Anda di halaman 1dari 14

Orang India Malaysia berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya.

Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola.

Orang-orang India telah datang berniaga ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi (2,500 tahun dahulu) menyebut mengenai cengkih (yang berasal dari kepulauan Indonesia).

ADAT RESAM Tanda Hormat Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya.

Perkahwinan

Seorang suami adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik.

Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.

Sewaktu Mengandung Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Semasa Bersalin Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara bintangnya.

SELEPAS KELAHIRAN Menyapu Madu Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Membawa Bayi Pulang Ke Rumah Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku.

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

Memberi Nama Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

KEMATIAN Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan hancur ,tetapi kembali ke alam barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan.

Upacara menanggalkan thaali. Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia.

Upacara vaikkarasi Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan member penghormatan yang terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.Pada masa yang sama,ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.Ahliahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

Kollic catti Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.Periuk tersebut di angkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk.Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu.seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat.Sebelum itu kollic catti.Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.

Perayaan bagi kaum india Bagi kaum india mereka merayakan perayaan mereka seperti deepavali,thaipusam,dan ponggal bagi setiap tahun.Bagi perayaan Deepavali,penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat.Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula,merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi.Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan,maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.Bagi ponggal pula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai.Iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat,bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

Adat Resam dan Kepercayaan Perayaan Deepavali Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat pelbagai adat resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah antara sebuah perayaan yang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu.

Disebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebaikan akan mengatasi kejahatan. Hal ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar tidak melakukan kejahatan.

Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu vilakku adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.

Pada pagi hari perayaan Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolams atau rangoli iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya kolamsini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi secara turun temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia ini seperti semut sebagai tanda ucapan selamat datang kepada para tetamu.

Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari tertib. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasaan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang.

PANTANG LARANG Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan. Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.

Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung: Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat. Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

KEPERCAYAAN Kebanyakan kaum India Malaysia beragama Hindu dan diikuti kristian dan sikh Budaya kaum India kaya dengan pelbagai pantang-larang, amalan dan kepercayaan. Kebanyakan kepercayaan ini bermula bersama-sama wujudnya konsep tamadun di Benua Kecil India. Kemudian, segala kepercayaan itu berkembang bersama-sama perkembangan zaman. Apa pun, budaya dan kepercayaan nenek-moyang yang berasal dari Benua Kecil India masih berakar-umbi dalam jiwa kaum India di Malaysia dan menjadi jati diri yang dibanggakan. Begitu juga, banyak budaya India sudah meresap masuk ke dalam budaya Melayu melalui proses asimilasi sejak sebelum kedatangan Islam. Kepercayaan dalam budaya India biasanya dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu; serta kesan-kesan negatif. Misalnya, masyarakat India percaya bahawa sekiranya seorang makan nasi di tempat yang gelap, maka hantu, penunggu atau roh akan sama-sama menjamah makanan itu. Akibatnya, individu tadi tidak akan kenyang serta tidak akan mendapat zat daripada makanan kerana telah diserap oleh orang kedua tadi. Pasti sahaja tidak ada kejadian sebenar yang dapat dijadikan bukti untuk menyokong hujah dalam kepercayaan ini. Misalnya, belum ada individu dalam masyarakat yang membuat kenyataan bahawa dirinya kurus-kering dan tidak pernah kenyang kerana setiap kali dia makan di tempat gelap, ada hantu yang mencuri makanannya. Sebagai contoh, masyarakat India percaya bahawa sekiranya pensel diasah pada kedua-dua belah, maka ibu dan bapa dalam keluarga berkenaan akan sentiasa bergaduh. Atau kepercayaan bahawa perbuatan bersiul pada waktu malam akan mengudang ular masuk ke dalam rumah. Masyarakat India khususnya yang beragama Hindu percaya bahawa pada harihari perayaan seperti Tahun Baru, Deepavali, Ponggal, Onam dan Ugadi, setiap individu perlu membuka mata pada waktu subuh dan memandang apa-apa objek yang dianggap suci. Tindakan itu dikatakan akan membuatkan hidup mereka diberkati dengan kebahagiaan, kemewahan dan segala macam kebaikan.