Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI















,







Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya
pada-Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan
berkat-Mu.
Bersempena dengan perhimpunan pagi ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani
dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk
menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang
kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan
ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu
pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami
dalam semua ujian dan pencapaian.
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda,
ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu
mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri,
keluarga, masyarakat dan negara.