1.0 PENGENALAN

Satu daripada Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai
asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

Pernyataan MPKI tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk
menentukan sama ada MPKI itu dapat dicapai atau tidak. Di samping itu, hal ini
juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi
standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya diagnosis dijalankan tentang
apa yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan
dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk
menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah.

Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk
menghasilkan instrumen saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah
untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi
dan numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia.

Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy
Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan
numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK). Semua instrumen saringan mengukur
konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman
kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara yang dipelajari
oleh murid dalam tahun berkenaan.


2.0 FASA PELAKSANAAN

Tiga saringan LINUS iaitu Saringan 1, Saringan 2 dan Saringan 3 akan
dilaksanakan untuk murid Tahun 1 mulai tahun 2010.

2.1 Saringan 1

Saringan Membaca
Dijalankan untuk semua murid Tahun 1 dan diadakan pada bulan Februari 2010
(1 28 Februari 2010).




3
Saringan Menulis
Dijalankan untuk semua murid Tahun 1 dan diadakan pada minggu pertama
bulan Mac (1 5 Mac 2010).

2.2 Saringan 2

Dijalankan untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1.

Saringan Membaca
Dijalankan pada bulan Mei 2010 (1 31 Mei 2010).

Saringan Bertulis
Dijalankan pada minggu pertama bulan Jun (30 Mei 4 Jun 2010).

2.3 Saringan 3

Dijalankan untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2.

Saringan Membaca
Dijalankan pada bulan Ogos 2010 (1 30 Ogos 2010).

Saringan Menulis
Dijalankan pada minggu pertama September (1 3 September 2010).

3.0 PENTADBIRAN

3.1 Instrumen literasi mengandungi 12 konstruk.
3.2 Instrumen ini ditadbir dengan bantuan guru mengikut masa yang telah
ditetapkan.
3.3 Instrumen literasi membaca ditadbir secara individu atau kumpulan kecil
(tidak melebihi tiga orang murid).
3.4 Instrumen literasi menulis pula ditadbir secara kelas.
3.5 Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.
3.6 Jika kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir
mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid.
3.7 Dicadangkan murid duduk bersebelahan dengan guru ketika pentaksiran
literasi membaca dilaksanakan.
3.8 Murid ditaksir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan
tahap kecerdasan murid.
3.9 Pentadbiran instrumen ini haruslah dilakukan secara telus dan jujur.
4
4.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Kedua-dua instrumen Saringan LINUS dibina oleh Lembaga
Peperiksaan terdiri daripada literasi membaca dan literasi menulis. Instrumen
saringan dan manual pengendalian instrumen saringan disalurkan melalui
Pejabat Pelajaran Daerah dalam bentuk CD dan perisian di PDf.

Proses saringan boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung tetapi dalam masa yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran.


5.0 TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

Selepas Saringan 1, murid yang menguasai lapan (8) konstruk dianggap
telah menguasai asas literasi. Murid ini akan meneruskan pembelajaran di
kelas arus perdana. Murid yang hanya menguasai konstruk 1 dan konstruk 2
sahaja akan ditempatkan ke Kelas Pemulihan LINUS. Sementara, murid yang
menguasai konstruk 1 hingga konstruk 7 akan ditempatkan ke Kelas Program
Linus.

Saringan 1
Penguasaan Penempatan
Konstruk 1 konstruk 2 Kelas Pemulihan LINUS
Konstruk 1 konstruk 7 Kelas Program LINUS
Konstruk 1 konstruk 8 Kelas arus perdana


Murid-murid yang tidak melepasi Saringan 1 akan menduduki Saringan
2. Selepas Saringan 2, murid yang menguasai kesemua 12 konstruk literasi
akan ditempatkan ke kelas arus perdana.

Sekiranya terdapat murid-murid yang tidak melepasi Saringan 2 mereka
akan menduduki Saringan 3. Selepas Saringan 3, murid yang menguasai
kesemua 12 konstruk literasi akan ditempatkan ke kelas arus perdana
manakala murid yang tidak menguasai mana-mana 12 konstruk literasi, akan
terus mengikuti kelas Program LINUS.

Saringan 2 / Saringan 3
Penguasaan Penempatan
Konstruk 1 konstruk 2 Kelas Pemulihan LINUS
Konstruk 1 konstruk 11 Kelas Program LINUS
Konstruk 1 konstruk 12 Kelas arus perdana
5
Kelas Pemulihan LINUS dan Kelas Program LINUS dilaksanakan oleh
guru Bahasa Melayu dan guru Matematik. Guru perlu menggunakan
kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing untuk memastikan semua 12
konstruk dikuasai olen murid.
.
SARINGAN 3
MURID
ARUS
PERDANA
Kelas
Pendidikan
Khas
SARINGAN 1
IKUT PROGRAM LINUS
Pemulihan
Masalah
Pembelajaran atau
Keperluan Khas
Pemeriksaan Doktor
Tidak / Ya
MURID
TAHUN
1
MURID
TAHUN
2
SARINGAN 2
IKUT PROGRAM LINUS
Pemulihan
IKUT PROGRAM LINUS
Pemulihan
SARINGAN 1
Bermasalah Pembelajaran
Murid
Biasa
Murid
Tegar
Guru
Pemulihan
Guru
BM/Matematik
Petunjuk
Tidak / Ya
Tidak / Ya
6
6.0 PROSES PEMANTAUAN

Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, yang terajui oleh
Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan menjalankan pemantauan
pelaksanaan proses saringan, diagnosis dan Program LINUS di sekolah dari
semasa ke semasa.


7.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PEMBINAAN INSTRUMEN SARINGAN

Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses
perekaan bentuk instrumen saringan ialah:

7.1 Kesahan
Kesahan skor uj ian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan
cakupan. Perekaan bentuk instrumen saringan ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir)
dijelmakan sej aj ar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh
pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Item-item
yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan
spesifikasi uj ian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi..

7.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi uj ian direkabentuk
bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan piawaian yang
diikuti dalam pembinaan instrumen. Hal ini untuk memastikan
ketepatan instrumen saringan.

7.3 Kebolehlaksanaan
Instrumen saringan membaca dan menulis ini telah
mengambilkira aspek-aspek yang memastikan pentadbiran
pentaksiran boleh dilaksanakan.


7.4 Penjaminan Kualiti
Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan
pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme bukan
sahaja semua 12 konstruk dapat direalisasikan tetapi j uga
menepati tahap kualiti yang dihasratkan.
7
8.0 DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat
tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung) serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelaj aran dan
komunikasi harian.


8.1 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1: Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2: Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4: Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
suku kata tertutup ng.
Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
diftong.
Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
vokal berganding.
Konsturk 9: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan
awalan dan akhiran.
Kosntruk 11: Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12: Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan
bahan rangsangan.

9.0 BORANG PELAPORAN PRESTASI INDIVIDU

9.1 Pentaksir hendaklah melengkapkan Borang Pelaporan Prestasi Individu
dengan nama murid, kelas dan tarikh taksiran dijalankan.
9.2 Borang Pelaporan Prestasi Individu mengandungi 12 konstruk.
9.3 Murid dilaporkan telah menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat
menjawab item dalam Saringan Membaca dan Saringan Menulis.
9.4 Pentaksir perlu mencatat penguasaan setiap konstruk pada ruangan yang
disediakan mengikut respons murid. Berikut adalah tahap pencapaian
8
minimum numerasi lisan dan bertulis yang telah ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan:

SARINGAN 1 PENGUASAAN SARINGAN 1 KONSTRUK
MEMBACA MENULIS MEMBACA MENULIS
a)5 5 a)5 5

1
b)10 10 b)10 10

2 4 5 4 5
3 4 5 4 5
4 4 5 4 5
5 5 6 4 5
6 4 5 4 5
7 4 5 4 5
8 4 5 4 5
9 4 5 4 5
10 4 5 4 5
11 3 4 2 3
12 2 3 1 2

9.5 Murid yang memasuki Program LINUS:
Tidak menguasai mana-mana konstruk 1 hingga konstruk 8.
Contoh :
SARINGAN 1
PENGUASAAN SARINGAN 1
KONSTRUK
MEMBACA MENULIS KUASAI
TIDAK KUASAI
a) 5 5 a)5 5
1
b)8 10 b)8 10
2 4 5 4 5
3 4 5 2 5
4 1 5 5 5
5 5 6 5 5
6 4 5 2 5
7 3 5 5 5
8 3 5 3 5


9
9.6 Murid yang memasuki arus perdana:
Menguasai konstruk 1 hingga konstruk 8.

Contoh:

SARINGAN 1
PENGUASAAN
SARINGAN 1
KONSTRUK
MEMBACA MENULIS KUASAI
TIDAK
KUASAI
a)5 5
a)5 5
1
b)8 10 b)8 10
2 4 5 4 5
3 4 5 4 5
4 4 5 5 5
5 5 6 5 5
6 4 5 4 5
7 3 5 5 5
8 4 5 4 5


9 4 5 2 5

10 4 5 4 5

11 1 4 1 3

12 1 3 0 2

Anda mungkin juga menyukai