Anda di halaman 1dari 11

KERTAS CADANGAN NAIK TARAF LITAR MOTOCROSS BUKIT GANTANG

PENDAHULUAN
Litar motorcross yang berada di Bukit Bantang adalah merupakan litar hasil usahasama pemuda-pemuda Bukit Gantang. Pembinaan litar ini adalah berkonsepkan gotong royong. Manakala dana yang diperolehi setakat ini adalah merupakan hasil kutipan tabung pemudapemuda. Litar ini juga adalah merupakan simbolik kepada perpaduan para pemuda setempat di mana ia dapat dilihat dari segi komitmen yang ditojolkan oleh para pemuda. Pada mulanya, ada yang berpendapat pembinaan litar ini adalah satu yang mustahil kerana faktor kawasan dan juga hakmilik tanah. Dengan hasil carian dan juga pengalaman-pengalaman para pemuda maka terhasil Litar Motorcross Bukit Gantang.

OBJEKTIF
Menaik taraf litar bagi memperluaskan dan memanjangkan litar kepada 1.4km Meningkatkan ciri-ciri keselamatan litar mengikut spesifikasi dan juga tetapan litar perlumbaan AAM/FIM Menaikkan lagi socio ekonomi setempat secara amnya. Untuk dijadikan sebagai salah satu litar kejohanan bagi negeri perak selain Litar Motorcross Sayong, Kuala Kangsar.

TUJUAN
Tujuan utama adalah untuk menganjur sebuah kejohanan motocross secara terbuka dengan penglibatan penganjur-pengajur utama negara. Menjadi pusat latihan bagi Pasukan Motocross Bukit Gantang Membuka litar kepada orang awam untuk tujuan latihan dan juga rekreasi. Menganjurkan satu kejohanan yang berprestij bagi meningkatkan socio ekonomi setempat.

KONSEP

Konsep yang akan ditengahkan pada rekaan naik taraf litar ini adalah berkonsepkan dwi-litar di mana terdapat 2 litar
Litar motocross Litar endurance

Segala cabaran dan juga halangan yang dicipta pasti akan menghasilkan adrenalin yang tersendiri bagi memastikan kepuasan para pelumba. Walaupun begitu, ciri-ciri keselamatan amatlah diutamakan.

LAKARAN CADANGAN LITAR MOTOCROSS

LAKARAN CADANGAN LITAR MOTORCROSS

JURURUNDING (CONSULTANT) LITAR


Pihak kami bercadang untuk memanggil seorang jururunding litar bagi membimbing kami bagi menaikkan taraf litar motocross. Jururunding ini adalah merupakan salah seorang tenaga usaha pembinaan litar motocross di Sepang dan beberapa tempat yang lain. Beliau juga adalah pemegang lesen perlumbaan kelas C1 di mana berhak menjawat jawatan clark of the course di mana-mana perlumbaan yang di iktiraf AAM / MAM/ FIM / FIA Oleh yang demikian, beliau boleh membimbing dan menasihati ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada sesebuah litar perlumbaan.

KOS PERBELANJAAN
No 1 2 3 4 Perkara Quantiti Sewaan back hoe 5 Sewaan Traktor 5 Tanah Merah 10 Jururunding 5 Jumlah Besar Kos RM RM RM RM 350 250 120 200 Total RM 1,750 RM 1,250 RM 1,200 RM 1,000 RM 5,200 Catatan

Termasuk Penginapan

*Kesemua kos yang ditunjukkan adalah mengikut 5 hari bekerja **Segala kerja-kerja naiktaraf adalah dilakukan secara gotong royong *** Jururunding adalah merupakan pilihan.

KESIMNPULAN
Secara keseluruhannya, penaikkan taraf litar ini akan menghasilkan penjanaan ekonomi setempat di mana ia akan meningkat secara positif sebagai pulangan kepada masyarakat setempat. Kos perbelanjaan yang dicadangkan adalah merupakan kos yang paling minimum kerana pihak kami masih mengutamakan sistem gotong royong. Diharap dengan penaiktaraf litar ini dapat memperkenalkan Bukit Gantang sebagai salah satu lokasi Sport Tourism di Malaysia.

SEKIAN TERIMA KASIH