Anda di halaman 1dari 54

PEMARKAHAN

RIS SEMESTER 1 S

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA SEMESTER 1 SESI 2013/2014 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PJJ KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
KUMPULAN GROUP UPSI-03 (A131PJJ) TAJUK ESEI ILMIAH MIKRO PENGAJARAN DAN REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN DAN REFLEKSI KAJIAN TINDAKAN DISEDIAKAN OLEH NAMA AZRIZA AZWA BT ZAKARIA NO. MATRIK D20121061710

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: Encik Omar Hisham bin Mohd Baharin : 31 Disember 2013

1.0 1.1

MIKRO PENGAJARAN Rancangan Pengajajaran Mikro (Ringkasan) : : : : : : : Pendidikan Moral 1 2 orang 4 November 2013 8.45 pagi 8.55 pagi (10 minit) Dunia Saya Indah 1. Kepercayaan Kepada Tuhan 1.1 Mengetahui Keunikan Alam

Mata Pelajaran Tahun Bilangan Pelajar Tarikh Masa Tema Nilai

Standard Kandungan : Standard Pengajaran :

Pada akhir pengajaran ini murid dapat:1.1.2 1.1.3 Menghargai alam ciptaan tuhan. Melibatkan diri dalam menjaga keindahan alam. - Bahasa Melayu dan PSV - menghargai, kebersihan, kasih sayang

Pengisian Kurikulum :

Ilmu Nilai murni

EMK

Kemahiran berfikir - membuat gambaran mental, analogi Teori kecerdasan mental - Interpersonal Kemahiran berfikir - menjana idea

Pengetahuan sedia ada :

Murid pernah merasai berada dalam keadaan persekitaran Tempat tinggal dan memahami apa itu ciptaan tuhan dan bukan ciptaan tuhan.

Bahan bantu mengajar :

Komputer, gambar persekitaran yang bersih, warna. 2

Langkah/Isi pengajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 2 Aktiviti Pengajaran (10 minit)

1. Guru memberi arahan kepada murid dan murid mencari maklumat menerusi internet 2. Arahan : i. Buka injin pencarian google. ii. Klik pada imej. iii. Taip perkataan gambar persekitaran yang bersih. iv. Klik pada gambar yang kamu pilih. Besarkan. 3. Murid menunjukkan gambar yang dipilih kepada guru. 4. Murid melihat hasil carian kawannya dan berbincang mengenai gambar.

TKP naturalis KB gambaran mental Nilai murni menghargai

1.2

Penerangan Pengajaran dan Pembelajaran Masa Perlaksanaan Aktiviti 1. Murid-murid membuka injin carian google. 2. Murid-murid klik pada injin pencarian imej.

Minit 1 - 2

Minit 3 - 6

3. Murid-murid menaip di kotak carian persekitaran yang bersih. 4. Arahan yang diberikan : i. Sila teliti beberapa gambar persekitaran yang bersih.

ii. Pilih satu gambar yang telah kamu teliti. Minit 6 - 10 5. Murid-murid menunjukkan gambar carian internet yang telah dipilih dan melihat hasil carian kawannya dan bercerita mengenai gambar. 3

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO Setelah menjalankan sepuluh minit sesi pengajaran mikro Pendidikan Moral dengan tema Dunia Saya Indah bersama 2 orang murid moral tahun 1, saya telah dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya.

2.1

Kekuatan Antara kekuatan yang dapat saya kesan dalam sesi pengajaran mikro yang telah

saya jalankan ialah kejelasan saya dalam meberi arahan kepada murid-murid. Kejelasan memberi penerangan memainkan peranan penting dalam kefahaman asas murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Penerangan yang ringkas dan jelas yang saya lakukan telah membantu kefahaman murid saya dalam menjalankan aktiviti yang saya rancangkan. Murid-murid saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Selain itu penampilan saya yang sesuai termasuklah memakai pakaian yang sopan, tampil dengan yakin dan bersemangat, memberi arahan dengan suara jelas dan lantang merupakan elemen penting dalam menarik perhatian murid dan meningkatkan kefahaman mereka tentang isi pelajaran yang ingin disampaikan. Saya dapat memberikan perhatian kepada semua murid. Saya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan murid saya. Saya percaya hubungan yang rapat akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam keadaan harmoni dan tidak tertekan serta objektif pengajaran saya dapat dicapai dengan mudah. Murid memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid dapat memcari gambar dengan menggunakan injin carian google dengan mudah kerana telah biasa menggunakan komputer. Tindakan susulan murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian sasa tentang isi pelajaran yang disampaikan. Secara keseluruhan pengurusan kelas adalah

teratur dan dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan murid begitu seronok semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

2.2

Kelemahan Terdapat juga kelemahan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikro

pengajaran iaitu saya gagal menggunakan Bahasa Melayu standard sepenuhnya. Adakala saya menggunakan bahasa pasar semasa memberi penerangan kepada murid-murid. Saya member penerangan menggunakan komputer kerana menggunakan layar putih. Saya sepatutnya berbincang dan menerangkan terlebih dahulu tentang keindahan alam sekitar dengan murid-murid saya. Ini akan dapat meningkatkan kefahaman murid seterusnya akan berlaku percambahan idea murid, barulah murid-murid dapat menceritakan mengensi gambar yang mereka pilih dengan memuaskan. Saya banyak mendominasi kelas berbanding murid-murid saya. Murid-murid begitu teruja dengan komputer dan hilang tumpuan semasa saya memberi penerangan. Mereka begitu teruja untuk menjalankan tugasan berbanding mendengar saya memberi arahan sehingga selesai.

2.3

Cadangan Cara Mengatasi Masalah Segala kelemahan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan

kualiti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam tugasan pengajaran mikro yang dijalankan, saya perlu meningkatkan keupayaan menarik minat murid mendengar arahan saya dan lebih berhati-hati bila berinteraksi semasa memberi penerangan kepada murid agar dapat menggunakan Bahasa Melayu standard atau Bahasa Melayu baku dengan betul tanpa mencampuradukkan dengan bahasa pasar. Percakapan saya seharusnya tidak terlalu laju dan terlalu perlahan agar murid dapat mendengar dengan jelas. Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti atau latihan kendiri, 5

saya haruslah memastikan murid-murid telah dapat menguasai dan memahami isi pelajaran yang disampaikan, barulah berlaku perkembangan idea daripada murid-murid. Sewaktu murid membuat latihan atau melakukan aktiviti kendiri, saya seharusnya kurang bercakap dan memberi tumpuan serta teguran kepada murid secara individu. Komputer sebagai bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya menarik minat murid tetapi ia juga mengganggu tumpuan murid semasa mendengar arahan. Saya seharusnya menyuruhmereka duduk di hadapan kelas terlebih dahulu berbanding menyuruh mereka duduk di hadapan komputer masing-masing. Saya harus mengingatkan murid-murid supaya membawa alat tulis yang mencukupi sebelum sehari sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Ini akan memudahkan saya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Saya juga perlu menyediakan peralatan yang perlu sebagai persediaan awal bagi membantu murid-murid yang tidak mempunyai alatan yang diperlukan. Selepas murid menunjukkan gambar pilihan mereka, saya sepatutnya mengambil sedikit masa untuk bercerita mengenai alam ciptaan tuhan yang indah, ini akan membantu murid bercerita tentang gambar pilihan mereka dan memberi murid lain member komen tentang gambar tersebut. Selain itu saya juga sepatutnya mencetak gambar tersebut sebagai hasil pembelajaran. Saya juga boleh merangsang murid dengan memberikan hadiah seperti alat tulis, buku cerita dan sebagainya kerana murid berjaya menyiapkan tugasan. Ini akan membuatkan murid berasa bangga dan dihargai seterusnya mereka akan seronok untuk meneruskan pembelajaran selanjutnya. Semoga refleksi ini dapat membantu saya untuk memperbaiki dan membuat penambahbaikan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang.

3.0

MAKRO PENGAJARAN : : : : : : : : Pendidikan Moral 1 2 orang 4 November 2013 9.00 pagi 9.30 pagi (30 minit) Dunia Saya Indah Ciptaan Tuhan dan Bukan Ciptaan Tuhan 1. Kepercayaan Kepada Tuhan 1.1 Mengetahui Keunikan Alam

Mata Pelajaran Tahun Bilangan Pelajar Tarikh Masa Tema Tajuk Nilai

Standard Kandungan : Standard Pengajaran :

Pada akhir pengajaran ini murid dapat:1.1.2 1.1.3 Menghargai alam ciptaan tuhan. Melibatkan diri dalam menjaga keindahan alam. - Bahasa Melayu dan PSV - menghargai, kebersihan, kasih sayang

Pengisian Kurikulum :

Ilmu Nilai murni

EMK

Kemahiran berfikir - membuat gambaran mental, analogi Teori kecerdasan mental - Interpersonal Kemahiran berfikir - menjana idea

Pengetahuan sedia ada :

Murid pernah merasai berada dalam keadaan persekitaran tempat tinggal dan memahami apa itu ciptaan tuhan dan bukan ciptaan tuhan.

Bahan bantu mengajar :

Komputer, gambar persekitaran yang bersih, warna. 7

Langkah/Isi pengajaran

Aktiviti / Kaedah

Butiran pengajaran

Catatan

Langkah 1 Set Induksi ( 5 minit )

Menunjukkan jenis gambar

beberapa 1.

Guru menampal

BBM - Slaid gambar - Petikan Strategi / Teknik pengajaran Pembelajaran konstektual Kemahiran berfikir - gambaran mental Nilai murni - menghargai

ciptaan gambar tunggal di papan putih. 2. Guru meminta murid

manusia dan ciptaan tuhan.

mengkelaskan gambar yang ditampal mengikut kumpulan : - ciptaan tuhan - bukan ciptaan tuhan 3. Guru mengaitkan

gambar dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

Langkah 1 ( 8 minit )

- Tayangan slaid gambar ciptaan manusia yang merosakkan ciptaan tuhan.

1.

Guru menunjukkan

BBM - Slaid gambar - Petikan

slaid gambar ciptaan manusia yang merosakkan ciptaan tuhan. 2. Guru meminta murid

bercerita mengenai

gambar-gambar di dalam slaid. 3. Guru mengajukan Strategi / Teknik pengajaran - Aktiviti pembelajaran masteri - Kaedah penyoalan menyeluruh

beberapa soalan kepada murid berdasarkan lihat. i) Apakah yang kamu lihat? ii) Apakah ciptaan - Bersoal jawab manusia yang merosakkan ciptaan tuhan? iii) Apakah ciptaan tuhan yang telah dirosakkan itu?

Langkah 2 ( 12 minit )

Latihan pengukuhan

1. Guru meminta murid membuat latihan yang telah disediakan. 2. Guru meminta murid

BBM - Latihan Strategi / Teknik

menjawab secara individu. pengajaran 3. Guru dan murid - Aktiviti pembelajaran masteri - Kaedah penyoalan menyeluruh

berbincang mengenai jawapan.

Penutup ( 5 minit )

Lagu Hijau

1.

Guru meminta murid

BBM - Video klip Hijau

membuka capaian you tube. 2. Guru meminta murid

mendegar lagu yang telah

Strategi / 9

dimuat turun. 3. Guru membuat

Teknik pengajaran - Kaedah penyoalan menyeluruh

kesimpulan dari pembelajaran hari ini.

3.2

Penerangan Pengajaran dan Pembelajaran Masa Perlaksanaan Aktiviti 1. Murid-murid melihat guru menampal gambar mengenai ciptaan tuhan dan bukan ciptaan tuhan. 2. Murid secara bergilir menampal gambar mengikut kategori yang telah ditetapkan

Minit 1 - 5

Minit 6 - 13

3. Murid-murid melihat slaid gambar yang menunjukkan ciptaan manusia yang merosakkan ciptaan tuhan. 4. Murid-murid membaca petikan yang disedikan. 5. Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Minit 14 - 25

6. Murid-murid menjawab soalan yang telah dihantar kepada email mereka secara individu. 6. Murid dan guru berbincang mengenai jawapan.

Minit ke 26-30 7. Murid-murid melihat dan mendengar lagu bertajuk Hijau yang telah dimuat turun. 8. Murid-murid mendegar guru membuat kesimpulan mengenai tajuk yang dipelajari.

10

4.0 4.1

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO Pendahuluan Setelah menjalankan tiga puluh minit sesi pengajaran makro Pendidikan Moral

bertajuk Ciptaan Tuhan dan Bukan Ciptaan Tuhan dengan tema Dunia Saya Indah bersama 2 orang murid moral tahun 1, saya telah dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Refleksi yang telah dilaksanakan bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran saya dalam elemen mendidik. Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit. Bagi tugasan ini tajuk yang saya pilih ialah Ciptaan Tuhan dan Bukan Ciptaan Tuhan dengan tema Dunia Saya Indah. Bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran, saya menggunakan teknologi komputer persembahan Ms Power point semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, gambar tunggal dan lembaran kerja sebagai bahan bantu mengajar. Sepanjang pengajaran dan pembelajaran tersebut saya telah meminta bantuan rakan untuk menjalankan proses rakaman dapat dijalankan dengan lancar. Saya amat berharap akan lahir suatu penekanan yang menitik beratkan penerokaan doman affective spiritual dan mewujudkan suatu pemikiran membina dalam kebenaran terhadap ilmu dan tugasan yang diterokai. Secara peribadi saya berharap selepas melakukan Pengajaran Makro ini akan ada suatu anjakan paradigma dalam diri saya terutama dalam dalam elemen berikut: i. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. ii. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran. iii. Menekankan pendekatan berpusatkan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. iv. v. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam dunia pendidikan. Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan. 11 tindakannya mencari

4.2 4.2.1

Perancangan makro pengajaran. Objektif Pengajaran Objektif pengajaran telah dirancang merujuk kepada sukatan pelajaran, huraian

sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran tahunan Pendidikan Moral Tahun 1 mengikut kelompok yang telah diagihkan secara mingguan. Wujud rasional objektif pengajaran kerana ianya adalah berdasarkan rujukan KSSR Pendidikan Moral dan mempunyai tema dan tajuk yang telah terancang dari awal tahun dan telah diakui keesahannya oleh ketua panatia, dan guru besar. Jika dilakukan penilaian dalam skala peratusan, objektif pengajaran saya dinilai tercapai 95% keseluruhannya. Terdapat beberapa faktor yang menghalang pencapaian objektif P&P ini tercapai 100% iaitu faktor utama yang mengganggu ialah kesediaan murid untuk belajar. Ini terjadi kerana pelajar-pelajar ini perlu berjalan untuk ke kelas moral kerana pengajaran tidak berlekaku di dalam kelas disebabkan dominasi murid murid beragama Islam. Perjalanan ini telah sedikit sebanyak mengalih perhatian mereka terhadap pembelajaran. Selain itu kehadiran guru-guru dalam membantu menjayakan rakaman juga menjadi penyumbang kepada kegagalan pencapaian objektif P&P. Guruguru yang menjadi pemerhatian juga telah menjadikan murid sedikit tersasar dalam tumpuan terhadap pembelajaran. Saya dapati objektif pengajaran saya sesuai dengan minat dan tahap perkembangan murid kerana tidak berlakunya miskonsepsi. Rancanagan pengajaran harian yang telah diwujudkan telah mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. Rangsangan minat murid telah bermula apabila murid dibimbing melalui tayangan slaid. Wujud beberapa prasyarat bagi pencapaian objektif seperti tema dan tajuk

pengajaran yang selaras dengan aras kemahiran yang diperuntukkan. Suasana pembelajaran yang kondusif, kesediaan murid, kawalan kelas dan kemudahan infrasturktur yang selesa juga merupakan pemangkin kepada pencapaian objektif.

12

4.2.2

Sumber pengajaran pembelajaran Beberapa sumber pengajaran telah digunakan bagi membantu mencapai objektif

pengajaran saya. Penggunaan Ms Power point semasa proses pengajaran dan pembelajaran, telah berjaya menarik perhatian murid. Dengan menggunakan Ms Power Point murid lebih tertarik dengan isi pelajaran. Tayangan yang jelas dan lancar menyebabkan murid-merid fokus dengan setiap isi pelajaran yang ingin disampaikan. Melalui penggunaan LCD dan komputer,guru dapat mengaitkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dengan lebih jelas dan teratur. Saya telah mengubahsuai sumber yang sedia ada iaitu gambar tunggal kerana ianya merupakan bahan pandang lihat yang genuin bagi murid sekolah rendah. Bahan ini juga merupakan bahan maujud yang kekal yang membolehkan guru membuat ulangan penerangan dan murid dapat mengunakannya secara berulang bagi menguasai pemerhatian. Rasional bagi saya memilih sumber yang digunakan adalah kerana ianya medium utama ransangan masa kini. Pengunaan ICT dan bahan maujud juga dapat membantu murid menyatakan respon dan pendapat peribadi mereka dengan lebih ideal. Sesi soal jawab dan perbincangan juga berjalan lancar dan aktif. Murid- murid dapat menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru dan juga memberikan pendapat sendiri berkenaan tajuk yang diberikan dengan baik.

4.2.3

Isi pelajaran Isi pelajaran yang diajar semenangnya berkaitan dengan objektif yang ditetapkan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tajuk, tema dan fokus kemahiran sering dengan langkah pengajaran yang digalurkan secara tersusun, mengikut urutan dan berkiatan dengan kemahiran yang diharapkan. Butir-butir pelajaran saya merupakan kandungan yang penting. Saya sentiasa mengawal masa dengan kehendak fokus utama da fokus sampingan. Saya sentiasa 13

menastikan penerangan saya sentiasa rasional dan tidak miskonsepsi dengan kemahiran dan sistem bahasa. Penerapan nilai dan ilmu serta penerapan kemahiran bernilai tambah menjana idea dan kemahiran berfikir menjadikan butiran pengajaran ini mempunyai elemen yang penting. Semua murid mendengar penerangan daripada guru mengenai isi kandungan tayangan tersebut, murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul dan tepat berkaitan dengan tayangan video. Ini menjelaskan bahawa murid memahami isi kandungan yang hendak disampaikan dengan jelas. Wujud jua pembahagikan isi pelajaran kepada elemen-elemen yang lebih kecil dan menstrukturkannya agar lebih mudah diikuti oleh murid. Set induksi telah

diwujudkan bagi merangsang dan mencetuskan kehadiran P&P secara formal. Langkah pengajaran yang tertentu telah dibahagikan dengan fokus tersendiri dalam mencapai kemahiran lisan, bacaan dan tulisan secara berkesan. Rumusan pengajaran diselitkan dengan penerapan nilai murni dan pengukuhan kemahiran bahasa.

4.2.4

Strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran Strategi pengajaran saya dapat merealisasikan objektif yang disediakan. Ini kerana

aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid dapat membantu mencapai objektif pengajaran. Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu yang rasional bagi pemilihan strategi pengajaran yang digunakan. Ini kerana pengajaran berpusatkan murid, membolehkan murid cergas dalam mengambil bahagian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati murid-murid lebih aktif, saling berkomunikasi dan sentiasa berusaha. Aktiviti-aktiviti yang dipilih adalah sesuai dengan minat dan keupayaan murid. Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan yang melibatkan murid jelas menunjukkan mereka dapat memberikan pendapat dan cadangan dalam aktiviti yang sedang dijalankan. Ini kerana tajuk dan tema yang digalurkan telah dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni dan Visual. 14

Suasana komunikasi yang baik di antara guru dengan murid dapat menjayakan onjektif yang hendak dicapai. Unsur jenaka dan kecindan yang diselitkan dapat mengurangkan situasi tegang dan tekanan kepada murid. Murid murid akan berasa lebih tenang jika guru dapat memakmurkan situasi P&P.

4.2.5

Penerapan nilai Wujud jua kaitan nilai-nilai murni yang dipilih dengan nilai-nilai yang

terkandung dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rasional diwujudkan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran saya adalah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dalam semua elemen yang diharapkan. Penerapan nilai murni jua adalah suatu lambang perjuangan mengekalkan manusia sebagai insan yang bertamadun dengan tatsusila yang unggul. Nilai-nilai murni yang diterapkan adalah penting disebabkan desakan keperluan memyediakan pelajar yang mampu mengharungi arus kehidupan yang semakin mencabar dan penuh dengan asakan yang membimbangkan.

4.2.6

Kemahiran-kemahiran pengajaran Adalah wajar seseorang guru membuat reflektif dengan memberi tumpuan khas

dalam satu masalah, dilema atau cabaran yang dihadapi. Kemahiran yang terbina dalam set induksi jua perlu diberikan nafas baru. Set induksi yang menggunakan medium ICT dan berbentuk muzikal secara umumnya menarik minat murid. Variasi rangsangan jua memainkan peranan sebagai pemangkin atau untuk memujuk. Ganjaran berbentuk cenderahati atau pujian adalah unsur menggalakkan murid lebih bersemangat. Senyuman, isyarat mata dan tangan guru juga merupakan komunikasi yang merapatkan hubangan membina yang berbentuk motivasi antara guru dan murid. Menurut Egan (1994) komunikasi bukan lisan yang di utarakan merujuk kepada tingkah laku badan,ekspresi wajah dan kualiti suara. 15

Kemahiran menyoal. Murid akan memberikan respon yang baik terhadap soalan soalan yang diberikan oleh guru jika terdapat bantuan dalam mewujudkan pengetahuan sedia ada. Bahan bantu mengajar seperti gambar tunggal, seni kata lagu membantu murid dapat memahami dengan jelas isi kandungan soalan yang ingin disampaikan Pengurusan masa dapat dijayakan dengan baik beberapa faktor. Antaranya adalah kawalan kelas, rancangan pengajaran yang teratur dan berkesinambungan.

4.2.7

Pengurusan bilik darjah Pengurusan Bilik K-pec adalah antara penyumbang suasana pembelajaran yang

kondusif dan menarik. Ini dapat melahirkan tingkah laku yang positif di dalam bilik darjah.Selain itu juga, seorang guru seharusnya sentiasa memberikan kata-kata pujian dan ayat berbentuk motivasi kepada murid-muridnya bagi mengggalakkan mereka berusaha dengan lebih tekun lagi.

4.2.8

Menilai kefahaman pelajar Kefahaman pelajar dapat diukur melalui lebaran kerja yang diberikan. Hasil

jawapan murid dapat diukur dalam bentuk jumlah jawapan yang betul atau salah.

4.3

Kekuatan Pengajaran Makro Antara kekuatan yang dapat saya kesan dalam sesi pengajaran makro yang telah

saya jalankan ialah kejelasan saya dalam meberi arahan kepada murid-murid. Kejelasan memberi penerangan memainkan peranan penting dalam kefahaman asas murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindadakan susulan murid. Penerangan yang ringkas dan jelas yang saya lakukan telah membantu kefahaman murid saya dalam menjalankan aktiviti yang saya rancangkan. Murid-murid saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya. 16

Selain itu penggunaan bahan bantu pengajaran berunsurkan ICT sangat menarik minat murid-murid saya yang terdiri daripada seorang pelajar berbangsa India dan seorang lagi berbangsa Kadazan yang bukan merupakan penutur jati bahasa Melayu. Penggunaan ICT ini banyak membantu mereka dari segi kefahaman dan pengetahuan. Selain itu penampilan saya yang sesuai termasuklah memakai pakaian yang sopan, tampil dengan yakin dan bersemangat, memberi arahan dengan suara jelas dan lantang merupakan elemen penting dalam menarik perhatian murid dan meningkatkan kefahaman mereka tentang isi pelajaran yang ingin disampaikan. Saya dapat memberikan perhatian kepada semua murid. Saya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan murid saya. Saya percaya hubungan yang rapat akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam keadaan harmoni dan tidak tertekan serta objektif pengajaran saya dapat dicapai dengan mudah. Murid memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid dapat memcari gambar dengan menggunakan injin carian google dengan mudah kerana telah biasa menggunakan komputer. Tindakan susulan murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian sasa tentang isi pelajaran yang disampaikan. Secara keseluruhan pengurusan kelas adalah teratur dan dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan murid begitu seronok semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

4.4

Kelemahan pengajaran makro. Terdapat juga kelemahan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makro

pengajaran iaitu saya gagal menggunakan Bahasa Melayu standard sepenuhnya. Adakala saya menggunakan bahasa pasar semasa memberi penerangan kepada murid-murid. Saya memberi penerangan di meja komputer dengan menggunakan layar putih. Saya sepatutnya berbincang dan menerangkan terlebih dahulu tentang mengenai ciptaan manusia yang merosakkan ciptaan tuhan kepada murid-murid saya. Ini akan dapat meningkatkan kefahaman murid seterusnya akan berlaku percambahan idea murid, 17

barulah murid-murid dapat memahami sepenuhnya mengenai tajuk. Saya banyak mendominasi kelas berbanding murid-murid saya. Murid-murid begitu teruja dengan komputer dan hilang tumpuan semasa saya memberi penerangan. Mereka begitu teruja untuk menjalankan tugasan berbanding mendengar saya memberi arahan sehingga selesai. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Pengurusan masa juga sedikit terganggu kerana keadaan server yang tidak menentu. Masa yang panjang diambil bagi menyiapkan tugasan melalui e-mail kerana server internet pada masa itu sedikit terganggu. Kedudukan guru di dalam kelas hanya sekitar bahagian hadapan kelas kerana guru banyak menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar. Bimbingan secara individu jua tidak dapat dijayakan dengan cepat kepada murid-murid yang menghadapi kelemahan.

4.5

Cadangan Cara Mengatasi Masalah Segala kelemahan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan

kualiti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam tugasan pengajaran makro yang dijalankan, saya perlu meningkatkan keupayaan menarik minat murid mendengar arahan saya dan lebih berhati-hati bila berinteraksi semasa memberi penerangan kepada murid agar dapat menggunakan Bahasa Melayu standard atau Bahasa Melayu baku dengan betul tanpa mencampur adukkan dengan bahasa pasar. Percakapan saya seharusnya tidak terlalu laju dan terlalu perlahan agar murid dapat mendengar dengan jelas. Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti atau latihan kendiri, saya haruslah memastikan murid-murid telah dapat menguasai dan memahami isi pelajaran yang disampaikan, barulah berlaku perkembangan idea daripada murid-murid.

18

Sewaktu murid membuat latihan atau melakukan aktiviti kendiri, saya seharusnya kurang bercakap dan memberi tumpuan serta teguran kepada murid secara individu. Komputer sebagai bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya menarik minat murid tetapi ia juga mengganggu tumpuan murid semasa mendengar arahan. Saya seharusnya menyuruhmereka duduk di hadapan kelas terlebih dahulu berbanding menyuruh mereka duduk di hadapan komputer masing-masing. Saya harus mengingatkan murid-murid supaya membawa alat tulis yang mencukupi sebelum sehari sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Ini akan memudahkan saya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Saya juga perlu menyediakan peralatan yang perlu sebagai persediaan awal bagi membantu murid-murid yang tidak mempunyai alatan yang diperlukan. Selepas saya menunjukkan gambar ciptaan manusia yang merosakkan ciptaan tuhan kepada murid, saya sepatutnya mengambil sedikit masa untuk bercerita mengenai alam ciptaan tuhan yang indah, ini akan membantu murid memahami dengan lebih mendalam maksud ciptaan manusia yang merosakkan ciptaan tuhan. Saya juga boleh merangsang murid dengan memberikan hadiah seperti alat tulis, buku cerita dan sebagainya kerana murid berjaya menyiapkan tugasan. Ini akan membuatkan murid berasa bangga dan dihargai seterusnya mereka akan seronok untuk meneruskan pembelajaran selanjutnya. Semoga refleksi ini dapat membantu saya untuk memperbaiki dan membuat penambahbaikan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang.

19

Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan Pelajar Bukan Melayu Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu Lumut, Perak. Oleh: Azriza Azwa bt Zakaria asmirazriza@gmail.com Pengajaran Teknologi Dan Penaksiran 2 Program Pensiswazahan Guru Universiti Pendidikan Sultan Idrid

ABSTRAK Kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis kesalahan tatabahasa bahasa Melayu dalam karangan Pelajar Bukan Melayu Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu,Lumut, Perak. Kajian dilakukan terhadap 11 pelajar bukan Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu dengan menggunakan penulisan karangan mereka sebagai data kajian. Data kajian juga dikukuhkan dengan dapatan soal selidik daripada 4 orang guru yang mengajar kursus Bahasa Melayu untuk murid bukan Melayu ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar bukan Melayu melakukan kesalahan tatabahasa seperti kesalahan penggunaan aspek kata, frasa, ayat dan ortografi. Hasil kajian juga mendapati bahawa kesalahan ortografi iaitu kesalahan penggunaan ejaan dan huruf besar / kecil paling banyak dilakukan pelajar (270 kesalahan). Kesalahan kedua tertinggi pula ialah kesalahan aspek ayat iaitu ayat tunggal dan ayat saduran (98kesalahan), diikuti kesalahan aspek frasa iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa sendi nama (65 kesalahan). Kesalahan yang paling rendah dari segi kekerapan ialah kesalahan penggunaan aspek kata iaitu imbuhan, kata hubung dan kata pemeri (57). Berdasarkan soal selidik, kebanyakan pelajar melakukan kesalahan tatabahasa disebabkan gangguan bahasa ibunda, sikap pelajar dan keadaan persekitaran bahasa di di sekolah. Bagi menangani masalah ini, strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa hendaklah ditingkatkan. Bimbingan yang berterusan daripada guru yang mengajar subjek bahasa Melayu, pembelajaran bahasa melalui multimedia serta penganjuran aktiviti bahasa seperti pertandingan kuiz, lakonan dan

20

pameran bahasa penting dalam menggalakkan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu.

PENGENALAN Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar bukan Melayu yang belajar bahasa Melayu di peringkat sekolah. Pelajar bukan Melayu didapati tidak dapat menguasai kemahiran tatabahasa dengan sepenuhnya (Juriah, 2001). Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat permasalahan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu khususnya dari aspek tatabahasa. Menurut Jeniri (2005), bahasa Melayu mudah untuk dipelajari, tetapi susah untuk dikuasai.

Analisis Kesalahan Bahasa merupakan satu cabang aplikasi dalam bidang linguistik yang diperkenalkan oleh Corder (1967) dan sehingga kini teori ini masih digunakan dalam pembelajaran bahasa. Ellis (1994), menyifatkan sumbangan Corder sebagai, "It was not until the 1970s that EA became a recognized part applied linguistics, a development that owed much to the work of Corder.

Teori Analisis Kontrastif dan Analisis Kesalahan Bahasa Sebelum Analisis Kesalahan Bahasa diperkenalkan, Analisis Kontrastif telah

mendominasi bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dan bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa asing sejak perang Dunia Kedua hingga akhir pertengahan tahun 1960-an (Aini, 2007). Analisis Kontrastif membandingkan sistem linguistik dua bahasa iaitu bahasa asal dan bahasa sasaran pelajar dan meramal daerah-daerah kesukaran dan kesenangan yang dihadapi oleh pelajar tersebut (Mogimizadeh, 2008). Pendekatan ini mengandaikan bahawa pelajar bahasa kedua atau pelajar bukan Melayu akan menerima dengan mudah unsur-unsur bahasa asing yang sama atau hampir sama dengan bahasa ibunda mereka. Sebaliknya unsur-unsur yang berbeza akan menimbulkan kesulitan dalam proses pembelajaran mereka (Brown, 2000).

21

Menurut Analisis Kontrastif, gangguan bahasa ibunda menjadi penyebab utama timbulnya kesalahan dan kesulitan pembelajaran bahasa kedua oleh seseorang pelajar (Aini, 2007). Justeru, kesalahan yang dilakukan pelajar dianggap sebagai hasil daripada tabiat berterusan bahasa ibundanya terhadap bahasa sasarannya (Erdogan, 2005).

Analisis Kesalahan Bahasa pula mengkaji tentang kesalahan pemindahan (interlingual errors) dan kesalahan intralingual (intralingual errors) yang muncul hasil daripada strategi pengajaran dan pembelajaran tertentu yang digunakan (Richards, 1992).

Kesalahan pemindahan/interlingual berkait dengan gangguan bahasa ibunda. Corder (1971) menjelaskan bahawa gangguan bahasa ibunda wujud apabila tabiat (bentuk, sistem atau hukum) 3bahasa pertama pelajar mengganggu atau menghalangnya daripada memperoleh bentuk, sistem atau hukum dalam bahasa kedua. Sementara itu, menurut Lado (1964), pengaruh negatif bahasa ibunda boleh mempengaruhi perkembangan pemerolehan bahasa kedua pelajar. Pemindahan interlingual merupakan sumber penting dalam pembelajaran bahasa seseorang pelajar. Richards (1992) mendefinisikan kesalahan interlingual sebagai kesalahan yang terhasil daripada pemindahan bahasa, disebabkan bahasa pertama pelajar. Hal ini merupakan tanda-tanda bahawa pelajar sedang menerokai dan mempelajari sistem bahasa baharu.

Kesalahan interlingual ini mungkin terjadi semasa pelajar memindahkan fonologi, morfologi atau elemen tatabahasa bahasa ibunda ke bahasa kedua. Hal ini dijelaskan oleh Erdogan (2005) berhubung dengan kesalahan dari aspek morfologi, Turkish students tend to omit the plural suffix at the end of the word as Turkish does not put it in adjectival phrases indicating numbers as in the following examples: i. ii. Three book Three student is coming.

Sementara itu, menurut Richards (1992), kesalahan intralingual berpunca daripada pembelajaran yang salah atau belum sempurna dalam bahasa kedua memandangkan pelajar belum menguasai bahasa sasaran seperti pelajar menyebut, He made me to 22

smile, I want learning English dan The meat smells freshly (Erdogan, 2005). Richards (1992) juga menjelaskan bahawa pelajar mungkin membuat hipotesis yang langsung tidak berkaitan dengan bahasa ibundanya atau bahasa keduanya. Analisis Kesalahan Bahasa mengkaji bahasa yang dilakukan oleh pelajar bukan Melayu atau pelajar bahasa kedua, menguji secara empirikal kesalahan-kesalahan yang wujud dalam bahasa sasaran yang dihasilkan oleh pelajar dan mencari penjelasan tentang puncapunca berlakunya kesalahan tersebut (Moghimizadeh, 2008). Analisis ini merupakan satu kaedah atau teknik yang digunakan dalam sesuatu kajian bertujuan mengukur ataupun menilai tahap kemampuan seseorang atau sekumpulan pelajar terhadap bahasa asing yang dipelajarinya. Hal ini selaras dengan pendapat Ellis (1994) yang mengatakan Analisis Kesalahan Bahasa sebagai, a set of procedurs for identifying, describing and explaning error in learners language.

Corder (1967) menjelaskan bahawa kesalahan penting dalam tiga cara kepada golongan berikut: Pengajar : mereka menunjukkan perkembangan prestasi pelajar Pengkaji : mereka menunjukkan cara-cara pemerolehan bahasa dan strategi-strategi yang digunakan pelajar Pelajar : mereka boleh belajar daripada kesalahan-kesalahan tersebut

Aini (2007) dalam kajiannya menjelaskan bahawa teori ini menggunakan pendekatan dengan cara mendapatkan kesalahan pelajar daripada korpus, mengenal pasti kesalahankesalahan pelajar, mengkategorikan jenis-jenis kesalahan seterusnya

menganalisis jenis-jenis kesalahan tersebut. Selain itu, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan-kesalahan bahasa akan dikaji bagi menghasilkan strategi-strategi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ellis (1997) menekankan bahawa kesalahan pelajar boleh membantu pengajar atau pengkaji bahasa dari semasa ke semasa. Beliau menjelaskan, Classifying errors in these ways can help us to diagnose learners learning problems at any stage of their development and to plot how changes in error patterns occur over time. 23

Perbezaan Kesilapan dan Kesalahan Penting bagi seseorang pengajar mahupun pengkaji bahasa mengenal pasti perbezaan antara kesilapan dengan kesalahan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa pelajar asing. Berdasarkan Richards. et. al. (1992), kesilapan dilakukan oleh pelajar bahasa semasa menulis atau bertutur disebabkan kurang penumpuan, keletihan, kecuaian atau kerana aspek-aspek kelakuan lain. Kesalahan pula ialah apa-apa jua penggunaan bentuk bahasa yang dianggap salah oleh penutur jati atau penutur yang fasih dalam sesuatu bahasa disebabkan pembelajaran yang salah atau belum sempurna.

Untuk membezakan antara kesilapan dengan kesalahan, Ellis (1997) mencadangkan dua cara. Cara pertama adalah dengan memeriksa prestasi pelajar secara berterusan. Jika pelajar kadang-kadang menggunakan bentuk bahasa yang salah dan kadang-kadang menggunakan bentuk bahasa yang betul, dia sebenarnya melakukan kesilapan. Walau bagaimanapun, jika pelajar sering menggunakan bentuk bahasa yang salah, dia sebenarnya melakukan kesalahan. Cara kedua adalah dengan meminta pelajar membetulkan kesalahan bahasanya sendiri. Jika dia berjaya membetulkan kesalahan tersebut, dia sebenarnya melakukan kesilapan. Sebaliknya jika gagal, dia sebenarnya melakukan kesalahan.

Aspek Kesalahan Bahasa Dalam pembelajaran bahasa kedua, Corder (1973) mengkategorikan empat

kesalahanyang dilakukan oleh pelajar iaitu pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak tepat, pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah.

Walau bagaimanapun, menurut Corder, kategori-kategori tersebut belum mencukupi untuk menjelaskan kesalahan, lalu beliau menyertakan kesalahan bagi peringkatperingkat linguistik seperti morfologi, sintaksis dan leksikon. Kesalahan boleh terdiri

24

daripada pelbagai magnitud termasuklah kesalahan fonem, morfem, kata, ayat, malah perenggan (Erdogan, 2005).

Money (2004) dalam kajiannya tentang analisis kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mendapati bahawa pelajar sering melakukan kesalahan tatabahasa dari aspek perkataan, frasa dan ayat.

Supian (1994) pula mendapati bahawa kebanyakan pelajar Cina yang mempelajari bahasa Melayu melakukan kesalahan frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif, frasa kerja pasif pelaku diri pertama, kedua dan ketiga. Kajian beliau membuktikan kesalahan frasa kerja transitif merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar berbanding kesalahan frasa kerja yang lain.

Kajian-kajian lain dalam pembelajaran bahasa kedua menunjukkan bahawa pelajar bahasa kedua melakukan kesalahan morfologi (Ellis, 1997), kesalahan kata kerja (Hashim, 2009), kesalahan kata sendi nama (Habash, 1982), kesalahan frasa (Ab. Halim, 2002), kesalahan frasa nama (Soh, 1996) dan kesalahan sintaksis (Lee, 2007; Abisamra, 2003; Saw,1997 & Ellis, 1997).

Kajian tentang pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan penutur jati yang dijalankan oleh Muhammed Salehudin (1993) mendapati sebanyak 2,402 kesalahan tatabahasa dilakukan oleh pelajar. Kesalahan dalam aspek kata berjumlah 1,946 yakni 81.0% manakala dalam aspek ayat pula, jumlah kesalahan ialah 456 atau 19.0%. Ahmad Shahril (1996) pula mendapati pelajarbahasa pertama melakukan kesalahan dari aspek perkataan, frasa dan ayat. Dapatan beliau membuktikan bahawa kesalahan aspek perkataan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar, diikuti kesalahan aspek frasa dan ayat.

Menurut Md. Daud (1992) dalam kajiannya terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Brunei, didapati sebanyak 1,237 kesalahan ayat, 1,332 kesalahan kata dan 607 kesalahan ejaan dilakukan oleh pelajar.

25

Faktor-Faktor Kesalahan Bahasa Terdapat pelbagai faktor yang mendorong pelajar bahasa asing atau bahasa kedua melakukan kesalahan bahasa. Berdasarkan Brown (2000) dan Richards (1992), kesalahan bahasa wujud disebabkan perbezaan-perbezaan antara bahasa asal dengan bahasa sasaran pelajar, generalisasi melampau, anggapan yang salah dan sebab-sebab lain. Menurut Maicusi et. al. (2000), kesalahan bahasa berpunca daripada faktor psikolinguistik, sosiolinguistik dan epistemik.

Berdasarkan Money (2004), murid-murid Tamil sekolah menengah telah mempelajari bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun secara formal tetapi pengaruh bahasa ibunda masih terdapat dalam penulisan mereka.

Dapatan kajian daripada Azman & Goh (2010) menunjukkan bahawa masalah utama yang menjadi kesukaran pelajar mempelajari bahasa Arab adalah kerana nahu bahasa Arab. Apabila membincangkan gangguan bahasa ibunda, sesetengah kesalahan berlaku disebabkan gangguan bahasa Arab standard dan sesetengahnya pula berpunca daripada bahasa Arab pasar (Abisamra, 2003). Walaupun dapatan kajian Abisamra (2003) mendapati pelajar melakukan kesalahan disebabkan gangguan bahasa ibunda, namun kesalahan yang paling banyak dilakukan pelajar adalah kerana kesalahan intralingual.

Berbeza pula dengan dapatan kajian Cheun et. al. (2009), yang mendapati bahawa gangguan bahasa ibunda merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan kesalahan dalam pembelajaran tatabahasa bahasa Mandarin. Menurut beliau lagi, kekurangan latihan tatabahasa, kurang pendedahan kepada alam persekitaran bahasa, peruntukan masa, kekeliruan maksud dan sikap cuai pelajar turut merupakan faktor penyumbang.

Kajian Goh & Ng (2004) mendapati bahawa sikap merupakan faktor terpenting terhadap kegagalan atau kejayaan pelajar dalam pembelajaran bahasa asing. Marzalina (2004) dalam kajiannya menjelaskan bahawa pelajar tidak menguasai bahasa Melayu kerana mereka mempunyai sikap seperti gemar bercakap semasa pensyarah mengajar dan tidak 26

menumpukan perhatian terhadap pembelajaran bahasa. Bahasa Melayu sukar untuk dikuasai sebagai bahasa asing jika pelajar tidak berminat, tiada kemahuan dan motivasi (Jyh, 2005). Faizah et. al. (2010) pula dalam kajiannya mendapati bahawa kebanyakan pelajar asing yang mengikuti kursus Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi menghadapi masalah dan lemah dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu disebabkan tempoh pembelajaran bahasa yang singkat. Cheun et. al. (2009) dalam kajiannya juga mendapati bahawa kekurangan masa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menyebabkan pelajar tidak menguasai bahasa Mandarin.

Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Lumut, Perak. Pada tahun 2009, bilangan pelajar bukan Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu ialah seramai 12 orang dan pada tahun 2011, jumlah ini menurun kepada 9 orang. Tahun 2012 pula peningkatan seramai 6 orang murid menjadikan jumlah keseluruhan pada tahun tersebut ialah 15 orang manakala tahun 2013 sehingga bulan berakhir September, pelajar bukan Melayu ialah seramai 11 orang, penurunan sebanyak 4 orang.

Di Malaysia, menerusi Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menegaskan bahawa sebagai bahasa kebangsaan negara yang berdaulat, bahasa Melayu dikehendaki memikul beban tugas baru. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa penghantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Peruntukan mengenai hal ini disebutkan pada Perkara 152 iaitu : Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulisdengan apa-apa tulisan sebagaimana yang diperintahkan denganundangundang oleh Parlimen. (Perlembagaan Persekutuan, 1992:221)

Artikel ini cukup menjelaskan bahawa bahasa Melayu merupakan pelajaran wajib bagi Semua pelajar tidak kira berbangsa Melayu, Cina, India mahupun lain-lain bangsa. Pengajaran bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Manjung, Perak Darul 27

Ridzuan terbahagi kepada 2 elimen utama iaitu KBSR bagi murid-murid tahap 2 iaitu murid-murid di tahun 4, 5 dan 6 manakala KSSR pula bagi murid-murid yang berada di tahap 1 iaitu murid-murid tahun 1,2 dan 3. Bagi murid-murid KBSR jemlah waktu pembelajaran Bahasa Melayu ialah 10 waktu dalam seminggu manakala bagi muridmurid KSSR pula mereka wajib mempelajari bahasa Melayu selama 20 jam seminggu.

Latar Belakang Kajian Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Manjung, Perak Darul Ridzuan merupakan Sekolah Wawasan yang pertama di negeri Perak dan yang kedua di Malaysia telah dipilih sebagai lokasi kajian. Sekolah Kebangsaan Seri Bayu telah dibina pada tahun 2001 selaras dengan perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengintegrasikan perpaduan kaum. Sekolah ini mempraktikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam usaha meningkatkan integrasi kaum, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar pertuturan seharian di kalangan murid-murid pelbagai kaum. Bahasa Melayu diajar sedari pelajar berada di tahun satu hinggalah ke tahun 6. Bahasa Melayu merupakan subjek teras dan subjek utama UPSR.

Pada tahun 2013 bulan berakhir September, seramai 11 orang pelajar bukan Melayu telah belajar di sekolah ini. Dalam konteks pembelajaran bahasa Melayu, kebanyakan pelajar bukan melayu bukan sahaja wajib mempelajari Bahasa Melayu, malah mereka diwajibkan menduduki kertas soalan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan sebagai syarat peperiksaan. Setiap minggu pelajar akan belajar bahasa Melayu seama 10 waktu di bawah tunjuk ajar guru-guru bahasa Melayu yang sememangnya terbaik di Daerah Manjung. Karangan bahasa Melayu pula merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. 28

PENYATAAN MASALAH Banyak kajian telah dilakukan dalam menganalisis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar. Namun, kebanyakan kajian hanya menumpukan kesalahan bahasa dalam kalangan penutur jati. Sebagai contoh, kajian Analisis Kesalahan Bahasa oleh Nor Asmah (2009), Mohd Shahril (1996), Muhammad Salehudin (1993) dan Md. Daud (1992) terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Walaupun ramai pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, namun kajian terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar bukan Melayu masih kurang dijalankan terutamanya yang memfokuskan Analisis Kesalahan Bahasa. Kajian ini dijalankan bukan sahaja untuk menganalisis kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar bukan Melayu atau bahasa kedua, malah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong mereka melakukan kesalahan bahasa. Seterusnya, beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran akan dicadangkan khususnya kepada guru-guru bahasa Melayu untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu para pelajar bukan Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar bukan Melayu dalam pembelajaran bahasa Melayu. Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenal pasti: 1. kesalahan penggunaan aspek kata dalam karangan bahasa Melayu pelajar bukan Melayu; 2. kesalahan penggunaan aspek frasa dalam karangan bahasa Melayu pelajar bukan Melayu; 3. kesalahan penggunaan aspek ayat dalam karangan bahasa Melayu pelajar bukan Melayu; 4. kesalahan penggunaan ortografi dalam karangan bahasa Melayu pelajar bukan 29

Melayu; 5. faktor-faktor yang mendorong pelajar asing melakukan kesalahan tatabahasa.

SOALAN KAJIAN Kajian ini akan mencari jawapan bagi soalan-soalan kajian yang berikut: 1. Apakah kesalahan penggunaan aspek kata dalam karangan bahasa Melayu pelajar bukan Melayu? 2. Apakah kesalahan penggunaan aspek frasa dalam karangan bahasa Melayu pelajar bukan Melayu? 3. Apakah kesalahan penggunaan aspek ayat dalam karangan bahasa Melayu pelajar bukan Melayu? 4. Apakah kesalahan penggunaan ortografi dalam karangan bahasa Melayu pelajar bukan Melayu? 5. Apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar asing melakukan kesalahan tatabahasa?

BATASAN KAJIAN Kajian ini meninjau aspek tatabahasa dalam karangan pelajar bukan Melayu. Penulisan karangan pelajar memberikan gambaran umum tentang kesalahan yang dilakukan pelajar. Jenis-jenis kesalahan bahasa yang dikaji dalam karangan yang dihasilkan oleh pelajar dibataskan kepada aspek kesalahan kata, frasa, ayat dan ortografi yang terpilih sahaja seperti berikut:

Kesalahan aspek kata dibataskan kepada: K1 - kesalahan penggunaan imbuhan K2 - kesalahan penggunaan kata hubung 30

K3 - kesalahan penggunaan pemeri

Kesalahan aspek frasa dibataskan kepada: F1 - kesalahan penggunaan frasa nama F2 - kesalahan penggunaan frasa kerja F3 - kesalahan penggunaan frasa adjektif F4 - kesalahan penggunaan frasa sendi nama

Kesalahan aspek ayat dibataskan kepada: A1 - kesalahan struktur ayat tunggal A2 - kesalahan struktur ayat saduran

Kesalahan aspek ortografi dibataskan kepada: O1 - ejaan O2 - huruf besar/kecil

METODOLOGI KAJIAN

Kajian Rintis Pelajar bukan Melayu di SK Seri Bayu mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Berdasarkan kajian rintis yang dilakukan terhadap 11 buah karangan bahasa Melayu yang ditulis oleh bukan Melayu yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 3 orang perempuan, pengkaji mendapati pelbagai kesalahan bahasa dilakukan oleh pelajar semasa menulis karangan. Mereka didapati melakukan kesalahan-kesalahan bahasa seperti kesalahan imbuhan, kata, frasa, klausa dan ayat.

Sampel Kajian Pemilihan sampel bagi kaedah kualitatif (penulisan karangan) dipilih secara rawak

31

daripada 4 buah kelas di SK Seri Bayu di bawah bimbingan 4 orang guru bahasa Melayu tahun 6. Pelajar-pelajar berikut berketurunan: 4 orang pelajar India Seorang pelajar India Muslim Seorang pelajar Cina 3 orang pelajar Iban 2 orang pelajar Kadazan

Sementara itu, 6 orang sampel telah dipilih bagi menjawab satu set soal selidik. Sampel terdiri daripada guru-guru yang pernah mengajar kursus Bahasa Melayu untuk bukan Melayu sekolah ini.

Instrumen Kajian a) Penulisan Karangan Kajian ini hanya mengehadkan dapatan data dalam bentuk penulisan karangan pelajar. Karangan ialah satu data bertulis untuk melihat kemampuan pelajar menyampaikan mesej dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Pelajar diminta menjawab satu daripada empat tajuk karangan yang diberikan iaitu Buah-buahan Tempatan di Malaysia, Buku Kegemaran Saya, Pengalaman Semasa Banjir dan Keluarga Saya.

Sebelum memulakan ujian penulisan, semua pelajar telah diberikan arahan yang jelas. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan sebuah karangan ialah 40 minit. Pelajar dikehendaki menyediakan karangan tidak berformat yang panjangnya antara 100 hingga 180 patah perkataan.

32

Kesalahan tatabahasa dalam karangan pelajar dikenal pasti dan dikategorikan mengikut aspek tertentu seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Kata : imbuhan, kata hubung dan kata pemeri Frasa : frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama Ayat : ayat tunggal dan ayat saduran Ortografi : ejaan dan huruf besar/kecil

Data yang diperoleh akan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Seterusnya, dapatan kajian akan dijelaskan dengan menggunakan jadual untuk memudahkan pembaca.

b) Soal Selidik Kaedah soal selidik turut digunakan bagi mengukuhkan kajian. Set soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu: Bahagian A: Faktor-faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa (mengikut persepsi pensyarah). Skala likert empat mata yang digunakan ialah Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak Setuju (STS). Bahagian B: Faktor-faktor lain yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa (mengikut persepsi pensyarah). Satu soalan berbentuk separa struktur dikemukakan. Data soal selidik dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Seterusnya, soalan separa struktur dianalisis dan dikodkan mengikut tema untuk mengenal pasti bahagian-bahagian data yang bermakna. Setelah dikategorikan mengikut tema, data soalan separa struktur daripada soal selidik dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan.Penyelidik menggunakan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim et. al., (2003) yang diiktiraf sebagai 33

pegangan utama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi membuat penentuan yang betul atau salah tentang aspek kesalahan tatabahasa yang dikaji.

ANALISIS DAPATAN Walaupun pelajar melakukan beberapa kesalahan tatabahasa dalam satu ayat, tetapi fokus utama pengkaji adalah untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa pelajar berdasarkan aspek yang dipilih (kata, frasa, ayat dan ortografi). Pengkaji akan membetulkan dan menghuraikan kesalahan aspek yang dipilih dengan terperinci. Di samping itu, kesalahan aspek lain turut dibetulkan.

SOALAN KAJIAN 1 Kesalahan Penggunaan Aspek Kata dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Bukan Melayu

Kesalahan penggunaan aspek kata yang dikenal pasti dalam penulisan karangan pelajar subjek Bahasa Melayu berdasarkan kekerapan dan peratusan adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1. Jenis Kesalahan Kesalahan penggunaan imbuhan Kesalahan penggunaan kata hubung Kesalahan penggunaan kata pemeri Jumlah Kekerapan 28 17 12 57 Jadual 1: Kesalahan penggunaan aspek kata Peratus 49.1% 29.8% 21.1% 100%

Berdasarkan jadual di atas, didapati kesalahan penggunaan imbuhan mencatatkan jumlah kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 28 kesalahan (49.1%). Kekerapan kedua

34

paling tinggi ialah kesalahan penggunaan kata hubung iaitu 17 kesalahan (29.8%) dan kesalahan penggunaan kata pemeri pula mencatat 12 kesalahan iaitu sebanyak 21.1%.

Kesalahan penggunaan imbuhan Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang diimbuhkan pada kata dasar yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan merangkumi bentuk-bentuk terikat seperti awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

Kesalahan penggunaan imbuhan ditunjukkan pada Jadual 2. Sampel 6 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Saya suka membacaan buku sambil mendengaran muzik. Saya suka membaca buku sambil mendengar muzik.

Jadual 2: Kesalahan penggunaan imbuhan Dalam ayat di atas, penggunaan imbuhan apitan meN an menyalahi imbuhan pada kata dasar baca. Kata kerja ini perlu menerima imbuhan awalan meN- iaitu membaca dan mendengar untuk membentuk kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap maksud iaitu muzik.

Kesalahan penggunaan imbuhan ditunjukkan pada Jadual 3. Sampel 23 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Saya mahu kongsi cerita. Saya mahu berkongsi cerita.

Jadual 3: Kesalahan penggunaan imbuhan Awalan beR- dalam ayat di atas perlu diimbuhkan pada kata kerja kongsi untuk membentuk kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap maksud iaitu cerita.

Kesalahan penggunaan kata hubung Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat 35

atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat tiga jenis kata hubung iaitu kata hubung gabungan dan, kata hubung pancangan relatif yangdan kata hubung komplemen bahawa. Berdasarkan Jadual 4, pelajar didapati tidak menggunakan kata hubung. Sampel 17 Ayat yang betul Kesalahan tatabahasa Dia ialah budak yang rajin, dia suka tolong mak memasak. Dia ialah budak yang rajin dan suka menolong emak memasak. Jadual 4: Kesalahan penggunaan kata hubung

Pelajar

melakukan

kesalahan

tatabahasa

kerana

tidak

menggunakan

kata

hubunggabungan dan dalam ayat di atas. Kata hubung dan perlu untuk menghubungkan dua klausa ayat di atas. Selain itu, pelajar turut melakukan kesalahan pada kata kerja tolong dan kata nama mak. Di dalam Jadual 5, pelajar didapati mengulang kata hubung dan sebanyak dua kali. Sampel 39 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Keluarga saya baik dan ramai dan lucu. Keluarga saya ramai, baik dan lucu.

Jadual 5 : Kesalahan penggunaan kata hubung Kata hubung dan perlu digunakan sekali sahaja dalam ayat di atas bagi menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya iaitu Keluarga saya ramai, Keluarga saya baik dan Keluarga saya lucu.

Kesalahan penggunaan kata pemeri Menurut Tatabahasa Dewan (2003), kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkanpersamaan dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah pula digunakan untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan kata adjektif, frasa adjektif, kata sendi nama atau frasa sendi nama. 36

Kesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah ditunjukkan di dalam Jadual 6 dan Jadual 7.

Kesalahan kata pemeri ditunjukkan dalam Jadual 6. Sampel 13 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Saya suka ialah manggis. Saya suka akan manggis. atau Saya menyukai manggis. Jadual 6: Kesalahan penggunaan kata pemeri Walaupun kata pemeri ialah di dalam Jadual 6 digunakan di hadapan kata nama, namun penggunaannya menyalahi struktur ayat bahasa Melayu kerana kata adjektif tidak boleh disusuli oleh kata pemeri ialah atau adalah. Oleh itu, kata pemeri ialah perlu digugurkan. Selain itu, kata adjektif suka yang membawa maksud perasaan/emotif memerlukan pelengkap iaitu kata sendi nama akan dan perlu disusuli oleh kata nama atau frasa nama. Sebagai contoh, Saya suka akan manggis. Kata adjektif suka juga boleh menerima imbuhan apitan me i yang berfungsi sebagai kata kerja transitif dan disusuli oleh kata nama manggis sebagai objek.Sebagai contoh, Saya menyukai manggis.

Kesalahan kata pemeri ditunjukkan dalam Jadual 7. Sampel 8 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Durian adalah buah yang paling terkenal di Malaysia. Durian ialah buah yang paling terkenal di Malaysia.

Jadual 7: Kesalahan penggunaan kata pemeri Berdasarkan ayat di dalam Jadual 7, didapati pelajar menggunakan kata pemeri adalah di hadapan kata nama. Oleh itu, kata pemeri adalah perlu digantikan dengan kata pemeri ialah. Selain itu, terdapat kesalahan ejaan bagi kata buah yang dieja bulah.

37

SOALAN KAJIAN 2 Kesalahan Penggunaan Aspek Frasa dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Bukan Melayu

Menurut Tatabahasa Dewan (2003), dari sudut nahu, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu adalah seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Pelajar asing juga didapati melakukan kesalahan dalam aspek frasa. Jadual 8 menunjukkan kekerapan dan peratusan pelajar melakukan kesalahan mengikut jenis frasa. Jenis Kesalahan Kesalahan penggunaan frasa nama Kesalahan penggunaan frasa kerja Kesalahan penggunaan frasa sendi Jumlah Kekerapan 15 17 33 65 Jadual 8: Kesalahan penggunaan aspek frasa Peratus 23.0% 26.2% 50.8% 100%

Berdasarkan Jadual 8, kekerapan kesalahan paling tinggi melibatkan penggunaan frasa sendi nama iaitu sebanyak 33 kesalahan (50.8%), diikuti kesalahan penggunaan frasa kerja sebanyak 17 kesalahan (26.2%) dan kesalahan penggunaan frasa nama sebanyak 15 kesalahan (23.0%). Kesalahan penggunaan frasa adjektif tidak ditemui dalam karangan pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar dapat menggunakan frasa adjektif dengan baik.

Kesalahan penggunaan frasa nama Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. 38

Dalam binaan frasa nama, satu perkataan bertindak sebagai inti bagi seluruh frasa nama sementara perkataan lain merupakan penerang kepada inti tersebut.

Di dalam Jadual 9, pelajar didapati melakukan kesalahan frasa nama. Sampel 10 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Itu negara ada banyak musim. Negara itu ada banyak musim.

Jadual 9: Kesalahan penggunaan frasa nama Sampel 10 Kesalahan bahasa Ayat yang betul Frasa nama Itu negara dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang iaitu Itu mendahului unsur inti iaitu negara. Oleh itu, binaan frasa nama yang tepat ialah Negara itu.

Di dalam Jadual 10, pelajar didapati melakukan kesalahan frasa nama. Sampel 37 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Saya mempunyai adik seorang laki-laki. Saya mempunyai seorang adik lelaki.

Jadual 10: Kesalahan penggunaan frasa nama Ayat yang betul Frasa nama adik seorang dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penjodoh bilangan iaitu seorang harus menjadi penerang jumlah kepada frasa nama iaitu adik lelaki. Oleh itu, binaan frasa nama yang tepat ialah seorang adik lelaki. Kata laki-laki digantikan dengan lelaki berdasarkan sistem ejaan baharu.

Kesalahan penggunaan frasa kerja

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain manakala kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan. Contoh kata kerja transitif Contoh kerja tak transitif 39

Kesalahan penggunaan frasa kerja adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 11. Sampel 26 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Kakak memiliki sangat cantik kereta. Kakak memiliki kereta yang sangat cantik.

Jadual 11: Kesalahan penggunaan frasa kerja

Penggunaan frasa kerja dalam ayat di atas tidak tepat kerana kata kerja transitif memiliki perlu diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata nama iaitu kereta. Oleh itu, frasa kerja yang tepat bagi ayat di atas ialah memiliki kereta. Selain itu, penggunaan kata hubung yang perlu untuk memancangkan dua ayat. Ayat yang pertama ialah Kakak memiliki kereta dan yang kedua ialah Kereta sangat cantik. Dalam ayat pancangan, pengulangan kata Kereta hendaklah digugurkan.

Berdasarkan Jadual 12, pelajar didapati melakukan kesalahan penggunaan frasa kerja. Sampel 26 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul ...sebab durian banyak vitamin dan nutrien. ...sebab durian mengandungi vitamin dan nutrien.

Jadual 12: Kesalahan penggunaan frasa kerja

Menurut tatabahasa bahasa Melayu, kata kerja (transitif atau tak transitif) mesti hadir sebelum objek/pelengkap ayat. Jadual di atas menunjukkan pelajar tidak menggunakan kata kerja sebelum objek/pelengkap ayat. Oleh itu, kata kerja mengandungi perlu hadir untuk berfungsi sebagai binaan frasa kerja yang tepat.

Kesalahan penggunaan frasa sendi nama

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk dan sebagainya.

40

Di dalam Jadual 13, pelajar didapati melakukan kesalahan aspek kata sendi nama. Sampel 2 Sampel 30 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Banyak buah-buahan ke pasar raya Tesco. Banyak buah-buahan di pasar raya Tesco. Kesalahan tatabahasa Saya datang di Johor. Saya datang ke Johor. atau Saya pergi ke Johor. atau Saya ke Johor. Jadual 13: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama Berdasarkan ayat di atas, pelajar didapati keliru dalam penggunaan kata sendi nama ke dan di. Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan arah atau tempat yang dituju dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama di pula digunakan di hadapan kat a nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama. Penggunaan kata sendi nama ke dalam sampel (2) hendaklah digantikan dengan kata sendi nama di yang merujuk tempat iaitu pasar raya. Kata sendi nama di dalam sampel (30) pula perlu digantikan dengan ke untuk menunjukkan arah.

Kesalahan yang hampir sama dilakukan oleh pelajar di dalam Jadual 14 dan 15. Pelajar masih lagi keliru dengan pengunaa sendi nama di. Mereka masih gagal meletakkannya pada kedudukan yang betul di dalam ayat.

Di dalam Jadual 14, pelajar didapati melakukan kesalahan aspek kata sendi nama. Sampel 14 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Saya pergi ke pasar malam di Rabu. Saya pergi ke pasar malam pada hari Rabu.

Jadual 14: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama Penggunaan kata sendi nama di di dalam Jadual 14 didapati tidak tepat. Kata sendi nama pada lebih tepat digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu atau masa. 41

Di dalam Jadual 15, pelajar didapati melakukan kesalahan aspek kata sendi nama. Sampel 15 Ayat yang betul Kesalahan tatabahasa Pengalaman banjir di bandar berbeza dari pengalaman banjir di kampung. Pengalaman banjir di bandar berbeza daripada pengalaman banjir di kampung. Jadual 15: Kesalahan penggunaan frasa sendi nama Penggunaan kata sendi nama dari di dalam Jadual 15 juga didapati tidak tepat kerana menurut tatabahasa bahasa Melayu, kata sendi nama dari hendaklah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah atau masa. Kata sendi nama daripada pula hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja apabila digunakan untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan. Oleh itu, frasa sendi nama yang tepat dalam ayat di atas ialah daripada berpuasa untuk menunjukkan perbezaan pengalaman berpuasa antara Malaysia dengan negara asal pelajar.

SOALAN KAJIAN 3 Kesalahan Penggunaan Aspek Ayat dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Bukan Melayu

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi kedudukannya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan (Tatabahasa Dewan, 2003). Dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai jenis ayat, namun susunan ayat yang paling asas ialah ayat tunggal. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Pengetahuan untuk membina ayat tunggal dalam kalangan pelajar bahasa asing sangat penting kerana ayat tunggal ialah asas kepada pembinaan ayat yang lebih kompleks.

Selain itu, aspek struktur ayat saduran juga perlu dipastikan memandangkan pelajarpelajar ini ialah pelajar-pelajar asing. Struktur ayat saduran bermaksud apa-apa 42

juga penggunaan unsur ayat asing, khususnya unsur daripada bahasa ibunda (bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain) yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Kekerapan kesalahan penggunaan aspek ayat adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 16.
Jenis Kesalahan Kesalahan penggunaan ayat tunggal Kesalahan penggunaan ayat saduran Jumlah Kekerapan 63 35 65 Peratus 64.3% 37.5% 100%

Jadual 16: Kesalahan penggunaan aspek ayat

Berdasarkan Jadual 16, didapati kekerapan kesalahan penggunaan ayat tunggal adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 63 kesalahan (64.3%) berbanding kesalahan struktur ayat saduran yang mencatatkan 35 kesalahan (35.7%).

Kesalahan ayat tunggal Yang berikut merupakan kesalahan penggunaan aspek ayat di dalam Jadual 17. Sampel 25 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Saya nama Anas. Nama saya Anas.

Jadual 17: Kesalahan penggunaan ayat

Konstituen subjek (frasa nama) dalam ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang mendahului unsur inti. Oleh itu, frasa nama yang tepat dalam ayat ini ialah Nama sebagai unsur inti dan saya sebagai unsur penerang. Kesalahan dalam ayat di atas juga berlaku disebabkan gangguan bahasa ibunda atau bahasa kedua pelajar. Pelajar menggunakan struktur ayat bahasa Inggeris iaitu My name yang diterjemahkan sebagai Saya nama dalam bahasa Melayu.

Kesalahan yang hampir sama dilakukan oleh pelajar dalam ayat songsang seperti di dalam Jadual 18. 43

Kesalahan penggunaan ayat songsang di dalam Jadual 18. Sampel 31 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Di SK Seri Bayu saya abang belajar. Di SK Seri Bayu abang saya belajar.

Jadual 18: Kesalahan penggunaan ayat

Frasa nama dalam subjek ayat di atas tidak tepat kerana unsur penerang mendahului unsur inti. Oleh itu, frasa yang tepat bagi subjek ayat di atas ialah abang saya belajar. Kesalahan aspek ejaan iaitu Eknomi turut didapati dalam ayat di atas.

Kesalahan yang hampir sama juga turut dilakukan di dalam Jadual 19. Sampel 35 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Ayah kerja saya guru. Ayah saya bekerja sebagai guru.

Jadual 19: Kesalahan penggunaan aspek ayat

Susunan kata dalam ayat di atas tidak menepati konstituen subjek dan predikat. Ayat tersebut hendaklah dimulakan dengan frasa nama Ayah saya sebagai subjek ayat, diikuti kata kerja bekerja dan frasa nama sebagai guru sebagai predikat ayat. Selain itu, awalan be- perlu diimbuhkan pada kata kerja agar ayat tersebut lebih gramatis.

Kesalahan struktur ayat saduran Jadual 20 menunjukkan kesalahan ayat saduran. Sampel 20 Sampel 19 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Orang Muslim suka makan buah-buahan. Orang Islam suka makan buah-buahan. Makanan saya untuk iftar adalah nasi ayam. Makanan saya semasa berbuka puasa ialah nasi ayam. Sampel 4 Kesalahan tatabahasa Contoh buah-buahan apple, orange, tembikai, nenas dan sebagainya. Ayat yang betul Contohnya, buah-buahan seperti epal, oren, tembikai, nenas dan sebagainya.

44

Sampel 19

Kesalahan tatabahasa

To sum up, semua buah-buahan mempunyai saiz, warna dan rasa yang berbeza-beza.

Ayat yang betul

Kesimpulannya, semua buah-buahan mempunyai saiz, warna dan rasa yang berbeza-beza. Saya ada sebelas siblings Father saya umur enam puluh tiga. Saya ada sebelas orang adik-beradik Ayah saya berumur enam puluh tiga tahun.

Sampel 27

Kesalahan tatabahasa

Ayat yang betul

Jadual 20: Kesalahan penggunaan ayat

Dalam sampel ayat (20), terdapat kata saduran daripada bahasa Arab/bahasa Inggeris iaitu Muslim yang membawa maksud orang Islam. Perkataan iftar dalam sampel ayat (9) pula ialah saduran daripada bahasa Arab yang bermaksud berbuka puasa. Dalam sampel (4),didapati pelajar melakukan kesalahan dalam mengeja nama buahbuahan. Pelajar menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris seperti apple dan orange yang sepatutnya dieja epal dan oren. Begitu juga dengan sampel (19) yang menggunakan kata saduran daripada bahasa Inggeris iaitu To sum up yang membawa maksud Kesimpulannya. Selain itu, sampel (27) menggunakan kata siblings bagi kata adik-beradik dan Father bagi kata Ayah. Selain kata saduran, didapati pelajar turut melakukan kesalahan penggunaan kata sendi nama dan kata pemeri dalam sampel (9), penanda wacana dalam sampel (4), imbuhan dan frasa nama dalam sampel (27).

Soalan Kajian 4 Kesalahan Penggunaan Ortografi dalam Karangan Bahasa Melayu Pelajar Bukan Melayu

Money (2004), dalam kajiannya mengkategorikan kesalahan ortografi kepada kesalahan ejaan, kesalahan huruf besar dan semantik. Namun begitu, kesalahan aspek ortografi dalam kajian ini akan memfokuskan kesalahan ejaan dan huruf besar/kecil.

45

Jadual 21 menunjukkan kekerapan kesalahan ejaan dan huruf besar/kecil yang dilakukan oleh pelajar. Jenis Kesalahan Kesalahan ejaan Kesalahan huruf besar Jumlah Kekerapan 15 17 65 Jadual 21: Kesalahan penggunaan ortografi Peratus 23.0% 26.2% 100%

Berdasarkan jadual di atas, pelajar didapati melakukan kesalahan ejaan iaitu sebanyak 202 kesalahan (74.8%) berbanding kesalahan huruf besar/kecil iaitu sebanyak 68 kesalahan (25.2%).

Kesalahan ejaan Kesalahan ejaan ditunjukkan di dalam Jadual 22. Ejaan salah tengoh tembaik pissang kerita umor antrabansa polic kutching mirah bebuntuk dari padi purmpuan menggu keluai Ejaan betul Tengok Tembikai Pisang Kereta Umur Antarabangsa Polis Kucing Merah berbentuk daripada perempuan minggu keluar

Jadual 22: Kesalahan ejaan 46

Kesalahan huruf besar/kecil Jadual 23 menunjukkan contoh kesalahan penggunaan ortografi. Sampel 3 Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Sampel 16 Ayat yang betul Kesalahan tatabahasa kulitnya juga berkhasiat dan boleh digunakan Kulitnya juga berkhasiat dan boleh digunakan malaysia ada banyak buah-buahan tempatan. buahbuahan ada yang musim Di Malaysia ada banyak buah-buahan tempatan. Buah-buahan ini ada yang bermusim Sampel 38 Sampel 33 Ayat yang betul Kesalahan tatabahasa Ayat yang betul Kesalahan tatabahasa Saya tinggal di taman samudera. Saya tinggal di Taman Samudera. Keluarga saya tinggal Di Fasa 2J. Ayah saya kerja Di kedai Keluarga saya tinggal di Fasa 2J. Ayah saya bekerja di kedai Jadual 23: Kesalahan penggunaan ortografi

Berdasarkan Jadual 23, sampel (3), (16) dan (38) didapati menggunakan huruf kecil pada pangkal ayat dan kata nama khas. Pelajar-pelajar Cina dan India khususnya, berkemungkinan dipengaruhi bahasa ibunda mereka kerana tiada huruf besar mahupun huruf kecil dalam tulisan bahasanya. Sampel (33) pula menggunakan huruf besar pada kata sendi di di pertengahan ayat. Selain itu, pelajar turut melakukan kesalahan tatabahasa lain seperti aspek imbuhan dalam sampel (16), kesalahan aspek ejaan serta imbuhan dalam sampel (33).

Soalan Kajian 5 Faktor-Faktor yang Mendorong Pelajar Bukan Melayu Melakukan Kesalahan Tatabahasa

Jadual 24 menunjukkan respon guru tentang faktor-faktor lain yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa berdasarkan soalan separa struktur. Respon guru telah 47

dikumpulkan dan dikelaskan mengikut tema iaitu sikap pelajar, kefahaman pelajar dan motivasi. Pernyataan Sikap pelajar Kekurangan latihan Kefahaman murid Jumlah Kekerapan 5 3 2 10 Peratus 50% 30% 20% 100%

Jadual 24: Faktor-faktor lain yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa

Berdasarkan soalan separa struktur pula, respon tertinggi adalah tentang sikap pelajar iaitu sebanyak 50% (n=5). Sebagai contoh, guru menyatakan bahawa sikap pelajar seperti menganggap bahasa Melayu sebagai tidak penting, malas bertanya dan tidak menyiapkan latihan merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kesalahan tatabahasa pelajar. Selain itu, sebanyak 30% guru (n=3) berpendapat bahawa kekurangan latihan tatabahasa turut mendorong kesalahan tatabahasa pelajar dan hal ini berkaitan dengan masa pengajaran yang singkat kerana guru perlu juga menekankan pecahan aspek bahasa yang lain. Seterusnya, sebanyak 20% (n=2) guru berpendapat bahawa kurang kefahaman dan penguasaan Bahasa Melayu pelajar bukan Melayu merupakan faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa disamping penggunaan bahasa Melayu hanya terhad di kalangan rakan-rakan Melayu di sekolah.

Jadual 25 pula menunjukkan faktor-faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa mengikut persepsi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pelajar bukan Melayu. Persepsi guru yang berpengalaman luas dalam pengajaran bahasa Melayu kepada bukan Melayu diperlukan untuk pembangunan kursus Bahasa Melayu di SK Seri Bayu ini.

Pernyataan Masa pengajaran Pengaruh bahasa ibunda

S 3(30%) 2(20%)

SS 2(20%) 6(60%)

TS 3(30%) 1(10%)

STS 2(20%) 1(10%) 48

Ketidak prihatinan pelajar Keadaan persekitaran Jumlah

3(30%) 1(10%)

5(50%) 1(10%) 10

1(10%) 5(50%)

1(10%) 3(30%) 100%

Jadual 25: Faktor-faktor yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa (persepsi guru)

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 50% (n=5) guru masing-masing sangat setuju dan setuju bahawa 10 waktu seminggu dalam seminggu tidak mencukupi untuk member penekanan yang lebih kepada aspek tatabahasa mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa. Sebanyak 50% (n=5) guru pula masing-masing tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Persepsi guru terhadap masa pengajaran bagi subjek ini agak seimbang. Sebanyak 80% (n=8) sangat setuju dan setuju bahawa bahasa ibunda mempengaruhi kesalahan tatabahasa pelajar, dan hanya 20% tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut. Bagi penyataan bahawa pelajar tidak prihatin terhadap kesalahan tatabahasa, sebanyak 80% (n=8) guru menyatakan setuju, sebaliknya hanya 20% (n=2) berpendapat tidak setuju dan sangat tidak setuju. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan sebanyak 20% (n=2) guru sangat setuju dan setuju bahawa keadaan persekitaran di SK Seri Bayu mempengaruhi kesalahan tatabahasa pelajar, sebaliknya 80% (n=8) menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju terhadap penyataan ini.

PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar bukan Melayu yang belajar bahasa Melayu melakukan kesalahan tatabahasa dalam aspek kata, frasa, ayat dan ortografi dalam karangan yang dihasilkan mereka. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan Money (2004) tentang pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tamil. Hasil kajian juga mendapati bahawa kesalahan ortografi iaitu kesalahan penggunaan ejaan dan huruf besar/kecil paling banyak dilakukan oleh pelajar (270 kesalahan). Walau bagaimanapun, berdasarkan dapatan kajian oleh Md. Daud (1992), penutur jati bahasa Melayu turut melakukan kesalahan ejaan tetapi kesalahan ini bukanlah kesalahan utama. Hal ini disebabkan pelajar bahasa kedua terdiri daripada latar belakang bahasa yang berbeza. 49

Kesalahan kedua tertinggi pula ialah kesalahan penggunaan aspek ayat iaitu ayat tunggal dan ayat saduran (98 kesalahan). Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian Money (2004). Kesalahan ketiga tertinggi pula ialahpenggunaan aspek frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama (65 kesalahan). Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Ab. Halim (2002). Berdasarkan keempat-keempat frasa, didapati frasa sendi nama mencatat kekerapan kesalahan yang tertinggi. Sementara itu, kesalahan penggunaan aspek kata iaitu kata imbuhan, kata hubung dan kata pemeri (57 kesalahan) merupakan kekerapan yang paling rendah dilakukan oleh pelajar.Berdasarkan kesalahan tatabahasa dalam karangan pelajar bukan Melayu, tidak dinafikan bahawa gangguan bahasa ibunda mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa tetapi faktor ini bukanlah faktor utama kerana penutur jati yang mempelajari bahasa Melayu turut melakukan kesalahan yang sama. Dapatan ini selaras dengan dapatan Ahmad Shahril (1996), Muhammed Salehudin (1993) dan Md. Daud (1992).

Dapatan kajian soal selidik pula menunjukkan bahawa sebanyak 80% (n=8) guru sangat setuju dan setuju bahawa bahasa ibunda merupakan faktor utama yang mendorong pelajar melakukan kesalahan tatabahasa. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Cheun et. al. (2009) yang mendapati bahawa gangguan bahasa ibunda merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan kesalahan dalam pembelajaran tatabahasa. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa sikap dan ketidakprihatinan pelajar terhadap tatabahasa mendorong mereka melakukan kesalahan tatabahasa. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Goh & Ng (2004) dan Jyh (2005) bahawa sikap dan motivasi pelajar penting dalam pembelajaran bahasa. Faktor persekitaran bahasa di universiti ini juga menyebabkan pelajar asing kurang mempraktikkan bahasa Melayu. Faktor-faktor lain adalah seperti kurang kefahaman dan masa pengajaran yang singkat. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Faizah et. al. (2010) dan Cheun (2009) bahawa masa pengajaran bahasa yang singkat menyebabkan pelajar lemah dan tidak menguasai bahasa dengan baik.

50

KESIMPULAN

Pendidikan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan amat penting untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa di persada dunia. Namun begitu, kebanyakan pelajar bukan Melayu yang mempelajari bahasa Melayu di SK Seri Bayu masih lemah dalam penguasaan tatabahasa bahasa Melayu. Faktor-faktor seperti gangguan bahasa, kurangkeprihatinan dan motivasi dalam kalangan pelajar serta keadaan pergaulan di sekolah menjadi kekangan untuk pelajar menguasai bahasa Melayu. Oleh itu, faktor-faktor ini perlu diberikan perhatian terutamanya oleh guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu menjadi lebih efektif dan dinamik.Sebagai contoh, bimbingan secara berterusan daripada guru, pembelajaran melalui multimedia serta penganjuran aktiviti-aktiviti bahasa seperti kuiz, lakonan, pembentangan, pertandingan esei, lawatan dan sebagainya. Sokongan daripada pentadbir seperti memperuntukkan lebihan waktu pengajaran selepas waktu sekolah untuk subjek bahasa Melayu dan menyediakan makmal bahasa yang mencukupi juga penting dalam menggalakkan proses pembelajaran bahasa Melayu di sekolah ini.

51

Bibliografi Abd. Manaff Abd. Rahman. (2002). An error analysis of English interrogatives: a case study. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Aini Haji Karim. (2007). Analisis kontrastif dan analisis kesalahan bahasa: Antara hipotesis dan realiti. Prosiding Seminar Tahunan Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik II (SETALING), 2, 212-225.

Brown, H. D. (2000). Principles of language learning and teaching. New York: Longman. Cheun, H. H., Ho, W. C. & Hoe, F. T. (2009). A study of Mandarin sentence grammar mistake made by non-native speaker. Proceeding Language and Culture: Creating and Fostering Global Communities.

Corder, S. P. (1967). The significance of learners' errors. Reprinted in J.C.Richards (ed.) (1974, 1984) Error Analysis: Perspectives on Second Language Acquisition. London: Longman, pp. 19 - 27 (Originally in International Review of Applied Linguistics, 5 (4).

Corder, S. P. (1973). Introducing applied linguistics. Baltimore: Penguin Education.

Ellis, R. (1994). The study of second language acquisition. Oxford: Oxford University Press.

Ellis, R. (1997). SLA research and language teaching. Oxford: Oxford University Press.

Erdogan, V. (2005). Contribution of error analysis to foreign language teaching. Mersin University Journal of the Faculty of Education, 1 (2), 261-270.

Faizah Abd Manan, Mohamed Amin Embi & Zamri Mahamod. (2010). Kerangka pembangunan dan penilaian modul belajar cara belajar bahasa Melayu pelajar bukan

52

Melayu di sekolah-sekolah di Malaysia. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2 (2), pp. 64-76.

Jeniri Amir. (2005). Bahasa Melayu mudah dipelajari, tetapi sukar dikuasai. Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 5(4).

Jyh, W. S. (2005). Evolusi dan evolusi semula bahasa. Dewan Bahasa. September, 1721.

Loi, Chek Kim. (2001). An error analysis of English prepsitions in the written work of upper secondary Malay students. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Shahril Rajain. (1996). Analisis kesalahan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelar Tingkatan Enam di sekolah menengah: satu kajian kes. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Money, J. N. J. S. (2004). Kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil yang mempelajari bahasa Melayu di sekolah menengah. Tesis PhD. yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M. On, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2003). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Asmah Abd. Aziz. (2009). Penggunaan kata hubung bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah menengah: satu analisis kesilapan. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Richards, J. C., Platt, J. T., Weber, H. & Candlin C. N. (1992). Longman dictionary of applied linguistics. Essex: Longman.

53

Soh, B. K. (1996). Frasa nama bahasa Melayu dan bahasa Mandarin: satu analisis kontrastif dan analisis kesilapan. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Supian Mohamad Noor. (1994). Analisis kesalahan penggunaan frasa kerja bahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan empat KBSM: satu kajian kes. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IPTharustingkatkankualiti_perhebatpromosi diluarnegara/Article/print_html.

54

Anda mungkin juga menyukai