Anda di halaman 1dari 9

TRIGONOMETRI

TRIGONOMETRI (Sin, Kos, Tan Dan Sukuan)

Objektif Am Mempelajari dan memahami takrifantakrifan penting dalam trigonometri seperti sinus, kosinus serta sukuansukuannya.

Objektif Khusus Di akhir unit ini pelajar dapat : Mentakrifkan sinus, kosinus, tangen, sekan, kosekan dan kotangen. Menentukan nilainilai trigonometri dengan menggunakan kalkulator. Menyelesaikan masalah sukuan trigonometri.

12.0

PENGENALAN Kita telah menggunakan Teorem Pythagoras untuk mengira sisisisi bagi satu segi tiga

bersudut tegak dalam Unit 6. Manakala dalam unit ini kita akan membincangkan nisbahnisbah sisi segi tiga bersudut tegak yang disebut nisbah nisbah trigonometri. Tiga nisbah trigonometri asas ialah sinus, kosinus dan tangen. Seandainya kita telah memahami 3 konsep asas ini maka kita akan dapat mengikuti subtopik lain dalam trigonometri dengan lebih mudah.

jmsk@polipd

TRIGONOMETRI

12.1

MENTAKRIFKAN NISBAH-NISBAH TRIGONOMETRI ASAS. Untuk menentukan nisbah-nisbah trigonometri, kita perlu mengenalpasti sisi-sisi dalam sebuah segitiga bersudut tegak. Sebelum itu, mari kita tinjau kaedah menamakan sempadan sisi-sisi sebuah segitiga. Sama-sama kita merujuk kepada rajah 12.1
A b c

Rajah 12.1 Sebelum menyatakan nisbah bagi trigonometri asas. Kaedah menamakan jarak sisi-sisi segitiga bagi sebuah segitiga perlu diketahui, iaitu seperti berikut: i) Jarak sisi yang bertentangan dengan bucu A dinamakan a ii) Jarak sisi yang bertentangan dengan bucu B dinamakan b iii) Jarak sisi yang bertentangan dengan bucu C dinamakan c Iaitu jarak yang bersetentangan dengan sesuatu bucu diwakili dengan huruf kecil simbol bucu tersebut. Sudut-sudut pada bucu segitiga ini dinamakan mengikut huruf besar bucu-bucu segitiga. Misalnya sudut pada bucu A dinamakan sudut A atau A, sudut pada bucu B dinamakan sudut B atau B dan sudut pada bucu C dinamakan sudut C atau C. Kita boleh juga menggunakan simbol-simbol huruf Greek untuk menamakan sudut-sudut dalam sesuatu segitiga. Contohnya ( alpha ), ( beta ), ( Gamma ) atau ( theta ) dan sebagainya untuk mewakili sudut-sudut yang belum diketahui nilainya. Mari kita merujuk kepada rajah 12.2
P q r Q p R

Rajah 12.2 Dengan merujuk kepada segitiga bersudut tegak diatas, rajah 12.2 i) Sisi yang bersetentangan dengan sudut tegak ( sisi yang paling panjang suatu segitiga bersudut tegak), dinamakan hipotenus, iaitu sisi PR atau sisi q. ii) Sisi yang bersetentangan dengan sudut dinamakan sisi bertentang, iaitu sisi PQ atau sisi r. iii) Sisi yang berada bersebelahan sudut dinamakan sisi bersebelahan, iaitu QR atau sisi p.

jmsk@polipd

TRIGONOMETRI

12.2

NISBAH-NISBAH TRIGONOMETRI ASAS SINUS, KOSINUS, TANGEN. Dengan merujuk kepada rajah 12.2, nisbah bertentangan PQ dan sisi bersebelahan QR adalah satu tetapan yang berkait dengan sudut atau ditulis tan . Iaitu tan =
sisi bertentan gan sisi bersebelahan = r p

Begitu juga dengan nisbah antaran sisi bertentangan dengan hipotenus disebut sinus atau ditulis sin iaitu sin = sisi bertentan gan hipotenus = r q

Manakala nisbah antara sisi bersebelahan dengan hipotenus pula dikenali kosinus atau kos . Iaitu kos = sisi bersebelahan hipotenus = p q

Oleh itu , Kaitan antara sin , kos dan tan , adalah seperti berikut. Diketahui bahawa, tan = sisi bertentan gan sisi bersebelahan sisi bersebelahan hipotenus sisi bertentan gan hipotenus = = = r p p q r q

kos = sin Didapati sin = kos =

r p

q q

r q x q p

tan

Oleh itu, tan

sin kos

Contoh 12.1 : Merujuk kepada Rajah 12.3 dapatkan sin 30o, kos 30o dan tan 30o. Penyelesaian :Sin 30o =
2 4 = 0.5 Kos 30o = 3.464 4 = 0.866 Tan 30o = 2 3.464 = 0.577 4 cm 2 cm

3.464 cm
Rajah 12.3

jmsk@polipd

TRIGONOMETRI

Contoh 12.2 : Afiq seorang pelajar Sijil Teknologi Pembuatan, dia sedang berdiri 54 m dari sebuah bangunan. Sudut dongak dari tempat ia berdiri ke bangunan itu ialah 80o. Apakah tinggi bangunan itu ? Penyelesaian :Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kita perlu mengambil maklumat penting dan cuba lukiskan rajah yang bersesuaian seperti Rajah 12.4 di mana h mewakili tinggi bangunan tersebut. Dalam segi tiga bersudut tegak, h adalah sisi bertentangan dan jarak dari bangunanadalah sisi bersebelahan. Untuk mengira sisi bertentangan bagi segi tiga tersebut, nisbah trigonometri yang sesuai adalah tangen. Tan 80o =
h h 54 = 54 x tan 80o = 306.25 m

h 80o 54 m Afiq

12.3

MENTAKRIFKAN SEKAN, KOSEKAN DAN KOTANGEN


Anda telahpun mengetahui nisbah trigonometri asas, iaitu sinus, kosinus dan tangen bagi sesuatu segitiga bersudut tegak. Nisbah trigonometri ini adalah nisbah antara sisi-sisi tertentu sesuatu segitiga bersudut tegak. Sekarang, anda akan mempelajari songsangan bagi nisbah trigonometri asas. Sila rujuk kepada rajah 12.2; Songsangan bagi nisbah-nisbah trigonometri dikenali sebagai sekan, kosekan dan kotangen dimana nilai-nilai ini juga adalah suatu tetapan yang berkait dengan sesuatu sudut segitiga bersudut tegak. Kita namakan nisbah antara hipotenus dengan sisi bersetentangan sebagai nisbah kosekan dimana ditulis seperti berikut: Kosekan =

hipotenus sisi berten tan gan

q r

Diketahui bahawa

q adalah songsangan kepada sin r Dengan itu, kosekan = 1 sin

Begitu juga , untuk nisbah hipotenus dengan sisi bersebelahan, ia dikenali sebagai nisbah sekan iaitu, sekan Diketahui = hipotenus sisi bersebelahan = q p

q adalah songsangan kepada kos p Dengan itu, sekan = 1 kos

jmsk@polipd

TRIGONOMETRI

Manakala nisbah kotangen pula adalah songsangan kepada nisbah tan , iaitu 1 kotangen = tan
Dimana, tan = Oleh itu sisi berten tan gan sisi bersebelahan 1 tan = r p

kotangen =

CONTOH 12.3 Dapatkan kosek A, Sek A dan Kot A bagi rajah segitiga berikut dan sisi segi tiga adalah dalam cm.

10 13 A 8 5

A 12

Penyelesaian :a) Kosek = 1 Sin A 1 = 6 10 10 5 = = 6 3 Sek A= 1 Kos A 1 = 8 10 10 5 = = 8 4 Kot A= =


=

1 Tan A 1 6 8 8 4 = 6 3

b)

Kosek =

1 Sin A 1 = 5 13 13 = 5

Sek

A=

1 Kos A 1 = 12 13 13 = 12

Kot

A=

1 Tan A 1 = 5 12 12 = 5

jmsk@polipd

TRIGONOMETRI

12.4

SUKUAN DALAM TRIGONOMETRI. Kita telah mempelajari 6 nisbah trigonometri yang utama dan mengira sudut. Sebelum kita menentukan nilai trigo mengikut sukuan, kita perlu tahu posisi piawai sudut dalam sistem koordinat Cartesan, sudut rujukan dan sudut getaran. Merujuk kepada Rajah 7.7, R1 ialah jejari dari titik O ke A. Satu sudut di bentuk dengan memusingkan R1, sekeliling Sisi Terminal titik hujungnya. Posisi permulaan jejari disebut sisi permulaan dan posisi di akhir pusingan disebut sisi terminal. Titik hujung disebut bucu bagi sudut. Sekarang kita memperkenalkan sistem koordinat R1 A Cartesan untuk mendapat posisi piawai bagi sudut dengan O Sisi permulaan mengambil titik awalan sebagai bucu dan paksi x positif sebagai sisi permulaan. Rajah 7.7

y
-

R1 diputarkan mengikut arah Sudutadalah positif.

R1 diputarkan mengikut arah jam. Sudut adalah negatif.

R1 diputarkan mengikut jam. arah jam. Sudut adalah negatif.

Dengan memutarkan R1 mengikut arah lawan jam ke posisi terminal, kita akan mendapat sudut positif, manakala ikut arah jam akan memberikan kita sudut negatif. Tiada had bagi bilangan pusingan. Sudut positif dan negatif diilustrasikan dalam rajah di bawah.

Sudut rujukan bagi y


ialah

ialah

Sudut rujukan bagi

= 180 - y
o

Sudut rujukan bagi

Sudut rujukan bagi

ialah

- 180

= 360 -
o

ialah

jmsk@polipd

TRIGONOMETRI

CONTOH 12,4 Cari sudut rujukan bagi = 135o a) c) = 240o Penyelesaian :-

b) d)

= -130o = 650o

a) 135o terletak di sukuan kedua seperti rajah di bawah:Sudut rujukan bagi ialah = 180o - = 180o - 135o = 45o b) 130o terletak di sukuan ketiga seperti rajah di bawah :Sudut diukur mengikut arah jam. Sudut dari paksi x ialah = 180o - = 180o 130o = 50o c) 240o terletak di sukuan ketiga seperti rajah di bawah :Sudut dari paksi x ialah : = - 180o = 240o 180o o = 60

135o x

130o

y 240o x

CONTOH 12.5 Cari sudut setara dan sudut rujukan bagi :a) 685o b) Penyelesaian :-

-380o

Posisi ditunjukkan seperti rajah di bawah:a) Sudut setara ialah = 685o 360o = 325o Sudut rujukan yang terletak di sukuan keempat ialah = 360o 325o = 35o b) Sudut setara ialah = -(380o 360o) = -20o Sudut rujukan yang terletak di sukuan keempat = 20o

y 685o

y -380o

jmsk@polipd

TRIGONOMETRI

12.5 PENGGUNAAN KALKULATOR UNTUK MENCARI NILAI TRIGONOMETRI (TERMASUK NILAI RADIAN) Nisbah trigonometri berkait dengan sudut dan nisbah sisi-sisi segitiga bersudut tegak. Sekarang mari kita tinjau agaimana kita boleh mendapatkan sudut berkaitan. Dengan menggunakan kalkulator. Kalkulator anda mestilah jenis yang mempunyai kekunci sin, kos dan tangen pada papan kekunci. Kekunci ini digunakan untuk mengira nilai-nilai sinus, kosinus dan tanggen. Kekunci ini juga boleh mendapatkan songsangan nisbah trigonometri (iaitu sudut yang berkaitan) dengan menekan kunci songsangan (Inverse / Shift ). Untuk memahami dengan lebih terperinci lagi penggunaan kalkulator anda, sila baca manual kalkulator masing-masing dan jangan lupa memilih mode yang sesuai dengan penggunaannya. Misalnya mode untuk sudut dalam ukuran darjah atau ukuran radian. Contoh nilai-nilai nisbah trigonometri : Sudut (o) Nisbah Trigonometri Sin Kos Tan 0o 0 1 0 30o 0.5 0.866 0.577 45o 0.707 0.707 1 60o 0.866 0.5 1.732 90o 1 0

Sekiranya sisi-sisi segitiga bersudut tegak diberi, sudut yang berkaitan boleh kita kirakan dengan menggunakan kalkulator. Jika dua sisi suatu segitiga bersudut tegak ialah 3 unit dan 4 unit. Daripada Teorem Pythagoras, kita tahu panjang hipotenusnya ialah 5 unit. Apa pula dengan sudut-sudut dalam segitiga tersebut. Mari kita pertimbangkan segitiga tersebut. Katakan sudut-sudut dalamnya ialah dan .
5 unit 3 unit

Mengikut nisbah trigonometri, Sin =


atau Sin = = = =

4 unit

Sisi Berten tan gan 3 = Hipotenus 5 0.6 sin-1 0.6 (perlu tekan kekunci untuk songsangan di kalkulator) 36.87 365212 (tekan kekunci pada papan kekunci)

Kita boleh kirakan dengan cara nisbah kosinus atau tangen. Iaitu, Kos =
= =

sisi bersebelahan hipotenus -1 kos 0.8 36.87

4 5

0.8

jmsk@polipd

TRIGONOMETRI

atau

tan =
= =

sisi berten tan gan sisi bersebelahan tan-1 0.75 36.87

3 4

0.75

Sudut boleh dikira dengan cara nisbah trigonometri juga, iaitu seperti cara yang ditunjukkan di atas. Atau dengan menjumlah sudut-sudut dalam suatu segitiga bersamaan 180. iaitu 90 + + = 180 = 180 - 90 - = 90 - = 90 - 36.87 = 53.13

Contoh 12.6 Kirakan nilai untuk:a) kos = 0.345 tan = 9.250 b) c) kosek = 3.500 Penyelesaian ;
a) kos = = = tan = = = kosek 1 sin 1 3.500 sin 0.345 kos-10.34 69.82 9.250 tan-1 9.250 83.83 = = = = = 3.500 3.500 sin 0.2857 sin-1 0.2857 = 16.60

b)

c)

Sudut boleh dinyatakan dalam unit darjah() atau dalam ukuran radian. Mari kita pertimbangkan bagaimana caranya untuk mendapatkan sudut-sudut nisbah trigonometri dalam ukuran radian. Caranya sama sahaja dengan sudut dalam ukurran darjah. Anda hanya perlu setkan kalkulator anda ke mode radian terlebih dahulu.

jmsk@polipd