Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara di rantau Nusantara yang terletak dalam wilayah Asia Tenggara yang boleh dikatakan agak unik kerana penduduknya terdiri daripada bangsa yang berlainan dari segi keturunan dan kebudayaan. Latar belakang zaman silam yang menarik sekaligus menjadi sebahagian daripada laluan rempah antarabangsa ratusan tahun dahulu, menjadikan Malaysia negara yang berpelbagaian budaya. Keunikan masyarakat Malaysia telah memaparkan warisan budaya yang terdapat pelbagai pengaruh dipercayai telah bermula semenjak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Rakyat berbangsa Melayu, Cina, India adalah penduduk majoriti di Malaysia. Terdapat juga banyak lagi suku-suku etnik yang lain telah hidup bersama-sama di Malaysia secara harmoni sejak bergenerasi lamanya. Semua budaya ini telah mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan suatu budaya Malaysia yang unik.

Dalam konteks pendidikan Malaysia, guru sebagai pembina jiwa bangsa, adalah memainkan peranan yang amat tidak boleh dipandang remeh. Guru bukan sahaja perlu memahami tentang konsep kepelbagaian budaya di Malaysia secara optimumnya, tetapi juga perlu sering memberikan pendedahan yang sedalamnya kepada pelajar-pelajar supaya lebih memahami dan mengamati keunikan

kebudayaan di Malaysia. Guru haruslah memberikan pendedahan kepada mereka agar memberikan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap lapisan masyarakat Malaysia dan mempelajari tentang nilai-nilai estetika, seperti bertolak ansur, saying-menyayangi dan sebagainya yang selama ini tersemai dalam kalangan rakyat Malaysia.

Rentetan itu, sebagai seorang bakal guru, kita seharusnya lebih memberikan perhatian tentang konsep yang dasar tentang kebudayaan bangsa Malaysia.

PENGERTIAN KONSEP BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK DI MALAYSIA

Konsep budaya

Budaya adalah satu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sekelompok orang dan diwariskan dari satu generasi ke generasi. Terdapat pelbagai ilmu disiplin mempunyai sudut pandangannya sendiri tentang budaya. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama. Kamus dewan (2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Manakala kebudayaan dijelaskan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir.

Menurut koentjaraningrat (2002) lagi, budaya mengandungi tujuh unsur utama, iaitu: Agama dan upacara keagamaan Sistem dan organisasi kemasyarakan Sistem pengetahuan Bahasa Kesenian Sistem ekonomi Sistem teknologi dan peralatan Ketujuh-tujuh unsur utama ini telah membentuk budaya secara

keseluruhannya.Manakala kebudayaan pula mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Pada pandangan Herskovits, kebudayaan ialah sesuatu yang diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi yang akan datang. Manakala E.B Tylor menjelaskan bahawa kebudayaan terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hokum, adat istiadat dan kemampuan-kemampuan lain yang didapati seseorang sebagai ahli masyarakat ini.

A.Aziz Deraman (1994) mengatakan bahawa sifat budaya adalah universal tetap dalam masyarakat ini. Pada masa yang sama terdapat perbezaan antara

budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Namun begitu, terdapat ciriciri yang sama antara budaya.

Ciri-ciri penting budaya dalam sesuatu kelompok ialah budaya perlu dipelajari, dikongsi dan diwarisi. Budaya juga bersifat sejagat, boleh berubah dan mempunyai unsur simbolik

Sini telah jelas menunjukkan bahawa budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Budaya diperturun secara lisan, amalan ataupun melalui pemerhatian. Oleh sebab hal yang demikian, budaya dikongsi bersama antara ahli dalam kelompok sesuatu masyarakat. Terdapat juga budaya yang perlu dipelajari misalnya dalam budaya orang cina, semasa makan, generasi yang lebih tua perlu makan dulu, barulah generasi yang lebih muda boleh mula makan.

Budaya juga boleh berubah. Misalnya budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Baba dan Nyonya ialah segolongan kaum cina yang ramai terdapat di negeri Melaka. Mereka dikenali sebagai Baba atau peranakan kerana kebudayaan mereka berasal daripada warisan kebudayaan tradisi Cina dan mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu tempatan. Hal ini berlaku melalui penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap sosiobudaya persekitaran mereka pada zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur antara kaum cina dengan melayu.Hal ini jelas membuktikan budaya akan berubah mengikut masa ataupun tempat.

Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Manusia sendiri yang membentuk budaya. Perkembangan budaya adalah mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri. Menurut Syarifah Alawiyah Alsagoff (1985), kandungan kebudayaan tidak dapat diperuntuk dengan cara reka. Tidak ada sistem baka dalam tubuh manusia yang dapat menunjukkan bagaimana kita menari, memandu, membuat rumah dan sebagainya. Semua perkara dalam kebudayaan perlu dipelajari.

Dengan itu, kebudayaan mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat. Mengikut A.Aziz Derman (1994), jika tidak ada masyarakat maka tidak ada budaya.

Satu kebudayaan itu akan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan atau sebagai alternatif bagi menokok tambah kepada yang sedia ada. Dengan itu, berlakulah perubahan kebudayaan dan masyarakat.

Terdapat pandangan mengatatkan bahawa manusia membentuk budaya. Maka, sebab itulah perkembangan kebudayaan mengikut perkembangan

masyarakatnya. Oleh sebab hal yang demikian, jika kita mengkaji budaya dalam sesuatu masyarakat atau kumpulan, maka secara tidak langsung kita juga mengkaji perkembangan dan perubahan dari segi kehidupan masyarakat itu sendiri.

Ringkasnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Hal ini dapat dilihat melalui perkataan budaya itu sendiri yang bermaksud budi+daya, yakini budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan fikiran.

Kesimpulannya,

budaya

dapat

dikatakan

sebagai

segala

penghasilan

masyarakat manusia dalam pelabgai bentuk, sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya amat penting untuk membandingkan perbezaan satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. Kepelbagaian kelompok masyarakat akan menjelmakan kepelbagai budaya seperti situasi yang terdapat di Malaysia.

Dari segi komponen budaya, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelek dan kebendaan. Kedua-dua aspek ini dapat memenuhi kehendak masyarakat serta dapat menyesuaikannya dengan kehendak dan keperluan persekitaran.

Selain aspek budaya yang dimiliki, budaya dapat dikategorikan kepada dua komponen utama iaitu material dan bukan material. Hal ini disebabkan dalam kehidupan kita memiliki segala benda yang dilihat, disentuh dan dirasai.

Banyak material merunjuk kepada ciptaan masyarakat yang nyata dan bernar. Budaya ini mencukupi peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, barangbarang, pakaian dan sebagainya. Manakala budaya bukan material ialah ciptaan abstrak yang diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya. Budaya bukan material terdiri daripada ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat istiadat, nilai-nilai serta peraturan-perturan yang berkaitan dengan tingkah laku, cerita-cerita rakyat, lagu atau tarian tradisonal.

Perkara dalam satu masyarakat itu menggambarkan cara pemikiran dan world view masyarakat sendiri. Oleh sebab itulah budaya dikatakan relatif dan satu budaya itu ditinjau dari segi masyarakat itu sendiri serta perhubungannya dengan persekitaran di mana budaya itu wujud.

Walaupun budaya setiap masyarakat adalah berbeza, namun terdapat lima unsur utama budaya dalam setiap kelompok masyarakat iaitu:

1) Simbol dan lambang Simbol atau lambang merupakan apa sahaja yang mempunyai makna kepada ahli masyarakat yang berkongsi budaya. Kebanyakan simbol ialah objek fizikal. Simbol merupakan perwakilan kepercayaan budaya yang membawa banyak makna serta mewakili sesuatu yang lain dan menjadi tanda dalam masyarakat. Misalnya dalam masyarakat Melayu, Keris merupakan simbol atau lambang keberanian atau kepahlawan.

2) Bahasa

Bahasa merupakan alat komunikasi. Bahasa juga mempunyai unsur-unsur perlambangan atau simbol budaya. Bahasa membolehkan ahli masyarakat berkomunikasi antara satu sama lain, sama ada secara lisan atau bukan lisan. Misalnya dalam masyarakat melayu, banyak terdapat pepatah yang menjadi kiasan perbuatan atau keadaan. Penggunaan bahasa kiasan ini menggambarkan pemikiran serta nilai yang diamalkan oleh orang melayu.

Selain itu, transmisi budaya dapat dilakukan melalui bahasa. Bahasa memainkan peranan utama dalam perhubungan antara ahli masyarakat. Biasanya bahasa yang menggunakan perlambang sesuatu kelompok akan difahami oleh ahli kelompok itu sendiri. Misalnya, bahasa kadazan atau bahasa iban akan difahami oleh ahli masyarakat itu sahaja. Namun begitu, bahasa juga berkembang mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Kini bahasa suku kaum atau etnik di Malaysia dalam proses menerima perubahan. Dalam jangka masa terdekat, rakyat Malaysia akan dapat memahami dan seterusnya menuturkan bahasa suku kaum lain dengan adanya usaha-usaha seperti menghasilkan kamus atau menjadikan sesuatu dialog sebagai satu subjek di sekolah ataupun di pusat-pusat pengajian.

3) Nilai dan kepercayaan

Nilai dan kepercayaan merupakan standard budaya yang menentukan bagaimana manusia menilai kebaikan, kecantikan dan keinginan yang menjadi garis panduan umum untuk hidup dalam sesebuah masyarakat. Kepercayaan merupakan rumusan dan tafsiran tentang masa lalu, penjelasan tentang masa kini atau ramalan pada masa hadapan. Manakala nilai merupakan idea yang abstrak serta dikongsi bersama tentang apa yang betul, diingini dan dihormati. Nilai yang dianggap benar, betul atau sebaliknya. Secara umumnya, nilai menjelaskan apa yang sepatutnya dilakukan, manakala kepercayaan menerangkan apa yang sebenar.

Di samping itu, nilai sifat sejagat atau universal. Misalnya, setiap masyarakat mempunyai nilai baik dan buruk terhadap sesuatu perbuatan atau tingkah laku. Nilai ini mesti dipatuhi dan diamalkan. Contohnya, menghormati orang yang lebih tua. Anak-anak dilatih supaya mengamalkan nilai ini. Cara atau amalan nilai adalah berbeza bagi satu masyarakat dengan masyarakat yang lain, tetapi tujuan dan matlamatnya adalah sama.

4) Norma

Norma merupakan peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Selain itu, norma dikaitkan dengan peraturan dan jangkaan yang membimbing perlakuan seseorang ahli masyarakat. Hal ini bermakna, norma menunjukkan cara individu seharusnya bertingkah laku. Norma juga merupakan standard yang dipersetujui bersama dalam masyarakat.

5) Teknologi

Teknologi merupakan satu kaedah yang digunakan dalam kehidupan seharian sesuatu kelompok sosial. Teknologi juga merupakan satu ilmu serta

pengetahuan untuk meningkatkan

keberkesanan penggunaan

tenaga

mengubah persekitaran untuk kegunaan manusia.

Persoalannya, apakah kaitan konsep budaya dengan guru sedangkan kursus budaya dan pembelajaran diwajibkan dalam kursus PISMP kita.

Sebenarnya,memahami konsep budaya amat penting kepada guru.

Negara malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum. Budaya masyarakat negara kita berbeza-beza, sama ada dipengaruhi oleh agama, kaum, ataupun golongan masyarakat. Lantaran itu, keperluan pendidikan berbilang budaya ini amat meruncing di negara kita. Dengan adanya konsep budaya pada seseorang guru, beliau akan beras lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya. Oleh itu guru perlu peka kepada kepelbagaian budaya ini supaya tiada kelompok merasakan diri mereka tersisih di sekolah atau di bilik darjah.

Menghormati budaya merupakan salah satu kepentinganmemahami konsep budaya bagi pelbagai kaum di Malaysia, Guru yang peka dengan pelbagai budaya masyarakat akan lebih menghormati budaya setiap kaum di Malaysia.Bukan itu

sahaja, kita sebagai guru boleh menyerapkan budaya hormat menghormati budaya orang lain kepada generasi muda.

Ketiga, melalui kepekaan terhadap konsep budaya juga, guru, mahupun pihak sekolah dapat memastikan keperluan murid. Ada amalan-amalan sekolah yang secara tidak langsung mendiskriminasi golongan tertentu. Sebagai contoh, makanan yang disediakan oleh kantin sekolah tidak mengambil kira keperluan bagi pelajarpelajar yang berbilang latar belakang mungkin menyebabkan pelajar tertentu berasa tersisih dan ketinggalan. Apabila guru dan pihak sekolah peka kepada kepelbagaian pelajarnya dan mengambil inisiatif untuk memahami keperluan dan mengenal mereka dengan lebih dekat lagi, sekolah akan lebih bermakna kepada sebilangan pelajar.

Keempat, guru yang memahami konsep kebudayaan berpeluang untuk berjaya dan menimbulkan kesefahaman dan perpaduan di kalangan pelajar. Sebagai contohnya anak-anak cacat sering dilebal sebagai tiada kemampuan, anak-anak kaum minoriti sering dilebelkan sebagai bodoh ini merupakan lebel -lebel yang tidak adil kepada mereka kerana dikaitkan kepada kaum-kaum atau golongan tertentu.Setiap kaum mempunyai kebolehan yang sama. Guru yang memahami konsep budaya pastinya tidak akan memberikan pelbagai lebel kepada muridnya, secara tidak langsung, murid-murid tidak rasa tertekan disebabkan dirinya disisih oleh rakan dan guru.

Pengertian dan konsep kepelbagaian kelompok

Konsep etnik, ras, minoriti, masyarakat, dan kelompok merupakan beberapa konsep yang perlu difahami supaya kita boleh memahami konsep kepelbagaian kelompok di Malaysia

Pertamanya, etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesame dalam manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berbeza atau maksud berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama. Antara tiga kaum utama di Malaysia, Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

Dalam pada itu, etnik membentuk konsep-konsep lain seperti etniksiti, etnosentrisme dan diskriminasi. Etniksiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Ia bermaksud wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap, dan tingkah laku yang sama.

Di samping itu, etnosentrisme pula merupakan satu sikap atau kepercayaan bahawa budaya sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilai-nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Etnosentrik wujud apabila ahli-ahlinya dalam sesuatu kelompok membuat penilaian kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan mereka sendiri serta menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang rendah. Selain itu, etnosemtrisme merupakan penolakan atau keengganan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain. Biasanya mereka bersifat negatif. Namun begitu,

etnosentrisme berfungsi mengekalkan budaya sesuatu kelompok masyarakat.

Selain itu, diskriminasi dapat ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh sekelompok etnik terhadap kelompok etnik lain serta mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding bezakan sekelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Dengan kata lain, diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis dalam sesebuah masyarakat. Diskriminasi berlaku dalam banyak sesebuah masyarakat. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk dan mencapai tahap tertinggi apabila berlaku serangan fizikal, penghapusan etnik dan sebagainya.

Kata ras berasal dari bahasa Prancis-Italia razza yang ertinya pembedaan variasi penduduk berdasarkan tampilan fisik (bentuk dan warna rambut, warna mata, warna kulit, bentuk mata, dan bentuk tubuh.)

Ras juga merujuk kepada sekelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah. Sifat-sifat ini berkait dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka. Terdapat perbezaan antara etnik dengan ras di mana ras berasaskan faktor biologi manakala etnik berasaskan faktor budaya.

Satu konsep penting berkaitan dengan ras ialah rasisme. Konsep ini boleh wujud dalam dua tahap, iaitu individu dan institusi. Pada tahap indiviu, rasisme merupakan kepercayaan bahawa ada ras tertentu yang berstatus lebih unggul dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Manakala pada tahap institusi pula, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi yang akhirnya mewujudkan ketidaksamaan pada individu daripada ras yang lain.

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan

yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

Minoriti pula adalah kumpulan sosiologi kecil dalam satu demografi. Demografi ini boleh berdasarkan banyak faktor dari etnik, jantina, kekayaan, kuasa. Istilah ini meliputi pelbagai situasi, dan tamadun dalam sejarah, walaupun kesilapan nama minoriti yang berkaitan dengan statistik nombor.Oleh itu istilah ini menyebabkan kekeliruan dalam banyak takrif kumpulan minoriti. Kumpulan minoriti merujuk kepada kumpulan penduduk yang dianggap sebagai kempulan yang lebih rendah statusnya dan sering didiskriminasikan. Kriteria yang sering digunakan untuk mengkategorikan penduduk sebagai minoriti ialah ras dan etnik. Masyarakat sering dikenal dengan istilah society yang bererti sekumpulan orang yang membentuk sistem, yang terjadi komunikasi di dalam kelompok tersebut. Masyarakat juga biasa diertikan sekelompok orang yang saling berhubungan dan kemudian membentuk kelompok yang lebih besar. Biasanya masyarakat sering diartikan sekelompok orang yang hidup dalam satu wilayah dan hidup teratur oleh adat didalamnya.Selain itu,masyarakat tidak akan pernah terbentuk tanpa adanya seorang pemimpin. seorang pemimpin yang akan memimpin sebuah masyarakat boleh dipilih dengan pelbagai cara. Menurut definisi Kamus Dewan, perkataan kelompok membawa maksud kumpulan orang dan bersinonim dengan perkataan puak, himpunan, dan pasukan. Menurut pandangan Muzafer Sherif, kelompok merupakan salah satu konsep yang terdapat dalam sosiologi yang biasanya merujuk kepada sekumpulan manusia yang boleh dikatakan mempunyai kesedaran, motif, dan misi yang sama atau serupa tentang anggota-anggotanya. Secara umumnya, kelompok terbahagi kepada dua jenis, iaitu kelompok asas dan sekunder.

Kelompok-kelompok merupakan anggota yang agak penting sekali dalam sesuatu masyarakat yang terbentuk, mahupun kelompok asas ataupun sekunder. Kelompok asas adalah suatu kumpulan manusia yang berinterasksi bersemuka yang berterusan berbanding dengan kelompok sekunder. Bagi identifikasi peribadi, kelompok asas adalah lebih kuat dan kukuh berbanding daripada kelompok

sekunder. Hubungan yang ditunjukkan dalam sesuatu kelompok asas adalah pelbagai bentuk, lebih kemesraan, erat dan berkekalan manakala kelompok sekunder adalah sebaliknya.

Hubungan kelompok sekunder yang boleh dikatakan tidak berkekalan lama sering berlaku di kawasan-kawasan yang lebih giat dalam pembangunan seperti di bandar raya. Penduduk dalam kelompok masyarakat bandar tidak mempunyai siraturahim yang agak rapat seperti penduduk desa dan kampung. Sifat-sifat menunjukkan identiti kelompok asas yang dikatakan mempunyai kemesraan yang erat boleh dilihatkan pada kelompok masyarakat desa atau kampung yang masih akan bantu-membantu dalam apa jua keadaan. Hal ini kurang dapat dilihat pada kelompok masyarakat di bandar-bandar besar.

JENIS DAN DEMOGRAFI KELOMPOK DI MALAYSIA

Kelompok sosial didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu.

Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat diklasifikasikan kepada tiga. Pertama ialah kelompok tugas, iaitu kelompok menyelesaikan tugas secara bersama. Kedua ialah kelompok kepentingan, iaitu kelompok bekerjasama bersama untuk mencapai sasaran tertentu. Terakhir, ialah kelompok persahabatan iaitu kelompok bersama kerana mempunyai sifat yang sama.

Demografi kelompok merupakan analisis statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk di sesuatu lokasi. Ia meliputi soal fertiliti (kelahiran), mortaliti (kematian), perkahwinan serta migrasi dan perubahan komponen ini mengikut masa serta pengaruhnya ke atas saiz dan taburan kependudukan manusia.

Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dengan kaum Melayu, Cina dan India sebagai etnik yang terbesar. Golongan bumiputera yang merupakan kaum asal Malaysia pula terdiri daripada pelbagai kaum seperti Dayak, Melayu, Iban, Kadazan dll di Sabah dan Sarawak.

Kelompok orang Melayu adalah penduduk asal di alam Melayu. Kelompokkelompok kecil seperti Minang, Krian, Kerinci berusaha memperteguhkan identiti masing-masing dan usaha ini bagaikan menenggelamkan identiti kelompok Melayu.

Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu dapat dikesan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka tetapi penghijrahan secara besar-besaran hanya berlaku sejak kedatangan British terutamanya setelah penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kebanyakan kaum Cina menganut agama Budha, Taoisme atau Kristian. Mereka berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew dan lain-lain dialeknya.

Faktor penghijrahan orang Cina berpunca daripada faktor penolak iaitu kesukaran hidup di negara asal seperti ketidakstabilan politik, kebuluran dan lain-lain. Selain itu, faktor penarik iaitu peluang pekerjaan dan kemakmuran Tanah Melayu serta galakan oleh British juga faktor yang penting. Orang Cina kemudiannya menguasai ekonomi Tanah Melayu berbanding kaum lain. Keperluan untuk berpolitik menyebabkan tertubuhnya parti MCA, Parti Progresif Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat.

Kedatangan orang India ke Tanah Melayu bermula lama sebelum penjajahan British kerana wujudnya hubungan perdagangan antara India dengan Tanah Melayu. Pembukaan Pulau Pinang (1786) dan seterusnya penubuhan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menggalakkan penghijrahan besar-besaran masyarakat India ke Tanah Melayu untuk bekerja di sektor perladangan. MIC merupakan parti yang memperjuangkan nasib bangsa India di Malaysia.

Terdapat pelbagai etnik yang mendiami Sabah dan Sarawak. Etnik- etnik ini dapat dibezakan dari segi kawasan kediaman, ekonomi, sosial dan budaya.

Terdapat 23 suku kaum di Sabah dengan etnik yang terbesar terdiri daripada Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit.

Rumusan

Secara tuntasnya, kebudayaan adalah sesuatu keumuman kehidupan manusia, mahupun dari segi cara-cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan sering merujuk kepada corak yang nyata dan tidak nyata yang terhasil daripada kehidupan masyarakat. Walaupun corak hidup yang berlainan diamalkan oleh kaum masing-masing di Malaysia, namun tetap terdapat aspek-aspek atau corak universal yang merentasi setiap corak kehidupan setiap rakyat Malaysia, seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai estetika dan kesenian yang agak sejajar.

Keunikan latar belakang sejarah yang melahirkan masyarakat majmuk di Malaysia ini merupakan sesuatu keistimewaan yang boleh dikatakan tidak dapat ditemui lagi di wilayah-wilayah yang lain. Oleh itu, keperluan dan kewujudan pendidikan berbilang budaya amatlah penting kepada masyarakat majmuk ini. Dengan adanya konsep budaya pada seseorang guru, beliau akan berasa lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya. Oleh itu guru perlu peka kepada kepelbagaian budaya ini supaya tiada kelompok merasakan diri mereka tersisih di sekolah atau di bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai