Anda di halaman 1dari 38

1.

0 TEORI PEMBELAJARAN Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada teori-teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif. Teori pembelajaran

behaviorisme berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran, teori pembelajaran sosial berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran, sementara teori

pembelajaran kognitif berfokus kepada pemikiran. Bab ini menjelaskan tentang teori-teori ini dan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Diharapkan para guru dapat membuat refleksi tentang pendekatan pengajaran mereka dan mengaitkannya dengan teori-teori pembelajaran yang berkenaan. Hal ini bukan sahaja berguna untuk guru, tetapi juga untuk pelajar untuk mengetahui cara pembelajaran sendiri yang efektif.

1.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME Menurut ahli-ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling

berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat

membuatpemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan. Antara tokohtokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli-ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner.
1

Behaviorisme adalah teori perkembangan perilaku, yang dapat diukur, diamati dan dihasilkan oleh respons pelajar terhadap rangsangan. Tanggapan terhadap rangsangan dapat diperkuat dengan peneguhan positif atau negatif terhadaptingkah laku keadaan yang diinginkan. Hukuman kadang-kadang digunakan untuk menghilangkan atau mengurangkan tindakan tidak benar, diikuti dengan menjelaskan tindakan yang diinginkan.

Pendidikan behaviorisme merupakan kunci dalam mengembangkan keterampilan dasar dan dasar-dasar pemahaman dalam semua bidang subjek dan pengurusan kelas. Ciri dari teori behaviorisme adalah mengutamakan unsurunsur dan bahagian kecil, bersifat mekanistik, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi atau respon, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil belajar,mementingkan peranan

kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya tingkah laku yang diinginkan. Guru yang menganut pandangan ini berpandapat bahawa tingkahlaku siswa merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkah laku adalah hasil belajar.

1.1.1 TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah, iaitu apabila guru mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhati ahli-ahli keluarganya. Daripada contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan guru tersebut adalah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara
2

rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan ini pelaziman dan pembelajaran klasik. yang berlaku akibat

rangsangan

dikenali

sebagai

pelaziman

Melalui

eksperimen

Pavlovterhadap seekor anjing, 3 peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman. Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah generalisasi, diskriminasi dan penghapusan.

Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).

Dikriminasi pula berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi

loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

1.1.2 TEORI PELAZIMAN KLASIK WATSON Selain Ivan Pavlov, John B. Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran. Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanakkanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11bulan. Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak-kanak tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut, tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak-kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasan takut kanakkanak tersebut pada tikus putih.

Berdasarkan penyelidikannya ini , Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan.

1.1.3 TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE E. L. Thorndike merupakan ahli behavioris pertama yang mengemukakan konsep pelaziman operan. Beliau menjalankan kajiannya ke atas haiwan seperti kucing, ayam, anjing dan monyet. Melalui kajiannya ke atas seekor kucing, yang dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luar sangkar, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran cuba jaya ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi; dan apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar itu semula, sekali lagi kucing tersebut akan melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut. Dengan kata lain kucing tersebut belajar membuka pintu sangkar secara cuba jaya dan pengulangan.

Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hokum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.

(a) Hukum Kesediaan Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu
5

bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.

(b) Hukum Latihan Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya, dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

(c) Hukum Kesan Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang meyakitkan akan

melemahkan pertalian antara R-G. Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.

Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukan oleh Thorndike, maka guru bolehlah menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah.
6

Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan, memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul dan menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Selain itu, guru perlu sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar dan memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan afektif.

1.1.4 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan Skinner Box di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod. Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan pertamanya itu diulangi. untuk Menurut Rachlin kehendak (1991), peneguhan diberikan, untuk

memuaskan dan

individu; otak.

keduanya,

mengurangkan

tekanan

merangsang

Skinner

membahagikan

peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner,

iaitu:peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

(a) Peneguhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan katakata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan sebagainya. senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan

(b) Peneguhan Negatif Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).

(c) Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan dan dendaan penyingkiran.

Dendaan persembahan

(presentation punishment) berlaku apabila

sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, sistem demerit, guru memberi kerja tambahan. Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah Matematik. Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan gangguan emosi yang berpanjangan dan ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri dan menggangu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang.

(d) Prinsip Premack Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain computer akan diadakan.

(e) Pelupusan Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti, peneguhan itu tidak lagi digunakan atau guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

1.2 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Teori pembelajaran sosial (social learning theory) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986, 1977, 1998, 2000). Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai Teori kognitif sosial oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya; sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.

Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses

perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling

memerlukan, pengaruhmempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial termasuklah Albert Bandura, Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain.
10

Albert Bandura (1925) adalah seorang profesor psikologi di Universiti Stanford dan beliau telah mengemukakan Model Determinisme Timbal Balik (reciprocal determinism model) dan Teori Pembelajaran Peniruan.

(a) Model Determinisme Timbal Balik Bandura mengandungi mengemukakan tiga faktorutama, model iaitu determinisme perlakuan, timbal balik yang dan

individu

(kognisi)

persekitaran. Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri (kognisi) dan persekitaran.

(b) Teori Pembelajaran Peniruan Bandura telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton video tentang orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi, menendang dan duduk atas patung Bobo, menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroo. Bandura telah menayangkan video tersebut kepada kanak-kanak tadika.Kemudian mereka diarahkan pergi ke bilik permainan yang terdapat patung seperti Bobo di situ. Apabila kanak-kanak tersebut nampak patung itu, mereka pun melakukan aksiaksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam tayangan tadi. Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru. Orang yang ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru.

11

1.3 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan

menggunakan ilmu. Fokus kajian ahli psikologi kognitif ialah terhadap proses aktif minda individu untuk memahami persekitarannya. Cara individu berfikir tentang situasi, termasuk kepercayaannya, jangkaannya dan perasaannya, mempengaruhi fakta yang individu pelajari dan cara dia belajar. Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran (Woolfolk,1998). dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar

Anderson et al. (dalam Woolfolk, 1998) menyatakan bahawa: Instead of being passively influenced by environment events, people actively choose, practice, pay attention, ignore, reflect and make many other decisions as they pursue goals. Older cognitive views emphasized the acquisition of knowledge, but newer approaches stress its construction.

Ini bermakna manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran bagi mencapai matlamat mereka. Begitu juga, Slavin (1997) menyatakan pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan. Untuk memahami pembelajaran dari perspektif kognitif dengan lebih mendalam, bahagian berikut menjelaskan tentang psikologi gestalt, eksperimen Kohler dan model pemprosesan maklumat.

12

Ahli-ahli psikologi kognitif yang terdahulu termasuklah Max Wertheimer, Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler (dikenali juga sebagai ahli psikologi Gestalt). Kohler, dalam kajiannya ke atas cimpanzi yang bernama Sultan, telah menemui pembelajaran melalui celik akal (insight). Oleh itu, pandangan ahli psikologi kognitif terhadap pembelajaran juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Gestalt (Banks & Thompson, 1995). Ahli psikologi kognitif yang lain, seperti Edward Tolman, memajukan konsep pembelajaran latent, iaitu pembelajaran berlaku tanpa peneguhan, yang digunakan juga oleh Jean Piaget, Jerome Bruner, David Ausubel dan Robert Gagne.

Ahli psikologi kognitif kini berpendapat bahawa pembelajaran melibatkan dua proses mental penting, iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan). Gagne melihat proses pembelajaran sebagai langkahlangkah individu memproses maklumat. Ausubel pula telah mengemukakan pembelajaran resepsi dan bermakna. Seterusnya, Bruner mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.

1.3.1 Teori Pembelajaran Gestalt Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada perkembangan psikologi kognitif. Psikologi gestalt telah diasaskan di Jerman. Perkataan gestalt adalah perkataan dalam bahasa Jerman yang bermaksud pola (pattern atau configuration). Tetapi, fahaman gestalt lebih mendalam daripada kata-kata tersebut. Ahli-ahli gestalt berpendapat, dalam mengkaji subjek dari aspek psikologikal daripada proses pemerhatian yang mudah kepada

personalitinya, kita perlu melihat polanya sebagai satu keseluruhan (as a whole). Teori gestalt dirumuskan sebagai the whole is greater than the sum of its parts.

13

Kohler, salah seorang pengasas psikologi gestalt, melalui kajiannya ke atas seekor cimpanzi (Sultan) telah mengemukakan konsep celik akal (insight). Celik akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap. Bagaimanapun, individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas. Dalam kajiannya, Kohler telah meletakkan seekor cimpanzi bernama Sultan yang lapar dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang panjangnya berbeza-beza. Sultan cuba mendapatkan pisang beberapa kali dengan menggunakan buluh tersebut, tetapi gagal. Sultan duduk berdiam diri seketika, mengamati buluh-buluh dan memikirkan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalahnya.Tiba-tiba dia mendapat idea. Di saat tercetusnya idea itulah yang dikenali sebagai celik akal. Dia mengambil buluh pendek dan menggunakannya untuk mendapat buluh panjang dan seterusnya

menggunakannya untuk mengambil pisang.

1.3.2 Model Pemprosesan Maklumat Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998). Model memproses maklumat sama seperti model komputer (Lihat Rajah 6.6), iaitu terdiri daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau ingatan kerja (short-term/ working memory) dan ingatan jangka panjang (long-term memory).

(a) Ingatan Deria Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia. Masa simpanan maklumat ialah antara 1 hingga 3 saat. Jika maklumat ini tidak diproses, ia akan hilang serta merta.
14

(b) Ingatan Jangka Pendek Kapasiti ingatan jangka pendek adalah kecil. Tempoh simpanan maklumat adalah antara 5 hingga 20 saat. Maklumat diproses, ditapis, disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan. Salah satu cara untuk menyimpan maklumat baru ialah secara ulang sebut berkali-kali (rehearsal). Contohnya, dalam pengajaranpembelajaran, guru berhenti sebentar, tanya soalan tentang fakta yang telah diterangkan; selepas pelajar respon, ulang semula penerangan.

(c) Ingatan Jangka Panjang Ingatan jangka panjang mempunyai kapasiti besar. Ia menyimpan maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Ingatan jangka panjang, dari segi kandungan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu ingatan episodik, semantik dan prosedural.

1.3.3 Teori Pembelajaran Gagne Robert M. Gagne telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan seorang ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan masalahmasalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.

15

1.3.4 Teori Pembelajaran Ausubel David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk

pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

1.3.5 Teori Pembelajaran Bruner Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Bruner telah mengemukakan perkembangan mental manusia terbahagi kepada 3 tahap iaitu peringkat enaktif (0-2 tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun) dan peringkat simbolik (5-7 tahun).

(a) Peringkat Enaktif Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak

menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini masih belum pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga untuk melihat keseimbangannya.

16

(b) Peringkat Ikonik Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah berupaya

menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek yang tiada di hadapan matanya, iaitu telah terbentuk imej mental. Contohnya, kanak-kanak tersebut boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas sangganya, walaupun objek tersebut tiada di hadapan matanya.

(c) Peringkat Simbolik Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol, seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya penaakulan simbolik. Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan bagaimana kayu yang diletakkan di atas sangga menjadi seimbang.

1.3.6 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Teori konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang

menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga dikenali sebagai fahaman binaan.

Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh dilaksanakan dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara seperti memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep, memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain dan menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka. Selain itu, guru perlu menghormati semua pandangan pelajar dan
17

tidak

memandang

rendah

terhadap

pandangan

mereka

di

samping

melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.

2.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Terdapat dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Sang (1992) mengatakan pendekatan ialah cara

mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara

mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Sang, 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987), teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah

harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

18

2.1 Pembelajaran Koperatif Menurut Effandi Zakaria (1998), Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalam kaedah koperatif, guru perlu menentukan

pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah bertanggungjawab keatas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain.

Kaedah koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial pelajar. Dengan itu, guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Pendekatan Pembelajaran kooperatif mempunyai beberapa ciri tertentu, diantaranya ialah matlamat kumpulan.Matlamat kumpulan ialah kejayaan kumpulan dalam mencapai kecemerlangan dalam menguasai sesuatu konsep yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha bersama semua bersama ahli di dalam kumpulan. Dalam kumpulan ini setiap ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dan jelas dalam usaha kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Kedua, interaksi sosial perlu ditekankan. Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan. Interaksi yang serentak berlangsung pada masa yang sama untuk setiap kumpulan melalui perbincangan yang akan menyebabkan lebih ramai individu yang turut serta mengambil
19

bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-menbantu.

Manakala yang terakhir sekali, pelajar perlu saling bergantungan positif untuk mencapai objektif gerak kerja.Kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu yang ahli sesuatu kumpulan. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran kumpulan. Prinsip ini dikenali sebagai saling bergantungan secara positif. Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini, tugas perlu diagihkan kepada semua ahli kumpulan untuk menyumbang jawapan atau hasil dapatan. Tanggungjawab individu bermakna setiap pelajar mesti melaksanakan tugas masing-masing yang diberikan untuk menyumbang kepada sesuatu projek. Penyertaan pula bermaksud semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara bersama.

Walaupun pembelajaran kooperatif menimbulkan keresahan kepada ibubapa yang khuatirkan kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di dalam kumpulan yang kurang cerdas, tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran kooperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memahiri sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini , pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi,yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

20

Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran sosial pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu

mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial mereka. Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.

Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti membaiki hubungan sosial, meningkatkan pencapaian, meningkatkan kemahiran kepimpinan,

meningkatkan kemahiran social, meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi, meningkatkan kemahiran teknologi serta meningkatkan keyakinan diri.

2.1.1.Kaedah Jigsaw II Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjadi juru dalam sub -unit sesuatu topik. Setelah masing-masing memahami bahagian masing-masing, setiap juru mengajarnya pula kepada ahli kumpulan yang lain. Soal -jawab atau perbincangan yang berlaku semasa proses ini membolehkan juru dan ahli sama-sama memikirkan pembentangan yang diberi, ini meningkatkan

pemahaman dan ingatan. Selain dari itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dan mengajar mereka untukmenjadi juru dan mengajar mereka yang mempunyai prestasi akademik lebih baik daripadanya, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.

21

2.1.2.Kaedah STAD STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions. Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini boleh menggunakan kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain. Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji pemahaman pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu, peningkatan kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan ditolak dengan purata markah pelajar itu sendiri. Perbezaan markah individu akan dikumpulkan untuk menjadi markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan diperolehi berdasarkan peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama supaya mendapat markah yang maksimum.

2.1.3 Team Assisted Individualization (TAI) Team Assisted Individualization (TAI) dibentuk menggabungkan antara motivasi dan insentif kepada kumpulan. Program yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar. Pelajar dalam setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza. Ahli kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan bertukar-tukar helaian jawapan kerja yang telah dibuat. Ahli kumpulan bertanggungjawab memastikan rakan-rakan dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir setiap unit. Skor mingguan yang diperolehi oleh kumpulan akan dijumlahkan , kumpulan yang melebihi skor yang ditetapkan akan diberikan sijil.

22

2.2 KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI Ramai para sarjana telah menakrifkan istilah kecerdasan. Menurut Ramlah dan Mahani (2004), Piaget berpendapat bahawa kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Melalui BrainyQuote.com pula, kecerdasan dinyatakan sebagai perbuatan atau keadaan pintar dan latihan kepada pemahaman. Melalui Thomas dan John (2005), Gardner menyatakan bahawa kecerdasan adalah sebagai potensi biopsikologi untuk memproses maklumat yang boleh digunakan di dalam set budaya untuk menyelesaikan masalah ataupun mereka produk yang bernilai dalam lingkungan budaya tersebut. Kemudian Gardner telah

mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai pada tahun 1983.

Menurut Syukri (2007), jenis kecerdasan yang ada di dalam teori ini adalah seperti; verballinguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Setiap satu kecerdasan ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Fokus kami adalah kepada kecerdasan verballinguistik kerana ia dilihat lebih sesuai untuk diterapkan melalui pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Menurut Syukri (2007), kecerdasan verballinguistik ialah kebolehan berfikir dengan perkataan, menggunakan bahasa untuk menyatakan atau memahami maksud yang kompleks merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri atau asing. Turut ditambah oleh Thomas dan John (2005), kecerdasan verbal-linguistik membolehkan individu untuk berkomunikasi dan menjadi peka deria kepada dunia melalui bahasa.

Menurut Sharna Olfman (2006), kebanyakan para saintis bersetuju bahawa setiap aspek kelakuan manusia adalah hasil daripada pergaulan dan dipengaruhi oleh persekitaran. Oleh itu adalah tidak mustahil jika kecerdasan juga turut dipengaruhi oleh persekitaran dan pergaulan individu tersebut. Lebihlebih lagi merujuk kepada Kamarudin dan Siti (2004), kecerdasan boleh
23

diperbaiki dengan berkesan melalui pendidikan dan latihan. Jelas di sini kecerdasan boleh dipelajari dan sentiasa berubah sepanjang hayat.

Memandangkan

Kecerdasan

Pelbagai

adalah

terletak

di

bawah

Kemahiran Bernilai Tambah, sudah pastinya ia tidak diajar secara terus di dalam bilik darjah. Guru seharusnya bijak memilih kaedah pengajaran dan juga bahan yang bersesuaian, agar Kecerdasan Pelbagai dapat diperbaiki melalui pendidikan serta latihan.

Howard Gardner merupakan pelopor pertama yang telah menyatakan teori kecerdasan pelbagai ini. Menurut Gardner, kecerdasan ialah kebolehan atau keupayaan untuk menyelesaikan masalah, mencari atau membentuk masalah yang baru dan jika bersesuain, menghasilkan produk-produk yang bernilai dalam lingkungan konteks bidangnya (Nor Shah Saad, 2005). Kecerdasan ini tidak berkaiatan dengan deria dan juga ianya bukan secara semulajadi atau dipupuk. Kecerdasan ini ialah tarikan kepada dan kemahiran dengan rangsangan tertentu. Jika seseorang itu tertarik dan mahir dengan nombor-nombor serta hubungan-hubungan logikal antara objek, maka dikatakan orang tersebut mempunyai kecerdasan logik-Matematik.

Kecerdasan pelbagai ini sebenarnya terbahagi kepada sembilan elemen kecerdasan iaitu verbal-linguistik, logik-Matematik, ruang-visual, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan existential ( Khuan Wai Bing Dan Omar Abdull Kareem, 2005). Hal ini kerana kecerdasan ini bukan berbentuk tunggal, bukan tetap dan tidak boleh diukur sepenuhnya melalui ujian-ujian IQ.

24

(A) Kecerdasan Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan. Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik

(B) Kecerdasan Logik-Matematik Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan Matematik dan saintifik. Ahli Matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli Sains, walaupun didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata, kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Ahli Matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-Matematik yang tinggi

(C) Kecerdasan Ruang-Visual Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seseorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk
25

gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi.

(D) Kecerdasan Kinestetik Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai

kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta mempunyai kecerdasan kinestetik.

(e) Kecerdasan Muzik Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan
26

suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi

(F) Kecerdasan Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanakkanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial.

(G) Kecerdasan Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain serta mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat

27

laporan jurnal yang baik. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

(H) Kecerdasan Naturalis Kebolehan mengenal ,mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.

(I) Kecerdasan Existential Kecerdasan ini lazimnya dimiliki oleh mereka yang mempunyai kepekaan dan keupayaan untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia dan kematian. Golongan ini juga dikatakan memiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasaalahan manusia di sekelilingnya. Lazimnya individu yang memiliki kecerdasan ini adalah mereka yang taat kepada ajaran agama masingmasing. Tokoh-tokoh yang memiliki kecerdasan ini termasuklah guru-guru agama islam, iman, bilal, bomoh tradisional, sami-sami budha dan hindhu, paderi dan saintis.

2.1 APLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM BILIK DARJAH. Kecerdasan pelbagai ini sebenarnya boleh kita lihat dikalangan muridmurid yang mempunyai pelbagai minat dan kecenderungan serta kebolehan yang berbeza. Sekiranya seseorang murid itu dilihat tidak berjaya dalam bidang
28

akademik dan cenderung ke arah lain seperti sukan dan sebagainya, murid itu tidak boleh dianggap sebagai murid yang lemah. Hal ini kerana, kecenderungan murid tersebut mungkin ke arah sukan ataupun bidang lain seperti muzik. Begitu juga dengan kemajuan murid dalam sesuatu mata pelajaran, sesetengah murid mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik atau Sains tetapi lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan perkara ini sememangnya berkaitan dengan kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard Gardner . Menurut teori kecerdasan pelbagai ini, murid tersebut mempunyai kecerdasan logik-Matematik tetapi lemah dalam kecerdasan verbal linguistik. Oleh sebab itu, seseorang pelajar itu tidak boleh dianggap gagal atau lemah sekiranya mereka tidak cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Semasa di dalam bilik darjah, guru harus menyedari akan kebolehan dan kecenderungan setiap pelajar mereka agar dapat membuat persediaan pengajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar tersebut.

Melalui teori kecerdasan pelbagai ini, pelbagai cara boleh dilakukan oleh guru untuk mengajar sekiranya mereka tahu akan kecenderungan pelajar mereka. Bagi kanak-kanak khususnya, mereka biasanya lebih cenderung untuk belajar secara aktif seperti bermain dan tingkahlaku mereka ini tidak boleh disekat kerana bagi kanak-kanak, proses pembelajaran adalah bermain (Mary Mayesky, 2002). Bagi guru sekolah rendah, mereka seharusnya memahami akan perilaku kanak-kanak pada setiap peringkat umur yang mempunyai karenah yang berbeza. Hal ini bukan sahaja berlaku di sekolah rendah, malah sekolah menengah juga turut menghadapi situasi seperti ini iaitu pelajar bersikap pasif dan tidak berminat dengan proses pembelajaran terutamanya pelajar yang berada di kelas yang tercorot. Oleh itu guru harus megambil kira keseluruhan kecerdasan tersebut dalam meyediakan bahan pengajaran bagi mengelakan murid daripada merasa bosan dan memudahkan mereka untuk memahami sesuatu topik yang diajar (Campbell & Dickson. ,1996).

29

2.2 IMPLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Terdapat pelbagai implikasi daripada aplikasi kecerdasan pelbagai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya ialah kesan terhadap pelajar itu sendiri dan juga guru. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa apabila kecerdasan pelbagai cuba diterapkan ataupun diaplikasikan oleh guruguru di dalam bilik darjah dapat memberikan kesan yang baik kepada proses pengajaran dan mereka kepada pelajarnya. Dengan kata lain, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna, berkesan dan menarik atau

menyeronokkan akan terhasil di dalam bilik darjah apabila guru mengaplikasikan kecerdasan pelbagai. Implikasi pertama ialah kesan terhadap pelajar itu sendiri.

Dalam konteks ini, kesan yang wujud ekoran daripada penerapan ataupun apabila mengaplikasi kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dapat membantu pelajar untuk memperoleh apa yang perlu untuk kehidupan di abad yang akan datang. Dalam hal ini, pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang kesemua kecerdasan pelbagai yang terdapat serta pelajarpelajar cuba aplikasikan dengan menggunakan kemahiran berfikir untuk berfikir untuk kehidupan harian mereka dan untuk hari yang akan mendatang. Justeru, pelajar dapat menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih bermakna.

Selain itu, kesan terhadap diri pelajar yang seterusnya ialah dapat membentuk pemahaman tentang motivasi pelajar itu sendiri. Dalam konteks ini, apabila aplikasi kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan baik maka, ini akan dapat memberi sedikit sebanyak motivasi kepada pelajar untuk terus belajar. Hal ini dapat dijelaskan lagi apabila semasa proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru, guru hendaklah mempunyai gaya pembelajaran yang sesuai untuk diajar kepada pelajar serta
30

memilih cara yang paling berkesan. Dengan kata lain, guru perlu mempelbagai strategi serta memilih strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih ramai pelajar akan dapat menerima apa yang hendak disampaikan oleh guru. Ekoran daripada itu juga, harga diri dan kreativiti pelajar dapat ditingkatkan serta masalah disiplin juga akan dapat dikurangkan.

Implikasi seterusnya terhadap pelajar itu sendiri ialah pelajar akan merasa lebih seronok untuk belajar serta dapat menarik minat pelajar untuk belajar di sekolah. Dalam konteks ini, aplikasi kecerdasan pelbagai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Sedia kita maklum bahawa, tahap kecerdasan antara pelajar-pelajar adalah dengan berbeza, apabila guru dapat mengaplikasikan pengajaran dengan pelbagai tahap kecerdasan maka tidak berlaku pengasing semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Secara tidak langsung pelajar akan berasa seronok belajar dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar serta pelajar akan berasa diri mereka dihargai apabila tidak berkaku pengasingan ataupun perbezaaan kecerdasan. Justeru masalah ponteng daripada kelas mungkin tidak berlaku apabila pelajar berasa seronok untuk belajar.

Kesan terhadap guru apabila kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah guru mengetahui pengaruh terhadap kecerdasan pelajar-pelajar serta dapat menerima variasi kecerdasan daripada pelajar-pelajar. Dalam konteks ini, kecerdasan boleh dipupuk dan boleh dipengaruhi oleh pengalaman, budaya, dan faktor motivasi. Justeru, guru dapat mengenalpastikan kecerdasan pelajar mengikut tahap masing-masing dengan pengetahuan sedia ada guru yang mengetahui kecerdasan pelajar dipengaruhi oleh pengalaman, budaya, dan juga faktor motivasi. Jadi, ini akan memudahkan para guru untuk menilai pelajarnya yang mempunyai kecerdasan yang berbeza

31

serta

guru

dapat

menggembangkan

bakat

sedia ada

pelajar semasa

mengaplikasikan pengajaran dan pembelajarannya di dalam bilik darjah.

2.3 KAEDAH PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan teknologi semakin mendapat perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepas tahun 1993 apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasama memperkenalkan satu perisian yang dinamakan ComIL. Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan PengajaranPembelajaran Bantuan Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.

Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar. Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang bercirikan pendidikan yang

mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia haruslah dapat memberikan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif.

32

2.3.1 PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum-balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.

Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaikbaiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan rekabentuk antara muka perisian.

2.3.2 ISTILAH-ISTILAH PPBK Antara Istilah-istilah yang selari dengan PPBK dalam bahasa asing ialah seperti "computer-assisted instruction", "computer-aided instruction", "computerassisted learning" dan "computer-aided learning". Pebezaan istilah-istilah ini hanyalah dari segi nama. Apa yang penting ialah fungsinya tetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah antara istilah-istilah yang lazim digunakan apabila berbincang tentang soal PPBK;

33

(a) Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI) CAI adalah medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajaran disampaikan oleh komputer. Pengguna belajar dengan berinteraksi dengan komputer. Maklum balas dari komputer akan dikeluarkan berdasarkan respond yang diberi oleh pengguna. Dalam proses pengajaran ini, komputer berperanan sebagai pemudahcara yang lazimnya dilakukan oleh seorang guru. Terdapat berbagai-bagai bentuk perisian yang dibuat khas untuk digunakan dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan tersebut digunakan sama ada dalam bentuk cakera liut atau cakera padat, proses pengajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran bantuan komputer atau CAI.

(b) Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL) Pembelajaran Bantuan Komputer atau CAL ialah satu bentuk

pembelajaran untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan dengan kadar kendiri. Ia berbeza dengan cara CAI yang berdasarkan kepada respond pelajar dan maklum-balas komputer.

(c) Courseware / Perisian Kursus Menurut sumber dari laman web Smart Learning System oleh MIMOS, perisian kursus merujuk kepada kepada pengajaran sebenar meliputi kedua-dua isi kandungan dan teknik yang yang digunakan dengan menggunakan arahan komputer. Ia merujuk kepada isi kandungan pengajaran yang direncanakan dimasukkan kedalam alat pengarangan seperti ComIL untuk dijadikan bahan dan sumber pengajaran. Dengan kata lain perisian kursus adalah PPBK seperti yang telah diterangkan terlebih dahulu sebelum ini.

34

(d) Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning) Secara amnya, pembelajaran berasaskan web merujuk kepada

pengajaran yang disampaikan melalui jaringan WWW di mana bahan pengajaran, kumpulan diskusi, urusan ujian dan lain-lain adalah berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001) sistem pembelajaran berasaskan web merupakan sistem pembelajaran yang terbuka dan fleksibel. Sesungguhnya potensi web dalam pendidikan ini amat luas sekali. Alternatif kaedah pengajaran yang ditawarkan oleh sistem pembelajaran berasaskan web ini akan

meningkatkan lagi minat dan motivasi mereka untuk meneroka pengetahuanpengetahuan baru yang tidak mungkin dapat diterima dari sebuah kelas tradisional. Contohnya, penggunaan e-mail sebagai alat komunikasi untuk bertukar-tukar maklumat dalam suasana yang tiada batasan.

Walaubagaimanapun, Dr. G.S. Lee (2000) menekankan pentingnya merangka dan memantau pertukaran maklumat ini untuk mempastikan pembelajaran yang bermakna sebenarnya berlaku.. Oleh itu, dalam

kesungguhan dan keghairahan untuk menggunakan web sebagai media pengajaran, para pendidik perlu juga menekankan tentang keperluan untuk pembelajaran. Bagi Duchastel (1997) sumber maklumat, tahap interaktiviti, pembelajaran berstruktur dan komunikasi adalah empat ciri yang sepatutnya ada dalam seting keperluan pengajaran dan pembelajaran. Memperolehi maklumat baru adalah sebab utama pelajar belajar. Interaktiviti pula adalah apa yang berlaku antara pelajar dan sumber pembelajaran - iaitu sama ada buku, simulasi, perbincangan mahupun program multimedia. Disini proses peningkatan dan pemurnian pengetahuan pelajar akan berlangsung. Struktur pula mempastikan focus pembelajaran adalah selari dengan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu dicapai. Dan sebagai tambahan, komunikasi pula memberikan seting sosial supaya pertukaran maklumat, bantuan peribadi dan motivasi berlaku.

35

Sebagai kesimpulannya, pembelajaran berasaskan web ini menggunakan corak pembelajaran secara penerokaan. Sungguhpun capaian maklumat amat senang didapati dengan menerokai dan melayari internet, maklumat tersebut tidak semestinya berilmu atau berguna. Oleh kerana inilah Duchastel menekankan kepentingan keempat-empat keperluan tersebut semasa proses pengajaran-pembelajaran berlaku.

2.3.3 PENDEKATAN PPBK PPBK menggunakan beberapa jenis pendekatan interaksi pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis-jenis interaksi yang popular ialah tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan pendidikan. Setiap jenis interaksi ini mempunyai kelebihannya masing-masing. Ia boleh dibangunkan secara sendiri.

Bagaimanapun, perisian yang menggunakan gabungan tutorial, latih-tubi, simulasi dan permainan pendidikan akan bersifat lebih interaktif dan menarik.

(a) Tutorial Tiga perkara asas yang perlu ada dalam sesi tutorial iaitu isi pelajaran yang kemas, pengguna boleh menjawab soalan dan komputer memberi

maklumbalas.Dalam sesi tutorial, pada asasnya, komputer akan mengajar pengguna sesuatu konsep atau teori yang baru. Pengguna kemudian akan berinteraksi dengan komputer mengikut kadar kendiri pengguna. Setelah konsep-konsep tertentu dipersembahkan kepada pengguna dan kefahaman pengguna diukur, komputer kemudian akan mengeluarkan arahanarahan sama ada berbentuk pengulangan atau pengukuhan berdasarkan maklumbalas pengguna.

36

(b) Latih tubi (Drill and Practice) Teori pembelajaran Behaviourisme mementingkan ransangan dan

pengukuhan. Mengikut teori ini, apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi respon. Proses latih tubi ini berdasarkan teori behavioris ini. Ia adalah untuk memberi latihan dan pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari. Penggunaan latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna. Motivasi pengguna untuk menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklumbalas yang diberi oleh komputer. Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan latih tubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir setelah ia mempelajari tentang papan kekunci.

(c) Permainan Pendidikan (Educational Games) Keadah pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Menurut Jonassen (1996) para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Apatah lagi jika pendekatan yang digunakan berbentuk permainan pendidikan. Permainan pendidikan dalam PPBK adalah permainan yang berorientasikan pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah para pengguna dapat mempelajari sesuatu konsep secara tidak langsung. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan yang dimasukkan dalam permainan ini akan merangsang pengguna untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah dipelajarinya terlebih dahulu. Dengan ini ia membantu pelajar melatih kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah.

Pendekatan PPBK yang berasaskan simulasi dan latihtubi boleh juga disampaikan melalui permainan. Permainan yang baik seharusnya mampu untuk
37

mengasah pemikiran yang kreatif kerana dalam sesi permainan, pelajar akan cuba membuat keputusan berdasarkan syarat, logik dan hukum tetentu. Situasi ini juga dapat mencabar motivasi pelajar.

(e) Simulasi (Simulation) Komputer boleh digunakan untuk mewujudkan satu senario di mana para pengguna boleh menerima pengalaman pembelajaran menerusi simulasi tersebut seperti ia benar-benar berlaku. Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak dapat dijalankan. Contohnya dalam pembelajaran sains tentang tajuk meosis, adalah lebih berkesan dan menarik jika menggunakan simulasi komputer daripada gambarajah-gambarajah statik untuk menerangkan proses meosis. Selain dari menjadikan topik tersebut amat menarik, pembaziran dari segi masa dan kos-kos yang tidak perlu dapat dielakkan. Apa yang penting, pengguna simulasi dapat meneroka sendiri bahan tersebut sesuai dengan keupayaan pembelajaran mereka.

38

Anda mungkin juga menyukai