Anda di halaman 1dari 13

(III) PENGUATKUASA ( PIHAK YANG MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG)

Siapakah penguatkuasa? Orang atau pihak yang menguatkuasa sesuatu undang-undang/ dasar-dasar tertentu dalam negara.

Memastikan negara aman, menjamin kesejahteraan rakyat.

Apakah maklumat yang boleh didapati daripada mereka? Undang-undang dan peraturan sesebuah negeri, badan, persatuan. Maklumat berkaitan perlaksanaan sesuatu penguatkuasaan, jenis-jenis hukuman, bentuk operasi, dan pencegahan.

Maklumat berkaitan dengan pendidikan, khususnya dasar-dasar pendidikan boleh diperolehi daripada pihak pengurusan sekolah, jemaah nazir dan pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran.

(IV) ORANG AWAM DAN ORANG YANG TERLIBAT


Maklumat juga boleh diperolehi daripada orang awam dan orang yang terlibat dengan sistem pendidikan di negara kita. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk dijadikan bahan kajian atau maklumat yang menyokong kajian yang kita lakukan. Contoh :AJK PIBG, Ketua Kampung, Penghulu, ADUN Kawasan, ahli komuniti.

2.2 MEDIA ELEKTRONIK


AUDIO VISUAL Melibatkan atau menggunakan pendengaran dan penglihatan. Perkembangan maklumat yang pesat melibatkan perubahan dalam cara mendapatkan maklumat. Audio visual merupakan salah satu format yang dihasilkan untuk penghantaran dan penerimaan maklumat.

Kelebihan menggunakan audio visual ~ Pelajar tidak perlu lagi menerima bahan dalam format yang berstruktur semata-mata, seperti yang distruktur oleh pengarah dalam sesebuah buku teks. ~ Membolehkan pelajar membina maklumat mengikut tahap minat mereka.

~ Membolehkan pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi mengekses pembelajaran kendiri mengikut kesesuaian masa dan aras pengetahuan mereka sendiri.

SEBAGAI SEORANG BAKAL GURU ~ Ketika bertugas di sekolah nanti, kita boleh menggunakan Bilik Tayangan untuk mengikuti siaran TV Pendidikan. ~ Boleh membantu pelajaran memahami pelajaran yang sukar dilaksanakan di dalam kelas.

KOMPUTER ~ Satu alat yang boleh digunakan untuk menyebar dan menerima maklumat. ~ Kebanyakan komputer elektronik moden yang tujuannya untuk pendidikan, merupakan komputer digital. ~ Kami boleh menggunakan komputer untuk mendapatkan banyak maklumat yang diperlukan dalam pembelajaran di IPT.

~ Terdapat dua elemen utama dalam penggunaan komputer:Elemen manusia dan Elemen teknik penggunaan komputer.

ELEMEN MANUSIA Sebuah komputer tidak akan berfungsi jika tiada individu yang menggunakannya. Terdapat dua golongan individu yang menggunakannya. 1, Golongan yang mempunyai pengetahuan untuk mencipta program dan membaikpulih komputer.

2. Orang ramai yang menggunakan komputer untuk tujuan perniagaan, hiburan, pendidikan dll.

ELEMEN TEKNIK PENGGUNAAN KOMPUTER Menggunakan komputer memerlukan teknik yang betul. Manual ada memberi panduan hardware dan software komputer.

Data ialah maklumat yang belum diproses dan boleh jadi dalam bentuk kertas, elektronik atau bentuk yang lain yang perlu diolah oleh pengguna. Perkakasan komputer ialah papan kekunci, tetikus, monitor, unit sistem dan sebagainya.

Pendekatan dan pembelajaran melalui komputer sangat wajar dilaksanakan oleh kami sebagai seorang guru nanti. KENAPA?? ~ jimat kos ~bebas pilih maklumat ~berdikari ~minat bertambah ~pelbagai sumber ~proses pembelajaran lebih teratur ~pembelajaran lebih kreatif

Anda mungkin juga menyukai