Komponen Elektronik
Komponen Elektronik
2
1. 2. 3. 4.
Komponen Elektronik
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Mengenal pasti simbol dan kegunaan beberapa jenis komponen elektronik jenis pasif; Mengenal pasti kod warna dan simbol perintang; Mengenal pasti simbol, jenis pincang dan kegunaan beberapa komponen elektronik jenis aktif; dan Mengenal pasti fungsi dan kegunaan beberapa jenis komponen khas.
PENGENALAN
Tahukah anda apakah itu komponen elektrik? Pernahkah anda terfikir apakah kegunaan komponen elektrik dan betapa pentingnya ia dalam kehidupan seharian anda? Sub topik berikut akan mengupas isu komponen elektrik ini dengan lebih mendalam. AKTIVITI 2.1 Tahukah anda bahawa terdapat kepiawaian komponen elektrik yang berbeza di antara negeri-negeri di dunia ini? Nyatakan beberapa kepiawaian yang anda tahu.
2.1
KOMPONEN PASIF
Komponen elektrik adalah suatu alat yang membenarkan pengaliran arus elektrik ke satu arah atau arus ulang alik ke arus terus. Komponen elektrik juga digunakan sebagai pengawal arus elektrik dan rintangan dalam sesuatu litar.
17
Komponen elektronik dapat diklasifikasikan kepada tiga komponen utama iaitu pasif, aktif dan khas. Tiga komponen yang termasuk dalam kategori komponen pasif ialah perintang, pemuat dan pearuh.
2.1.1
Perintang
Perintang merupakan komponen yang biasa terdapat dalam litar elektronik. Fungsi utama perintang adalah untuk mengawal arus dan voltan dalam litar. Terdapat dua jenis perintang iaitu perintang tetap dan perintang bolehubah. Perintang tetap mempunyai nilai yang tetap manakala perintang bolehubah mempunyai nilai yang boleh diubah dengan melaras shaft. Rujuk Rajah 2.1 dan 2.2.
Rajah 2.1: Gambar perintang tetap dan perintang bolehubah Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm
Rajah 2.1: Simbol perintang tetap dan perintang bolehubah Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm
Parameter bagi sebuah perintang sama ada perintang tetap atau perintang bolehubah adalah seperti berikut: x x x x Nilai perintang, dinyatakan dalam ohm (:), Kilo Ohm (K:) atau Mega Ohm (M:); Kadar kuasa, dinyatakan dalam Watt; Had terima, dinyatakan dalam % nilai perintang. Contoh 5%; dan Angkali suhu, dinyatakan dalam % dimana nilai perintang berubah mengikut perubahan suhu perdegree Celcius (%/C).
18 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
(a)
Perintang Tetap Rupa bentuk perintang tetap dapat dikenali dengan saiz fizikal selinder kecil dengan dua dawai pengalir dikedua-dua hujung. Ia tidak berpolariti. Arus masuk dan keluar adalah melalui hujung dawai. Nilai perintang dikodkan dengan warna (dalam unit Ohm). Perintang jenis surface mount pula mempunyai saiz yang lebih kecil dan dilekatkan terus keatas papan litar dengan fungsi yang sama seperti perintang biasa. Rujuk Rajah 2.3 dan Rajah 2.4.
Rajah 2.2: Deretan perintang tetap dalam litar elektronik Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm
(b)
Perintang bolehubah Rajah 2.5 menunjukkan binaan satu perintang bolehubah. Ia terdiri dari trek perintang dengan satu wiper yang menyentuh trek perintang tersebut. Terdapat tiga terminal sambungan yang memberikan nilai perintang yang berbeza antara terminal apabila wiper dilaraskan. Trek perintang dibuat dari karbon dan campuran logam dan seramik. Rujuk Rajah 2.6.
19
Wiper
Trek rintangan
Terminal
Rajah 2.5: Binaan perintang bolehubah Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm
(c)
Kod Warna Perintang Penentuan nilai perintang adalah mengikut kepiawaian EIA dimana penggunaan tiga, empat dan lima jalur warna telah diamalkan. Warna untuk menentukan nilai perintang adalah seperti ditunjukkan di dalam Jadual 1.1. Warna dan nilai nya telah dipersetujui diperingkat antarabangsa bagi menentukan nilai perintang, pemuat, diod, kabel dan juga komponenkomponen lain. Penentuan kod warna bagi perintang bermula dengan jalur 1, jalur 2 dan jalur 3 dan bermula dari sebelah kiri ke kanan. Jika diperhatikan dengan teliti, jalur-jalur warna diletakkan berhampiran pada satu hujung, manakala dihujung yang lain satu warna berjarak dengan kumpulan tadi. Mula membaca nilainya dari warna yang tersusun rapat ke jarang. Rajah 2.7 menunjukkan penentuan nilai kod warna perintang. Jika diperhatikan dengan teliti jalur-jalur warna diletakkan berhampiran
20 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
dengan satu hujung perintang. Orientasikan perintang tersebut supaya berada disebelah kiri seperti Rajah 2.7.
Jadual 2.1: Kod Warna Perintang Kod warna Perintang Warna Hitam Perang Merah Jingga Kuning Hijau Biru Ungu Kelabu Putih Nilai 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/resist.htm
(i)
Perintang Empat Jalur Warna Kod warna diorientasikan supaya dibaca dari kiri ke kanan. Jalur pertama adalah digit pertama, jalur kedua digit kedua dan jalur ketiga adalah pendarab (bilangan sifar yang akan ditambahkan) dan jalur keempat adalah hadterima. Had terima pada perintang empat jalur warna adalah 2%, 5% atau 10% (merah, emas atau perak). Rujuk Rajah 2.8.
21
x x x x x (ii)
Perintang Lima Jalur Warna Seperti perintang empat jalur warna, orientasikan kedudukan perintang lima jalur supaya dibaca dari kiri ke kanan. Jalur pertama adalah digit pertama, jalur kedua digit kedua, jalur ketiga digit ketiga, jalur keempat pendarab (bilangan sifar yang perlu ditambahkan kepada digit kedua) jalur kelima adalah hadterima. Nilai hadterima bagi perintang lima jalur adalah 0.05%, 0.1%, 0.25%, 0.5% atau 1% (kelabu, ungu, biru, hijau atau perang). Rujuk Rajah 2.9.
x x x x x x
22 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
AKTIVITI 2.3 Nyatakan nilai perintang berikut: (a) (b) (c) Merah, Merah, Hitam, Emas dan Perang Perang, Merah, Merah, Merah dan Perang Merah, Merah, Emas dan Merah
2.1.2
Pemuat
Pemuat adalah sejenis komponen elektronik yang berkeupayaan menyimpan cas dalam bentuk medan elektrostatik. Reka bentuk pemuat terdiri dari dua kepingan plat logam yang dipisahkan oleh bahan dielektrik. Rujuk Rajah 2.10.
Plat Terminal
Terminal Dielektrikrminal
Apabila voltan dikenakan kepada plat ini, arus elektrik akan mengalir dan mengecas kepingan plat sehingga voltan antara plat menyamai voltan bekalan. Pada ketika ini pemuat dikatakan mempunyai cas penuh. Ini digambarkan seperti Rajah 2.11.
23
Cas Positif
Cas Negatif
Voltan, Vc
Rajah 2.9: Mengecas pemuat Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/capacitor/cap_2.html
Apabila voltan bekalan pada terminal pemuat ditanggalkan, kepingan plat masih menyimpan cas elektrik sehingga cas elektrik dinyahcas melalui dawai pengalir merentasi kedua terminal pemuat. Tenaga yang dilepaskan adalah dalam bentuk haba didalam pengalir dan juga dalam pemuat itu sendiri. Jumlah cas elektrik yang disimpan oleh pemuat dinamakan nilai kemuatan. Faktor yang menentukan nilai kemuatan ialah: x x x Luas muka kepingan plat; Jarak antara kepingan plat; dan Bahan yang memisahkan kepingan plat (bahan dielektrik).
Hubungan antara cas (Q), kemuatan (C) dan voltan (V) adalah seperti berikut:
C = Q/V
(a) Kemuatan (C) Unit kemuatan (C) diukur dalam Farad (Michael Faraday 1791 1867). Lazimnya nilai kemuatan yang terdapat dalam pasaran adalah dalam unit yang lebih kecil iaitu: (micro), n (nano) and p (pico):
= 10-6 (millionth), maka 1000000F = 1F n = 10-9 (thousand - millionth), maka 1000nF = 1F p = 10-12 (million - millionth), maka 1000pF = 1nF
24 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
(b)
Jenis Pemuat Pemuat dikategorikan kepada dua jenis iaitu pemuat berkutub dan pemuat tanpa kutub. Pemuat berkutub, sebagaimana namanya perlu dipasang dengan kekutuban bateri yang betul untuk mengelakkan kecelakaan dan kerosakan pada pemuat tersebut. Manakala pemuat tanpa kutub boleh dipasang tanpa mengira kekutuban bateri. (i) Pemuat Berkutub (Nilai melebihi 1F). Rujuk Rajah 2.12 dan 2.13.
Pemuat Elektrolitik Pemuat Elektrolitik merupakan pemuat yang mempunyai kekutuban. Secara fizikalnya tanda kekutuban ditandakan pada badan pemuat supaya mengelakkan daripada kesalahan pemasangan. Rekabentuk pemuat elektrolitik ini lazimnya ditandakan dengan voltan operasi serta nilai kemuatannya dibadan pemuat. Rujuk Rajah 2.14.
25
Pemuat Tantalum Berbanding dengan pemuat elektrolitik, pemuat tantalum mempunyai kadar voltan kerja yang lebih rendah. Saiz pemuat tantalum lebih kecil dan harganya lebih mahal berbanding pemuat elektrolitik. Nilai kemuatan pemuat tantalum dapat dikenali melalui kod warna. Contoh: biru, kelabu, dot hitam = 68F Contoh: biru, kelabu, dot putih = 6.8F Contoh: biru, kelabu, dot kelabu = 0.68F
(ii) Pemuat Tanpa Kutub (nilai kemuatan sehingga 1F). Rujuk Rajah 2.15 dan 2.16).
26 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
Pemuat tanpa kutub biasanya mempunyai nilai yang sangat kecil. Ia boleh dipasang tanpa mengira kekutuban bateri. Nilai kemuatannya dicetak atas badan pemuat tanpa nilai pendarab. Contoh: 0.1 = 0.1F = 100nF. Contoh: 4n7 = 4.7nF. (iii) Kod Nombor Pemuat
Terdapat juga nilai kemuatan dinyatakan secara kod (rujuk Rajah 2.17). x x x Nombor pertama digit pertama; Nombor kedua digit kedua; dan Nombor ketiga adalah bilangan sifar untuk nilai dalam unit pF. Contoh: 102 = 1000pF = 1nF (bukan 102pF!) Contoh: 472J = 4700pF = 4.7nF (J adalah 5% hadterima). (iv) Kod Warna Pemuat Kod warna digunakan untuk menentukan kemuatan pemuat polister. Kaedah menentukan kod warna pemuat adalah sama seperti kod warna perintang. Warna pertama untuk digit pertama, warna kedua untuk digit kedua dan warna ketiga untuk bilangan sifar dalam unit pF. Warna keempat dan kelima untuk hadterima dan kadar voltan. Rujuk Rajah 2.18.
27
Contoh: Perang, hitam, jingga = 10000pF = 10nF = 0.01F. (Ingatan! Tiada sela antara warna, hanya kelebaran menunjukkan dua warna yang sama). Contoh: Merah lebar, kuning = 220nF = 0.22F. (v) Pemuat Bolehubah Pemuat bolehubah banyak digunakan dalam litar penalaan radio. Ia mempunyai nilai kemuatan yang sangat kecil, lazimnya antara 100pF dan 500pF (100pF = 0.0001F). Rujuk Rajah 2.19 dan 2.20.
(vi) Pemuat Trimmer Merupakan pemuat bolehubah yang halus. Pemuat trimmer direka khas untuk dipasang terus di atas papan litar. Pelarasan dilakukan dengan menggunakan pemutar skru yang kecil. Nilai kemuatan pemuat trimmer antara 2-10pF. Rujuk Rajah 2.21 dan Rajah 2.22.
28 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
SEMAK KENDIRI 2.1 Anda telah didedahkan dengan pemuat. Dengan menggunakan perkataan anda sendiri, jelaskan kegunaan pemuat dan jenisjenisnya.
2.1.3
Pearuh
Pearuh adalah satu komponen pasif yang menyimpan tenaga dalam bentuk medan magnet. Dalam bentuk yang mudah pearuh terdiri daripada gulungan dawai pengalir. rujuk Rajah 2.23 dan Rajah 2.24.
29
(a)
Nilai kearuhan Nilai kearuhan sesuatu pearuh bergantung kepada: (i) (ii) Bilangan lilitan gelung; Jenis teras yang digunakan;
(iii) Luas muka keratan lilitan gelung; dan (iv) Panjang dawai lilitan. Nilai pearuh diukur dalam henry (H). Lazimnya unit pearuh adalah dalam mikrohenry (H) 1 mikrohenry (H) = 10-6H 1milihenry (mH) = 10-3 H 1 nanohenry (nH) = 10-9 H (b) Kegunaan Pearuh Pearuh banyak digunakan dalam litar analog. Jika digandingkan dengan pemuat pearuh digunakan sebagai litar penala. Dalam litar bekalan kuasa pearuh digunakan sebagai litar penapis untuk menghilangkan voltan riak. Rujuk Rajah 2.25.
Rajah 2.25: Pearuh dengan dua lilitan 47mH di dalam litar bekalan kuasa Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Electronic_component_inductors.jpg
30 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
2.2
KOMPONEN AKTIF
Terdapat tiga komponen utama yang termasuk dalam kategori komponen aktif ialah Diod, LED, Transistor dan IC. Sub topik ini akan membincangkan komponen aktif dengan lebih menyeluruh.
2.2.1
Diod
Diod merupakan satu komponen elektronik yang membenarkan arus mengalir hanya dalam satu arah sahaja. Tanda anak panah dalam simbol diod menunjukkan arah aliran arus. Rujuk Rajah 2.26 dan Rajah 2.27 untuk contoh dan simbol diod.
Diod dibina dari bahan semikonduktor P dan bahan semikonduktor N. Terminal diod dinamakan Anod (+) dan katod (-). Terdapat dua keadaan pincang semasa diod disambungkan pada punca bekalan kuasa iaitu pincang hadapan (forward bias) dan pincang balikan (reversed bias). Rujuk Rajah 2.28.
31
Katod (K)
Anod (A)
Aliran Arus
Voltan Pincang Hadapan 0.3V Germanium 0.7V Silikon Arus Pincang Balikan, uA
(a)
Pincang hadapan Apabila diod dipincang hadapan, terminal Anod disambung dengan punca positib bekalan kuasa dan terminal katod disambung dengan punca negatif bekalan kuasa maka diod akan mengalirkan arus. Rujuk Rajah 2.29.
32 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
PN Junction
Halangan rendah
Voltan Pincang
Rajah 2.29: Diod berkeadaan pincang hadapan Sumber: http://www.electronics-tutorials.ws/diode/diode_1.html
(b)
Pincang Balikan Apabila diod dipincang balikan, terminal Anod disambung dengan punca negatif bekalan kuasa dan terminal katod disambung dengan punca positif bekalan kuasa maka diod tidak akan mengalirkan arus. Rujuk Rajah 2.30.
PN Junction
33
(c)
Jenis-jenis Diod (i) Diod Isyarat (arus rendah) Diod isyarat digunakan untuk memproses maklumat (isyarat radio) di dalam litar elektronik Contoh diod kegunaan am seperti ini ialah diod 1N4148 yang dibuat dibuat dari silikon. Diod isyarat juga digunakan sebagai diod pelindung kepada geganti (relay). Rujuk Rajah 2.31.
(ii)
Diod Kuasa Diod kuasa digunakan dalam litar bekalan kuasa sebagai alat terus suaian, iaitu menukarkan arus ulang alik kepada arus terus. Contoh diod kuasa ialah 1N4007. x Alat terus suaian gelombang separuh (rujuk Rajah 2.32)
masukan
keluaran
34 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
Separuh kitar positif diod mengalirkan arus, manakala separuh kitar negatif diod tidak mengalirkan arus. Keluaran adalah separuh kitar positif.
Vd.c. =
Dimana Vmax adalah voltan puncak dan VS adalah nilai ppgd voltan bekalan x Alat terus suaian tetimbang (rujuk Rajah 2.33) Empat diod disusun secara teratur untuk membolehkan setiap kitar voltan masukan ada voltan keluaran. Litar ini digunakan untuk mendapatkan voltan AT bersih daripada voltan AU.
Keluaran AT Masukan AU
Lihat Rajah 2.34 untuk pelbagai jenis contoh alat terus suaian jenis tetimbang yang terdapat di pasaran dipasaran
Rajah 2.34: Berbagai jenis alat terus suaian jenis tetimbang di pasaran Sumber: http://www.kpsec.freeuk.com/components/diode.htm
35
Diod Zener (rujuk Rajah 2.35, Rajah 2.36 dan Rajah 2.37)
Keluaran AT Teratur
Diod Zener digunakan untuk menetapkan voltan keluaran dalam litar pengatur voltan. Secara praktikalnya diod zener dipasang dalam keadaan pincang balikan mengikut voltan yang akan ditetapkan. Diod zener dapat dikenali dengan membaca nilai voltan keluaran pada badan diod.
2.2.2
36 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
Diod Pemancar Cahaya (LED) adalah satu peranti elektronik yang mengeluarkan cahaya apabila dikenakan voltan. Apabila LED dipincang hadapan tenaga dilepaskan dalam bentuk cahaya berwarna. LED banyak digunakan dalam kehidupan seharian kerana kuasa yang dlesapkan adalah rendah berbanding lampu pijar, lebih tahan lama, lebih lasak, saiz yang lebih kecil dan pantas dihidupkan. Rujuk Rajah 2.38 dan 2.39 untuk contoh dan simbol LED.
2.2.3
Transistor
Transistor adalah sejenis peranti elektronik yang biasa digunakan untuk membesarkan isyarat elektronik. Transistor dibina daripada bahan semikonduktor, mempunyai tiga terminal dinamakan pengeluar (emitter), pemungut (collector) dan tapak (base). Terdapat dua jenis transistor iaitu transistor jenis NPN dan transistor jenis PNP. Binaan Transistor (rujuk Rajah 2.40)
Binaan Transistor
37
Tiga kaedah pemasangan transistor dalam litar elektronik iaitu: x x x (a) Corak Tapak Biasa (Common Base Configuration). Corak Pengeluar Biasa (Common Emitter Configuration). Corak Pemungut Biasa (Common Collector Configuration). Corak Tapak Biasa (Common Base Configuration) Rujuk Rajah 2.41 untuk transistor corak tapak biasa.
Ciri-ciri: (i) (ii) Isyarat masukan dimasukkan antara tapak dan pengeluar. Isyarat keluaran diambil antara tapak dan pemungut.
Dimana: x x x "Ic" adalah arus pemungut "Ib" adalah arus tapak "Ie" adalah arus pengeluar
38 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
(b)
Corak Pengeluar Biasa (Common Emitter Configuration) Rujuk Rajah 2.42 untuk transistor corak pengeluar biasa.
Ciri-ciri: (i) (ii) Isyarat masukan dimasukkan antara tapak dan pengeluar. Isyarat keluaran diambil antara pegeluar dan pemungut.
(iii) Isyarat masukan berbeza fasa fasa 180o dengan isyarat keluaran (iv) Gandaan arus tinggi. (v) Gandaan voltan tinggi. (vi) Gandaan kuasa tinggi. (vii) Galangan masukan rendah (viii) Galangan keluaran tinggi Contoh kiraan:
I E = IC + I B = = IC IE and = = IC IB 1-
+1 Dimana:
x x x
"Ic" adalah arus pemungut "Ib" adalah arus tapak "Ie" adalah arus pengeluar
39
(c)
Corak Pemungut Biasa (Common Collector Configuration) Rujuk Rajah 2.43 untuk transistor corak pemungut biasa.
Ciri-ciri: (i) (ii) Isyarat masukan dimasukkan antara tapak dan pemungut. Isyarat keluaran diambil antara pegeluar dan pemungut.
(iii) Gandaan arus tinggi. (iv) Gandaan voltan rendah. (v) Gandaan kuasa sederhana. (vi) Galangan masukan tinggi (vii) Galangan keluaran rendah
IE Ai Ai
IC I B IE IB IC I B IB
IC 1 IB ? Ai
E 1
Rujuk Jadual 2.2 untuk keksimpulan corak-corak yang telah dinyatakan sebelum ini.
40 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
Jadual 2.2: Ringkasan Corak Tapak Biasa, Corak Pengeluar Biasa dan Corak Pemungut Biasa Ciri-ciri Galangan masukan Galangan keluaran Beda fasa Gandaan Voltan Gandaan Arus Gandaan Kuasa Corak Tapak Biasa Rendah Sangat Tinggi 0o Tinggi Rendah Rendah Corak Pengeluar Biasa Sederhana Tinggi 180o Sederhana Sederhana Sangat Tinggi Corak Pemungut Biasa Tinggi Rendah 0o Rendah Tinggi Sederhana
2.2.4
IC merupakan komponen elektronik yang mengandungai berbagai peranti semikonduktor yang direka bentuk khas. IC banyak digunakan dalam peralatan elektronik masa kini. (Rujuk Rajah 2.44).
Dua kebaikan penggunaan IC (rujuk Rajah 2.45) iaitu kos dan prestasi. Kos pembuatannya murah jika dibandingkan menggunakan komponen biasa kerana cip binaannya dibentuk atas sekeping papan yang kecil dan nipis. Prestasinya pula amat baik kerana menggunakan voltan yang rendah dan terbina dalam satu bekas yang padat.
41
IC boleh dikelaskan kepada tiga iaitu: IC analog; IC digital; dan IC campuran (bekerja untuk analog dan digital).
Litar IC digital mengandungi berbagai-bagai get logic, flip-flop, multiplek dan mikroprosesor. Litar IC analog pula terdiri daripada sensor dan opAmp manakala IC campuran seperti A/D Converter dan D/A converter.
2.3
KOMPONEN KHAS
Tiga komponen utama yang termasuk dalam kategori komponen khas ialah suis dan pemasa, transduser, sensor dan geganti. (a) Transduser Tranduser merupakan peranti elektronik yang boleh mengesan gerakan, isyarat elektrik, tenaga radiasi, tenaga haba, tenaga magnet dan sebagainya. Dalam sistem pembesar suara contohnya, mikrofon mengesan isyarat suara yang rendah, kemudian dikuatkan oleh amplifier seterusnya dikeluarkan melalui pembesar suara. Mikrofon sebagai transduser mengesan isyarat suara kemudian menukarkannya kepada gelombang elektrik yang kecil. Amplifier menguatkan isyarat elektrik yang kecil. Pembesar suara menukarkan isyarat elektrik kepada gelombang suara. Rujuk Rajah 2.46 dan Jadual 2.3. (i) Sistem pembesar suara
42 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
Jadual 2.3: Kuantiti Diukur (Peranti Input (Sensor) dan (Peranti Keluaran (Output)
Peranti keluaran (output) Cahaya & Lampu LED's & Paparan Optik Gentian
Fotodiod Fototransistor
Solar Sel
Thermocouple Thermistor
Suhu Termostat
Pemanas Kipas
Tekanan
Kedudukan
Kelajuan
Stepper Motor
Brek Loceng Pembaz Pembesar Suara
Suara
(b)
Geganti (Relay) Geganti merupakan peranti elektronik yang berfungsi sebagai suis kendalian elektrik. Arus yang mengalir dalam gelung geganti menghasilkan medan magnet yang menghubungkan suis on dan off. Rujuk Rajah 2.47 dan 2.48.
43
Terminal geganti biasanya ditandakan dengan COM, NC dan NO: (i) (ii) COM NC = Normally Closed, lazimnya suis antara COM dan NC tetutup (ON) semasa geganti off.
(iii) NO = Normally Open, lazimnya suis antara COM dan NO terbuka (OFF) semasa geganti off. SEMAK KENDIRI 2.3 Dengan ringkas, nyatakan dua jenis komponen khas yang telah anda pelajari.
Komponen elektronik diklasifikasikan kepada: Komponen pasif; Komponen aktif; dan Komponen khas.
44 X
TOPIK 2
KOMPONEN ELEKTRONIK
x
IC.
Tiga komponen khas ialah: Suis dan pemasa; Transduser; dan Sensor dan geganti.
x x
Perintang merupakan komponen yang biasa terdapat dalam litar elektronik. Perintang adalah terbahagi kepada dua, iaitu: Perintang tetap; dan Perintang berubah.
x x x
Penentuan nilai perintang adalah mengikut kepiawaian EIA dimana penggunaan tiga, empat dan lima jalur warna telah diamalkan. Pemuat adalah sejenis komponen elektronik yang berkeupayaan menyimpan cas dalam bentuk medan elektrostatik. Pemuat dikategorikan kepada dua jenis iaitu: Pemuat berkutub; dan Pemuat tanpa kutub.
x x x x x
Pearuh adalah satu komponen pasif yang menyimpan tenaga dalam bentuk medan magnet. Diod merupakan satu komponen elektronik yang membenarkan arus mengalir hanya dalam satu arah sahaja. Diod Pemancar Cahaya (LED) adalah satu peranti elektronik yang mengeluarkan cahaya apabila dikenakan voltan. Transistor adalah sejenis peranti elektronik yang biasa digunakan untuk membesarkan isyarat elektronik. Tiga kaedah pemasangan transistor dalam litar elektronik iaitu: Corak Tapak Biasa (Common Base Configuration). Corak Pengeluar Biasa (Common Emitter Configuration). Corak Pemungut Biasa (Common Collector Configuration).
45
x x x
IC merupakan komponen elektronik yang mengandungai berbagai peranti semikonduktor yang direka bentuk khas. Tranduser merupakan peranti elektronik yang boleh mengesan gerakan, isyarat elektrik, tenaga radiasi,, tenaga haba, tenaga magnet dan sebagainya. Geganti merupakan peranti elektronik yang berfungsi sebagai suis kendalian elektrik.
Geganti Komponen elektronik jenis pasif Komponen elektronik jenis aktif Komponen elektronik jenis khas
Backer, J. (1998). Modern electronic manuals. Dorset, UK: Wimborne Publishing Ltd. Undesstanding Passive Components. Hewes, John.(2009). Variable resistor. Retrieved June 15, 2009, from http://www.kpsec.freeuk.com/components/vres.htm Hewes, John.(2009). Capasitor. Retrieved June 15, 2009, from http://www.kpsec.freeuk.com/components/capac.htm Hewes, J. (2009). Diodes. Retrieved June 15, 2009, from http://www.kpsec.freeuk.com/components/diode.htm Hewes, J. (2009). Integrated circuits. Retrieved June 15, 2009, from http://www.kpsec.freeuk.com/components/ic.htm Storr, W. (2009). Transistor. Retrived June 15, 2009, from http://www.electronics-tutorials.ws/transistor/tran_1.html