Anda di halaman 1dari 45

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasabahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)

Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

ditulis dalam tulisan Jawi

membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaab Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit. banyak ayat pasif menggunakan bahasa istana kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. ayat songsang banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Nota Bahasa Melayu 1 PRA U

BAB 1: ASAL-USUL BAHASA MELAYU A. KONSEP MELAYU 1. Definisi Istilah Melayu - Dalam kitab Hindu purba (Purana) terdapat perkatan Malayadvipa yang merujuk kepafa pulau Sumatera iaitu tempat asal bahasa Melayu. - Dalam catatan China semasa Dinasti Tang, menyatakan terdapat utusan Mo-lo-yeu mengirim utusan ke China Mo-lo-yeu merujuk kerajaan Jambi di Sumatera. - Satu lagi catatan China oleh I Tsing menyebut bahawa terdapat sebuah kerajaan di Sumatera dinamakan Mo-lo-yu iaitu kerajaan Sriwijaya di Palembang. - Dalam catatan kesusasteraan China, pengembara mereka menyebut satu bahasa yang dikenali Kun-lun dipercayai bahasa Melayu dipertuturkan oleh kerajaan Sriwijaya di Sumatera. 2. Definisi perkataan Melayu dari segi asal-usul. - Menurut Zuber Osman, Melayu berasal dari perkataan Malaya iaitu kependekan dari hima alaya bermaksud tempat bersalji iaitu tempat asal bangsa Melayu dari pergunungan Himalaya. - Dalam batu bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera ditemukan perkataan Malayapura yang bermaksud kerajaan melayu. - Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan Melayu berasal dari Mlayu bermaksud mengembara kerana kerana orang Melayu ialah pengembara dari Yunan. - Dari segi bangsa pula, UNESCO memberikan makna istilah melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. - Dalam Perlembagaan Malaysia perkara 153, Melayu ditakrifkan sebagai bangsa melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu, berkebudayaan Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. - Secara umumnya, Melayu bolehlah diertikan sebagai bangsa Melayu yang menjadi penutur asli bahasa Melayu yang menduduki kawasan Kepulauan Melayu, Semenanjung Malaysia, selatan Thailand dan Filipina, Campa, Sri Langka, Madagaskar dan Afrika Selatan. hmai 3. Salasilah Bahasa Melayu

- Salasilah bermaksud asal-usul, susur galur atau keturunan. Salasilah Bahasa Melayu mengkaji tentang asal-usul dan keturunan bahasa Melayu. - Salasilah bahasa dibahagikan kepada tiga berdasarkan usia sesuatu bahasa: o Filum bermaksud kelompok bahasa induk berusia 5000 tahun ke atas o Rumpun bermaksud kelompok bahasa berusia 2500 -5000 tahun o Keluarga bermaksud kelompok bahasa berusia kurang 2500 tahun. - Salasilah bahasa Melayu adalah seperti berikut: AUSTRIS (Filum) AUSTRONESIA (Rumpun) INDONESIA (Keluarga) SUMATERA (Sub Keluarga) MELAYU - Filum Austris merupakan kelompok bahasa induk di dunia dan menguasai separuh benua Asia. Terdiri daripada tiga rumpun: - Austroasia - Cina Tibet - Austronesia - Rumpun Austronesia pula telah melahirkan lima keluarga bahasa iaitu: -Keluarga Indonesia -Keluarga Melanesia -Keluarga Mikronesia -Keluarga Polinesia - Bahasa yang termasuk dalam keluarga bahasa Melanesia ialah Fiji, Caledone, Irian, New Guinea dan Halmahera - Keluarga bahasa Mikronesia pula terdiri daripada bahasa Marianna, Marshal, Carolina dan Gilbert. - Keluarga bahasa Polinesia pula ialah bahasa Hawaii, Tonga, Maori dan Easter. - Keluarga bahasa Indonesia pula melahirkan sub keluarga bahasa:

Sumatera Jawa Kalimantan Bali-Sasak - Seterusnya, sub keluarga bahasa Indonesia ini pula telah melahirkan bahasa-bahasa berikut: Melayu, Acheh, Minangkabau, Lampung. 4. Hipotesis tempat asal Bahasa Melayu a. Kawasan Asia Tengah - Orang Melayu berasal dari tanah besar iaitu selatan China ke kepulauan Melayu dan Pasifik. - Perpindahan ini berlaku dalam dua peringkat: i. Melayu Proto (2500 SM) ii. Melayu Deutro (1500 SM) - Perpindahan Melayu Deutro yang lebih terkemudian dan lebih moden menyababkan Melayu Proto melarikan diri ke kawasan pedalaman. - Kumpulan Melayu Deutro telah menghuni kawasan pinggir pantai dan lembah sungai menjadi nelayan dan petani dan akhirnya berkembang menjadi orang Melayu dan Indonesia sekarang. - Perpindahan orang-orang Melayu dari tanah besar ini melalui beberapa cara: i. Dari Yunan ke Myanmar dan ke Acheh ii. Dari Yunan ke Thailand dan Tanah Melayu iii. Dari Yunan ke Vietnam dan ke Kalimantan iv. Dari Yunan ke Taiwan dan ke Filipina. b. Kawasan Nusantara - Hipotesis ini menyatakan bahawa orang Melayu memang telah wujud di kawasan Nusantara menunjukkan Melayu merupakan penduduk pribumi asal. - Terdapat makhluk yang dipanggil Homo Erectus (Java Man) iaitu makhluk yang berdiri tegak yang terdiri daripada: o Megathrepus Palaeo Javanicas

o Homo Saliensis o Homo Wajakensis - Semua yang di atas memang telah wujud di Asia Tenggara sejak 1 juta tahun dahulu. - Orang-orang ini mempunyai persamaan dari segi bahasa meliputi fonologi, morfologi dan sintaksis, adat resam seperti memuja roh dan semangat dan alat-alat pertanian serta pembentukan system keluarga. BAB 2: BAHASA MELAYU KUNO 1. Definisi - Bahasa Melayu kuno ialah bahasa yang bermula pada abad yang ke-7 dan berakhir pada abad yang ke13. - Sebelum itu telah wujud satu bahasa Melayu yang dikenali sebagai bahasa Melayu purba iaitu bahasa yang tidak mempunyai system tulisan - Kemasukkan budaya Hindu ke alam Melayu telah memperkenalkan tulisan Palava, Nagiri dan Kawi sejenis tulisan dari India Selatan. - Bahasa Melayu kuno memainkan peranan yang penting dan berkembang pesat pada zaman kerajaan Sriwijaya. - Walaupun terdapat bahasa Jawa kuno, tetapi bahasa Melayu berperanan sebagai lingua franca di kalangan pengguna bahasa kerana: a. bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar b. mempunyai system yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa c. tidak terikat dengan perbezaan lapis masyarakat 2. Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Kuno - Bukti wujudnya bahasa Melayu kuno terdapat pada beberapa buah Batu Bersurat (prasasti) yang ditemui: a. Batu Bersurat Kedukan Bukit - Ditemui pada 29 November 1920 di Palembang bertarikh 605 tahun saka (683M). Batu bersurat ini menggunakan tulisan Palava yang mempunyai 10 baris. Contohnya: Swasti sri sakawarsalatita 605 ekadisi suklapaksa wulan waisakha dpunta hiyam Nayik.

Maksudnya: Selamat bahagia pada tahun saka 605 hari kesebelas bulan terang bulan waisaka, baginda naik perahu b. Batu Bersurat Talang Tuwo - Ditemukan pada 17 November 1920 di Talang Tuwo, Bukit Siguntang di Palembang bertarikh 606 tahun saka (684M) Contohnya: swastri sri sakawarsatita 606 dim dwitiya suklapaksa wulan caitra sana tatkalana parlak srikserta ini niparwuat Maksudnya: Selamat bahagia pada tahun saka 606 hari kedua bulan terang bulan caitra itulah waktunya taman srikserta diperbuat. c. Batu Bersurat Yang Lain i. Batu Bersurat Kota Kapor Ditemui pada 1892 di Pulau Bangka bertarikh 608 tahun saka (686M) ii. Batu Bersurat Karang Brahi Ditemui di Meringin pada tahun 1904 bertarikh 614 tahun saka (692M) iii. Batu Bersurat Padang Lawas Bertarikh 1213M berbahasa Melayu dan Tamil iv. iv. Batu Bersurat Gandasuli 832M 3. Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno a. Sistem Ejaan - Batu bersurat Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapor dan Karang Brahi menggunakan tulisan Palava - Tulisan Palava asalnya ialah skrip Grantha yang digunakan oleh golongan Brahman Dravidian untuk menulis kitab dalam bahasa Sanskrit. - Batu bersurat Gandasuli pula menggunakan tulisan Nagiri manakala batu bersurat Padang Lawas menggunakan tulisan Kawi. b. Kosa kata dalam bahasa Melayu Kuno

- Bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan hindu budha. - Dari sudut fonologi, terdapat beberapa perbezaan antara bahasa Melayu kuno Moden: i. Bunyi /b/ menjadi /w/ Contoh: bulan wulan, bunuh wunuh, buat wuat ii. Tidak ada bunyi e pepet benua wanua, seribu sariwu, dengan dangan iii. Sengauan bunyi /ny/ menjadi /n/ Contoh: sebanyaknya sawanakna iv. Konsonan dari bahasa Sanskrit bh, th, kh, dh Contoh: tetapi thathapi - Dari sudut morfologi terdapat imbuhan yang berubah i. Awalan ber menjadi mar berlepas marlapas ii. Awalan di menjadi ni Contoh: diperbuat niparwuat iii. Apitan per.an menjadi paran Contoh: persumpahan parsumpahan - Terdapat perkataan bahasa Melayu kuno yang sudah diada dalam bahasa Melayu: Contoh: tuwi, dhawa, inan, saramwat, tlu, wela, parlak, marsarak, mawuddhi,marhulun, makalangit. - Manakala kosa kata bahasa Melayu kuno yang masih dipakai ialah: Aku, aur, bala, beri, curi, dalam,dengan derhaka, dosa, lawan, makan, minum, naik, orang, pahat, pulang, rumbia, sakit, suka sumpah, tanam tatkala, tetapi BAB 3: BAHASA MELAYU KLASIK 1. Definisi bahasa Melayu Klasik - Bahasa Melayu klasik bermula pada abad ke-14 apabila pengaruh Islam / Arab datang kealam Melayu.

- Pada peringkat permulaan bahasa yang digunakan masih lagi dipengaruhi oleh bahasa Sanskritdengan bercampur-aduk bahasa Arab. Tulisan yang digunakan masih lagi tulisan kawi. - Bahan bukti pertama bahasa Melayu klasik ialah batu Bersurat Kuala Berang bertarikh 702H (22 Feb 1303). 2. Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasik a. Batu Bersurat Terengganu - Ditemui di Sungai Teresat di Kuala Berang pada tahun 1899 bertarikh 1303M - Tulisan dalam batu bersurat ini ialah tulisan jawi dengan kosa kata bercampur Dengan bahasa Sanskrit, Jawa dan Arab. - Ia mengandungi catatan tentang undang-undang dan hukuman berzina. b. Batu Bersurat Pagar Ruyung - Ditemui di Minangkabau bertarikh 1356M masih menggunakan huruf palava c. Batu Bersurat Minye Tujuh - Ditemui di Acheh bertarikh 1380 juga menggunakan huruf palava. d. Batu Bersurat Phanrang Champa (1039M), batu Bersurat Pekan (1020M) batu nisan MalikulSalleh semuanya menggunakan tulisan Aarab. 3. Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik a. Sistem tulisan dan ejaan - Pada peringkat permulaan sistem tulisannya dipengaruhi oleh system tulisan India seperti yang terdapat dalam batu bersurat Pagar Ruyung dan Minye Tujuh. - Apabila islam dan arab dating, tulisan arab bentuk kufi seperti dalam batu bersurat di Pekan, Phanrang dan di Champa. - Bagi menyesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu, huruf arab yang berjumlah 33 ditambah 6 ( ) b. Tatabahasa - Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan bahasa istana, dan kata perdu - Bahasa Istana seperti bersiram, santap, beradu - Kosa kata klasik seperti berahi, ceritera, masygul

- Perdu kata (pangkal ayat) seperti alkisah, sebermula, hatta - Dari sudut ayat, bahasa Melayu klasik banyak menggunakan ayat majmuk, ayat Songsang, dan ayat pasif. c. Kosa kata - Dengan adanya pengaruh Islam, kosa kata arab benyak diserap ke bahasa Melayu sejajar dengan konsep islam terutamanya apabila membicarakan bab hokum. Contoh: sembahyang menjadi solat. 4. Perkembangan Tulisan Jawi - Tulisan Jawi merupakan aksara arab yang diadaptasi ke dalam bahasa Melayu - Perkataan Jawi berasal dari perkataan AlJawah yang bermaksud pulau Sumatera. Pendapat lain mengatakan Jawi berasal dari Jawa. Manakala pendapat lain mengatakan Jawi berasal dari perkatan peranakan iaitu campuran arab, parsi dan Melayu - Bukti pertama penggunaan tulisan jawi terdapat pada batu bersurat Kuala Berang manakala manuskrip tertua dalam tulisan jawi ialah Aqaid Al Nasafi (1590 M) - Pada peringkat awalnya tulisan arab menggunakan system baris, tetapi lama kelamaan dibuang barisnya menjadi tulisan arab gondol. - Apabila menghadapi masalah, maka huruf saksi (vocal) diletakkan pada suku kata kedua dan ketiga. - Sistem ejaan jawi yang lengkap ialah Pedoman Ejaan Jawi terbitan 1956 dan disempurnakan pada tahun 1986 hingga sekarang. 5. Surat-surat Awal Dalam Bahasa Melayu Klasik - Raja-raja Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan raja asing dan pedagang eropah. Oleh itu mereka menggunakan bahasa Melayu apabila mengadakan hubungan dengan mereka. - Antara surat yang ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu ialah: a. Surat Sultan Ternatee kepada raja Portugal (1521M) b. Surat Sultan Acheh kepada nakhoda Inggeris (1602M) c. Surat Ala Al Din Shah kepada kapten Harry Middleton (1602M) d. Surat Perisytiharan Lord Minto (1811M) - Surat-surat di atas menjadi bukti bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa Lingua Franca sekitar abad yang ke 19.

6. Karya sastera Dalam Bahasa Melayu Klasik - Bahasa Melayu Klasik berkembang pesat letika zaman Kerajaan Melayu Melaka (1403-1511) - Antara karaya sastera zaman kerajaan Melaka ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah. - Selepas kejatuhan Melaka perkembangan bahasa Melayu berpindah ke Acheh. Antara penulis dan karya yang terkenal ialah: a. Hamzah Fansuri (Syair Dagang, Syair Burung Pingai, Syair SiBurung Pungguk b. Syamsuddin AlSumaterani (Mirat Al Mukminin,Miratul Iman) c. Nurudin al Raniri (Siratal Mustakim, Bustanul Salikin) d. Abdul Rauf alSingkel (Mirat alTulub)

BAB 4 : BAHASA MELAYU MODEN 1. Definisi - Perkembangan bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke-19 dengan bermulanya karya-karya Abdullah Munsyi. - Selepas mencapai kemerdekaan bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat dan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malysia yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. - Sebagai bahasa kebangsaan bahasa Melayu memikul tugas sebagai bahasa rasmi, pentadbiran,perhubungan,penghantar dan bahasa ilmiah di sekolah dan universiti. - Untuk mencapai matlamat di atas, satu perancangan bahasa bagi meningkatkan status bahasa Melayu moden telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Bahasa Melayu Pra Merdeka - Pada peringkat awal pemerintahan Inggeris, kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat. Bahasa Melayu tetap digunakan dalam urusan rasmi kerajaan British, maka lahirlah sarjana bahasa berbangsa barat seperti: R.O Winsted, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden, O.T Dusek, W.G Shellabear, J. Crawford, A.M Skinner - Kedudukan bahasa Melayu mula tergugat selepas Perang Dunia ke-2 apabila kerajaan Inggeris mula menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan bahasa rasmi. - Walaubagaimanapun terdapat pejuang bahasa Melayu yang memperjuangkan bahasa Melayu melalui karyanya seperti: a. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854) - Dilahirkan di Melaka dan mendapat gelaran Munsyi yang bermaksud pendidik @ guru kerana telah mengajar agama Islam kepada askar Melayu di Melaka. - Antara karya beliau yang terkenal ialah (Syair Singapura Terbakar, Kisah Pelayaran Abdullah 1, Kisah Pelayaran Abdullah 11, Hikayat Abdullah. b. Raja Ali Haji (1809-1870) - Dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau berpendidikan Arab dan merupakan tokoh bahasa yang sangat penting. - Beliau merupakan penulis Melayu pertama yang menghasilkan kamus dan buku tatabahasa melalui bukunya Kitab Pengetahyan Bahasa. - Antara karya beliau ialah (Bustanul Katibin, Tuhfat alNahfit, Kitab Salasilah Melayu dan Bugis)

c. Mohd. Said bin Haji Sulaiman ( 1876 1955) - Dilahirkan di Teluk Belanga Singapura dan menjadi penunjang kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan). - Antara karya beliau ialah ( Buku Katan PBmPB, Jalan Bahasa Melayu,Pohon Agama, Sopan Santun Dalam Islam) d. Zainal Abidin Ahmad (Zaba) (1895-1973) - Dilahirkan di Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan. Nama lain beliau ialah Zaba, Melayu Jati, Patriot dan Zai Penjelmaan. - Beliau merupakan tokoh bahasa dan antara karya yang terkenal ialah Pelita Bahasa Penggal 1,11,dan 111. - Karya beliau yang lain ialah Kitab Ilmu Bahasa Melayu, Kitab Rahsia Ejaan Jawi, Ilmu Mengarang Melayu. - Beliau pernah memegang jawatan Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka dan dianugerahkan gelaran Pendeta dan darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri. 3. Pertubuhan Bahasa Melayu Pramerdeka a. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) - Ditubuhkan pada tahun 1888 dan diasaskan oleh Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi. - Matlamat utama PBmPB ditubuhkan untuk memelihara, memperlengkap dan mempermodenkan bahasa Melayu dari segi ejaan, mencipta perkataan baru dan memelihara ejaan jawi. - Sepanjang penubuhannya PBmPB telah menghasilkan 34 buah buku berkaitan dengan sejarah, kebudayaan, riwayat perjalanan dan maklumat PBmPB. b. Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) -Ditubuhkan pada tahun 1934 telah menyebarkan semangat persaudaraan di kalangan pencinta bahasa Melayu. -Tujuan penubuhannya untuk mengeratkan hubungan persaudaraan serta menggalakkan penerbitan dan pembacaan penulisan bahasa Melayu. c. Pejabat Karang Mengarang - Ditubuhkan pada tahun 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan pengasasnya ialah O.T Dussek dan Zaba.

- Matlamat penubuhannya untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan bahasa Melayu di sekolah Melayu selain menggalakkan penulis menghasilkan karya dalam bahasa Melayu. d. Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) - Merupakan pertubuhan yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa Melayu yang dibentuk oleh angkatan penulis muda (Tongkat Warrant, Keris Mas, A. Samad Said) - Antara tujuan penubuhannya ialah mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu dan menjaga kepentingan dan kebajikan penulis Melayu. - Asas 50 juga telah mendesak kerajaan untuk melaksanakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Penghantar di sekolah. 4. Fungsi Bahasa Melayu Moden a. Bahasa Kebangsaan - Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia. - Di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum, di mana setiap kaum mempunyai bahasa ibundanya sendiri, bahasa kebangsaan sangat penting sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum tersebut. - Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana bahasa Melayu dituturkan olah bangsa Melayu yang mewakili bangsa teramai. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman dahulu lagi. - Oleh itu pada tahun 1969, bahasa Melayu telah dipilih secara rasminya sebagai bahasa kebangsaan Negara Malaysia. - Bahasa Kebangsaan juga bertujuan untuk mendapatkan rasa megah dan mencintai Negara selain mewujudkan satu identiti nasional. b. Bahasa Rasmi - Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi pegawai-pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi. - Semua urusan rasmi kerajaan termasuk surat-menyurat, papan-papan tanda, boring-borang rasmi, penyimpanan rekod hendaklah menggunakan bahasa Melayu. - Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu juga digunakan oleh semua pemimpin Negara semasa berurusan dengan rakyat. c. Bahasa Ilmu (penghantar)

- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar di semua peringkat sekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 pada tahun 1981. - Pada tahun 1983, semua kursus di tahun pertama universiti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. - Dasar Pelajaran Kebangsaan (1963/67) melalui Laporan Razak (1956) DAN Laporan Abdul Rahman Talib (1960) memperakui bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam semua sistem pendidikan negara. - Untuk mencapai matlamat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu memerlukan perancangan agar bahasa Melayu dapat mengungkap pelbagai ilmu tanpa menghadapi sebarang masalah. - Perancangan bahasa ini melibatkan usaha menetapkan kosa kata, istilah, ejaan, tatabahasa dan sebutan yang dikenali sebagai perancangan korpus bahasa. - Perancangan korpus bahasa ini melibatkan usaha pengekodan (penyeragaman) dalam bidang perkamusan, ejaan, peristilahan, tatabahasa dan sebutan.

BAB 5: UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU 1. Latar belakang peminjaman - Bahasa Melayu mula menerima pengaruh asing sejak zaman bahasa Melayu kuno dengan menerima pengaruh bahasa Sanskrit, diikuti bahasa Melayu klasik menerima bahasa Arab dan bahasa Melayu moden menerima bahasa Eropah. - Bahasa Melayu mudah menerima bahasa asing disebabkan bahasa Melayu itu sendiri yang bersifat dinamik. Peminjaman ini secara tidak langsung telah memperkaya kosa kata bahasa melayu. - Peminjaman kosa kata aing ini melalui: a. Peminjaman terus dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan. Contoh: psychology psikologi b. Peminjaman penterjemahan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu. Contoh : honeymoon bulan madu.

- Ada beberapa sebab bahasa Melayu perlu meminjam kosa kata asing: a. Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, konsep baru kerana tiada perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu: Contoh: syurga, camca, mee, taubat. b. Perkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa asing Contoh: doctor (tabib), polis (mata-mata), radio (tetuang udara) c. Sikap mengagungkan bahasa asing sehingga perkataan bahasa Melayu dianggap lapuk dan ketinggalan zaman d. Kekerapan penggunaan bahasa asing yang lebih tinggi berbanding penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu kerana mempunyai maksud yang berbeza. d. Untuk mengatasi masalah makna. Contoh perkataan riak tidak boleh digantikan dengan perkataan sombong dalam bahasa Melayu. - Peminjaman bahasa asing berlaku disebabkan pertembungan budaya seperti perniagaan, peperangan dan penjajahan, penghijrahan, pendidikan dan penyebaran agama. - Unsur-unsur daripada bahasa asing yang diambil oleh bahasa Melayu termasuklah bunyi, tulisan, imbuhan, kosa kata, istilah, peribahasa dan struktur ayat. 2. Bahasa Sanskrit - Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku ketika zaman bahasa Melayu kuno iaitu abad ke 7 hingga ke 13. Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India dan sami serta pendeta agama Hindu dan Buddha. - Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam kosa kata bahasa Melayu: Bahasa, bicara, guru,cinta duka, merdu, setia, bahu, kepala, lidah, senja, permata, emas, keranda,ayah,isteri ,janda, suami, menteri, dosa pahala,asmara, bahaya, rahsia, bumi, cahaya, suria, tanah, melor, seroja, hari, masa. - Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam imbuhan bahasa Melayu: Eka, dwi, maha, pra, swa, tata, tuna, wan, man, wait, nita. - Pengaruh bahasa Sanskrit terhadap bunyi bahasa Melayu: Bunyi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit sperti /dw/, /sw/, /sy/ 3. Bahasa Arab

- Pengaruh bahasa Arab meresap ke dalam bahasa Melayu dengan kedatangan Islam ke alam Melayu oleh pedagang dan pendakwah Arab. - Proses pengislaman orang Melayu berjalan lancer kerana apabila pihak istana memeluk islam maka rakyat jelata akan mengikutinya. - Proses pengislaman bukan sahaja mengubah kepercayaan agama, tetapi juga memberi kesan kepada budaya, sastera dan bahasa orang Melayu. - Pengaruh bahasa Arab lebih dominan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Sanskrit kerana bahasa Arab banyak mempengaruhi bab-bab berkaitan hokum. a. Pengaruh bahasa Arab terhadap tulisan bahasa Melayu: Pengaruh bahasa Arab yang terpenting ialah terciptanya tulisan jawi. Tulisan jawi yang diambil daripada aksara Arab dan ditambah dengan 6 huruf digunakan dalam tulisan untuk bahasa Melayu. Dengan adanya tulisan jawi, maka karya sastera islam, kitab agama dapat dihasilkan dalam bentuk tulisan. b. Pengaruh bahasa Arab terhadap kosa kata bahasa Melayu Kosa kata bahasa Arab banyak terdapat dalam bahasa Melayu terutama bagi membicarakan hal-hal agama dan bidang lain: Doa, hadis haji, koblat, murtad, rukuk, hisab, ilmu, sejarah, soal, tarikh, akal, faham, fakir, halal, haram, zalim, akad, fitnah hormat, kaum, kerabat, maaf, salam sedekah, tahniah,akhirat, alam, haiwan, dunia, wajah, wujud,roh. c. Pengaruh bahasa Arab terhadap struktur ayat bahasa Melayu Pengaruh bahasa Arab dalam struktur ayat bahasa Melayu terlihat menerusi penggunaan ayat songsang dan ayat pasif. Dalam bahasa Arab struktur ayat dimulakan dengan kata kerja (filiah) dan apabila diterapkan ke bahasa Melayu akan menjadi ayat songsang: Duduklah dia di atas bangku itu sambil menyiapkan kerjanya. d. Pengaruh bahasa Arab terhadap bunyi bahasa Melayu Bahasa Arab turut mempengaruhi bunyi dalam bahasa Melayu: /dh/ : dhaif, dharab, hadhirat, haidh /dz/ : dzahir, dzuhur, dzalim, adzab /f/ : fajar, fakir, daftar, kafir, arif /gh/ : ghaib, ghairah, loghat, maghrib /kh/ : khasiat, khidmat, akhbar, tarikh

/q/ : qadak, qadar, qunut, baqa, wuquf /sy/ : syarat, syiar, asyik, masyarakat, nusyuz /th/ : thabit, thalatha, ithnin, bahath, hadath /z/ : zikir, zuriat, bazir, khazanah, e. Pengaruh bahasa Arab terhadap imbuhan bahasa Melayu Terdapat 6 imbuhan dan akhiran bahasa Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu: -ah : muslimah, hajah, qariah, ustazah -at : hadirat, mukminat, muslimat -I : abadi, amali, azali, insani, mithali -iah : alamiah, batiniah, jasmaniah, lahiriah -in : hadirin, mukminin, muslimin, musyrikin -wi : duniawi, maknawi, nabawi, ukhrawi 4. Bahasa Parsi - Seperti bahasa Arab, pengaruh bahasa Parsi dalam bahasa Melayu dikaitkan dengan kedatangan Islam ke alam Melayu. - Kebanyakan pengaruh bahasa Parsi lebih tertumpu dalam lapangan kesusasteraan dan gelaran rajaraja dan adapt pertabalan seperti Syah, nobat dan sebagainya. - Antara kosa kata bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah: Agar, andai andam,bahari, baju andam, banjir, beriani, cokmar, dewan, gandum garam, istana, juadah, kamar, kahwin, kelasi, kebab, laksa, nakhoda, nisan, pinggan seluar, takhta, seruling, pelana, pahlawan, lawak, pesona, piala. - Imbuhan bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah imbuhan bi yang bermaksud tidak seperti biadab (tidak beradab), bitara (tiada tara) 5. Bahasa Jawa - Penyebaran bahasa Jawa ke alam Melayu berlaku ketika pemerintahan kerajaan Majapahit melalui kesusasteraan jawa iaitu cerita panji, selain penghijrahan orang-orang Jawa kea lam Melayu. - Antara kosa kata Jawa yang terdapat dalam bahasa Melayu:

Adegan, awet ayu, bagus, beres, calon, duda, enak, garing, gembleng, kaget, keringat, keruan, ketara, kiai, lakon, lapor, lontong, lumayan, lumrah, lurah, matang, pamer, perabot, prihatin, rawat, saring, sering, tulen. 6. Bahasa Cina - Oleh sebab kebanyakan orang Cina yang dating ke Tanah Melayu berasal dari daerah selatan (Hokkien dan Canton), maka kebanyakan kosa kata yang dipinjam berasal dari dialek bahasa daerah tersebut. - Antara kosa kata bahasa Cina dalam bahasa Melayu ialah: Camca, pongkes, cawan, teko, beca, abah, amoi, apek, encik, tauke, bohsia, beng, suun, kuaci, lobak, tauhu, tocang, gincu, amah, pisau, tong, loceng kicap, laici, cincau, dacing, kuih mihun, pau, cat, inci, sampan, tauge. 7. Bahasa Tamil - Jumlah bahasa Tamil dalam bahasa Melayu agak sedikit. Sebahagiannya pula merupakan pinjaman atas pinjaman iaitu bahasa Tamil yang dipinjam daripada bahasa asing kemudian dipinjam pula oleh bahasa Melayu. - Antara bahasa Tamil yang dipinjam ke dalam bahasa melayu ialah: Ceti, kapal, kedai, mempelam, bagai, kawal, modal, kolam, ayah, kakak, apam, canai, ceut, coli, gudang, gerudi, guni, ketumbar, kuli, nelayan, nilam, sami, ragam, tali, tembikai, emak, jodoh, kari, pondan, pinggan. 8. Bahasa Inggeris - Pengaruh bahasa Inggeris mula bertapak ke dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-18, iaitu bermulanya penjajahan Inggeris. - Pengaruh bahasa Inggeris begitu dominant dan menguasai bahasa Melayu terutama dalam bidang ekonomi, pentadbiran, dan masyarakat disebabkan oleh beberapa factor: a. dasar penjajah yang lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. b. bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi oleh penjajah Inggeris c. Pendidikan Inggeris mempengaruhi penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu. d. peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa e. sikap orang Melayu sendiri yang lebih mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. i. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap kosa kata bahasa Melayu

- Bahasa melayu banyak meminjam kosa kata bahasa Inggeris bagi meningkatkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi. ii. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap peribahasa bahasa Melayu work load - beban kerja honey moon - bulan madu film star - bintang filem black and white hitam putih iii Pengaruh bahasa Inggeris terhadap imbuhan bahasa Melayu anti kemajuan, anti penjajah, anti-Inggeris, automatic, autimobil, makroekonomi, mikroekonomi,monopoli, multimedia, poligami, prokerajaan, subtajuk, supranasional, ultrabunyi, klinikal, defendan, geografi, kaunter, detektif, automatic, artis, Zionisme, kronologi, koleksi, mentality, editor. iv. Pengaruh bahasa Inggeris terhadap system tulisan bahasa Melayu - Apabila bahasa Inggeris menguasai bahasa Melayu, maka tulisan rumi telah diterima dan menggantikan tulisan jawi dan akibatnya, tulisan jawi semakin terpinggir.

BAB 6: VARIASI BAHASA 1. Definisi

- Variasi bahasa merujuk kepada bentuk-bentuk bahasa yang berbeza bagi maksud yang sama mengikut situasi dalam satu bahasa yang sama. - Menurut Halliday, variasi bahasa dikenali sebagai kelainan bahasa berdasarkan dua factor iaitu pengguna dan penggunaan. Idiolek utara Pengguna Perak Negeri Sembilan Selatan (Johor Riau) Dialek Kelantan Daerah Terengganu Variasi Pahang Bahasa Melayu Sabah Sarawak Bahasa baku Bahasa formal Penggunaan Dialek social bahasa tak formal Laras bahasa halus Bahasa kasar Bahasa istana Bahasa slanga Bahasa pasar - Idiolek ialah variasi bahasa berkaitan individu yang disebabkan oleh perbezaan alat sebutan atau tabiat pertuturan. Contoh sengau atau keupayaan menyebut r. - Dialek daerah pula merujuk kepada kelainan bahasa yang wujud pada peringkat kawasan disebabkan factor geografi.

- Dialek social atau laras bahasa ialah kelainan bahasa kerana factor penggunaan mengikut status penutur bahasa tersebut. 2. Bahasa Baku - Bahasa baku ialah variasi bahasa yang digunakan untuk berhubung apabila penutur pelbagai dialek berkumpul. - Mengikut sejarah, variasi bahasa Melayu baku diambil berasaskan dialek bahasa Johor Riau disebabkan penggunaannya yang lebih meluas berbanding dialek lain. - Bahasa baku menjadi dasar atau kriteria untuk menentukan ketepatan bahasa yang digunakan. Bahasa baku juga diistilahkan sebagai bahasa standard. - Bahasa baku digunakan dalam urusan rasmi seperti pendidikan, pentadbiran kesusasteraan dan penulisan. 3. Dialek - Dialek ialah suatu bentuk bahasa yang berbeza daripada bahasa standard yang digunakan dalam satu daerah atau oleh suatu kelas social dalam perhubungan kekeluargaan atau pergaulan harian. Terdapat dua jenis dialek: a. Dialek daerah Istilah lain untuk dialek daerah ialah loghat daerah. Dialek ini dapat dibezakan daripada segi sebutan, kosa kata, kata ganti nama diri, tatabahasa dan gaya lagu bahasa. Jenis-jenis dialek daerah (rujuk rajah) b. Dialek social Dialek social pula merujuk kepada penggunaan bahasa mengikut status penutur dalam masyarakat. 4. Bahasa Pasar - Dalam kajian sosiolinguistik, bahasa pasar dikaitkan dengan bahasa pijin iaitu variasi bahasa yang dipermudahkan untuk proses berkomunikasi. - Dalam kontek bahasa Melayu, bahasa pasar wujud akibat daripada pergaulan masyarakat yang berbilang kaum. - Yang berikut ialah cirri-ciri bahasa pasar: a. menyalahi hukum DM - kereta api api kereta

- orang itu itu orang b. menggunakan perkataan punya - dia punya rumah - pandai punya orang c. mengabaikan penggunaan penjodoh bilangan - kita orang ada satu kereta d. membezakan penggunaan kata ganti nama - kami/kita kita orang - saya gua e. menggunakan kata banyak sebagai kata penguat - banyak sakit - banyak cantik - Bahasa pasar dituturkan dalam situasi yang berikut: a. orang bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu b. orang Melayu bertutur dengan orang bukan Melayu 5. Bahasa Slanga - Bahasa slanga ialah variasi bahasa yang digunakan oleh golongan remaja dan dikenali juga sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker. - Bahasa ini tergolong debagai bahasa tidak rasmi, tidak baku dan bersifat musim. Variasi bahasa slangan ini dianggap rendah tarafnya. - Antara perkataan yang biasa dalam bahasa slanga ialah brader, pakwe, makwe. 6. Bahasa Formal - Bahasa formal ialah variasi bahasa yang digunakan pada situasi formal atau rasmi seperti dalam majlis atau upacara rasmi, mesyuarat, seminar, pendidikan. - Bahasa formal berbentuk terkawal dengan mementingkan aspek peraturan bahasa yang gramatis meliputi imbuhan,sebutan dan intonasi.

- Dalam bahasa formal wujud sekatan social antara penuturnya disebabkan status penutur itu lebih tinggi ataupun hubungan yang masih belum rapat/mesra. - Antara cirri-ciri bahasa formal ialah: a. tidak menggunakan nama sendiri, nama ringkas atau nama timangan. b. tidak menggunakan percampuran kod seperti I dan U, Lu dan Gua. c. tidak menggunakan unsure kependekan seperti ntah, tak, nak. d. memperlihatkan pola intonasi yang jelas seperti ayat penyata, tanya, perintah. - Bahasa formal boleh wujud dalam tulisan atau lisan. Antara bentuk lisan bahasa formal ialah ceramah, forum dan khutbah jumaat manakala bentuk tulisan seperti rencana, berita dan karya sastera. 7. Bahasa Tak Formal - Bahasa tak formal ialah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tidak formal atau tidak rasmi seperti perbualan harian, perhubungan antara ahli keluarga atau rakan yang telah mesra. - Bahasa tak formal berbentuk bebas dan tidak terkawal dan tidak mementingkan peraturan bahasa. - Antara cirri bahasa tak formal ialah: a. menggunakan gelaran yang tidak lengkap seperti bang atau kak. b. menggunakan kata nama diri seperti man, yati, ros c. menggunakan unsure kependekan kata seperti tak, nak d. banyak menggunakan partikal lah e. menggunakan pola intonasi yang tidak begitu jelas. 8. Bahasa Halus - Bahasa halus merupakan suatu system bahasa yang beradat, bersopan dan berbudaya tinggi. Perkataan yang digunakan melambangkan kesopanan, nada pengucapan yang rendah, lembut dan menimbulkan kemesraan. - Bahasa halus digunakan untuk: a. menghormati orang yang dilawan bercakap b. menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap c. mewujudkan kemesraan

d. menghormati peraturan dan adapt. - Contoh bahasa halus ialah orang rumah, meninggal dunia, buang air besar/kecil, datang bulan, nafkah batin, berbadan dua. BAB 7 : LARAS BAHASA 1. Definisi Laras Bahasa - Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan bahasa menurut situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang diperkatakan. - Seseorang pengguna bahasa akan menggunakan bentuk bahasa yang sesuai dengan bidang yang diperkatakan seperti bidang ekonomi, sastera, agama atau perniagaan. - Menurut Nik Safiah Karim, penggunaan laras bahasa ditentukan oleh dua factor: a. Ciri keperihalan: Ciri ini merujuk kepada latar belakang social dan kebudayaan seseorang pengguna termasuklah cara penyampaian, bahan yang diperkatakan, hubungan social dan perlakuan bahasa. b. Ciri linguistic: Ciri linguistic yang membezakan laras bahasa dapat ditinjau melalui aspek bunyi, kosa kata, frasa dan ayat. 2. Laras Bahasa Biasa - Laras bahasa biasa ialah laras bahasa yang tidak melibatkan bidang-bidang tertentu. - Laras bahasa biasa menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami, tiada istilah teknikal, kata pinjaman dan struktur ayatnya mudah difahami. - Laras bahasa biasa terbahagi kepada : a. Laras biasa formal Laras bahasa biasa formal biasanya digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya. b. Laras bahasa biasa tak formal Laras bahasa biasa tak formal digunakan dalam situasi tidak rasmi. Bahasa yang digunakan ialah bahasa basahan dan berlaku proses pengguguran. - Contoh: Ikan sendiri bela, sendiri tangkap, sendiri jual apa pasal banyak mahal? 3. Laras Bahasa Sains

- Laras bahasa sains disampaikan secara formal dan objektif. Segala maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan fakta. - Penggunaan perkataannya tepat dengan meninggalkan perkataan yang dianggap mubazir. Penggunaan kata adjektif sangat jarang dan lebih kepada kata nama. - Contoh: Air hujan secara semual jadinya berasid kerana tindak balasnya dengan karbon dioksida dalam atmosfera untuk membentuk asid karbonik. 4. Laras Bahasa Ekonomi - Laras bahasa ekonomi memperlihatkan kerapian susunan maklumat yang disampaikan secara jelas atau eksplisit. - Cotoh kosa kata dan istilah ekonomi seperti eksport, lebihan dagangan, melonjak, perdagangan antarabangsa, ditutup bercampur-campur dan sebagainya. 5. Laras Bahasa Undang-undang - Laras bahasa undang-undang terdapat dalam teks perundangan yang digunakan di mahkamah. - Laras bahasa undang-undang mementingkan kepersisan, keobjektifan, kejelasan dan keterperincian. - Istilah dan kosa kata yang digunakan berkaitan dengan undang-undang seperti petisyen, mandatori, hebeas corpus, plaintif, defenden dan sebagainya. - Contoh: Defenden membantah pada awal prosiding bahawa plaintif kerana tindakannya, diestop daripada mempersoalkan kesahan larangan PBJ itu. 6. Laras Bahasa Agama - Laras bahasa agama mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab yang juga memepengaruhi struktur ayatnya. - Laras bahasa agama digunakan untuk menerangkan topic agama termasuklah akidah, fiqah, kisah-kisah nabi dan para sahabat dan diselitkan dengan petikan al- Quran dan Hadis nabi SAW. Contoh: Allah SWT menjelaskan kewujudan syurga dalam al-Quran melalui surah Ali Imran yang bermaksud Dan segeralah menuju keampunan Tuhanmu dan memasuki syurga yang lebrnya seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. 7. Laras Bahasa Sukan - Laras bahasa sukan biasanya disampaikan dengan gaya yang bersahaja dan jelas bagi membincangkan sukan.

- Laras bahasa ini diselitkan dengan kosa kata yang bersesuaian dan berkaitan dengan jenis sukan tertentu. Contoh: Dengan dibarisi pemain-pemain bintang dari kelab ternama dunia, Sepanyol megah menjulang Piala Dunia selepas menewaskan pasukan Belanda dalam pertandingan akhir di Johannesberg, Afrika Selatan. 8. Laras Bahasa Sastera - Laras bahasa sastera memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya bole terdapat dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatic dan puitis. - Antara ciriciri bahasa sastera ialah: a. kreatif dan imaginative mesejnya kabur b. mementingkan penyusunan, pengulangan dan pemilihan kata. c. puitis dan hidup diselang-selikan dengan dialog, monolog. d. menggunakan bahasa tersirat perlambangan, pengulangan metafora, similie, personifikasi, ilusi dan sebagainya. e. terdapat penyimpangan tatabahasa dan manipulasi bahasa. 9. Laras Bahasa Iklan (perniagaan) - Laras bahasa perniagaan digunakan dalam iklan, tender, system akaun, laporan saham, penyata tahunan dan sebagainya. - Bahasa iklan lebih banyak menggunakan bahasa pengaruhan atau pemujukan dengan harapan dapat mempengaruhi pengguna untk membeli barangan mereka. - Banyak menggunakan kata adjektif serta ayat yang pendek dan ringkas. Contoh bahasa iklan: Harum Mewangi Wangi sehingga keesokan harinya 3+1 Putih, Wangi dan Lembut 10. Laras Bahasa Akademik (Ilmu)

- Laras bahasa akademik digunakan dalam bidang ilmiah seperti sains, matematik, bahasa, teknologi maklumat, politik dan sejarah. - Ciri-ciri bahasa akademik ialah: a. memperlihatkan kematangan dan keintelektualan b. menggunakan perkataan yang tepat dan tidak berbunga c. menyediakan nota kaki dan bibliografi d. sukar difahami oleh orang biasa (gambar rajah, jadual, symbol formula) e. banyak menggunakan kata kerja dan kata nama berbanding kata adjektif f. bersifat formal dan objektif g. mengutamakan wacana pemaparan, penghuraian, dan perbincangan. BAB 8: WACANA 1. Definisi Wacana - Wacana ialah unit bahasa yang tertinggi yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Berikut ialah hirekai tatabahasa: Fonem Morfem Kata Frasa Klausa Ayat - Wacana - Wacana boleh terdapat dalam bentuk lisan ( ceramah, pidato, khutbah, forum dan dialog) dan tulisan ( laporan, surat, rencana, cerpen, novel dan puisi) - Dalam wacana, unsur-unsur bahasa seperti kata, frasa, klausa dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehingga memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berkesinambungan serta menghasilkan kesatuan fikiran yang utuh. - Wacana dikatakan melebihi batas ayat kerana awcana mungkin terdiri daripada satu ayat, sejumlah ayat, satu perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. 2. Ciri-ciri Wacana a. Tujuan - Setiap wacana yang dihasilkan mesti mempunyai tujuan kerana tujuan akan menentukan jenis wacana yang dihasilkan. - Tujuan juga akan menentukan bentuk wacana yang dihasilkan. Sebagai contoh, seseorang akan menulis bentuk rencana jika tujuannya adalah untuk memberikan ulasan tentang isu semasa. b. Hubungan Penghasil Wacana dengan Khalayak

- Wacana mesti mempunyai hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak. Contohnya penutur dengan pendengar atau penulis dengan pembaca. - Sebelum menghasilkan wacana, penghasil wacana haruslah meneliti siapakah khalayaknya atau sasarannya supaya laras bahasa yang sesuai dapat dipilih. - Tahap penerimaan khalayak adalah tinggi sekiranya mereka dapat memahami wacana yang disampaikan oleh penghasil wacana. c. Keutuhan - Keutuhan sesuatu wacana terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. - Terdapat dua aspek penting bagi menghasilkan wacana yang utuh: a. terdapatnya runtutan dan koheren ( kesinambungan idea yang menjadikan sesuatu wacana itu teks yang bermakna dan dapat difahami) b. wujudnya tautan atau kohesi (keserasian hubungan antara satu unsure linguistic dengan unsure linguistic yang lain. d. Maklumat - Maklumat yang terkandung dalam sesuatu wacana dapat dibahagikan kepada maklumat lama dan maklumat baharu. - Contoh: Saya membela seekor kucing. Kucing itu sangat comel. - Dalam wacana itu, frasa kucing itu dalam ayat kedua merupakan maklumat lama manakala frasa sangat comel ialah maklumat baru. - Sesuatu wacana juga tidak seharusnya mempunyai maklumat yang bertentangan: - Contoh: Pelajar itu amat berdisiplin. Dia selalu ponteng dan tidak mematuhi peraturan sekolah. 3. Penanda Wacana - Penanda wacana merupakan kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian , hujah, dan buah fikiran. - Untuk memastikan keutuhan wacana kata atau rangkai kata digunakan bagi merangkaikan ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan.

a. Penanda Rujukan - Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk. Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka lebih tampil kehadapan. b. Penanda Penggantian. - Penanda penggantianmerujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur yang lain. Jiran kami membeli sebuah kereta. Kami juga membeli sebuah. c. Penanda Penghubung - Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa dan ayat dengan ayat. - Contoh penanda penghubung: Selanjutnya, selain itu, begitu juga, tambahan lagi, malah, lagipun, namun begitu, bagaimanapun, walaupun demikian, akan tetapi, sungguhpun begitu, sehubungan itu, dalam hal ini, sejajar dengan itu, merujuk kepada, sebelum itu, sementara itu, kemudian, pada mulanya, akhirnya, lama kelamaan, di samping itu, seperti juga, sebagai contoh, iaitu, untuk tujuan ini, hal ini demikian, kesimpulannya, pendek kata, secara amnya, sesungguhnya, sebenarnya, sewajarnya, hatta, maka. BAB 9 : RETORIK 1. Definisi - Retorik dapat diertikan sebagai seni pemakaian bahasa untuk menyampaikan idea dengan menarik dan berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. - Aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penggunaan retorik ialah a. menguasai sesuatu bahasa dengan baik b. tahu akan perkara atau tajuk - Secara umumnya kemahiran beretorik melibatkan: a. penguasaan tatabahasa b. penggunaan pelbagai ragam bahasa c. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik d. penguasaan corak dan bentuk penulisan

2. Jenis-jenis Retorik a. Pemerian - Retorik pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas kepada khalayak seperti dalam lukisan. - Penghasil wacana akan memindahkan pengamatan dan pemerhatian kepada khalayak termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, dan latar. - Walau bagaimanapun, dalam retorik ini penghasil wacana hanya menggambarkan keadaan sebagaimana kewujudan sebenar dan tidak melibatkan emosi, imaginasi dan pandangan penghasil. - Penghasil wacana boleh memberikan gambaran secara realistik iaitu berdasarkan fakta yang konkrit atau secara impresionistik iaitu gambaran yang boleh menimbulkan imaginasi. Contoh retorik pemerian: Desaru Resort terletak di pantai Desaru yang menghadap Laut Cina Selatan. Pusat peranginan ini meliputi kawasan seluas 25 ekar dan menempatkan 793 unit suite yang mengandungi satu hingga empat bilik. Setiap satu dilengkapi dengan peralatan seperti telefon, peti sejuk, peti televisyen, gelombang ketuhar mikro dan meja makan . b. Pemujukan - Retorik pemujukan juga dikenali sebagai retorik pengaruhan kerana penutur atau penulis akan berusaha untuk mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca atau pendengar. - Untuk mempengaruhi orang ramai, retorik ini mementingkan kehalusan berbahasa dengan menyelitkan unsur psikologi serta perbandingan kebaikan dan keburukan. - Selain itu, penghasil wacana pandai memainkan emosi dan menggunakan bahasa yang manis dan menarik dan kerap menggunakan kata penguat. Contoh retorik pemujukan Inilah satu-satunya peluang untuk anda memiliki kereta Proton Wira pada harga mampu milik. Kunjungilah pusat pameran Proton Edar yang berhampiran dengan anda serta rebutlah peluang ini sementara stok masih ada. c. Penerangan - Retorik peneranagn bertujuan untuk memberikan maklumat dan bersifat informatif. - Dalam lisan, retorik ini disampaikan menggunakan intonasi dan nada yang menarik dengan bahasa yang formal, tepat dan jelas supaya maklumat dan penerangan yang disampaikan dapat difahami.

Contoh retorik penerangan. Japanese Encephalitis (JE) merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Culex. Virus ini membiak dalam tubuh khinzir yang bertindak sebagai perumah. Selepas menghisap darah khinzir, nyamuk betina Culex membawa virus JE ini bersama-sama. d. Pendedahan - Retorik pendedahan merujuk kepada satu teknik pemakaian bahasa yang menampakkan sesuatu perkara atau topik sehingga dapat difahami oleh khalayak. - Retorik ini juga dikenali sebagai retorik penjelasan dengan sesuatu topik dihuraikan, disingkapkan, dipaparkan dan ditunjukkan dengan jelas dan terperinci. - Untuk menghasilkan retorik ini, teknik penyampaian idea pentakrifan, pencerakinan, penggolongan dan percontohan digunakan. Contoh retorik pendedahan. Islam Hadhari diertikan sebagai ajaran islam yang progresif dan dapat meningkatkan kualiti hidup manusia. Konsep Islam Hadhari menekankan system social yang berasaskan prinsip moral bagi menjamin keseimbangan antara kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat. e. Penghujahan - Retorik penghujahan bersifat pengaruhan tetapi retorik ini disertakan dengan bukti dan alasan yang kukuh bagi mempengaruhi khalayak. - Retorik penghujahan memerlukan khalayak bersetuju dan yakin dengan hujah-hujah dan bukti yang dikemukakan dan membiarkan khlayak membuat penilaian sendiri. Contoh retorik penghujahan. Kaum lelaki perlu menggalakkan dan memberi laluan kepada kaum wanita melibatkan diri dalam bidang politik Apatah lagi kaum wanita di Negara kita merupakan golongan yang agak besar bilangannya. Penyertaan mereka sudah tentu dapat memelihara kepentingan masyarakat khususnya kaum wanita daripada menjadi mangsa penindasan dan ketidakstabilan. 3. Teknik Penyampai Idea. a. Teknik deduksi. - Dalam teknik deduksi, penulisan dimulai dengan sesuatu penyataan utama dan kemudiannya diikuti oleh penyataan yang khusus. - Dalam penulisan, ayat topic akan diletakkan di perenggan permulaan manakala ayat yang menyokong ayat topic akan hadir kemudian. Keadaan ini dikenali sebagai perenggan pyramid terbalik.

Contoh: Peningkatan kadar jenayah memang mempunyai hubungan dengan kegawatan ekonomi. Keadaan ini menyebabkan bilanganan anggota masyarakat yang berhutang semakin bertambah, malah sesetengahnya mungkin berhadapan dengan masalah kebangkrapan. b. Teknik induksi - Teknik induksi dimulai dengan suatu penyataan yang khusus dan diakhiri dengan penyataan umum atau generalisasi. - Ayat topic dalam teknik induksi diletakkan di bahagian akhir perenggan. Contoh: Walaupun tahap kekuatan fizikal warga tua merosot, pengalaman luas mereka sangat berharga kerana mereka lebih banyak makan garam dan lebih jauh berjalan. Oleh itu sumbangan mereka dalam bidang perundingan, pengurusan, dan pentadbiran mestilah dimanfaatkan sebaik-baiknya. c. Teknik analogi - Dalam teknik analogi, penghasil wacana akan membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain yang mempunyai cirri-ciri persamaan. - Teknik ini digunakan untuk menerangkan perkara yang sukar atau kompleks dengan membandingkan perkara lain yang mudah difahami. Contoh: Sama seperti nasi dan roti yang menjadi makanan kepada tubuh badan, fikiran dan maklumat yang dihidangkan dalam surat khabar pula menjadi makanan kepada minda dan hati. d. Teknik pentakrifan - Perkataan takrif bermaksud definisi yang bermaksud huraian ringkas dan tepat tentang makna sesuatu perkara. - Teknik pentakrifan bermaksud idea utama dikembangkan dengan cara memberikan makna atau pengertian kepada istilah atau konsep. Contoh: Plot dapat diertikan sebagai struktur penyusunan sambung-sinambung peristiwa-peristiwa berdasarkan hukum sebab- akibat. Plot bukan sahaja mengemukakan peristiwa yang terjadi, malah yang lebih penting menjelaskan sebab sesuatu peristiwa itu terjadi. BAB 10: KESANTUNAN BERBAHASA

1. Definisi - Kesantunan berbahasa diertikan sebagai kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan mahupun dalam tulisan. - Bahasa yang sopan ialah bahasa yang mengandungi nilai hormat yang tinggi, kosa kata yang halus dan bertatasusila serta tidak menyinggung perasaan orang lain. - Dalam masyarakat Melayu, kesantunan berbahasa penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa bahasa tersebut. 2. Ciri-ciri Kesantunan Berbahasa a. Penggunaan bahasa halus - Dalam bahasa Melayu penggunaan bahasa halus meliputi bahasa diraja, ungkapan daripada Arab dan ungkapan bertatasusila. - Bahasa halus digunakan dengan meluas supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi. - Penggunaan bahasa halus juga melibatkan intonasi yang sesuai iaitu nada pengucapan yang rendah, lembut dan menimbulkan kemesraan. - Bahasa Arab digunakan sperti ucapan salam, alhamdulillah, insya-Allah dan rujukan kehormat untuk tokoh-tokoh agama ( Subhanahuwataala, Sallallahualaihiwasalam, Alaihiwasalam, Radhiallahuanhu) b. Penggunaan kata ganti nama - Dalam bahasa Melayu penggunaan kata ganti nama berkait rapat dengan bentuk sapaan kerana penggunaannya akan memberikan penghormatan atau kemuliaan kepada seseorang. - Sehubungan itu, penggunaan kata ganti nama ditentukan oleh factor umur, keakraban dan status. - Selain itu, terdapat juga kata ganti nama yang menjadi rujukan halus untuk orang yang telah meninggal dunia seperti almarhum, allahyarham dan mendiang. c. Penggunaan bentuk sapaan -Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri -Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar dan Permaisuri -Pemangku raja, Raja Mudan Tengku Mahkota Syed, Sayid, Sheikh, Sharifah Tuanku

Tuan Syed, Tuan Sheikh, Puan/Cik Shariffah - Selain itu, rujukan kehormat juga digunakan dalam sistem sapaan bahasa Melayu. Orang yang disapa Rujukan kehormat Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Sultan, Raja dan Permaisuri Raja Muda/Tengku Mahkota Kerabat diraja Mempunyai gelaran raja/tengku Perdana Menteri dan timbalan, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbalan Menteri, SU Parlimen, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri Tun, Toh Mempunyai gelaran kurniaan kerajaan Ketua Hakim Negara Ketua Polis Negara Hakim Mufti/kadi Ketua jabatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia Yang Amat Mulia Yang Mulia Yang Amat Berhormat Yang Berhormat

Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Arif Yang Amat setia Yang Arif Yang Arif/Sahibul Samahah Yang Berusaha d. Penggunaan Gelaran i. Gelaran Kekeluargaan Pak/Abah Mak/ibu Tuk/Nek Abang Kakak Adik Along Angah Alang Anjang Andak The Usu Menantu Mentua Ipar

Besan Biras Untuk bapa dan orang yang seusia bapa sendiri Untuk ibu dan orang yang seusia ibu sendiri Untuk ibu/bapa kepada bapa/ibu atau yang seusia Untuk lelaki lebih tua daripada kita Untuk perempuan yang lebih tua daripada kita Untuk lelaki atau perempuan yang lebih muda dari kita Anak pertama Anak kedua Anak ketiga Anak keempat Anak kelima Anak keenam/sebelum bongsu Anak bongsu Isteri atau suami anak Ibu atau bapa kepada isteri atau suami Adik, abang atau kakak isteri atau suami Hubungan ibu/ bapa dengan ibu / bapa mentua Isteri/suami kepada adik beradik ipar ii. Gelarasan warisan - Gelaran warisan juga dikenali sebagai gelaran keturunan yang diwarisi sejak lahirnya seseorang. Raja Tunku/Ungku Tengku/Engku

Pangeran Abang Awangku/Dayangku Datu Megat/Putri Meor Nik/Wan Tan Tuan Perak dan Selangor Johor dan Kedah Kelantan, Pahang dan Terengganu Brunai Sarawak Brunai Sabah Perak Perak Kelantan Kedah Terengganu - Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad SAW spertu syed, said, sharifah dan seikh. - Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi dan Sutan (Minangkabau), Teungku dan Teuku (Acheh), Khan (Pakistan), Kutty (India) iii. Gelaran kurniaan Tun / Toh

Tan Sri / Puan Sri Datuk, Dato, Datuk Seri Datuk Paduka Datuk Patinggi, Datuk Amar Gelaran Kerajaan Persekutuan yang tertinggi Gelaran Kerjaan Persekutuan kedua tertinggi Gelaran Kerajaan Negeri Gelaran Kerajaan Sarawak iv. Gelaran ikhtisas Profesor Diraja Profesor Emeretus Profesor Profesor Madya Doktor Cikgu Ustaz/Ustazah Gelaran untuk professor /akadamik tertinggi Gelaran untuk professor yang bersara Untuk yang telah mempunyai Phd tertinggi Mempunyai Phd tetapi telah menghasilkan buku Doktor falsafah (Phd) dan doctor perubatan Gelaran untuk guru Gelaran guru agama v. Gelaran Khusus - Bapa Kemerdekaan : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Bapa Pembangunan : Tun Abdul Razak Hussin

- Pendeta : Zainal Abidin Ahmad - Seniman Agung : Tan Sri P. Ramlee - Biduan Negara : Puan Sri Saloma