Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum W.B.

T, Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia saudara/I pengacara majlis,Salam satu Malaysia Yang berusaha__________(nama),_________(_jawatan) Pensyarah-pensyarah, Staf-staf, serta Para Siswa-siswi yang dihormati sekalian. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan dan peluang ini untuk kita sama-sama berkumpul dalam dewan yang indah ini untuk menjayakan Program Pelestarian Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun pada kali ini. Program Lestari merupakan satu Anugerah Alam Sekitar yang

membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar. Program lestari ini merupakan satu usaha yang dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan, menanam kesedaran dan mengamalkan gaya hidup lestari. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran semua pihak dalam usaha melestarikan institut ini. Program ini juga bertujuan supaya semua warga institut mezahirkan kepentingkan terhadap kelestarian alam sekitar melalui amalan pentadbiran dan pengurusan serta program pelestarian tahun 2013 seperti Penanaman pokok buah-buahan (pusat Islam dan asrama) Pokok angkat (koridor bilik kuliah Kitar semula (semua warga institut) Membuat enzim (kolaborasi dengan pihak kantin) Amaaln jimat cermat (semua warga institut) Polisterin sifar (semua warga institut) Membuat kompost (kolaborasi engan pihak kantin)

Sejajar dengan tujuan program pelestarian IPG Tuanku Bainum pihak IPG sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana alam sekitar institut yang hijau dan ceria demi melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berilmu pengetahuan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar serta berpontensi untuk mengurus sumber alam dengan berkesan dan efektif. Hadirin yang dihormati sekalian, Program ini merupakan pemangkin amalan gaya hidup lestari dalam kalangan warga IPGKTB serta memberi kesedaran konsep kelestarian dalam kalangan pelajar supaya mereka boleh menerapkannya dalam kalangan murid pada masa kelak. ia juga ke arah mewujudkan Eco IPGKTB yang mendapat pengiktirafan dari amanmana agensi. Tuan-tuan sidang hadirin yang dihormati sekalian, Bagi makluman tuan-tuan, strategi pelaksanaan program pelestarian IPG Kampus Tuanku Bainun adalah untuk mempertingkatkan kesedaran untuk memelihara dan memulihara alam sekitar institut. Selain itu, adalah untuk memupuk sikap positif dan cintakan institut serta alam sekitar dalam kalangan warga institut. Akhirnya, untuk membentuk persekitaran institut yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Para hadirin yang saya hormati sekalian, Dengan adanya pelaksanaan program seperti ini, kita dapat melahirkan mahasiswa-mahasiswi mahupun warga institut yang mengamalkan nilai murni alam sekitar bagi memastikan kesejahteraan bersama. Saya juga berharap program seperti ini dapat mewujudkan perasaan cinta akan alam sekitar yang dipinjam kepada kita daripada generasi akan datang. Jadi, sama-samalah kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai penghuni bumi ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada para ahli Jawatan Kuasa Pelaksana yang telah menyumbang seluruh tenaga dalam merancang dan melaksanakan program Pelestaraian IPGKTB ini. Semoga usaha anda mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Dengan itu, saya merasmikan Program Pelestarian Institut Pendidikan Guru Kampus Tunaku Bainun. Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.