Anda di halaman 1dari 15

TOPIK 1

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BSSM SEMESTER 4 2011

1.0 Pengenalan Perkhemahan ini adalah aktiviti yang wajib diadakan oleh semua unit beruniform PISMP semester 4. Program ini dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya latihan amali diadakan untuk membentuk bakal pendidik yang mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berdikari serta amanah dan dapat memenuhi tanggungjawab. Misi utama perkhemahan ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam berkenaan aktivit yang terdapat dalam unit beruniform. Perkhemahan ini juga bertujuan untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di dalam kelas.

1.1 Rasional Perkhemahan ini penting diadakan kerana ia dapat memberikan pendedahan kepada ahli persatuan BSSM dalam aspek perkhemahan terutama aktiviti yang melibatkan ikatan dan simpulan dan dapat mempraktikkan teori yang dipelajari.

1.2 Objektif 1.2.1 Memupuk sikap berani mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti yang dijalankan. 1.2.2 Memupuk semangat kerjasama, tolak ansur dan matang ketika membuat keputusan. 1.2.3 Melahirkan ahli BSMM yang mempunyai daya tahan fizikal dan mental. 1.2.4 Melatih ahli supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi kecemasan. 1.2.5 Memenuhi sukatan GERKO BBSM BPG dalam bidang perkhemahan,

kepimpinan dan kejurulatihan. 1.2.6 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan. 1.2.7 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

1.3 Penyertaan Seramai 50 orang ahli akan menyertai perkhemahan unit beruniform ini. Mereka terdiri dari 33 orang ahli persatuan, 5 orang pensyarah pengiring, seorang juru teknik, 2 orang pemandu bas, 2 orang pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan 8 orang pegawai Pertahanan Awam Malaysia.

1.3.1Pensyarah Pengiring terdiri dari: Puan Hairiah Binti Munip En Chin Chee Keong Puan Arthiletchemy A/P Suberamaniam Encik Maniyarasan A/L Muniandy Tuan Haji Faisal Bin Mohd Japeri En Mohd Basil Bin Kabib @ Damanhuri Tuan Haji Aminuddin Bin Abd Yazid En. Shakib Ar-Selan Bin Mat Saman Tn. Hj Abd Rahman Bin Syed Abu Tahir Pn. Latifah Bt A. Jamil Encik. Manimaran a/l Govindasamy

1.3.2 Ahli Jawatankuasa Induk Pengerusi : Muhammad Syukri Bin Mohd Nor

Naib Pengerusi : Soh Li Sin Setiausaha : Nurul Akmal Binti Zulzaimi Muhammad Firdaus B Ahmad

Naib Setiausaha: Bendahari

: Syafiqah Bt Razizi

Ajk Makanan :

Muhammad Khairuddin Bin Abdul Aziz Mohamad Azlan Bin Mohd Azilani Mohamad Afiq Bin Mohamad Sulaiman Muhammad Shafiq B. Hazman Nur Amira Bt Md Arif

Ajk Aktiviti :

Muhammad Azrin Bin Abdullah Mohd Fariz Bin Zulkifli Mohamad Bismil Basir B. Yahaya Basir Md.Fariq Helmi Bin Mustafar

Ajk Peralatan :

Muhammad Irfan Bin Azman Mohamed Ainnudin Bin Abdul Aziz Mohd Fakrulrozi Bin Mohd Nor Shahrul Faiz Bin Mohamed Shari

Ajk Keselamatan : Bong Kok Sin Wong Huang Chio Hii Yii Kee Cecilia Bong May Fung

Ajk Pengangkutan : Azraei Fikrie Bin Mohd Khalid Ahmad Syariff Bin Ahmad Tajudin Rosuan Bin Mohamad

Ajk Dokumentasi :

Seow Yi Hui Lian Chia Min Lim Wu Min Lim Yi Min

Ajk Tempat :

Tay Soon Yong Lau Hie Shin Tiong Su Ping Ong Sue Theng Ang Shu Zen Teh Shin Yuan
4

Ajk Rohani :

Mohd Nabil Fikri B. Ismail Shikh Muhammad Nur Hashim B Shikh Hassan Amanina Bt Kaus Nur Aqilah Syamimi Bt Mohammad Rozali Lem Suk May Chang Pei Shang

1.4 Cadangan Kursus : 18 21 April 2011 : Nur Lembah Lenggong

1.4.1 Tarikh 1.4.2 Tempat

1.5 Jadual Aktiviti

Hari

Aktiviti

Pertama

Kemahiran Simpulan dan Ikatan

Kedua

Kemahiran Kraf Perkhemahan

Ketiga

Ikhtiar Hidup

1.6 Perbelanjaan BIL 1 Makan 41 org x RM 16 X 3 hari Jumlah RM 1 968 PERKARA CATATAN

Tapak 41 org x RM 30 x 3 hari Jumlah RM 2 460 JUMLAH RM 4 428

Kertas kerja disediakan oleh : Nurul Akmal Binti Zulzaimi (S/U Perkhemahan BSSM 2011)

TOPIK 2

LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

2.1 Laporan Sebelum Perkhemahan Masa pantas berlalu dan kini sudah masuk semester empat program PISMP kami telah menuntut ilmu di institut ini. Apabila mendapat tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami berasa sangat gembira kerana tugasan-tugasan seperti ini banyak membantu kami menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Dalam kekurangan pengalaman dan panduan, kami berusaha untuk meyiapkan tugasan yang diberikan. Dalam keghairahan kami menyiapkan tugasan ini, kami mempelajari banyak perkara antaranya tidak segan-silu untuk bertanya kepada pensyarah-pensyarah dan seniorsenior dalam memperoleh panduan dan bimbingan. Di samping dapat memudahkan kerja, kami dapat berkenalan dengan pensyarah dan senior dengan lebih rapat lagi. Oleh itu, kami mula berasa seronok untuk meneruskan perjuangan di institut ini kerana para pensyarah dan senior sentiasa membantu apabila diminta pertolongan.

Perkhemahan Unit beruniform merupakan sebuah program yang penting dan wajib kepada semua pelatih guru. Perkhemahan Unit beruniform ini diadakan pada 18 Julai sehingga 21 Julai 2011. Perkhemahan ini telah diadakan di Nur Lembah Lenggong selama empat hari dan 3 malam. Seperti yang tertakluk dalam kertas kerja perkhemahan ini, program ini dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya latihan amali diadakan untuk membentuk bakal pendidik yang mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berdikari serta amanah dan dapat memenuhi tanggungjawab. Misi utama perkhemahan ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam berkenaan aktivit yang terdapat dalam unit beruniform. Perkhemahan ini juga bertujuan untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di dalam kelas.

Fasa pertama iaitu sebelum program Perkhemahan Unit beruniform semester 4 dilaksanakan. Setelah taklimat diberikan oleh pensyarah, maka pelantikan ahli
7

jawatankuasa (AJK) telah diadakan di dalam makmal Deakin di blok C. Pelantikan ini telah berjalan dengan lancar dengan sistem undian dan sekalian bersetuju dan berpuas hati dengan pemilihan yang telah dibuat. Kami berasa cukup mudah untuk melantik AJK kerana tiada tentangan dan bantahan yang dibuat.

Setelah itu, mesyuarat AJK telah diadakan setiap minggu. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyediakan kumpulan Badan Bulan Sabit Merah semester 4 ini bagi menghadapi program Perkhemahan Unit beruniform. Sepanjang tempoh masa ini banyak persediaan yang kami lakukan termasuklah menempah baju T-shirt baru untuk perkhemahan, membuat senarai tugas, tempahan barang dan pengangkutan dan juga perbincangan dengan para pensyarah dan senior tentang pelaksanaan program Perkhemahan Unit beruniform tersebut.

Terdapat juga beberapa kekangan ketika fasa persediaan untuk menghadapi program perkhemahan ini. Antara kekangan yang kami hadapi adalah masalah kekurangan barangan yang disediakan oleh pihak GERKO. Barangan tersebut termasuklah periuk nasi, cangkul, pisau, dapur masak, pinggan, cawan dan gergaji. Namun kami dapat selesaikan masalah ini dengan meminjam barang-barang tersebut dari bengkel Kemahiran Hidup. Mujurlah terdapat pensyarah Badan Bulan Sabit Merah kami adalah pensyarah Kemahiran Hidup maka dapatlah kami meminjam barangan tersebut. Periuk nasi pula kami telah ikhtiarkan untuk mendapatkannya dari pihak surau Al-Ghazali iaitu surau IPG Kampus Tuanku Bainun. Mujur juga terdapat ahli-ahli dalam Badan Bulan Sabit Merah yang merupakan ahli Badan Kebajikan Surau maka dapatlah kami meminjam periuk nasi dan sebagainya. Untuk masalah pinggan dan cawan pula kami selesaikan dengan meminta setiap ahli membawa pinggan dan cawan masingmasing.

Kami telah bertungkus-lumus mengadakan persediaan untuk perkhemahan ini. Hampir setiap hari kami keluar mencari barangan yang diperlukan untuk dibawa ke perkhemahan tersebut. WalaNamun demi kejayaan perkhemahan tersebut kami sanggup berkorban apa sahaja.

Sebagai peserta kami cukup berpuas hati dengan persediaan yang AJK lakukan kerana ahli Badan Bulan Sabit Merah semester 4 yang lain adalah sangat rajin dan berdedikasi dalam menggalas tugas masing-masing dan saling bekerjasama dalam membuat persediaan.

2.2 Laporan Semasa Melaksanakan Perkhemahan Pada 18 Julai kami semua sebagai Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah bertolak dari maktab dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak maktab. Perjalanan kami ke kem Nur Lembah Lenggong penuh dengan pelbagai persoalan di minda. Kami semua berharap , kami dapat menjalani aktiviti yang telah disediakn tanpa mengalami sebarang masalah dan dapat bekerjasama dengan ahli unit uniform yang lain dalam memastikan perjalanan aktiviti perkhemahan bergerak lancar.

Selepas sampai di Kem Nur Lembah Lenggong, kami semua terkesima dengan keindahan alam semulajadi di kem tersebut. Kami semua menggambil kesempatan untuk menangkap gambar bagi menjadi tatapan kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menyertai perkhemahan bersama kami. Tempat perhemahan bagi pihak lelaki dan pihak perempuan diasingkan bagi memastikan tiada perkara buruk yang berlaku. Pada petang tersebut dengan keletihan yang masih menyelubungi diri kami .Kami mendirikan khemah di tempat yang disediakan. Kami juga telah diberikan

20 batang buluh untuk dijadikan sebagai gadjet. Terdapat juga kumpulan yang telah diamanahkan pada hari itu untuk memasak makan malam.

Selepas siap mendirikan khemah dan memastikan tempat perkhemahan kami sesuai dan selamat tanpa ancaman musuh yang sentiasa bersiap-sedia untuk melakukan ancaman. Kami bersiap sedia untuk pergi dewan yang telah disediakan untuk menjalani aktiviti ice breaking. Pada mulanya kami menikmati ice breaking yang telah dikendalikan oleh Ustaz Shakib. Tetapi kehadiran pensyarah Pandu Puteri yang tanpa diundang telah tiba dengan perasaan amarah yang membuak-buak menghalau kami semua ke dewan yang belum digunakan dengan 1001 alasan yang tidak munasabah. Sebagai ahli Bulan Sabit Merah yang sentiasa bertolak ansur . Kami akur dengan permintaannya tanpa pertumpahan darah walaupun terdapat sedikit pertikaman lidah .

Ice breaking kami kemudiaannya diadakan di dewan yang hanya menggunakan kipas dan jauh jaraknya dari tapak perkhemahan kami berbanding tapak perkhemahan yang lain. Selepas tamatnya ice breaking,kami balik ke khemah untuk menyambung kerja-kerja menyiapkan gadjet bagi memudahan kami meletakkan barang kami dengan mudah. Berbanding dengan ahli pengakap yang membuat gadjet berlebihan untuk dinilai. Pada waktu malam, ahli sentri yang telah ditugaskan mengikut jadual yang telah disediakan bergerak ke hulu ke hilir bagi memastikan keselmatan kami terjamin tanpa sebrang unsur khianat. Ada juga ahli BSMM yang tidak tidur dengan bermain permainan kad . Kumpulan yang telah ditugaskan untuk memasak pula sibuk menyediakan bahan untuk digunakan pada esok harinya.

Pada awal paginya, kami semua menjalankan solat subuh berjamaah di surau yang jaraknya hanya 100 meter dari tempat perkhemahan kami . kemudiannya kami semua bersiap sedia untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh
10

kumpulan yang telah ditugaskan. Kami semua menikmati sarapan pagi dengan penuh berselera kerana selepas itu kami semua akan menjalankan khidmat komuniti di Sekolah Kebangsaan Sumpitan.Sekolah tersebut terletak beberapa kilometer dari tempat perkhemahan kami dan kami perlu bersiap awal untuk memastikan kedatang kami tidak ditunggu-tunggu oleh pihak sekolah.

Sampai disana kami telah disambut oleh wakil guru dan kami telah dibahagikan tugas oleh ketua bagi aktiviti khidmat komuniti iaitu Soh Li sin. Aktiviti kami telah dilaksanakan sehingga tengah hari, pihak sekolah turut menyediakan pelbagai juadah untuk memastikan kami dapat melakukan aktiviti tanpa sebarang rasa lapar. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan oleh kami pada hari itu antaranya ialah mengajar kanakkanak sekolah membaca, melukis mural, mengemas perpustakaan mengemas surau, membuat kata-kata hikmah,motivasi dari kelas ke kelas dan pelbagai lagi aktivit yang telah kami lakukan pada hari itu.

Selepas habis aktiviti yang dilakukan di sana, kami bersiap sedia menunggu kedatangan bas yang membawa ahli Pandu Puteri. Kami berasa gembira kerana dapat memberi impak yang besar kepada kanak-kanak di sekolah itu dan berharap kanakkanak tersebut dapat mencapai kecemerlangan yang mereka harapkan. Pada petang tersebut , kami sepatutnya mejalani ceramah kesihatan oleh pensyarah yang telah ditugaskan tetapi pensyarah tersebut tidak dapat hadir.Oleh itu kami semua meneruskan kerja kami iaitumembuat gadjet mengikut kekreatifan kami sambil mendengar alunan lagu pengakap.

Masssa billi billi billi... masssaaa billliii unkaba..... alunan lagu pengakap tersebut juga turut melenakan sebilangan ahli bulan sabit merah yang lain yang keletihan selepas mengerah keringat sewaktu aktiviti kemasyarakatan pada pagi tadi. Pada malam itu, kami semua mengadakan latihan malam kebudayaan selepas makan
11

malam. Kami mengadakan latihan sehingga lewat malam demi memastikan persembahan kami mendapat pujian dan menimbulkan rasa iri hati kepada ahli unit uniform yang lain. Pada esok paginya, semua unit uniform akan menjalani aktivit bersama iaitu kembaradi dalam hutan. Kami semua berjalan kaki mengikut tanda yang telah diberi iatu tali merah yang telah diikatkan di pokok kelapa sawit. Sepanjang kembara tersebut kami telah melalui ladang kelapa sawit, paya, ladang limau dan pelbagai lagi. Di pertengahan jalan, kami semua berhenti untuk aktiviti memasak di dalam hutan. Kami semua telah diberi sekampit beras sardin dan juga telur. Di situ kami semua telah dibahagikan kumpulan untuk memasak bersama. Di situ kami dapat lihat mereka yang reti dan tidak reti masak. Pelbagai aksi yang tidak dapt dirakamyag telah mencuit hati semua orang. Setiap unit uniform juga telah disediakan 2 ekor ayam di mana ayam tersebut perlu ditangkap sendiri terlebih dahulu. Unit uniform BSMM bertindak cemerlang kerana berjaya menangkap 2 ekor ayam dahulu berbanding unit uniform yang lain. Selepas selesai menikmati makanan yang telah dimasak sendiri, kami semua diberi tugasan untuk membuat balutan dan anduh kepada kawan dan kemudiannya mengusungnya kembali ke tapak perkhemahan.

Selepas sampai di tempat berkumpul kami semua telah diperiksa satu persatu oleh pensyarah bagi memastikan balutan dan anduh yang telah kami lakukan betul. Sekali lagi, unit uniform BSMM telah dipuji oleh pensyarah kerana mempunyai balutan paling kemas diantara unit uniform yang lain. Sekali lagi laungan Glory Glory Glory uuuuuHaaaaaa... oleh ahli unit uniform BSMM bergema di bumi Nur Lembah Lenggong tersebut . Seterusnya semua unit uniform mengambil makanan makan malam yang telah disediakan oleh puteri islam yang bertindak sebagai urusetia pada perkhemahan tersebut.

Pada waktu petang ceramah mengenai pertolongan cemas oleh Mr Yeow telah diadakan., ceramah tersebut turut dibantu oleh beberapa orang ahli unit uniform
12

BSMM.. ceramah tersebut merangkumi CPR,balutan dan anduh,usungan dan sengatan. Selepas ceramah tersebut semua ahli unit uniform melakukan praktikal di stesyen yang telah disediakan dimana ahli bsmm turut menilai kemapuan mereka.

Pada malam tersebut,malam kebudayaan yang telah diuruskan oleh unit uniform Pandu puteri telah diadakan . Laungan keramat Glory Glory... memecah kesunyian dewan tersebut dan unit uniform pengakap turut ingin bersaing dengan menunjukkan tepuk pengakap yang dilihat sudah basi dikalangan semua unit uniform. Pada malam tersebut, persembahan BSMM mendapat pujian dan tepukan paling gemuruh oleh semua orang yang hadir pada waktu itu. Dengan mempertaruhkan teater Bila Retak Jiwa Manusia/ oleh pengarah berbakat yang bakal menggegarkan dunia perfileman tanah air iaitu Mohd Syukri Mohd Nor. Persembahan kedua BSMM yang amat menyentu perasaaan iaitu koir soprano di bawah bimbingan adik beradik Lim. Dengan persembahan tersebut, BSMM menerima hadiah bagi persembahan terbaik

dananugerah pengarah muda.

Pada pagi esoknya, kami semua memastikan tapak perkhemahan dibersihkan dan semua alatan yang dibawa mencukupi . Kemudiannya kami semua bergerak ke dewan untuk menghadiri majlis penutupan yang telah dihadiri oleh encik Mat Ali yang mewakili Tuan Pengarah. Selepas beberpa ucaan panjang kami dilepaskan untuk menaiki bas untuk balik ke maktab yang tercinta.

Kami berharap pengalaman menyertai perkhemahan bersama rakan-rakan yang berbilang bangsa dan agama ini dapat dijadikan kenangan sehingga kami di akhir hayat untuk dijadikan cerita kepada anak dan cucu.

13

2.3 Laporan Akhir Perkhemahan

Fasa yang ketiga adalah selepas pelaksanaan perkhemahan Unit beruniform dijalankan. Ketika waktu ini pembahagian tugas dilakukan untuk membuat tugasan kerja kursus yang telah diterima ketika pelaksanaan perkhemahan Unit beruniform. Tugasan yang telah dibahagi dalam kumpulan telah kami dilakukan dengan penuh dedikasi dan semangat kerjasama. Setelah selesai tugasan tersebut dikutip dan dihantar kepada pensyarah yang berkenaan. Saya berasa kerjasama antara ahli kumpulan kami iaitu Ahmad Syariff, Amanina, Aqilah, dan Muhammad Syukri adalah baik dan tugasan dapat disiapkan dengan baik.

Setelah perbincangan bersama rakan-rakan terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya terdapat program seperti ini pada masa hadapan. Antaranya adalah penyediaan barang-barang dari GERKO perlulah sistematik dan yang lebih penting adalah mencukupi untuk semua badan unit beruniform. Kekangan ini akan menjadi masalah yang besar sekiranya masih berlaku lagi kerana perkara ini melibatkan keperluan asas peserta selama perkhemahan. Perkara yang perlu penambahbaikan lagi adalah pengurusan perkhemahan seperti tarikh, tempat dan jadual perkhemahan perlu diuruskan dan ditetapkan seawal yang mungkin bagi menjadikan persediaan peserta-peserta perkhemahan lebih rapi dan efisien. Sekiranya tempat dan jadual tidak dapat dipastikan dalam masa terdekat maka persediaan peserta akan terbantut dan mungkin akan mengakibatkan persediaan yang tidak rapi.

Perbincangan juga telah dilakukan dalam kumpulan kami untuk menambah sedikit cadangan terhadap program perkhemahan seperti ini. Antara cadangan kami adalah dengan meminta kerjasama pihak Badan Bulan Sabit Merah dari mana-mana cawangan daerah atau negeri untuk mengendalikan isi perkhemahan. Ini dapat meningkatkan tahap integriti dan moral peserta malah dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran Badan Bulan Sabit Merah. Pegawai-pegawai Badan Bulan Sabit Merah yang
14

menghadiri perkhemahan akan menjadikan perkhemahan lebih berprestij dan unggul yang akan menjadi kebanggaan para peserta perkhemahan.

Akhir kata kami berasa gembira kerana akhirnya program perkhemahan Unit beruniform ini telah berjaya dilaksanakan dengan selamat dan jayanya. Program perkhemahan Unit beruniform memang sebuah program yang bermanfaat dan banyak pengalaman dan pengajaran yang kami dapat pelajari melalui program tersebut. Kami akan menggunakan pengalaman ini dengan sebaiknya dan menghargai ilmu yang telah kami dapati dalam membina jati diri kami sebagai seorang bakal guru yang akan mendidik anak bangsa pada masa hadapan. Semoga hasil usaha kami pada masa sekarang akan membuahkan hasil apabila menghadapi cabaran pendidikan pada masa yang akan datang.

15

Anda mungkin juga menyukai