Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN Pada zaman globalisasi ini, guru bimbingan dan kaunseling memang memainkan peranan yang penting dan

mencabar dalam sekolah. Guru-guru berusaha untuk melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam kurikulum, malah mendapat perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Tambahan pula pelbagai masalah sosial telah dialami oleh pelajar. Sering kali kita dapati keratan akhbar sentiasa memaparkan berita mengenai pelajarpelajar yang terlibat dalam pelbagai masalah sosial seperti ponteng sekolah, pergaduhan, vandalism, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. Ini adalah akibat para pelajar terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media massa, internet, rakan dan sebagainya. Dinampak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah amat penting dan diperlukan. Kaunselor atau guru bimbingan bukan sahaja berusaha melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam pembelajaran dan JERIS. Malah perlu membantu murid-murid menyelasaikan masalah yang dihadapi. Sebagai seorang guru terutamanya guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor haruslah mempunyai pemahaman dan penguasaan yang medalam tentang pengetahuan bimbingan dan kaunseling serta teknik-teknik kaunseling.

KONSEP BIMBINGAN, KAUNSELING, BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENGERTIAN KAUNSELING Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seharusnya diadakan dan diwujudkan dalam sekolah untuk membantu pelajar memahami diri sendiri, mengawal emosi dan menangani cabaran dan tekanan yang dihadapi. Kaunseling telah diberikan pelbagai definisi oleh beberapa orang tokoh dalam bidang ini. Shertzer dan Stone(1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan persekitarannya. Ini dapat membantu individu membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa depan. George, R.L. dan Cristiani, T.S. (1995) berpendapat kaunseling merupakan satu perhubungan dan juga proses yang menolong orang membuat pilihan serta menyelesaikan masalah. Manakala McLeod,J.(2007) menjelaskan kaunseling sebagai satu aktiviti yang mana seseorang yang bermasalah menjemput dan membenarkan seorang individu lain membina hubungan istimewa dengannya. Ini bertujuan untuk membolehkannya meluahkan masalah, meneroka, mempelajari serta mencari penyelesaian dan menikmati kehidupan yang bermakna. Berdasarkan pendapat beberapa orang tokoh, kita boleh membuat kesimpulan bahawa kaunseling ialah proses pembelajaran apabila seseorang individu itu belajar tentang dirinya sendiri, tentang hubungan antara perseorangan, dan tentang tingkah laku yang dapat memajukan perkembangan peribadi mereka sendiri. Kaunseling adalah sesuatu perhubungan bersemuka yang bukan proses temu duga ataupun proses mempengaruhi tingkah laku dengan cara mengugut, mendesak atau memberi amaran. Kaunseling merupakan perkhidmatan profesional berdasarkan kefahaman mendalam tentang manusia, tingkah laku manusia dan masyarakat. Ia memerlukan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang tertentu.

OBJEKTIF KAUNSELING Orang ramai bersetuju bahawa matlamat asas kaunseling ialah untuk membawa perubahan tingkah laku dan seterusnya akan membolehkan hidup mereka lebih produktif dan memuaskan. Tujuan utama kaunseling sekolah ialah untuk menolong murid memahami dirinya sendiri agar ia dapat menjadi individu yang lebih terpuji. Fullmer dan Bernard mengata bahawa: masalah asas kaunseling ialah untuk mencari cara-cara bagi individu menghubungkan pengetahuan luar dengan dirinya sendiri agar pengetahuan tersebut menjadi sebahagian dirinya dan dapat digunakan untuk tingkah laku penyelesaian masalahnya Dari pendapat Fullmer dan Bernard, kita difahamkan objektif kaunseling adalah membantu klien menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapinya. Selain itu, kaunseling juga dapat membantu klien meningkatkan keupayaannya untuk mencapai kebebasan psikologi, iaitu berkebolehan untuk mengurus hidupnya sendiri. Kaunseling membantu dan membimbing pelajar atau klien menyedari dan mencari kekuatan dan kelemahan diri mereka. Melalui cara ini pelajar dapat mengubah tingkah laku mereka dan dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum. Kaunselor dapat membimbing mereka semasa membuat keputusan supaya mereka dapat menentukan matlamat sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna. Ini dapat disokong oleh Arbucle (1965) yang juga mengatakan bahawa kaunseling ialah proses membantu pelajar melihat siapa sebenar dirinya, kesukaran yang dihadapi dan perubahan yang boleh buat. Hal ini tidak pula bermakna bahawa kaunselor akan memberitahu klien atau murid apa yang salah dan apa yang harus dibuat pada mereka. Dengan kaunseling, murid ditolong mencapai penyesuaian dan kerjaya mereka sendiri.

Maka dengan itu, jelaslah bahawa kaunseling memberikan fokus kepada masalah dan keperluan murid secara individu dan menolong mereka mempelajari perkara-perkara yang diperlukan untuk menyelesaikan masalahmasalah tersebut. Dengan cara ini, murid-murid akan menjadi lebih berkebolehan menghadapi masalah masa depan mereka secara sendiri.

PENGERTIAN BIMBINGAN Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan sistematik. Bimbingan membantu seseorang individu melalui daya usahanya untuk mengembangkan kebolehannya serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat. Bimbingan boleh ditakrifkan sebagai suatu proses atau usaha yang dirancang dalam persekitaran sekolah untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam semua aspek hidup. Seperti yang kita fahami para pelajar di sebuah sekolah berasal dari latar belakang yang berlainana dan mempuntai kebolehan, minat ,bakat dan sahsiah yang berbeza. Sebagai contohnya, ada pelajar bersifar periang dan ada pelajar yang bersifat pendiam. Sesentengah pelajar yang berasal dari keluarga yang bahagia dan pula yang berasal dari keluarga yang porak peranda. Jadi memandangkan senario di atas maka perkhidamatan bimbingan amat diperlukan untuk membantu pelajar menikmati perkembangan yang menyeluruh dan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Definisi Mathewson atas bimbingan telah digunakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia juga menegaskan definisi yang diberi oleh Mathewson: Bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosuder pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral Shertzer dab Stone ( 1974 ) mendefinisikan bimbingan sebagai satu proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Murid dibimbing untuk menyedari diri sebagai individu, identiti peribadi, kekuatan dan kelemahannya. Alice Crow (1964) pula menjelaskan bimbingan sebagai bantuan yang diberi kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka

pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaik sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang perlu. Mengikut Belkin, bimbingan mewakili pola perkhidmatan yang meliputi orientasi, inventori individu, maklumat pendidikan dan pekerjaan, kaunseling, penempatan, dan perkhidmatan susulan. Daripada pengertian ini, kita dapati bahawa bimbingan meliputi pelbagai aktiviti dan penggunaan berbagai-bagai sumber, seperti penasihatan, kaunseling, ujian, lawatan, ujian bakat dan perbincangan di bilik darjah. Bimbingan dapat menolong murid membuat pilihan berhubung dengan perancangan dan objektif pendidikan.

Konsep Bimbingan Dan Kaunseling

Konsep Bimbingan Dan Kaunseling Bimbingan, atau guidance dalam bahasa Inggeris, membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan. Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun social. Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar biasanya boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. di dalam proses bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu. Manakala, kaunseling mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Menurut Arbuckle (1965), kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya,potensi dan keupayaannya. Patterson dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan klien pada akhirnya.

Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. Berdasarkan huraian di atas, kita boleh rumuskan bahawa konsep bimbingan adalah saling berkait dengan konsep kaunseling. Sebagaimana yang dihuraikan oleh G.S. Belkin dalam bukunya Practical Counseling in the Schools, beliau menulis : bimbingan merangkumi aspek-aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya. Manakala, kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan. Kesimpulannya, kaunseling merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan bimbingan. Di peringkat sekolah, kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai kaunselor, dengan seorang pelajar (disebut sebagai klien) yang menghadapi masalah peribadi atau akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan. Objektif-Objektif Bimbingan Dan Kaunseling Objektif utama Bimbingan dan Kaunseling ialah menolong pelajar menyelesaikan masalah, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, yang dihadapinya. Di antara objektif yang lain ialah : 1. Menolong pelajar memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai dengan budaya sekolah dan norma masyarakat. 2. Melayan keperluan-keperluan pelajar ke arah perkembangan potensi mereka secara optimum. 3. Menolong pelajar memahami kekuatan dan kelemahannya agar mereka dapat menyesuaikan diri mengikut kebolehannya serta memilih dan merancang masa depan dengan berkesan. 4. Mendorong pelajar menghadapi masalah dengan tabah hati dan berusaha menyelesaikannya dengan penuh keyakinan. 5. Menyedarkan pelajar bahawa ada orang yang rela membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. 6. Memberi nasihat supaya membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai pada masa depan. 7. Mengubah tingkah laku bermasalah pelajar dan seterusnya membentuk tingkahlaku yang diingini. 8. Menolong pelajar membentuk konsep kendiri positif.

9. Memberi tunjuk ajar supaya pelajar dapat mengatasi masalah akademik, dan seterusnya meningkatkan prestasinya dalam bidang pelajaran yang dahulu dinilai lemah.

10. Memberi nasihat supaya membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif atau jurusan yang sesuai mengikut potensi dan minatnya. 11. Menganjurkan kem motivasi bagi pelajar yang mempunyai motivasi rendah untuk belajar.

MATLAMAT UTAMA BIMBINGAN, KAUNSELING, BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Matlamat Utama Bimbingan Dan Kaunseling Berdasarkan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan, maka matlamat utamanya ialah memberi bimbingan dan saranan penyelesaian supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melaui usaha diri sendiri. Konsep Bimbingan dan Kaunseling kadangkala disalahertikan sebagai sesuatu sesi digunakan untuk menganalisis dan mengkritik kesalahan pelajar, menentukan punca kesalahan, memberi ajaran, ataupun memaksa pelajar yang berkenaan supaya menurut cara penyelesaian yang dicadangkan kaunselor. Konsep bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya, dan membimbingnya memikir penyelesaian masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilh untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya. Ringkas kata, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk kebolehan menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.

Berdasarkan pemahaman dan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan, maka matlamat utmanya ialah memberi bimbingan dan cara penyelesaian supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil sarana perbincangan dengan guru atau kaunselor untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapi oleh mereka.

Kedua, semasa bimbingan dan kaunseling dijalankan, guru atau kaunselor hanya perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar dan membimbingnya memikir masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya.

Secara kesimpulannya, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk kebolehannya menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu pelajar menguasai pelbagai kemahiran asas untuk menyesuaikan diri serta menggunakan pelbagai sumber yang sedi ada untuk mencapai kesejahteraan hiduo.

LIMA MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kaunseling bermatlamat untuk; 1 2 Memudahkan perubahan individu. Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan

perhubungan. 3 4 5 Membantu keberkesanan klien mengurus diri. Menggalak proses membuat keputusan. Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.

Memudahkan perubahan tingkah laku klien -Matlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang membolehkan pelajar menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Contoh: Ahmad selalu memberi respond yang negatif kepada guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jadi ini akan menimbulkan masalah dan menganggu keberkesanan pengajaran. Semasa sesi kaunseling kaunselor mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh

Ahmad dan selepas itu kaunselor akan membantu Ahamad mengubah tingkah lakunya supaya tidak menganggu keberkesanan pengajaran.

Meningkatkan keupyaan klien memula dan meneruskan perhubungan. -Dalam kehidupan kini, terdapat juga pelajar yang bersifat pendiam disebabkan latar belakang keluarga jadi kadang-kala akan menghadapi masalah komunikasi . Jadi matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya pelajar tersebut dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Sebagai contohnya: Mei Ling berasal dari keluarga yang porak peranda maka dia setiasa mendiamkan diri dan jauhkan diri daripada bergaul dengan kawan. Maka sebagai sorang kaunselor akan meluangkan masa berbual dengan dia supaya dia dapat bergaul edngan rakan yang lain.

Membantu klien mengurus diri -Tingkah laku negatif yang dipelajari masa kecil akan memberi kesan yang tidak dijangka dan secara tidak langsung akan menimbulkan masalah padanya. Jadi dalam keadaan yang demikian, kaunselor akan melatih pelajar mengurus diri dengan berkesan terutama apabilan menghadapi masalah atau situasi baru.

Menggalakkan proses membuat keputusan -Dalam kehidupan harian setiap orang juga akan membuat sesuatu keputusan yang penting dan amat menyukarkan. Jadi matlamat dalam kaunseling adalah untuk membantunya membuat sesuatu keputusan yang penting dalam hidupnya. Ini tidak bermaksud bahawa kaunselor akan membuat keputusan untuk pelajar tersebut . Keputusan muktamad diambil oleh pelajar sendiri.

Membantu perkembangan dan pencapaian potensi pelajar -Matlamat ini adalah memberi peluang dan mengembangkan potensi yang sedia ada pada pelajar ke tahap yang maksimum. Selain itu, ia mengurangkan atau mengatasi apa sahaja yang menyekat perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorag.

George dan Christiani 1981 menyatakan matlamat bimbingan ialah : MATLAMAT BIMBINGAN Menolong perubahan perlakuan. Menambah kemahiran klien untuk mengendalikan kehidupannya sendiri. Menambah kemahiran membuat keputusan. Membaiki hubungan dengan masyarakat. Membantu perkembangan bakat klien

1. 2. 3. 4. 5.

KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kepentingan Bimbingan Dan Kaunseling Bimbingan dan Kaunseling membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran. Kepentingan bimbingan dan kaunseling ialah : 1. Ia membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling mereka. 2. Ia mempunyai kepentingan kendiri dan sosial.

3. Ia membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan kekuatan mereka untuk mencapai efisensi kendiri dan sosial. 4. Ia juga bertujuan untuk mengakhiri pembaziran resos manusia dan fizikal dengan membantu individu-individu untuk mencari kedudukan mereka dalam masyarakat.

Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism, ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. Dari situ, kita dapat lihatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan memainkan peranan yang penting.

Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih memahami diri dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar belakang yang berbeza maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa manghadapi masalah mereka hanya melihat dari satu sudut jadi sengan ada bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa menyelesaikan masalah .

Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling kaunselor akan memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah

laku seperti tingkah laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain. Tujuan ini adalah menolong individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi pandaun atau nasihat kepada mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik.

Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunseling ia akan membantu pelajar melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individuindividu memahami diri agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahankelemahan diri. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data pshikologi dan sosiologi untuk memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri .

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

APLIKASI KEMAHIRAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING -Dorongan minimum untuk bercakap

KONSEP, MODEL DAN TEORI-TEORI YANG PERLU DIKETAHUI

1.

Memahami Perbezaan Individu

Dalam psikologi perkembangan kajian terhadap perbezaan individu adalah amat penting dilakukan oleh kalangan guru dan kaunselor. Ini adalah kerana melalui kajian perbezaan individu ia dapat membantu pendidik memahami perlakuan murid yang pelbagai, seterusnya akan menyelesaikan masalah dengan menggunakan cara penyelesaian yang sesuai. Menurut Ramlah Jantan dan Mahami Razali ( 2002 ) telah membahagikan aspek-aspek perbezaan individu kepada sebelas aspek yang berlainan, iaitu fizikal, emosi, kecerdasan, sosial, budaya , personaliti, bakat, minat, latar belakang dan lain-lain. Jadi sebagai kaunselor atau guru haruslah sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan murid-murid ini adalah kerana perbezaan-perbezaan ini akan memberi implikasi besar dalam pengajaran dan pembelajaran serta kehidupan harian. kefahaman personaliti dan perbezaan individu adalah dua konsep yang berkaitan maka sebagais eorang kaunselor haruslah mempunyai pengetahuan dalam perbezaan individu.

2.

Teori Abraham Maslow

Menurut Abraham Maslow ( 1970 ), berpendapat bahawa seorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan skunder. Dalam keperluan manusia kepada lima peringkat dan menyusun dalam satu hierarki

Jadi dari situ, kita tahu keperluan asas dan keperluan keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Jadi sebagai guru bimbingan atau guru harus memahami setakat mana keperluan-keperluan pelajar telah berada barulah dapat membimbing dan memberi nasihat kepada pelajar. Sebagai contohnya sebagai seorang guru dan kaunselor dia harus sentiasa bersifat penyayang dan memupuk nilai motivasi pelajar melalui kem motivasi supaya mereka lebih memahami diri, menerima diri dan seterusnya menentukan arah hidup untuk diri sendiri. Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. Dari situ, secara tidak langsung ia akan meningkatkan keyakinan mereka dan seterusnya apabila menghadapi cabaran akan menggunakan pelbagai sudut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3.

Kemahiran Komunikasi dalam Hubungan Interpersonal

Hubungan interpersonal bermaksud hubungan antara perseorangan. Di dalam proses interaksi sosial, hubungan interpersonal biasanya dijalin melalui

komunikasi. Tujuan utama komunikasi antara orang ialah menyampai khabar, berita pendapat kepada pendengar. Di dalam sesi kaunseling yang kerap ialah komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Jadi, sebagai kaunselor dikehendaki menguasai kemahiran komunikasi. Oleh itu, sebagai kaunselor yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan iaitu sebagai kaunselor harus bertutur dengan jelas, tepat serta berperasaan empati. Komunikasi secara lisan iaitu melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secar lisan daripada seorang individu kepada seorang individu atau berkumpulan. Sebagai contohnya; Dalam bilik kaunseling, murid memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan kaunselor sebagai pendengar. Jadi sebagai kaunselor penyampaian yang hendak disampaikan mesti jelas dan mudah difahami. Manakala komunikasi secara tidak lisan ialah melelui penyampaian mesej melalui gerak isyarat seperti gerak kepala, mendiamkan diri, mengangguk kepala, menggeleng kepala dan lain-lain. Sebagai contohnya; mengangguk kepala boleh diertikan sebagai tanda persetujuandan menggeleng kepala boleh diertikan sebagai tidak mahu menerima. Jadi sebagai kaunselor ia harus menguasai kemahiran komunikasi secara lisan dan bukan lisan untuk mencapai objektif kaunseling. Selain itu, kaunselor hendaklah menggunakan pelbagai tindakan yang sesuai seperti tugur sapa, menerima pandangan, gaya duduk, air muka, pergerakan tangan dan nada suara. Kemahiran penyelesaian masalah murid amat penting untuk seorang kaunselor maka sebagai seorang kaunselor harus memahami topik ini supaya dapat menjalankankan sesi kaunseling dengan baik. Dengan penguasaan kemahiran ini maka sebagai seorang kaunselor akan mengenal pasti punca masalah setelah murid mencurahkan masalah. Selepas itu, kaunselor akan membantu murid mencari alternatif untuk menyelesaikan masalahnya. Jadi dari situ, kita

dapat nampak kemahiran komunikasi amat penting untuk seorang kaunselor dan guru.

4.

Teori Kecerdasan Emosi

Teori ini amat penting untuk guru membantu murid menyelesaikan masalah mereka. Emosi seseorang akan berlaku dalam 3 faktor iaitu situasi persekitaran, keadaan fisiologikan dan proses kognitif. Menurut S. Schacter&J. Singer ( 1962 )emosi dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu: a) Sitimuli timbul perubahan kognitif dan fisiologikal seseorang individu b) Pentafsiran individu perubahan perasaan diri Melalui pemahaman teori ini maka sebagai guru bimbingan atau guru kaunselling ia dapat membantu dalam aspek memahami emosi murid-murid, kebolehan mengurus emosi, kebolehan memotivasi, mengurus perhubungan dan lain-lain. Kesemua ini amat berguna untuk seorang guru. Dalam pengalaman harian terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi seperti, peperiksaan,pencapaian, keluaraga yang porak keranda dan lain-lain maka kesemu cabaran dan tekanan ini akan menyebabkan seseorang berasa kekecewaan, konflik, tekanan, kesedihan dan lain-lain. Jadi sebagai seorang guru kaunseling untuk membantu murid dalam mengurus emosi diri dia harus berbuat demikian iaitu; Mengelolakan aktiviti kumpulan Menggunakan percakapan yg sesuai Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik sikap penyayang galakan & motivasi pembelajaran

RUMUSAN

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan guru-guru perlu memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu, peningkatan ilmu pengetahuan dalam profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru amat penting. Peningkatan profesionalisme keguruan dapat dilakukan dalam tiga kaedah, yakni peningkatan Kendiri, penyertaan Kursus peningkatan Profesionalisme keguruan dan kerjasama profesional. Sebagai guru yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus mengetahui kemahiran-kemahiran asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini adalah kerana melalui kaunseling ialah bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek , fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.

REFLEKSI

RUJUKAN

Crow L.D. dan Crow. A., ( 1960 ). An Introduction to Guidance, New York: American Book Co

Ee Ah Meng ( 2003 ). Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Jantan dan Mahani Razali ( 2002 ). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontempoarri, McGraw Hill, Malaysia.

Shertzer, B. dan Sone, S.C., ( 1980 ). Fundamentals Of Counseling. Boston: Hughton Mifflin Company.

Tang Chee Yee. ( 1996 ). Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan Budiman Sdn .

Zulkifli Yusuf, ( 1990 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://cikgumuzikcun.blogspot.com/2012/08/konsep-asa-bimbingan-kaunselingdan.html http://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/esei-kaunseling.html file:///C:/Users/Acer/Downloads/PENGURUSAN%20PERKHIDMATAN%20BIMBI NGAN%20DAN%20KAUNSELING%20(1).pdf http://www.ppdkotatinggi.edu.my/attachments/article/192/PPDBKKM.pdf

Matlamat B&K http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/matlamat-dalambimbingan.html http://hem.edu.my/index.php/subunit/bimbingandankaunseling http://bnkkk.blogspot.com/2011/01/tujuan-perkhidmatan-bimbingandan.html