Anda di halaman 1dari 3

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

PANDUAN MENULIS JURNAL REFLEKTIF. Pengenalan Jurnal reflektif adalah log pembelajaran kendiri yang bertujuan merekod pembelajaran yang anda lalui. Di dalamnya anda dikehendaki merekod dan berfikir secara reflektif tentang apa yang anda perhatikan dan situasi yang anda lalui. Ini boleh digunakan untuk meneliti pemikiran dan idea yang anda gunakan di dalam konteks tertentu. Jurnal sebegini biasanya mengandungi tulisan, imej, lakaran dan berbagai lagi bahan rujukan.

Tujuan Jurnal reflektif membolehkan anda meneliti pengalaman dan pembelajaran yang anda lalui dalam pelbagai cara. Ini berguna kerana: Anda boleh merekod perkembangan idea dan pendapat anda dan/atau kumpulan anda di dalam kontek/situasi tertentu. Ini termasuk juga teori, teknik, pendekatan dan falsafah yang anda dan kumpulan anda gunakan di dalam situasi itu. Menggunakan jurnal ini anda boleh melihat semula (refleksi) bahan dan pengalaman yang direkod untuk memperluaskan dan mendalamkan kefahaman anda. Anda boleh menggunakan jurnal ini sebagai asas pembelajaran dan pembinaan kendiri.

Untuk membolehkan jurnal reflektif ini memperkayakan pengalaman pembelajaran anda, anda perlu menggunakannya sebagai bahan dan asas untuk berfikir secara reflektif tentang: Perbuatan yang anda lakukan apabila berhadapan dengan sesuatu situasi Apa yang berlaku Kenapa ia berlaku Apa yang anda boleh pelajari dari setiap pengalaman tertentu.
1

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Lazimnya pemikiran reflektif ini dilakukan untuk situasi atau kontek tertentu dan direkod. Anda juga boleh melakukan refleksi secara menyeluruh sebagai penutup / konklusi untuk laporan anda.

Berikut adalah dua panduan cara menulis jurnal reflektif.

Panduan menyediakan satu laporan. 1) Pilih satu peristiwa yang berlaku / anda lalui dan tanya diri anda soalan-soalan berikut: a) Deskriptif apa yang berlaku? b) Emotif apa yang anda rasa pada masa itu? c) Kognitif apa yang anda fikir pada masa itu? d) Evaluatif apakah pengalaman itu baik atau buruk? Kenapa? e) Analisis Apa yang dapat anda fahami dari peristiwa itu? f) Konklusi apa yang telah anda lakukan dan apa pilihan lain yang terbuka kepada anda?

Panduan menggunakan formula D.I.E.P 1) D Describe. Gambarkan secara objektif apa yang berlaku. Anda boleh tanya diri anda: a) Apa yang aku lakukan, baca, lihat, dengar, dan lain lain?

2) I Interpret. Terangkan apa yang anda fahami dari peristiwa itu. a) Terangkan apa yang anda lihat, baca, dengar, buat. b) Pendapat anda / akal yang anda dapat. c) Kaitan pengalaman itu dengan pengalaman lain d) Hipotesis / konklusi anda e) Apa sebenarnya yang berlaku?

HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

3) E Evaluate. Secara objektif catatkan. a) Penilaian anda terhadap peristiwa / pengalaman itu. b) Pendapat anda tentang peristiwa / pengalaman itu.

4) P Plan. Berdasarkan informasi di atas: a) Apa cadangan yang anda boleh buat kepada diri anda di masa hadapan atau orang lain? b) Apa yang anda dan orang lain boleh pelajari dari pengalaman anda? c) Bagaimanakah pengalaman ini akan mengubah anda dimasa hadapan?

Cadangan bacaan dan rujukan. 1) http://www.yourdictionary.com/for-students-and-parents/reflective-journal-writingtips-for-students.html 2) http://www.ehow.com/how_4610609_write-reflective-journal.html 3) https://www.dlsweb.rmit.edu.au/lsu/content/2_AssessmentTasks/assess_tuts/reflecti ve%20journal_LL/index.html 4) http://www.suite101.com/content/reflective-writing-for-college-students-a205546 5) Joseph A. Raelin Jossey-Bass 2008 (384 pages). Work-Based Learning: Bridging Knowledge and Action in the Workplace, New and Revised Edition. Citation ISBN:9780470182567. 6) Talula Cartwright Center for Creative Leadership 2004 (28 pages). Developing Your Intuition: A Guide to Reflective Practice. Citation ISBN:9781882197835