Anda di halaman 1dari 2

Rujukan Kami : Tarikh : Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Keningau Peti Surat 4 89004 Keningau Sabah

Melalui dan salinan,

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ansip Keningau Sabah.

Tuan,

MEMOHON PERPINDAHAN DALAM DAERAH KENINGAU

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

02.

Saya INAWATI BINTI MOHD ARIF adalah guru gred DG32 opsyen SAINS /

KEMAHIRAN HIDUP sekolah rendah memohon agar dipindahkan ke sekolah yang berhampiran tempat tinggal saya. Ketika ini saya menetap di quarters Kolej Vokasional Keningau.

03.

Permohonan pertukaran saya ini adalah disebabkan perkara-perkara berikut:

i)

Suami saya adalah pemandu di Kolej Vokasional Keningau dan sering keluar daerah membawa pelajar-pelajar kolej sehingga hampir seminggu dan menyukarkan kami bagi urusan penjagaan anak.

ii)

Sebelah pagi saya sering bergerak awal bertugas memandangkan lokasi sekolah yang jauh dan adalah tugas suami saya menghantar anak ke pusat jagaan seawal jam 7 pagi.

iii)

Sebelah tengahari pula, sekolah tempat saya bertugas balik lewat dari hari Isnin hingga Rabu iaitu sehingga jam 1:30 petang dan ada masanya bersambung dengan mesyuarat sekolah sehingga lewat petang. Manakala anak saya perlu diambil di pusat jagaan pada jam 1 tengahari.

iv)

Keadaan ini bercanggah dengan jadual suami saya yang perlu sambung bertugas semula jam 2 sedangkan saya pula lewat sampai ke rumah untuk berganti tugas menjaga anak. Ini tidak termasuk lagi jika suami berada di luar daerah.

v)

Selain daripada itu, anak saya masih susu badan sepenuhnya dan sukar untuk saya menyusukan anak saya memandangkan kedudukan lokasi sekolah yang jauh.

vi)

Ketika ini saya sedang hamil anak kedua dan keadaan akan menjadi lebih kelam kabut pada tahun hadapan. Saya risau tugas saya sebagai guru akan terganggu dan saya tidak mahu tanggungjawab saya sebagai ibu dan isteri juga terabai memandangkan jadual kami yang tidak menentu.

03.

Besarlah harapan saya agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan pertukaran

saya ini agar saya dapat menjalankan tugas saya sebagai guru dengan lebih tumpuan dan berdedikasi serta dalam masa yang sama saya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan lebih tenang.

Sekian, terima kasih.

(INAWATI BINTI MOHD.ARIF) SEK. KEB. ANSIP KENINGAU

Anda mungkin juga menyukai