Anda di halaman 1dari 2

Nama: __________________________

Tarikh: _________________

CARA-CARA MEMBUAT KEREPEK UBI KAYU Langkah Pertama Sediakan ubi kayu mengikut kuantiti yang

diperlukan. Pastikan ubi kayu yang dipilih hendaklah mempunyai isi berwarna kekuning-kuningan. Hal ini kerana, ubi kayu ini lebh sesuai untuk dijadikan kerepek, manakala ubi kayu berisi putih pula lebih sesuai dijadikan bahan untuk membuat kuih. Setelah itu, buangkan kulit ubi kayu dan bersihkan dengan menggunakan air sehingga bersih. Langkah Kedua Hiriskan ubi kayu tersebut dengan menggunakan mesin pemotong ubi kayu elektrik. Potongkan ubi kayu tadi dengan ukuran lima inci panjang. Kemudian, masukkan ubi ke dalam mesin pemotong. Mesin

pemotong ini akan menghiris ubi secara automatik tanpa menggunakan tenaga manusia. Setelah ubi kayu siap dihiris, ubi kayu hendaklah dibasuh dengan menggunakan air. Langkah Ketiga Panaskan minyak dalam mesin penggoreng. Sebelum memasukkan ubi kayu, pastikan minyak mencukupi dan

cukup panas. Seterusnya, ubi kayu bolehlah dimasukkan ke dalam mesin penggoreng. Goreng kepingan ubi kayu ini hingga masak dengan warna kekuningan kemudian angkat.

Nama: __________________________ Langkah Keempat Selepas digoreng, kerepek ubi kayu

Tarikh: _________________

tersebut

hendaklah dibuang minyaknya yang berlebihan dengan menggunakan mesin pembuang minyak. Kerepek ubi kayu hendaklah dibuang minyaknya untuk menjamin kualiti yang lebih baik. Langkah Kelima Untuk membuat gaulan, mesin pengaul ini akan

digunakan. Kerepek ubi kayu yang siap goreng dimasukan ke dalam mesin pengaul dan perisa di tabur sedikit demi sedikit hingga sekata. Terdapat banyak perisa yang terdapat di pasaran seperti masin, lada hitam, kari, pedas dan sebagainya. Langkah Keenam Terakhir, kerepek ubi kayu di letakkan atas meja ini selepas di gaul. Meja ini sengaja dibuat senget supaya minyak boleh turun ke satu sudut dan kerepek ubi kayu di tarik kedalam bekas melalui sudut yang lain.